Showing posts with label jual tanah air alam negara. Show all posts
Showing posts with label jual tanah air alam negara. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Laungan Kampung Kerayung 1

hak tanah rakyat dirampas paksa, di mana2, di Palestin tanah dirampas Zionis,di Kerpan sayup kuning padi berisi tak dipedulikan kerakusan haloba kerajaan BN, perampasan paksa terus dibuat, tanpa mengira paling kurangpun, biarlah selesai musim menuai padi, kali ini cerita perampasan tanah rakyat di wilayah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pandamaran, Klang pula.

begini ceritanya, para penduduk Kg. Kerayung adalah peneroka bandar, mereka meneroka tanah berpaya dekat dgn laut Selat Melaka itu kira2 60 tahun yg lalu. penduduk Kg. Kerayung sekarang adalah dari generasi ketiga. tanah kampung itu asalnya kepunyaan kerajaan, dan mereka membayar sewa TOL sejak tahun 1970 an lagi. Tahun 1980an pula menyaksikan Kg. Kerayung tumbuh membesar dgn kira2 300 buah rumah, rumah kedai dan bengkel kecil.

Pada awal tahun 1990an, Pejabat Tanah mengumumkan bahawa para penduduk tidak lagi perlu membayar sewa TOL. para penduduk kemudiannya meminta Kerajaan Negeri memberi mereka geran tanah, kerana mereka telah mengusahakan hidup di atas tanah tersebut selama 3 generasi. pada tahun 1993, desakan para penduduk dipersetujui Adun MCA, Teh Chang Eng yg berJANJI bahawa mereka akan diberikan geran tanah, sejurus dgn itu mengarahkan Pejabat Tanah untuk mengukur lot tanah kawasan perumahan mereka. malahan para penduduk telahpun membayar yuran yg diminta sebanyak RM 70 bagi menjalankan kerja2 ukur ini. mereka memiliki bukti resip pembayaran dan keratan akhbar berita Adun berJANJI.

Pada tahun 1995 semasa Pilihanraya Umum, Menteri Besar Muhd Taib terus berJANJI bahawa para penduduk Kg. Kerayung akan diberikan geran tanah dalam masa yg tidak berapa lagi dan para penduduk mestilah berpegang pada JANJI komitmen kerajaan Barisan Nasional kpd rakyat, katanya.

namun, pada tahun 2000 para penduduk terkejut mendengar tanah tempat tinggal penghidupan mereka telah dijual kepada Tabung Projek Perumahan Terbengkalai Sdn.Bhd ( TPPT Sdn.Bhd.).

Jangan tipu, TPPT sepatutnya hanya berperanan mengambil alih dan meneruskan projek2 perumahan rakyat yg terbengkalai dan terbiar, tapi telah bertindak seperti kompeni penjajah yg hanya bermatlamatkan keUNTUNGan.

para penduduk menerima notis perintah untuk mengosongkan rumah2 mereka, dgn ganti rugi semurah RM 7,000. Adun MCA ketika itu memberi tekanan kpd para penduduk utk menerima tawaran tidak adil, penuh penghinaan itu dan berambus dari tanah tempat tinggal penghidupan mereka.

Kg. Kerayung bertuah kerana menerima sokongan jiran kampung sebelahnya, Kg. Papan. Para penduduk Kg. Papan juga menerima notis menghalau yg serupa, tetapi mereka punya jawatankuasa penduduk yg kuat, dan mereka berlawan habis2an untuk melawan perobohan paksa rumah tempat tinggal mereka. Kg. Papan menuntut ganti rumah dan perumahan mereka.

Pada tahun 2004, tahun pilihanraya umum, Exco Kerajaan Negeri ketika itu Dato' Chang Tong Eng mengeluarkan surat kpd para penduduk Kg. Papan dan Kg. Kerayung mengesahkan JANJI bahawa pihak pemaju akan membina rumah-rumah bernilai RM 100,000 setiap sebuah kpd kesemua para penduduk yg diambil tanahnya.

bersambung..........

Wednesday, June 3, 2009

Dunia Ketiga penyelamat ekonomi A.S dan Eropah


Amerika Syarikat dan Eropah saat ini berdepan dengan krisis ekonomi paling buruk. Maka negara2 ini yg dulunya menjadi juara pasaran bebas tanpa aturan/sekatan/perundangan kini mula mengawal pasaran mereka.

peliknya, A.S melalui perjanjian perdagangan -kunun- bebas (FTA) dan juga Eropah mendesak negara-negara dunia ketiga untuk membuka pasaran mereka. dalam istilah ekonominya dipanggil liberalisasi dan deregulasi pasaran.

"Brussels pushing finance deregulation in third world"

mudahnya, A.S dan Eropah sedang menuju bankrup. tetapi negara2 dunia ketiga dipaksa untuk menyelamatkan ekonomi negara imperialis A.S dan Eropah. keadaan yg sama selepas perang dunia pertama dan perang dunia kedua. bilamana negara Britain hampir bankrup. Ia diselamatkan oleh kerajaan Parti Buruh dengan dasar-dasar yg seolah-olah pro rakyatnya - seperti kesihatan percuma, memiliknegarakan bank dan kompeni2 perusahaan, anti-penswastaan kepentingan awam. Namun dasar kesejahteraan pro-rakyat Britain kerajaan Parti Buruh itu hanya dapat dinikmati dengan memeras sumber daya alam dan manusia dari negara-negara jajahannya, seperti Malaya.

hari ini di Malaysia, rejim Najib-Muhyiddin siap sedia patuh tunduk dengan tuntutan kuasa-kuasa imperialis ini untuk terus menjual tanah air dan NEGARA. saat beberapa hari naik takhta, Najib telahpun berikrar setia melakukan deregulasi dan liberalisasi pasaran.

apa pula kata apa nama kunun wira dunia ketiga itu?

p/s-imej CCD google


Tuesday, June 2, 2009

TAK NAK FTA!!!!


katakan tidak pada perjanjian perdagangan -kunun- bebas FTA antara Malaysia dengan Amerika Syarikat! Liberalisasi pasaran -kunun- bebas adalah penipuan disiang hari. negara2 Latin Amerika telah lama menjadi mangsa FTA Amerika.

tengah bulan JUN 2009 ini akan bermula semula rundingan antara rejim Najib-Muhyiddin untuk menjual Malaysia ke mulut tamak imperialis Amerika Syarikat!


hatta negara-negara kaya -sekutu sejati A.S - seperti Kanada dan Singapura pun tak dapat bertahan. inikan pula negara yg korup porak peranda macam Malaysia.
FTA merampas kedaulatan tanah air (yg dah lamapun terjual).
nak dengar apa kata Obama. dia peduli apa, amerika dah nak bakrup jadi negara2 'JAJAHAN' dunia ketiga kenalah menyelamatkan ekonomi amerika.

nak dengar apa kata MAHAFIRAUN a.k.a ANTI IMPERIALIS A.S a.k.a WIRA DUNIA KETIGA. maklum anaknya Mukriz bertanggungjawab bersama2 merundingkan masa depan Malaysia dan FTA A.S dibawah kementerian perdagangan.

tapi kalau difikir2kan rakyat jelata mmg telah tersedia susah bertahun2 lamanya. dan akan jd lebih susah. org2 kaya atau hartawan malaysia sbb byk duit masih boleh bertahan - kalau bolehlah. kalau x boleh maka lingkuplah bisnes para peniaga ali baba-orang tengah-lintah darat-rent seeker-rentier-kaki sub con!padan muka!tak dgrpun suara dorang. asyik2 marah org2 Cina.skrg marah chin peng-konon kejam! apa amerika tak kejam ker???

marahlah amerika syarikat ni. terang2 nak masuk menjajah, merampas tanah air!
tapi Pakatan Rakyat pun mcm senyap jer isu FTA ni????

Saturday, May 23, 2009

Performans Talqin Ameno


Inilah namanya bertindak balas. Bereaksi atas keadaan yang mendesak penciptaan suatu bentuk kejadian seni. Gambar performance art ini diambil atas ikhsan Malaysiakini. Diberitakan akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Mohd Shafie Apdal.

Siapa menggadai segala-galanya di tanahair ini? Kalau bukan United Malays National Organization yang mengakui dirinya kunun pembela Melayu. Siapa menjual tanah seluas 25,000 ekar, tanah Empangan Linggiu di Kota Tinggi, Johor kepada Singapura? Empangan yang memproses air bersih dan selain untuk bekalan ke pulau Temasik, diJUAL KEMBALI untuk bekalan air negeri Johor, dengan harga semurah 3 SEN SEGELEN.

Tapak empangan yang dikatakan tempat berpusatnya tamadun Melayu purba, bernama Kota Gelanggi - apakah telah jatuh menjadi milik dinasti diktator Singapura Lee Kuan Yew?

WAHAI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION! DI MANAKAH TANAH DAN AIR KAMI? PADA SIAPA KAU JUAL?

Thursday, May 14, 2009

Liberalisasi Tongkat Ali dan Kachip Fathimah


Hampir semua orang tahu akan khasiat tumbuhan ini. Biarpun kefahaman budaya Melayu hanya mampu menaksirkan keunggulan pemikiran serta ruh perjuangan Saidina Ali dan Fathimah dengan memberi nama pada tumbuhan yang membawa imbasan seksual ini. Tetapi bukan perkara ini yang ingin aku sebutkan hari ini. Aku nak bercakap tentang hak paten. Apa kejadahnya Hak Paten ini? Ia adalah hak untuk memilik atau hak cipta terhadap sesuatu ciptaan itu.

Apa pula kaitan dengan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah dengan liberalisasi dan hak paten ini?

Liberalisasi pasaran hanyalah nama lain, untuk pemodal (kapitalis) antarabangsa masuk ke Malaysia. Pemodal ini bukan mahu menambahkan modal Malaysia. Tetapi pemodal ini akan menimbunkan kekayaan mereka hasil menyedut, memeras dan MEMILIKI sumber daya alam semulajadi, harta kekayaan dan tenaga buruh serta hasil keluaran orang-orang Malaysia.

Perlu kita melihat bumi dan sumber alamnya yang cukup luas ini hanya dikuasai segelintir kecil kelompok manusia paling kaya di dunia. Mereka (kaum pemodal) yang memiliki harta pemilikan (atau rampas paksaan) akan mengeksploitasi golongan manusia terbanyak yg sebahagian besarnya tidak memiliki HARTA. Sebab itulah mereka yang tidak memiliki harta perlu membayar atau menjual tenaga buruhnya kepada Mereka (kaum pemodal) yang memiliki segalanya. Ini bagi membolehkan golongan yang tidak berpunya (atau dipaksa rampas kepunyaannya) dapat menikmati sumber daya alam untuk hidup dan bekerja. Sumber2 seperti tempat kerja, jentera, mesin, tanah, hutang dan juga produk/hasil keluaran yang telah di patenkan.

Akhirnya, akibat liberalisasi pasaran segala hasil yang dikeluarkan penduduk tempatan perlu mendapat kebenaran kaum (minoriti) pemodal dunia. Maksudnya, akan sampai waktu dimana pokok Tongkat Ali dan Kachip Fathimah tidak boleh ditanam, atau dibuat produk/hasil oleh semua rakyat Malaysia. Hanya mereka yang telah mendaftarkan hak paten yang berhak terhadap kononnya penemuan tumbuhan dan cara-cara mengeluarkan hasil daripada tumbuhan tersebut. Hak ini disokong dasar dan perundangan negara yang menghalalkan apa yang dinamakan Liberalisasi pasaran itu. Jadi kalau nak mengekstrak Tongkat Ali atau menanam Kachip Fathimah, suatu hari nanti kita perlu membayar royalti kepada pemilik Hak Paten Tongkat Ali dan Kachip Fathimah. Kalau tidak membayar, boleh didakwa, didenda atau dipenjarakan. Hal ini terjadi kerana Kerajaan United Malay National Organization siap untuk menjadi alat kapitalis antarabangsa dan sedia menjual apa saja serta setia menghukum sesiapa saja yang tidak mematuhi tuntutan pemilik Hak Paten itu.

Persoalannya, sejak bila pula tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah menjadi milik Massachusetts Institute of Technology dan Pepsi Cola, Amerika Syarikat? Ejen kapitalis antarabangsa ini telah mengorak langkah pertama, dalam perancangan -yang mungkin bakal sempurna tidak lama lagi - untuk merampas hak mutlak setiap rakyat di tanah air ini ke atas tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah.

Ini buktinya:

Hak paten Kachip Fathimah
"Holista Biotech Sdn Bhd, a Bionexus-status company, is working with PepsiCo, a leading global beverage giant, to develop a drink using Malaysian herb, kacip fatimah or labisia pumila with prospects for sale in Asia, the US and Europe.

Holista Biotech had in 2007 filed two patents on the herb's ability to protect the liver and improve the body's immune system.
"

Hak Paten setakat ini untuk ekstrak Tongkat Ali:

" Bioactive fraction of Eurycoma longifolia(nama saintifik Tongkat Ali)
Document Type and Number:
United States Patent 7132117

Abstract:
The invention provides new uses and products for treatment of sexual dysfunction and male infertility. The products include bioactive components of extracts from roots of the plant Eurycoma longifolia mixed in preparations for topical application and administation."

Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.

Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!