Showing posts with label operasi lalang. Show all posts
Showing posts with label operasi lalang. Show all posts

Monday, October 25, 2010

LAWAN ISA: 23 tahun setelah Ops Lalang&Spectrum



jemput hadir untuk mengenang dan melawan kekejaman ISA. Sejarah telah menyaksikan penangkapan ISA seramai 106 orang rakyat Malaysia di bawah Operasi Lalang di sini dan penahanan 22 orang rakyat Singapura di pulau Temasik itu.

Undangan ke pelancaran BUKU, tentang pengalaman 2 operasi ini:

BEYOND THE BLUE GATE & 445 DAYS UNDER THE ISA

Rabu, 27 oktober 2010
jam 7.30 sampai 10.30
Dewan perhimpunan Cina Selangor dan KL

Program:

Ucapan alu-aluan

Pelancaran buku dan ucapan oleh:
- YB Dr Nasir Hashim
- YB Saari Sungib

Diskusi oleh bekas-bekas mangsa kekejaman tahanan tanpa bicara ISA:
- Teo Soh Lung
- Dr Kua Kia Soong
- Hishamuddin Rais
Moderator: Maria Chin Abdullah

Pihak penganjur dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru undangan dan kehadiran para bekas tahanan Operation Lalang & Operation Spectrum.

lawan dan lawan dan lawan ISA sampai dimansuhkan!!!



Thursday, June 4, 2009

Yunos Ali, Mickey Mouse dan Mao Ze Dong

Menarik ulasan Yunos Ali pada catatanku tentang Baju Mickey Mouse dirampas. Yunos, bekas tahanan ISA Operasi Lalang, juga pejuang di Beirut dan Palestin, suatu waktu dahulu. Ulasannya turut mencoret pengalaman dirinya sebagai aktivis gerakan mahasiswa tahun 1970 an, dalam pelarian bersama-sama rakan seperjuangan, sewaktu dia berkelana di Australia:
sana sini said...

Pasal mickey mouse ini membuat aku terkenang masa dulu2 ketika aku duduk di Melbourne, Australia. Ada seorang kawan di sana, dia ni sangat2 anti mickey mouse. Aku masa tu tak peduli pun mickey mouse ni, tak ambil pot.

Aku suka road runner!

Marah budak tu. Terpinga-pinga aku. Jadi dia pun terangkanlah apa yang tersirat di sebalik kartun2 itu. Panjang cerita dia tu, satu malam menerangkan pada aku bab2 politikal-ekonomi.

Dipendekkan cerita, bahawasanya, mickey mouse itu simbol, ikon dan projeksi imperilisme budaya Amerika Syarikat ke seluruh dunia. Ia lambang ketuanan kapitalis-monopoli Amerika. Budak anti-imperialis Amerika ini Orang Putih Australia. Orang pompuan pelajar universiti. Namanya Tess.

Berbalik kepada cetakan baju-t yang berwajah Mao, semua tahu Mao Ze Dong ini Pengerusi Parti Komunis Cina yang telah menumpaskan kekuasaan nasionalis Kaomintang di Tiongkok. Semenjak itu (1949) komunis yang diketuai oleh Mao memerintah Cina.

Pelik bin heran mengapa pula dan apa kena mengenanya Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dengan imej mickey mao ini???

Apakah kerana imej suci komunisme Mao dicemarkan?
atau
Apakah kerana kesucian ikon budaya imperialis Amerika dipersendakan?
atau
Apakah Jabatan Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bertindak melulu dan bodoh?
Mereka tidak ada wacana, tidak ada logik dan rasional. Bila tengok sesuatu, rasa tak senang, rampas aje!

Haram! Haram! Haram!