Showing posts with label yunos ali. Show all posts
Showing posts with label yunos ali. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

khabar kurang baik Zunar dan Yunos Ali

khabar baik dan khabar buruk. selalu bercampur, berbaur gaul. media mengambil khabar dan segala gambar, bagaimana ia memulangkannya kembali kepada kita? perkakas akhirnya menciptakan bentuk-bentuk baru pada penciptanya sendiri.

hujung minggu, kartunis Zunar bermalam di lokap.(klik sini)

tadi mendapat khabar, Yunos Ali, (klik sini)anak Malaysia, orang Perak, bekas aktivis mahasiswa, gerilyawan Al Fatah Palestin di Beirut dulu, di tahun-tahun 70an, kini dimasukkan ke hospital selayang. khabarnya keadaan tubuh yang tidak berapa sihat.

kita berhubung, bertukar-tukar dan menyambungkan bermacam khabar-khabar, pada media elektrik ini, kesemuanya segalanya, kita akan melihat hasilnya bagaimana media elektrik ini akan mengubah segenap segi kehidupan kita. kita sedang melaluinya.

aku seorang peminat, melihat dan menghormati perjuangan mereka. ada waktu, ada kelapangan, ada kemampuan, ada keupayaan marilah kita ke hospital Selayang dan ke Balai Polis Sepang tempat Zunar ditahan.

Sunday, January 24, 2010

Palestin dan Beautiful Loser: "Jika bangkit melawan gagal, gagal membibit hemah."

"Jika bukit menjadi gunung,

gunung menyuburi rimba,

jika sakit mendorong menung,

menung merangsang dewasa,

lorong hidup banyak cabarnya,

landas hidup banyak tuahnya,

jika rakit menjadi kapal,

kapal meningkat bahtera,

jika bangkit melawan gagal,

gagal membibit hemah,

lorong hidup banyak cabarnya,

landas hidup banyak tuahnya."

(sajak Jika, karya A. Samad Said, dari antologi Rindu Ibu)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Palestina, sepanjang sejarah perjuangan rakyatnya melawan israel dalam memerdekakan tanah air mereka, belum pernah berdepan dengan pergeseran sesama sendiri, sehebat sekarang ini, hinggakan sanggup berbunuhan. Begitulah kurang lebih penjelasan komrad Salah Al-Salah dari Barisan Pembebasan Rakyat Palestin (klik sini), tadi malam di rumah Gerak Budaya, saat dirinya seorang lelaki seusia 73 tahun, menjelaskan pertentangan semasa antara PLO (Al-Fatah) dan Hamas.

biarpun dirinya sudah bercucu, kini Salah Al-Salah tetap bersemangat berkhidmat dalam jawatankuasa pelarian rakyat Palestin. Salah menjelaskan, ribuan tahun lamanya, rakyat Palestin telah hidup bersama, tak mengira agama, suku, keturunan, bangsa. Malah dalam sejarah percubaan mematahkan perlawanan rakyat Palestin sejak pemerintahan Mandat Inggeris lagi (dengan dasar pecah dan perintahnya)perbezaan - pergeseran - pertentangan sesama barisan rakyat Palestin melawan zionis israel, belum pernah menciptakan keadaan permusuhan sesama rakyat Palestin sehebat ini. Biarpun di zaman Mandat Inggeris lagi, zionis israel telah mencuba memecah belahkan perlawanan rakyat Palestin dengan jahatnya menanamkan bibit permusuhan di antara orang2 kota dan org2 desa atau di antara penganut Kristian dan Islam Palestin. namun ianya tidak pernah berhasil. meskipun benar, di mana-manapun wujud perbezaan cara tindakan, atau pergeseran idea taktik strategi, namun sebelum ini kontradiksi dapat diselesaikan tanpa memecahkan kekuatan perlawanan rakyat Palestin, seperti yang sedang terjadi, Hamas dan Fatah saling berbunuhan.

tapi begitulah perjalanan sejarah manusia yang tidak habis-habis dengan dialektika, pertentangan, baik buruk, hitam putih, yin yang, hubungan-hubungan dua (atau jutaan-bilionan-mega-giga) unsur yang saling berlawanan, menghasilkan unsur-unsur kebaharuan sementara, meneruskan sejarah hinggalah titik tamat kewujudan alam - yang terlalu jauh di luar batas pengetahuan manusia.

ya sejarah manusia dan peradabannya, menurut Karl Marx adalah sejarah perjuangan kelas, tetapi ia juga adalah sejarah pengkhianatan, begitu kata2 cukup lantang Hishamudin Rais bersuara memulakan huraiannya tentang perjuangan rakyat Palestin. Selain tamu jemputan Komrad Salah Al-Salah, forum anjuran MSRI (klik sini)itu juga turut menampilkan Hisham sebagai pembicaranya. Hisham pernah ke Beirut dalam Perang Saudara di Lebanon, pada perjalanan pelariannya di tahun-tahun romantika anak muda revolusioner 1970 an, ikut bersama dengan PLO menentang kekejaman puak Kristian kanan Falangis dan zionis Israel.

mungkin juga lebih tepat dalam menghuraikan sejarah perjuangan perlawanan rakyat tertindas adalah sejarah pengkhianatan. pengkhianatan kepimpinan perjuangan rakyat yang akhirnya mematahkan, melumpuh, menyusahkan atau di titik-titik tertentu menghancurkan satu-satu gerakan rakyat itu.

Kelihatannya komrad Salah Al Salah berkongsi pandangan dengan Hisham, bahawa PLO, Al-Fatah dan Yaser Arafat telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dengan meletakkan senjata Al-Fatah dan akhirnya menandatangani perjanjian Oslo.

Hisham juga (tak perlulah pulak nak diterangkan siapa mamat ni) memandang persamaan suasana dan keadaan sejarah penindasan dan perlawanan rakyat di Palestin dan Malaysia. Persamaan yang berpunca dari orang2 yang sama juga (pegawai penjajah Inggeris) yang pernah bertugas pada zaman pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, dengan memainkan peranan penting perampasan kemerdekaan tanah air dan manusia Palestin serta pembentukan negara haram Zionis Israel. Pegawai2 Inggeris yang sama ini jugalah yang datang ke Tanah Melayu, merampas hak dan menghancurkan gerakan kemerdekaan rakyat di sini, misalnya Setiausaha Pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, Gerald Templer, yang dikenang Hisham dalam bahasa Inggeris, "that was beautifully assasinated by The Malayan Communist Party."

berbalik kepada soal pengkhianatan kepimpinan gerakan rakyat Palestin, Yunos Ali, (klik sini)seorang aktivis, sarjana sosiologi, pesara ahli akademik, juga seorang bekas gerilyawan skuad komando Al Fatah di Beirut, berkongsi cerita pedih lagi sayu, kisah bagaimana dia pernah diarahkan pimpinan Al Fatah untuk membunuh pejuang Palestin daripada kelompok PFLP. "Fatah is very reppresive," tutur Yunos. Dia enggan mengikut arahan tersebut, dan nyaris dikenakan tindakan Mahkamah Tentera.

Kita perlu memandang perjuangan Palestin sebagai perjuangan membebaskan tanah air daripada perampasan zionis israel untuk kebebasan, hak-hak demokratik dan kemerdekaan warganya. Palestin bukanlah konflik agama atau konflik bangsa Arab dan Yahudi. Buktinya, sepanjang masa sejarah perlawanannya, rejim-rejim tidak demokratik di negara-negara Arab sering menyumbang kepada kehancuran gerakan rakyat Palestin, malah ikut sama dengan zionis israel menindas rakyat Palestin, seperti misal kata Mesir yang enggan membenarkan bantuan makanan sampai ke wilayah Gaza yang terkepung, malah ke tahap hasad dengki menanam besi-besi bagi menutup lorong2 'tikus' bawah tanah menghubungkan Gaza dan Mesir. atau seperti Arab Saudi - dengan bingung kecelaruan menjadi penjaga Kaabah dan juga boneka sekutu Amerika Syarikat - pendukung utama kewujudan zionis israel.

Palestin bukan perang agama Islam dan Yahudi. Palestin adalah makna hak, merdeka kebebasan, dan kemanusiaan dalam pengertiannya yang paling asas, bahawa kita, di manapun, kita sebutkan di Malaysia, di Singapura, di Iraq, Afghanistan, di Burma, di Thailand, di Patani, di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Selatan, malah di israel dan Amerika Syarikat sendiri, sesiapapun tak akan tunduk pada kekejaman manusia bersenjata, kedamaian cinta sejahtera kehidupan masa depan bersama adil dan saksama untuk semua adalah cita-cita. tidak salah untuk bercita-cita dan menurut teman jauhku Salabi, salah itu biasa. ha.ha.ha.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

begitulah aku menghabiskan hujung mingguku. tengahari ke petangnya ke acara forum Saya Anak Bangsa Malaysia, awal malam ke forum Palestin, kemudian tengah malam Sabtu sampai ke pagi Ahad berforum pulak bersama poodien, avroco dan nik bin jidan tentang tentang hidup, seni, seks, seksualiti, seksis, seksisme, berahi, politik cinta, paranoya kuasa, penipuan nostalgia sistem hidup masa lalu, kepura-puraan warisan yang telah lama pupus dan hilang; kini ekonomi wang yang menilaikan segala-galanya - ke tahap ekstrem tanpa sedar menjadi berhala baru sembahan manusia moden yang kununnya patuh beragama atau setia berprinsip dalam kira-kira akaun dosa dan pahala, keterpisahan di pinggiran bayang-bayang ke kayangan mimpi-mimpi bersinar bintang-bintang, atau hasrat melihat kedatangan banjir besar memusnahkan segala-galanya yang kunun gah gagah memeras, menenggelamkan serakah ketamakan dan angkuh kesombongan, suatu keanehan nikmat, kegagalan-kegagalan indah (atau secara oxymoron nya - untuk menyedapkan hati sendiri - dapat kita sebut sebagai kehodohan yang cantik).

Thursday, June 4, 2009

Yunos Ali, Mickey Mouse dan Mao Ze Dong

Menarik ulasan Yunos Ali pada catatanku tentang Baju Mickey Mouse dirampas. Yunos, bekas tahanan ISA Operasi Lalang, juga pejuang di Beirut dan Palestin, suatu waktu dahulu. Ulasannya turut mencoret pengalaman dirinya sebagai aktivis gerakan mahasiswa tahun 1970 an, dalam pelarian bersama-sama rakan seperjuangan, sewaktu dia berkelana di Australia:
sana sini said...

Pasal mickey mouse ini membuat aku terkenang masa dulu2 ketika aku duduk di Melbourne, Australia. Ada seorang kawan di sana, dia ni sangat2 anti mickey mouse. Aku masa tu tak peduli pun mickey mouse ni, tak ambil pot.

Aku suka road runner!

Marah budak tu. Terpinga-pinga aku. Jadi dia pun terangkanlah apa yang tersirat di sebalik kartun2 itu. Panjang cerita dia tu, satu malam menerangkan pada aku bab2 politikal-ekonomi.

Dipendekkan cerita, bahawasanya, mickey mouse itu simbol, ikon dan projeksi imperilisme budaya Amerika Syarikat ke seluruh dunia. Ia lambang ketuanan kapitalis-monopoli Amerika. Budak anti-imperialis Amerika ini Orang Putih Australia. Orang pompuan pelajar universiti. Namanya Tess.

Berbalik kepada cetakan baju-t yang berwajah Mao, semua tahu Mao Ze Dong ini Pengerusi Parti Komunis Cina yang telah menumpaskan kekuasaan nasionalis Kaomintang di Tiongkok. Semenjak itu (1949) komunis yang diketuai oleh Mao memerintah Cina.

Pelik bin heran mengapa pula dan apa kena mengenanya Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dengan imej mickey mao ini???

Apakah kerana imej suci komunisme Mao dicemarkan?
atau
Apakah kerana kesucian ikon budaya imperialis Amerika dipersendakan?
atau
Apakah Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bertindak melulu dan bodoh?
Mereka tidak ada wacana, tidak ada logik dan rasional. Bila tengok sesuatu, rasa tak senang, rampas aje!

Haram! Haram! Haram!

Wednesday, June 3, 2009

Ekonomi Malaysia dikangkang utk dirogol imperialis korporat keparat!!!

catatanku tentang Dunia Ketiga Penyelamat Ekonomi AS dan Eropah telah diberi maklum balas berguna daripada Pak Ya (Yunos Ali):

sana sini said...

Deregulasi, persaingan terbuka dan perdagangan bebas kononnya.

Ini semua agenda neo-liberal dan neo-con yang berhq di Wall Street, New York dan The Bank, London.

Tujuannya untuk memonopoli seluruh dunia sebanyak busines yg boleh dan di pusatkan di sana.

Semua keuntungan akan mengalir ke hq2 itu. termasuklah juga rompakan korporat oleh CEO dan pengarah2nya, contoh AIG - syarikat insuran seantaro dunia.

Wang/kekayaan yang dirompak itu wang/kekayaan rakyat dunia, bukan dari rakyat Barat sahaja - sebagai diwar-warkan oleh media mereka sebagai 'taxpayer money'.

Fikir sejenak, Malaysia buka terkangkang bisines industri, pertanian, galian, sumber alam dan perkhidmatan untuk mereka rogol.

Apakah mereka akan membenarkan sekiranya syarikat2 dari Malaysia membeli dan mengkontrol GM atau AIG?

Apakah AS dan EU akan membuka tender kontrak dan pembekalan kerajaan mereka kepada syarikat2 Malaysia, atau dari negara2 Dunia-3?

Malaysia dalam keadaan malang. PMnya jago kampung - rakyat vokal dikibai dengan ISA, Akta Polis, Akta Hasutan dan Jenayah Fitnah.

Tetapi masyarakat antara bangsa sangat mengetahui tembelang busuk PM Malaysia ini. Media mereka secara terbuka memecahkan tembelang ini - tak saman pun!

Organisasi2 risikan mereka, termasuk juga Singapura, pasti tahu dengan terperincinya kerenah dan kelemahan PM ini.

Tak perlu diugut, tst sahaja - tahu sama tahu - maka apabila 'berunding', sebenarnya Malaysia di bawah rejim yang ada sekarang ini terpaksa rela memberikan konsesi - sepertimana sultan2 Melayu memberikan konsesi kepada penjajah British dahulu.

Kita Malaysia sekarang ini dijajah, dirogol dan dirompak lagi atas nama globalisasi.