gambar
cover album terbaru 'syifu'. gua salut bro!!!
trovador (
akar bhs Arab-Tarrab atau مطرب) dan
folk singer song writer.
performer dan
busker. itulah dia Meor Yusof Aziddin. lirik lagunya adalah puisi. musiknya juga adalah puisi. seniman besar, guru seni yg tekun, insan yg 'kaya' "kemesraan."
wah, gila puji melangit! memang catatan ini berat sebelah -
biased. bukan dengan tujuan ampu bodek, tak dapat apapun (dapat gak, ilmu sikit2). tapi inilah hakikat kenyataannya. semanis pahit apapun, fakta tetap fakta. bakat hebat yg telah dipersiakan ramai manusia bertahun-tahun lamanya. tak ada kecewa, tak ada apa yg dipedulikan seorang Meor yg mahu terus berkarya dan berkarya.
42 tahun usia, Meor banyak ceritanya (
klik blog), ditipu, dicemburui, disekat, dipinggir malah ada yg menghina kerana dia miskin harta. tapi jangan lupa, kena ingat, Meor kaya seni. hidup begitulah, tak ada yg mutlak, tak ada orang yg dapat disukai oleh semua org.
hari ini aku berbangga, kerana dapat menjadi anak muridnya - mungkin yg paling pemalas, belajar gitar dan belum pandai-pandai lagi, "practise, practise, practise," katanya. itu yg liat aku nak buat tu.
Kalau lah begitu,hendak juga jadi anak didik nya.:))
ReplyDeleteMemang dari dulu lah yang PETAK mahu.Duduk di rumah bertiang kan gitar,dipasak dengan tali-tali nya,berbumbung kan sebaris demi sebaris pantun,dan beberapa rangkapp puisi sebagai lantai.Alangkah indah nya lagi bila yang tinggal di dalam nya,seni.:))
Miskin harta takpa.
ReplyDeleteKaya seni,bangga.
Mahu sahaja duduk di rumah bertiang dinding kan gitar,di pasak dengan tali nya,berbumbung kan serangkap demi serangkap pantun dan beberapa baris puisi sebagai lantai nya.
Indah lagi jika yang mendiamai ialah,seni.:))
Pak Rahmat,
ReplyDeletegua ada buat sajak,
lu tlg tengok kejap ada gaya ke tidak..
daus..aku bukan pak rahmat...ha ha ha..kau buat ajalah apa2pun..terserah yg paling ptg kau suka. semua org ada gaya. kau tanyaler diri sendiri. kalau kau syok, apa hal nak pedulik org lain..buatjer
ReplyDeleteseninya seorang manusia tidak tepat untuk diukur pada pujaan oleh orang lain. cukup asal kegilaannya pada seni, tidak mati.
ReplyDeletesuka pada baris 'hidup begitulah, tak ada yang mutlak..' ;)
Ahaha.Tak marah ah.:DD
ReplyDeletedan kita masih dapat melihat meor busking di pasar sentral pada hari sabtu. ini dia seniman.
ReplyDelete