Friday, September 18, 2009

MEMBAKAR BAHTERA - puisi terbaru A. Samad Said



(imej Parti Perikatan, nama lama Barisan Nasional ini hanyalah hiasan sampahseni semata-mata)

Maaf, bangkitlah. Janganlah tidur, Dayang Fina!
Bangsaku sedang terhumban dalam kawah dosa.
Bubur liur muntah kata penguncup bahasa
kini berterusan tercurah ke tekak bangsa.

Kita dihulurkan panji bergelumang nanah,
digesa agar ghairah menjulang setingginya.
Di bawahnya, kita disihir menjadi angka
bertandak serancak mengejek Akta Bahasa.


(gambar hiasan SS)

Tangan kuasawan yang berlinang billiona
melupuskan ekuiti bangsa seenaknya—
menyuburkan taman budaya wangsa penjajah,
membakar bahtera khazanah Dato Hang Tuah.

Usah lena lagi—usah, usah—Dayang Fina!
Wira harta terus mencemar istana kata,
menyihir murbawan jadi sekedar boneka
untuk lanjut angkuh meludah Akta Bahasa.


(gambar hiasan SS)

Kita sedang diasuh mendakap kepalsuan,
dalam senyap, menajisi benih kebenaran.
Hikayat hemah wajar bangat diulang baca
sebelum bangsawan sedar hikmahnya aksara.

Maaf, jangan lena, jangan lena, Dayang Fina!
Bangsa sedang gelupur dalam cekau kuasa.
Pendeta perlu cepat ganti gigi ke taring,
meraung senyilu nasib bahasa yang gering.

Maaf, kini tidur selenanya, Dayang Fina!
Cuma, jangan dilupai penakek bahasa.

30, 31 Ogos—3, Sept, 09. A. SAMAD SAID.
(kunjungi http://wirabukit.com/)

5 comments:

  1. "Pendeta perlu cepat ganti gigi ke taring"

    wah nampaknya Pak Samad makin garang...ingatkan Mahafiraun ajer ada taring..kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Dayang fina jangan tidur.. kerana bik mama sedan bermahjarela

    ReplyDelete
  3. Wa suka tengok gambar poster kapal layar tu..wa sempat tengok masa kecik2 dulu ha..ha..

    ReplyDelete
  4. sajak yang pekat dengan pedagogi politik masakini..memang sofistikated!

    cuma, siapa dayang fina yg dituturkan seumpama satu figura ignoran? fynn??!

    ReplyDelete
  5. Ada bagus mengingatkan masalah `bangsa' -tetapi atas nama `bangsa' yang sama, orang Sarawak dan Sabah dipinggirkan tanpa pembela! Mungkin lebih baik melihat mereka yang dipinggirkan sebagai `sebangsa'!

    ReplyDelete