Showing posts with label PAP Singapore. Show all posts
Showing posts with label PAP Singapore. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Alan Shadrake: Keadilan cara Singapura


"Di mana-mana penjara dan ribuan si berani..."
-Usman Awang

Alan Shadrake, penulis warga Inggeris yang berusia 75 tahun ini, sedang berdepan pemenjaraan di Singapura kerana penerbitan bukunya Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock. Bukunya itu mendedahkan skandal pendakwaan dan hukuman mati di Singapura.
keputusan perbicaraannya ditunda pada 3 November ini.
klik, petisyen oleh Wartawan Tanpa Sempadan :
http://en.rsf.org/petition-alan-shadrake,38642.html

Kenyataan Alan Shadrake: Keadilan cara Singapura:

Saya didakwa dan berdepan hukuman penjara kerana mendedahkan skandal pendakwaan di Singapura. Kediktatoran PAP tidak mahu warga Singapura yang baik hati tahu akan skandal tersebut. Salah satu skandal keji yang khusus melibatkan Guiga lyes Ben Laroussi, seorang warga Tunisia dan 'bakat asing' bernilai yang merupakan pembekal utama dadah kepada apa yang disebut sebagai Lingkaran Dadah Kelas Atasan Singapura pada tahun 2004.

Pemusnah kehidupan ini dibenarkan melarikan diri dari Singapura selepas berdepan tuduhan yang membawa kepada hukuman mati mandatori (wajib). Tuduhan terhadap Guiga kemudiannya 'dirundingkan' untuk dikurangkan sehinggakan dia menerima hukuman penjara di antara 20 dan 30 tahun penjara sahaja. Selepas itu, keajaiban lainnya berlaku: Dia dibenarkan ikat jamin berjumlah $280, 000, dipulangkan semula passportnya dan dibenarkan meninggalkan Singapura. Hal ini hanya dapat dilakukan hanya atas kerjasama pihak atasan kerajaan kerana mereka takut dia mendedahkan nama-nama besar, jika dia dihantar ke tali gantung.

Saya mendedahkan perkara ini dan skandal-skandal pendakwaan lainnya di dalam buku saya Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock, kerana saya bencikan ketidakadilan. Sementara raja dadah ini - teman si kaya dan istimewa di Singapura - sedang menikmati kehidupan mewahnya di istananya di atas tanah keluarganya di Le Bardo, Tunisia, Singapura sedang bersiap untuk menggantung pengedar dadah kecil-kecilan yang menyedihkan itu - mungkin ada yang menolong Guiga menjadi kaya.

Bagaimana pedagang dadah yang jahat ini berjaya melepaskan dirinya dari keadilan? Sementara saya tidak dibenar untuk mendapatkan semula passport saya dan tidak diberi izin untuk meninggalkan Singapura. Mereka bertekad untuk menghukum saya terlebih dahulu!

Saya sedang berhadapan dengan hukuman enam bulan penjara kerana mendedahkan perkara ini dan banyak lagi skandal-skandal pendakwaan lain. Terdapat dua lagi tuduhan terhadap saya timbul dari buku saya itu, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman dua tahun penjara. Masalah perubatan dan kesihatan mental saya begitu buruk sekali. Saya berdarah hampir mati di atas jalan pada enam minggu yang lalu akibat daripada pendarahan dalaman. Seandainya saya tidak dikejarkan ke hospital, saya pasti tidak sedarkan diri dan mati tanpa siapapun tahun puncanya sehinggalah keadaan sudah sangat terlambat.

Di manakah keadilan atas apa yang mereka lakukan ke atas diri saya? Adakah sesiapa sedar Guiga lyes Ben Laroussi telah meloloskan dirinya daripada pengadilan? Apakah akhbar Straits Times menerbitkan skandal ini dan mendesak dengan tajuk berita besar-besaran untuk Guiga diektradisi kembali ke Singapura? Ianya tidak terjadi. Mengapa tidak? Jawapannya ada di dalam buku saya. Namun demikian, apakah yang terjadi apabila seorang diplomat Romania melarikan diri pada Mac 2010 berikutan kejadian kemalangan maut trafik? Tajuk utama berita di akhbar Straits Times dan kesemua media tempatan Singapura agar dirinya dibawa kembali ke Singapura dan dibicarakan.

Guiga lyes Ben Laroussi, perosak besar kehidupan - termasuklah teman wanita Singapuranya, Mariana Abdullah - telah tersenarai dalam carian orang paling dikehendaki Interpol selama lima tahun. Ketua Interpol merupakan bekas ketua polis Singapura sendiri, Khoo Boon Hui! Tidak ada sebarang usaha untuk membawa Guiga kembali dibicarakan. Peguamnya, Subhas Anandan, pernah berkata keluarganya yang berpengaruh akan memberitahu pihak polis Tunisia untuk pergi "bermain layang-layang" jika mereka mahu menangkap atau mengektradisi Guiga.

Ini hanya merupakan satu lagi skandal di dalam cerita panjangnya ini. Mungkin saya akan dilayan dengan lebih baik jika saya seorang bos besar sindiket dadah.

Hebatnya, Menteri Undang-undang Singapura, Mr K. Shanmugam baru-baru ini mengatakan KINI hukuman mati untuk kesalahan dadah di sini merupakan "timbal balik pertukaran" yang perlu dilakukan kerajaan untuk melindungi "ribuan nyawa" jika dadah dibiarkan bebas berleluasa. Dia selanjutnya menjelaskan bahawa jika Yong Vui Kong (sekarang menunggu hukuman mati dengan 36 orang lain) lepas daripada hukuman mati, raja-raja pengedar dadah akan melihatnya sebagai petanda bahawa pengedar muda akan terhindar daripada hukuman dan mereka akan digunakan sebagai pengedar dadah. "Kamu menyelamatkan satu nyawa di sini, tetapi 10 lagi nyawa akan hilang. Apakah pilihan anda?"Tambahnya.

Pilihan saya, Mr. Shanmugam? Jika ada sesiapa yang hendak digantung, mulakan dengan raja-raja dadah seperti Guiga Ben Laroussi!

Berikut merupakan senarai nama beberapa orang-orang muda yang menurut Mr. Shanmugam patut digantung: Flor Contemplacion, Angel Mou Pui-Peng, Vignes Mourthi, Shangmugam Murugesu, Amara Tochi, Thiru Selvam, Zulfikar bin Mustaffah, Rozman Jusoh, Chuek Mei-mei, Nguyen Van Tuong, Tsang Kai Mong Elke, Poon Yuen-chung. Saya akan meneruskan perjuangan saya untuk mendapatkan keadilan bagi semua mereka yang di atas dan mereka yang tersentuh untuk ikut sama dan saya akan tetap menjadi duri dalam daging Singapura, pada sisi ketidakadilannya sehinggalah hari saya mati!

Alan Shadrake
Banduan Penjara Singapura
29 Oktober, 2010

Statement from Alan Shadrake

Justice Singapore Style

I am being prosecuted and facing jail for exposing prosecutorial scandals in Singapore – scandals this PAP dictatorship doesn’t want decent Singaporean citizens to know about. One particular heinous scandal concerns Guiga Lyes Ben Laroussi, a Tunisian and valuable ‘foreign talent’ who was the main drug supplier to Singapore’s so-called High Society Drug Circle in 2004.

This destroyer of lives was allowed to escape Singapore after facing a mandatory death penalty charge. The charge was then ‘negotiated down so he would receive a jail sentence of between 20 and 30 years in prison instead. Then another miracle happened: He was allowed bail in the sum of $280,000, given his passport back and allowed to leave Singapore. This could only have been done with the connivance of top government officials because they feared he would expose bigger names if he were to be sent to the gallows.

I exposed this and other prosecutorial scandals in my book Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock, because I hate injustice. While this evil drug baron – friend of the rich and privileged in Singapore – is enjoying his life of luxury in his mansion on his family estate in Le Bardo, Tunisia, Singapore is preparing to hang more pitiful drug mules – perhaps some who helped Guiga get rich.

How is it that this evil drug trader managed to escape justice? I cannot get my passport back and be allowed to leave Singapore. They are determined to punish me first!

I am facing a six months prison sentence for exposing this and many other prosecutorial scandals. There are two other charges hanging over me arising from my book one of which carries as two year prison sentence. My medical and mental problems have been horrendous. I almost bled to death in the street six weeks ago from internal haemorrhage. Had I not been rushed to hospital I would have collapsed and died without anyone knowing the cause until it was too late.

Where is the justice in what they are now doing to me? Did anyone notice that Guiga Lyes Ben Laroussi had escaped justice? Did the Straits Times publish this scandal and demand with massive headlines that Guiga should be extradited back? It did not. Why not? The answer is in my book. But what happened when a Romanian diplomat ran away in March 2010 following a fatal traffic accident? Screaming headlines in the Straits Times and all the local media for him to be brought back and tried.

Guiga Lyes Ben Laroussi, big time destroyer of lives – including his own Singaporean girlfriend, Mariana Abdullah – has been on Interpol’s wanted list for five years. The head of Interpol is Singapore’s very own former police chief Khoo Boon Hui! No attempt has been made to bring him back. His lawyer, Subhas Anandan, has said his powerful family will tell the Tunisian police to ‘go fly a kite’ if they attempt to arrest and have him extradited.

This is yet another scandal in this saga. Perhaps I would have been better treated had I been a major drug syndicate boss.

Amazingly, Law Minister, Mr. K. Shanmugam recently told TODAY that the death penalty for drug offences here is a “trade-off” the government must make to protect “thousands of lives” if drugs became freely available. He further explained that if Yong Vui Kong (now on death row with 36 others) escapes the death penalty, drug lords will see it as a sign that young traffickers will be spared and will then use more of them as drug mules. “You save one life here, but 10 other lives will be gone. What will your choice be?” he added.

My choice, Mr. Shanmugam? If anyone has to be hanged, start with drug barons like Guiga Ben Laroussi!

Here are some of those young people Mr. Shanmugam believes should have been hanged: Flor Contemplacion, Angel Mou Pui-Peng, Vignes Mourthi, Shangmugam Murugesu, Amara Tochi, Thiru Selvam, Zulfikar bin Mustaffah, Rozman Jusoh, Chuek Mei-mei, Nguyen Van Tuong, Tsang Kai Mong Elke, Poon Yuen-chung. I will continue my fight to get justice for all of the above and those who are bound to follow and I will remain a thorn in Singapore’s side regarding injustice until the day I die!

Alan Shadrake
A Prisoner of Singapore
October 29, 2010

Monday, June 15, 2009

Kunun Dr.M vs Mental LKY

seperti yg telah diduga, lawatan Harry Lee Kuan Yew (LKY) ini akan cuba diolah Dr. Mahathir dalam kerangka perkauman Melayu dan Cina, cerita org2 Melayu kehilangan kuasa, ketamakan dan kerakusan kuasa org2 Cina.

lawatan 8Hari LKY ini berguna besar dlm mengukuhkan ideologi ketuanan Melayu gerombolan Umno. Tun Kunun dlm catatan blognya, menamakan Singapura sbg Modern Middle Kingdom. Tun Kunun membawa kunun hikayat China purba yang memanggil kerajaan mereka sebagai Pusat Kerajaan Dunia, maksudnya seluruh dunia berpusat di China. di sini, Tun Kunun bermain dgn ingatan ceritera hikayat lama ttg sifat atau watak kekuasaan politik China purba, kemudiannya menanamkan prasangka, mencucuk jarum perkauman ke dalam jiwa org2 Melayu Malaysia hari ini, agar membenci ketamakan kuasa China Purba, dengan membenci rakyat Malaysia beketurunan Cina di sini, sekarang ini, dgn matlamat akhirnya menyokong gerombolan Umno-BN.

inilah sebenarnya yg dinamakan lari dr pertanggungjawaban, Tun Kunun menolak beban kesalahan sejarahnya dlm hubungan Malaysia-Singapura dgn membawa kesedaran perkauman Melayu lawan Cina. samalah juga, di Singapura, Lee Kuan Yew lari dr beban pertanggungjawaban sejarahnya merampas Singapura, memenjara pimpinan Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dgn membawa kesedaran perkauman Cina lawan Melayu.

lalu Tun Kunun pun menyindirlah tentang perjanjian air tidak adil Malaysia dan Singapura yg berkuat kuasa sehingga tahun 2061 itu. Malaysia jual air 3 sen utk 1,000 gelen ke Singapura. air sumber alam Johor di proses di atas tanah bekas rezab Melayu, di Linggiu, Kota Tinggi, seluas 25,000 ekar, yg kini jd empangan tadahan air milik Singapura, dikawal pasukan keselamatan Singapura. kemudian air bersih yg diproses itu dijual kembali utk bekalan air negeri Johor dgn harga 50 sen utk tiap 1,000 gelen. Tun Kunun ejek diri sendiri ker?

Tun Kunun juga mengejek-ngejek ttg hasrat Malaysia (atau hasrat dirinya) utk membina jambatan bengkok Selat Tebrau yang rencat terkujat.

yg tidak diejek Tun Kunun adalah tindakan anaknya Mokhzani menjual pegangan saham utama Pantai Holdings kpd Datuk Lim Tong Yong (yg disenarai sbg antara org terkaya di Malaysia pd tahun 2006, dgn kekayaan bernilai US$85m (RM311.9juta). Pantai Holding menguasai perjanjian konsesi dgn Fomema dan Pantai Medicare. Fomema merupakan syarikat agensi pekerja asing, bayangkan jika seorg pekerja kena byr RM 100, kalau sejuta - senang berniaga orang ni! Manakala Pantai Medicare pula membekal jual ubat-ubatan farmasi ke hospital2 kerajaan.

kemudiannya Lim Tong Yong, menjual pegangan saham terbesarnya itu kpd kompeni Singapura, Parkways Holding. terlepas ke singapura.

soalnya, apakah Tun Kunun, apa nama, hanya mampu menyindir dan mengejek Singapura? sepanjang memegang tampuk kekuasaan negara, takkanlah hanya mampu mengejek sindir. bagaimana tanah lembah Linggiu terlepas? bagaimana perjanjian air sebegitu rupa, kenapa begitu lemah sekali Tun Kunun hingga terpaksa menyerah kalah, dan hanya mampu menyindir perli dan mengejek-ngejek?

lain pulak tindakannya Tun Kunun bila berdepan dgn rakyat Malaysia - habis dipenjara, dihukum, diugut, disingkir, dipecat, disekat hak dan kebebasannya. waktu itu, Tun Kunun jadi Mahafiraun. tapi itu dululer waktu Tun Kunun berkuasa, skrg ni masih ker?

Tun Kunun dan Menteri Mental (metal leer kalau boleh tahan penjarakan Chia Thye Poh tanpa bicara selama 32 tahun) sebenarnya sama, 2 x 5. malah mereka saling bantu-membantu, walau didepan kelihatan tak sebulu.


Sunday, June 14, 2009

makna lawatan 8hari Lee Kuan Yew

tidak, aku tidak melihat lawatan Lee Kuan Yew (LKY) ke sini dari sudut perkauman Cina dan Melayu. kedaulatan tanah air adalah tentang perpaduan rakyat berbilang kaum, agama, budaya memelihara kemerdekaannya dari penjajahan dan penindasan baik dr dlm atau dr luar.
kita jangan melihat LKY sepertimana yg diinginkan Dr.Mahathir, seorg Cina (yg kaumnya Cina memusuhi Melayu, yg mendiskriminasikan kaum Melayu dlm sistem pentadbiran Singapura), akhirnya LKY menjadi lambang kebencian Melayu pd Cina, pastinya yg untung kekuasaan politik Dr. Mahathir.

LKY samalah seperti pentadbiran negara-senjata-korporat-keparat Amerika Syarikat, yg menjadi momok-hantu-makhluk asing, sasaran ketakutan akan nasib rakyat berbilang kaum Malaysia, untuk itu rakyat perlu menyokong wira dunia ketiga Dr. Mahathir dan partinya gerombolan United Malay National Organization.


di belakang tirai umum atau dlm keadaan rahsia, Tun Kunun itu menyelinap ke bilik hotel perdana menteri Israel, Ariel Sharon, berunding dalam pertemuan yg mengundang kehadiran pemain kriket Israel di Kuala Lumpur, biarpun Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dgn negara Zionis itu. atau membayar pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi mengatur pertemuan dgn George Bush, waktu dia menjd presiden A.S. ataupun dulu perunding imej wira dunia ketiga anti israel itu ialah Saatchi and Saatchi serta menjadi perunding pengiklanan pilihanraya gerombolan Umno dan BN.

Lee Kuan Yew bukanlah musuh yg perlu kita semua takuti. Singapura, parti PAP dan keberlangsungan kehidupan masyarakat pulau itu amat bergantung harap pada ehsan sumber alam dan manusia semenanjung Malaysia. cuma kita marah bilamana kedaulatan tanah dan air dijual sesuka hati, tanpa ketelusan, dgn belit penipuan poliTIKUS. seperti tanah empangan Linggiu, di KOta TInggi, Johor seluas 25, 000 ekar yg kini sudahpun terlepas ke tangan Singapura. kita marah pd kepura-puraan poliTIKUS!

dilaporkan lawatan LKY 8hari ini, sbg. seorang negarawan???kita tidak akan melupakan mangsa2 kekejaman LKY, kita tidak mahu mengiktiraf diktator kejam ini sbg seorg negarawan. Chia Thye Poh yg dipenjara tanpa bicara selama 32 tahun - lebih lama daripada Nelson Mandela. atau pemenjaraan dan penyiksaan Lim Chin Siong. atau siri2 operasi ISA - operasi Cold Store, operasi Pechah, operasi Spektrum dll. Ho Piao, Tan Jing Quee, Teo Soh Lung, Wong Souk Yee, ribuan musuh2 politik LKY yg telah ditangkap, ditahan tanpa bicara dibawah undang2 warisan penjajah Inggeris - ISA, atau disaman bankrupkan, atau dipendam diam2 dgn ugutan senjata, penjara dan undang2 kejamnya.

ataupun pemenjaraan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari yg dipenjara ISA selama 17 tahun. hairan tak terdgr. bunyi suara soalan para wartawan jaguh2 kebebasan media bertanyakan soalan tentang pemenjaraan Said Zahari -yg BELUM PERNAH DIJWB LKY!- dan para patriot Singapura yg ditindas LKY ini.

di perak, LKY selaku wakil empayar Amerika Syarikat (A.S) memilih bertemu menteri besar pilihan mahkamah berbanding MB Nizar Jamaludin pilihan rakyat - terbukti pd p/raya parlimen Bukit Gantang.

setelah lawatan 'negarawan tunggal' Singapura ini, kita akan masuk ke fajar baru hubungan politik Malaysia-Singapura. kalau dulu di depan mcm kunun berlawan, di belakang mata umum berkawan baik. hari ini, oleh kerana ramai yg telah tahu, maka hubungan intim gerombolan Umno itu tak perlulah disembunyi sorokkan lagi:

p/s barangkali juga lawatan LKY ini utk meninjau-ninjau kemungkinan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan kunun bebas FTA (free trade agreement) dgn A.S, pusingan rundingan selanjutnya bulan Julai ini.

-poliTIKUS=politikus tipu dan rakus

Tuesday, May 26, 2009

Hidup bersama menolak perkauman (1)*

Kalau kita membaca blog atau media mega gerombolan United Malays National Organization, bolehlah disimpulkan bahawa orang-orang Melayu United Malay National Organization (Umno) membenci orang-orang Cina. Punca kebencian itu, kalau dikaji-kaji kononnya dikatakan berpunca daripada kuasa orang-orang Melayu yang terhakis. Gerombolan Umno mengatakan orang-orang Cina menguasai kekayaan di bumi ini.

Umno bencikan babi kerana ia dimakan orang-orang Cina, dan mengArabkan perkataan babi, menjadi khinzir, bagi menyucikan kekotoran yang menjadi makanan orang-orang Cina ini. Peliknya, orang-orang Inggeris yang sama memakan babi ini, tidak pula dibenci Melayu Umno. Sewaktu semboyan kemerdekaan aliran pakatan PUTERA-AMCJA ditiupkan. Apa kata gerombolan Umno? Kata Dato' Onn Jaafar, “orang-orang Melayu buat jarum pun tak boleh, macam mana hendak merdeka. orang putih boleh buat kapal, kapal terbang....”

Puncanya adalah politik pecah dan perintah penjajah Inggeris yang masih kekal hingga ke hari ini. Umno sering memomok-momokkan Singapura sebagai tanah 'orang-orang Melayu' yang telah tergadai ke tangan Cina - dengan hantu yang bernama Lee Kuan Yew. Siapa yang memberikan Lee Kuan Yew sebuah pulau bernama Singapura, dan baru-baru ini sebuah pulau bernama Batu Puteh? Atau tanah seluas 25,000 ekar yang menjadi Empangan Linggi di Kota Tinggi, Johor. Tanah yang dijual kepada Singapura. Empangan yang memproses air bersih dan selain untuk bekalan ke pulau Temasik, dijual kembali untuk bekalan air negeri Johor, dengan harga semurah 3 sen segelen. Tapak empangan yang dikatakan tempat berpusatnya tamadun Melayu purba, bernama Kota Gelanggi - apakah telah jatuh menjadi milik dinasti diktator Singapura Lee Kuan Yew?

Benar, Lee Kuan Yew seorang rasis Benar rasisme menjadi tunjang pemerintahan parti tunggal PAP Singapura. Tetapi kita tidak boleh mengambil pendekatan perkauman dalam mendekati permasalahan ini. Pendekatan kelas pemerintah menindas dengan rakyat yang ditindas perlulah diambil. Buktinya mangsa kekejaman dan penindasan Lee Kuan Yew dan PAP Singapura tidak mengenal ras, warna kulit, makan babi atau tidak makan babi, Melayu atau Cina.

Kita tahu bekas Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu, Pak Said Zahari, dipenjarakan kerajaan Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara. Namun demikian, kita juga perlu tahu Chia Thye Poh, seorang Cina juga dipenjarakan Lee Kuan Yew (yang juga seorang Cina). Chia Thye Poh bolehlah dikatakan sebagai pemegang rekod dunia sebagai tahanan politik (memecah rekod Nelson Mandela) tanpa bicara ISA paling lama bukan sahaja di Temasik tetapi di seluruh dunia, dengan rekod pemenjaraan selama 31 tahun! Ingatlah nama-nama ini Lim Chin Siong, Ho Piao, Tan Jing Quee, Francis Khoo, Teo Soh Lung, Wong Souk Yee dan kawan-kawan seperjuangannya yang ditindas diktator Lee Kuan Yew. Terlalu ramai sebenarnya, rakyat Singapura - berbilang kaum dan agama- yang cintakan keadilan, kebenaran, kebebasan, kemerdekaan, kesetaraan menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman diktator - setaraf mahazalim - Lee Kuan Yew!

Mereka yang dipenjara tanpa bicara ini, dibawah ISA oleh diktator Lee Kuan Yew, tidak melihat semenanjung tanah Melayu dan pulau Temasik sebagai dua buah negara yang berbeza. Francis Khoo, seorang pelarian politik, seniman, penyair, intelektual dan ahli akademik misalnya memahami naluri jiwa merdeka suatu bangsa dengan pengalaman baru bebas daripada penjajahan Inggeris, Jepun, Belanda, Portugis. Rakyat suatu bangsa merdeka dengan keragaman budaya, kaum dan agama. Mereka mewakili ingatan perjuangan golongan progresif demokratik tahun-tahun 40 an dalam pakatan Pusat Tenaga Rakyat - Putera All Malayan Council Joint Action. Parti-parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (Api), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Hizbul Muslimin, Parti Komunis Malaya, Rejimen ke 10.

Menariknya, seorang Francis Khoo, kalau dalam hujah perkauman Umno akan hanya disebut sebagai seorang Cina Singapura yang menindas orang-orang Melayu di sana. Perlembagaan Rakyat 1948 tajaan Putera-AMCJA menyebut Melayu sebagai gagasan tanahair merdeka serta bagaimana manusia-manusia di dalamnya dapat hidup bersama, setara, saksama dan adil. Melayu, dalam ertikata Perlembagaan Rakyat bukan kaum, tetapi asas suatu rupa bangsa baru merdeka di tanah Melayu dan pulau Temasik.

Tetapi kalau kita keluar dari kandang perkauman kita akan merasa setara, sebagai suatu bangsa baru merdeka - daripada penjajahan kuasa-kuasa imperialis - bilamana seorang Francis Khoo berkata, "benarkan saya bercakap dalam bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu." Kata-katanya diperkukuhkan sekali lagi dengan penegasan, “bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia dan Singapura.” Francis berkata demikian pada 16 Mei 2009 lalu di Kuala Lumpur, dalam suatu acara pelancaran buku berjudul, Our Thoughts Are Free, buku yang mengandungi puisi dan karangan tentang pemenjaraan dan menjadi pelarian politik Singapura. Dalam sistem pecah dan perintah, kaum, agama, puak, suku tidak dibenarkan bersatu sebagai rakyat sebaliknya digalakkan menjadi seteru. Mudahnya, pemerintahlah yang mengaut untung atas permusuhan ini.

*pertama kali terbit di Suara Keadilan Mei 2009