terima kasih kepada semua (khususnya warga Memali) yg membantu menolong menjayakan video dokumentari ini.
Prasasti Memali bukan disuratkan dengan plak emas atau ukiran di atas logam2 mahal. cukup hanya dengan tulisan marker pen di atas manilakad .
(gambar pusara para Syuhada)
Al Fatehah Memali menceritakan kisah dua orang penyanyi penulis lagu (singer songwriter) Black (klik blog) dan Meor (klik blog) yang cuba mengungkap peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Kg. Memali pada tahun 1985 di Baling, Kedah.
Al Fatehah Memali dapat menjadi kenyataan setelah cadanganku diterima pihak Freedom Film Festival dan Komas (klik di sini untuk jadual, tiket2 percuma tayangan Al-Fatehah Memali, berserta 'filem'2 lainnya).
Komas bertindak sebagai produser dengan mengeluarkan belanja sederhana RM 5ribu.
gambar2 dlm catatan ini diambil oleh teman, Alfian Tahir (klik blognya) yg mengikuti penggambaran.
(kucing Memali)
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
baris ayat prasasti dan manilakad sugguh bermaksud!
ReplyDeletebetapa nilai kematian dan ingatan kepada mayat - mayat itu tidak perlu dijelmakan pada material yang mahal. cukup semata kita rasa pada jiwa. terpahat.
Mereka mangsa kezaliman era mahathir di mana semua saluran berita di tutup dari telinga rakyat kecuali apa yang mereka mahu dakyahkan. Alhamdulillah setelah 24 tahun berlalu, kita telah mendapat gambaran dengan lebih jelas dan adil atas apa yang berlaku.
ReplyDeleteSesungguhnya mereka diserang membabi buta, tanpa dapat melawan, tanpa dapat bersuara. Mereka ditembak begitu sahaja..zalimnya pemerintah yang mengarahkan pembunuhan itu.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sesungguhnya di sisi Allah, mereka masih hidup!
Tahniah dan terima kasih bro atas usaha menyingkap kembali tragedi Memali.
ReplyDeleteTahniah atas usaha ini!
ReplyDeleteTragedi berdarah yang begitu menyayat hati..tiada belas kasihan antara manusia sesama manusia..sehingga sanggup diperkudakan si binatang bagi mencapai kepuasan yang belum tentu ada noktahnya..
ReplyDeleteBertindak ikut perasaan atas kebinatangan hati menyelami maksud pemikiran manusia yang kerdil.
Lencongan fakta yg amat dahsyat.....mengelirukan
ReplyDelete