seperti yg telah diduga, lawatan Harry Lee Kuan Yew (LKY) ini akan cuba diolah Dr. Mahathir dalam kerangka perkauman Melayu dan Cina, cerita org2 Melayu kehilangan kuasa, ketamakan dan kerakusan kuasa org2 Cina.
lawatan 8Hari LKY ini berguna besar dlm mengukuhkan ideologi ketuanan Melayu gerombolan Umno. Tun Kunun dlm catatan blognya, menamakan Singapura sbg Modern Middle Kingdom. Tun Kunun membawa kunun hikayat China purba yang memanggil kerajaan mereka sebagai Pusat Kerajaan Dunia, maksudnya seluruh dunia berpusat di China. di sini, Tun Kunun bermain dgn ingatan ceritera hikayat lama ttg sifat atau watak kekuasaan politik China purba, kemudiannya menanamkan prasangka, mencucuk jarum perkauman ke dalam jiwa org2 Melayu Malaysia hari ini, agar membenci ketamakan kuasa China Purba, dengan membenci rakyat Malaysia beketurunan Cina di sini, sekarang ini, dgn matlamat akhirnya menyokong gerombolan Umno-BN.
inilah sebenarnya yg dinamakan lari dr pertanggungjawaban, Tun Kunun menolak beban kesalahan sejarahnya dlm hubungan Malaysia-Singapura dgn membawa kesedaran perkauman Melayu lawan Cina. samalah juga, di Singapura, Lee Kuan Yew lari dr beban pertanggungjawaban sejarahnya merampas Singapura, memenjara pimpinan Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dgn membawa kesedaran perkauman Cina lawan Melayu.
lalu Tun Kunun pun menyindirlah tentang perjanjian air tidak adil Malaysia dan Singapura yg berkuat kuasa sehingga tahun 2061 itu. Malaysia jual air 3 sen utk 1,000 gelen ke Singapura. air sumber alam Johor di proses di atas tanah bekas rezab Melayu, di Linggiu, Kota Tinggi, seluas 25,000 ekar, yg kini jd empangan tadahan air milik Singapura, dikawal pasukan keselamatan Singapura. kemudian air bersih yg diproses itu dijual kembali utk bekalan air negeri Johor dgn harga 50 sen utk tiap 1,000 gelen. Tun Kunun ejek diri sendiri ker?
Tun Kunun juga mengejek-ngejek ttg hasrat Malaysia (atau hasrat dirinya) utk membina jambatan bengkok Selat Tebrau yang rencat terkujat.
yg tidak diejek Tun Kunun adalah tindakan anaknya Mokhzani menjual pegangan saham utama Pantai Holdings kpd Datuk Lim Tong Yong (yg disenarai sbg antara org terkaya di Malaysia pd tahun 2006, dgn kekayaan bernilai US$85m (RM311.9juta). Pantai Holding menguasai perjanjian konsesi dgn Fomema dan Pantai Medicare. Fomema merupakan syarikat agensi pekerja asing, bayangkan jika seorg pekerja kena byr RM 100, kalau sejuta - senang berniaga orang ni! Manakala Pantai Medicare pula membekal jual ubat-ubatan farmasi ke hospital2 kerajaan.
kemudiannya Lim Tong Yong, menjual pegangan saham terbesarnya itu kpd kompeni Singapura, Parkways Holding. terlepas ke singapura.
soalnya, apakah Tun Kunun, apa nama, hanya mampu menyindir dan mengejek Singapura? sepanjang memegang tampuk kekuasaan negara, takkanlah hanya mampu mengejek sindir. bagaimana tanah lembah Linggiu terlepas? bagaimana perjanjian air sebegitu rupa, kenapa begitu lemah sekali Tun Kunun hingga terpaksa menyerah kalah, dan hanya mampu menyindir perli dan mengejek-ngejek?
lain pulak tindakannya Tun Kunun bila berdepan dgn rakyat Malaysia - habis dipenjara, dihukum, diugut, disingkir, dipecat, disekat hak dan kebebasannya. waktu itu, Tun Kunun jadi Mahafiraun. tapi itu dululer waktu Tun Kunun berkuasa, skrg ni masih ker?
Tun Kunun dan Menteri Mental (metal leer kalau boleh tahan penjarakan Chia Thye Poh tanpa bicara selama 32 tahun) sebenarnya sama, 2 x 5. malah mereka saling bantu-membantu, walau didepan kelihatan tak sebulu.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Yang aku pelik sangat2, sepanjang ingatan dan pengalaman hidup aku kat negera2 orang - berbelas tahun jugak - tak pernah terjadi macam ini.
ReplyDeleteTidak berlaku seorang jemaah menteri asing - apatah lagi menteri mentor/gogfather/taiko - di izinkan untuk masuk ke negara orang lain dan bertemu serta menebual (soalselidik?, soalsiasat?) kepimpinan2 negara serta pembangkang tuanrumah.
Pastinya akan timbul persoalan:
1. campurtangan asing dalam hal-ehwal dalam negara tuanrumah
2. pencabulan kedaulatan negara tuanrumah
Cuba bayangkan, apakah Dr. Mahathir - bukan lagi PM, bukan anggota kabinet dan bukan menteri mentor - akan diizinkan untuk berada di Singapura seminggu dan berjumpa serta menemubual kepimpinan Singapura dan tokoh2 pembangkang Singapura?
Kegiatan lky di Malaysia ini jelas melampaui batasan hubungan di antara mana2 negara yang merdeka dan berdaulat di dunia ini.
Macam mana boleh jadi bergini?
Apakah Malaysia sudah digadai kemerdekaannya?
Apakah Malaysia sudah dijual narwah kedaulatannya?
Siapa yang bertanggungjawab?
dan
Berapa bilion Singapore Dollar harganya? Pada akaun rahsia siapa punya?
??????