Friday, September 11, 2009

Malaysia:telah wujud pd. September 1937


Malaysia adalah projek kolonial. benar, seperti buku ini yg terbit pd September 1937


projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yg kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dgn niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.

Kemudiannya, projek kolonial A.S mendapat akal jahat, angan2 paling bodoh bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara2 di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis.Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya "Meniti lautan gelora."

Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yg anti penjajahan - bentuk baru dan lama - dari kuasa kolonial barat. hari ini kita dapat melihat fakta2 ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen2 rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

mujur A.S punya akta kebebasan maklumat sekarang, jadi kita semua boleh menyelidik dokumen2 yg dianggap sulit dan rahsia dulunya hanya pada capaian internet.

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia-yg dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jenderal Suharto, yg didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempada kekuasaan negara. buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, tahun2 orang2 di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, tahun2 org2 di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. tahun2 kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja2nya, tahun2 inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama - Negeri2 Melayu Bersekutu, Negeri2 Melayu tidak bersekutu, Negeri2 Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.

gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh-Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia.

sekarang kita mesti belajar menjadi Malaysia yang baru, dari semua kegagalannya. apakah akan dtg kita akan terus mengadap pengajaran dari kegagalan masakini, atau kejayaannya, untuk aku, usah dipedulikan. kita hanya perlu mencuba, kalau tak cuba, kita tak tahu.

32 comments:

  1. Ya...Malaysia.. bunyi yang pelik setelah puluh tahun guna Malaya.. rupa-rupanya agenda barat. Bendera Malaysia diambil dari pertandingan melukis yang dipilih oleh Ratu.. Lagu pula diciplak dari ..indon dan hawai.. nama negara dirancang barat,lagu ciplak,bendera dipilih ratu.. ni bukan sampah seni..ni negara sampah..

    ReplyDelete
  2. Syabas Sdr. Rahmat

    Satu pendedahan yang penting berkenaan sejarah kita.

    ReplyDelete
  3. Tq Abang Mat - Nanti gua belanja makan nasi kandar di PJ.

    Tq

    ReplyDelete
  4. saya terlupa dimana saya pernah jumpa link utk baca buku ini online. rasanya pertama kali tahu benda ni dlm blog sejarah. ingatkan nama malasyia tu ujud pada 1963 rupanya lama dah hehehe

    ReplyDelete
  5. sudah disebut diblog lain lebih awal dari blog ini
    internet untuk merayau2 (baru luas pandangan)
    internet bukan untuk berpusing2 di tempat yang sama




    klik my name

    ReplyDelete
  6. malay si aaa...gabungan bahasa inggeris dan cina bermakna melayu mampos aa.....

    ReplyDelete
  7. negare kte aman sbb asyik jilat bontot amerika ngn israel jela..kalo buat hal skit xlame da..palestin ke-2 la kte nmpaknye...

    ReplyDelete
  8. Kena catat dalam buku sejarah KBSM ni... adooi.. Come one Sejarahwan Malaysia.. Korang x buat kerja ker?

    ReplyDelete
  9. apa yang ada sekarang adalah sebuah projek kolonial yang berjaya gilang gemilang. btol kata lu bro, kita kena jadi malaysia baru.

    ReplyDelete
  10. Tahniah, sebuah rungkaian, satu fakta, saya baru tahu, saya buta sejarah, cuma baca buku untuk SPM, buku teks tipu, tipu kita, tipu melayu cina india, tipu segalanya, berakar penipu berdaun penipu, di mana kita di dalam pokok penipu?

    ReplyDelete
  11. ^^ dah baca belum buku tu....buku to ialah thesis saje ..apeda korang ni. Namanya memang significant tapi apa ada pada nama.

    nak kata kita ni menjilat pungkok US tak jugak..masih lagi berdaulat masih lagi merdeka.

    dan lagi isi buku tu tak related langsung dengan proses kemerdekaan kita yang sama cuma nama Malaysia tu je. dan jangan tak percaya Nama Malaysia tu di rebut oleh Indonesia dan Filipina. Bila negara kita lahir dengan nama ini Sukarno cepat tukar kepada Indonesiaraya

    seperti yang aku sebut buku tu cuma thesis...hanyalah teori

    ReplyDelete
  12. us was created by the free mason to rule the world. then they created malaysia (if what we discuss here are true)... r we rule by the free mason too....... huerm........

    ReplyDelete
  13. malaysia bukan gabungan malay asia ker?.....betul ke malay=melayu si=mati a=a punye teori tuh? tapi diikutkan balik....nak terkejut ape dgn bende ni.....memang dalam Al-Quran pun ckp dajjal hidup 40 hari didunia dgn kiraan tersendiri....dajjal=israel/freemason/illuminati....so wats so suprise ayte?

    ReplyDelete
  14. kite sbnanye mmg dah lame didalam tangan freemason... kat mlaysia ney mmg da byk da ptunjuk yg bley mmbuktikan yg dorg mmg da lame ade kat sini.. so kite sndiri pandai2lah fikir yg mane baik dan mana jahat.. jangan ikut fahaman yg lain dr apa yg kita ikut selama ini. dalam al-Quran pun ada beritahu yg umat Islam akan bersatu kembali pada akhir zaman. dan zaman kegemilangan islam akan kembali.. so bersiap sedialah kita menghadapi harinya.. jgn terpengaruh dgn media.. kerana semuanya telah dikawal oleh gerakan freemason. harap maklup

    ReplyDelete
  15. ada sebab kenapa malaysia dikawal secara diam oleh kuasa barat. mereka menakuti 'seseorang' yang bakal muncul dari tanah ini. cuba anda kaji tentang kedatangan Islam di tanah kita ni.

    kpd anonymous DECEMBER 1 2009 11:04 AM, dajjal bukanlah yahudi, freemason dan sekutu-sekutu mereka. dajjal adalah seorang manusia. yahudi, mason dan sekutu-sekutunya adalah tentera dajjal yang menyediakan dunia sebelum keluarnya dajjal supaya lebih mudah utk dajjal mengawal umat Muhammad yg semakin terlalai..

    -admin FOM-

    ReplyDelete
  16. saya rasa.. kamulah ejen freemansion yang dilantik cia untuk mengkucar kacirkan negara ini melalui teori dan fitnah hasil tulisan kamu. insaflah.. kalau benar apa yang awak katakan.. dah lama negara ini ikut telunjuk amerika dan israel. sila tonton The Arrival untuk munasabah diri. agenda yahudi ingin menghancurkan umur islam.

    ReplyDelete
  17. halo kwn

    nme malaysia da gune sejak dr taun 18xx la..bkn 1937..apedaa

    ReplyDelete
  18. kwn2 jgnla dok karut marut ckp malaysia ni dr melayu mati la ape la..

    kite bukn mcm filipin dan indon yg telah diberi nama baru..

    perkataan malay itu sndri da digunakan hmpir 3000thun mnakala sia mrujuk kpd kata gnti nama bersaman dgn "an" dan lain2

    malaysia itu kalo kite direct translate kite akn dpt mksud negara malay @ negara milik malay


    ceritasatumalam.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. hmmm kenapa nak kata negara kita dikawal oleh barat atau pun US??? sedangkan kitakan dah diberi kemerdekaan.. lagipun kita masih lagi bebas dan kita semua ada kebebasan menentukan pemimpin kita melalui pilihanraya.. so semuanya di tangan kita kenapa nak kata ada unsur lain pula??? lagi satu lagu negaraku tu bukan dari indo atau taiwan tapi dari lagu negeri perak iaitu terang bulan... jangan mudah percaya dgn anasir ansir luar yg sengaja nak menimbulkan kekecohan di negara kita.. kita dah hidup dgn aman ni.. cintai lah negara kita..

    ReplyDelete
  20. kadang2 aku terpikir gak kenapa Malaysia merdeka dgn begitu senang. pergi london sebulan wat deal, pastu balik. mesti dorang deal something.

    ReplyDelete
  21. freedom. saya juga berasakan bahawa somebody akan keluar dari daerah kita. pemuda bani tamim. ta + mim = mungkin tanah melayu?

    ReplyDelete
  22. akpd anon august21 453 am..kalo nk taw npe malaysia merdeka dgn mudah , anda ptot bce link ini

    http://ceritasatumalam.blogspot.com/2010/08/illuminati-melayu.html

    ReplyDelete
  23. get a life, close minded PAS ppl

    ReplyDelete
  24. aku peduli ape.... janji idop aku tenteram sudah... mane saja organisasi yang buat aku tenteram aku sokong

    ReplyDelete
  25. Tenteram di dunia dan jahanam di akhirat buat ape..Hidup Dunia adalah kunci utk kehidupan Akhirat!bkn sebaliknya..
    Ia sama seperti memakan makanan yang tah dari mana asalnya atau baik buruknya.
    Maaf,lari topic!

    ReplyDelete
  26. steady rockin , xpyh pening2 pale..peace

    ReplyDelete
  27. nak ckp negara sendiri sampah lak...
    kite da hidup sampai sekarang ngan "Malaysia" ni...bukan leh buat apa pun da...
    baik pk alternatif lain mcm mana korng nak bawak "Malaysia" ni lagi baik...
    lg pun kejap je idupkan...

    ReplyDelete
  28. buat la ape yg kite masih sempat buat...
    kearah kebaikan...
    sape2 yg kaya-raya tu tlg la buat kereta yg murah dan berkualiti tggi tuk rakyat Malaysia ni...
    buat la kereta dgn hati yang ikhlas
    pk mcm mana org negara luar akan cari kereta malaysia...jual la ngan dorng mahal2...

    ReplyDelete