Hampir semua orang tahu akan khasiat tumbuhan ini. Biarpun kefahaman budaya Melayu hanya mampu menaksirkan keunggulan pemikiran serta ruh perjuangan Saidina Ali dan Fathimah dengan memberi nama pada tumbuhan yang membawa imbasan seksual ini. Tetapi bukan perkara ini yang ingin aku sebutkan hari ini. Aku nak bercakap tentang hak paten. Apa kejadahnya Hak Paten ini? Ia adalah hak untuk memilik atau hak cipta terhadap sesuatu ciptaan itu.
Apa pula kaitan dengan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah dengan liberalisasi dan hak paten ini?
Liberalisasi pasaran hanyalah nama lain, untuk pemodal (kapitalis) antarabangsa masuk ke Malaysia. Pemodal ini bukan mahu menambahkan modal Malaysia. Tetapi pemodal ini akan menimbunkan kekayaan mereka hasil menyedut, memeras dan MEMILIKI sumber daya alam semulajadi, harta kekayaan dan tenaga buruh serta hasil keluaran orang-orang Malaysia.
Perlu kita melihat bumi dan sumber alamnya yang cukup luas ini hanya dikuasai segelintir kecil kelompok manusia paling kaya di dunia. Mereka (kaum pemodal) yang memiliki harta pemilikan (atau rampas paksaan) akan mengeksploitasi golongan manusia terbanyak yg sebahagian besarnya tidak memiliki HARTA. Sebab itulah mereka yang tidak memiliki harta perlu membayar atau menjual tenaga buruhnya kepada Mereka (kaum pemodal) yang memiliki segalanya. Ini bagi membolehkan golongan yang tidak berpunya (atau dipaksa rampas kepunyaannya) dapat menikmati sumber daya alam untuk hidup dan bekerja. Sumber2 seperti tempat kerja, jentera, mesin, tanah, hutang dan juga produk/hasil keluaran yang telah di patenkan.
Akhirnya, akibat liberalisasi pasaran segala hasil yang dikeluarkan penduduk tempatan perlu mendapat kebenaran kaum (minoriti) pemodal dunia. Maksudnya, akan sampai waktu dimana pokok Tongkat Ali dan Kachip Fathimah tidak boleh ditanam, atau dibuat produk/hasil oleh semua rakyat Malaysia. Hanya mereka yang telah mendaftarkan hak paten yang berhak terhadap kononnya penemuan tumbuhan dan cara-cara mengeluarkan hasil daripada tumbuhan tersebut. Hak ini disokong dasar dan perundangan negara yang menghalalkan apa yang dinamakan Liberalisasi pasaran itu. Jadi kalau nak mengekstrak Tongkat Ali atau menanam Kachip Fathimah, suatu hari nanti kita perlu membayar royalti kepada pemilik Hak Paten Tongkat Ali dan Kachip Fathimah. Kalau tidak membayar, boleh didakwa, didenda atau dipenjarakan. Hal ini terjadi kerana Kerajaan United Malay National Organization siap untuk menjadi alat kapitalis antarabangsa dan sedia menjual apa saja serta setia menghukum sesiapa saja yang tidak mematuhi tuntutan pemilik Hak Paten itu.
Persoalannya, sejak bila pula tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah menjadi milik Massachusetts Institute of Technology dan Pepsi Cola, Amerika Syarikat? Ejen kapitalis antarabangsa ini telah mengorak langkah pertama, dalam perancangan -yang mungkin bakal sempurna tidak lama lagi - untuk merampas hak mutlak setiap rakyat di tanah air ini ke atas tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah.
Ini buktinya:
Hak paten Kachip Fathimah
"Holista Biotech Sdn Bhd, a Bionexus-status company, is working with PepsiCo, a leading global beverage giant, to develop a drink using Malaysian herb, kacip fatimah or labisia pumila with prospects for sale in Asia, the US and Europe.
Holista Biotech had in 2007 filed two patents on the herb's ability to protect the liver and improve the body's immune system."
Hak Paten setakat ini untuk ekstrak Tongkat Ali:
" Bioactive fraction of Eurycoma longifolia(nama saintifik Tongkat Ali)
Document Type and Number:
United States Patent 7132117
Abstract:
The invention provides new uses and products for treatment of sexual dysfunction and male infertility. The products include bioactive components of extracts from roots of the plant Eurycoma longifolia mixed in preparations for topical application and administation."
Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.
Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!
Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.
Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!
wahahahahaha..
ReplyDeletehidup kita ni macam kejadian hujan..
proses yg berulang..
segalanya dah ditetapkan dan dikonsepkan..
dan diterimapakai sebagai satu benda yg kononnya normal..
mahu terus hidup dalam dunia yg mereka dah ciptakan ni, atau kita cipta dunia kita sendiri?
wahahahahaha
sial.
bloody hell..abislah pokok2 ajaib di tanahair kita nanti! institusi atau kementerian yg bersalinghubungan dengan agriculture patut dah jadikan pelbagai spesis tanaman kita sebagai item warisan yang tak boleh di paten /tukarhakmilik. biasalah mat, gajah depan mata tak nampak..dok seperong gak semut di seberang
ReplyDeletetakut kita ter-nganga nanti.
ReplyDeletedijajah pelan-pelan.
artikel ni bernas bang.
memang menyedarkan yang kita belum selesa lagi.
Agenda tersembunyi yang dapat diteroka..
ReplyDeletekwn2 semua kena periksa..daun kesom..bunga kantan..serai apa2lah tumbuh2an yang biasa diguna sehari-hari, percuma menanamnya..apa2kah tumbuhan ini telah dipatenkan kompeni kapitalis antarabangsa.
ReplyDeletesenang nak periksa. cari nama saintifiknya kemudian ditambah + patent rights...tanyalah mr.google..katanya kunun dia maha tahu.
aku terpikat dengan idea kamu ini. aku ambil untuk letak pada blog boleh?
ReplyDeletecis..mereka-mereka itu tidak puas mahu membaptis orang-orang sini, hancing-hancing baunya.
ReplyDeletesalam singgah, minta izin link blog ye.
bokbon...takder masalah..silakanlah.;.terima kasih
ReplyDeletekerajaan takmau kita jadi kuat ni!
ReplyDeleteatau
nak jadi kuat, kena keluaq duit
Holista Biotech Sdn Bhd jadi anjing Amerika babi?
ReplyDelete