Dalam kita memperkatakan erti kemerdekaan, ia merentas sempadan kuasa, apatah lagi kita yg mengakui diri sebagai anak semua bangsa. maka kenang2kanlah peristiwa Tak Bai tanggal 11 Ramadhan 1424 (klik sini http://thailand.ahrchk.net/takbai/), setelah lima Ramadhan berlalu, rakyat Patani dan syuhada Takbai belum mendapat keadilannya. Apatah lagi, pada bulan Mei yang lalu Mahkamah Wilayah Songkla Thailand memutuskan pihak tentera dan polis Thailand yang berlaku kejam ke atas rakyat Patani (klik berita) sebagai tidak bersalah:
Apa yg terjadi pada hari tersebut jelas merupakan pencabulan hak asasi manusia yang maha kejam dilakukan oleh tentera Siam ke atas rakyat Patani.
85 rakyat Patani meninggal dunia, terkorban atas penyeksaan penuh hina dari tentera Siam. lebih seribu orang ditahan pihak tentera.
Suruhanjaya Hak Asasi Thailand melaporkan para tahanan dipukul dengan belantan, ditendang dan ditumbuk, ada antara mereka dipukul ketika tertiarap di atas lantai, dengan tangan terikat dibelakang mereka.
SS: Oh terlupa, kpd abang2 haji ustaz tuan guru para pemuda Pas, yg kini sedang giat memFOKUSkan KEBERANIAN, masa, tenaga, fikiran dan sumber mereka untuk berdemo konsert band cikai Michael yg masih belajar rock tu, dicadangkan agar mengalih sepenuh tumpuan, masa, tenaga, fikiran, sumber dan kekuatan bagi membela hak kemerdekaan rakyat Patani dan menuntut keadilan atas kezaliman di Tak Bai (mereka kan org Islam juga).
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Dunia digelapkan dengan segala bentuk penindasan dan sayang yang diharap membela,opportunist sempit. Antara sedar atau tidak bumi dihuni 2 puak majoriti; yang ditindas dan yang menindas. Pejuang perlu hadir untuk membela yang ditindas walau SIAPA pun, walau DI MANA pun.
ReplyDeleteAku setuju dengan perenggan akhir tu.
Sesuatu yg ganjil masih terdapat bloger yg sudi
ReplyDeleteberbicara tentang nasib orang2 melayu patani,
kerana kebanyakan kita cuma hanya menuleh kpd
isu2 yg pepular saja. apalagi kita bangsa mela
yu sangat tidak petriotik berbanding bangsa2 lain.seolah2 kita buta sejarah,sedangkan melayu
patani dgn kita sebagai air ditetak tidak akan putus.sangat malang nasib mereka sbagaimana kata pepatah antan patah lesung hilang dan kita pula bersikap anak di rumah mati kelaparan
kera dihutan di susukan. cuba2lah berikan perhatian kpd saudara2 kita diutara tanah melayu dlm bentuk apa sekalipon. semuga allah
mencucuri rahmat kpd kita sekalian.
saya pernah 2 kali ke sini pada tahun 80an dulu,saya ada kawan di sini...orang di sini baik2..tapi sayang mereka jadi mangsa penindasan.Ya kepada bro-bro PAS tu jgn tunjuk hero kat band mat salleh yg cikai tu je...sdra2 kita di Siam ni apa hal...
ReplyDelete