AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR – 28 OCTOBER 2009
HENTIKAN PENGGUNAAN INJUNKSI UMUM BAGI MENEKAN HAK RAKYAT
Amnesty International Malaysia amat prihatin dengan penggunaan injuksi umum yang diperolehi oleh pihak polis untuk persidangan 28 Oktober Dewan Undangan Negeri Perak. Kami khuatir mengenai kekerapan penggunaan perintah injunksi ke atas orang awam kerana ia adalah arbitrari dan membenarkan penyalahgunaan kuasa tangkap dan tahan, kerana perintah mahkamah ini membenarkan penangkapan dan penahanan orang awam di dalam sesuatu kawasan tanpa kehadiran proses yang wajar dan pemeriksaan fakta.
Amnesty International Malaysia mengetahui bahawa ini bukan kali pertama polis memperoleh perintah mahkamah sebegini. Ia sudah menjadi amalan polis untuk memudahkan tindakan keras besar-besaran menentang perhimpunan aman dan untuk membuat penangkapan menyeluruh secara arbitrari. Injunksi terhadap semua rakyat Malaysia ini merupakan satu ejekan yang ditujukan kepada sistem keadilan kita. Ini adalah kerana permohonan sebegini dipinta dan diberikan hanya berdasarkan prasangka dan permohonan dari satu pihak dan menghalang hak pihak yang lain ke atas perbicaraan yang adil di dalam mahkamah terbuka dan dari menjawab dakwaan dan alasan polis.
Amnesty berpendapat bahawa perintah mahkamah itu diperolehi semata-mata untuk menumpas dan menundukkan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman. Permohonan ini memberi kuasa arbitrari kepada polis untuk menahan rakyat yang mempraktikkan hak asasi mereka berdasarkan Perlembagaan Negara. Perintah mahkamah itu juga memberi polis kuasa tidak terhad dan membolehkan penyalahgunaan kuasa tersebut. Perintah tersebut akan mendedahkan rakyat kepada risiko penangkapan, penahanan rambang, penyiksaan atau layanan atau tindakan yang zalim, dan pendakwaan selektif. Kami berpendapat bahawa perintah mahkamah ini menundukkan kebebasan asasi perhimpunan dan pergerakan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Amnesty International Malaysia ingin mengingatkan polis Malaysia tentang kewajipan statutori mereka untuk melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat. Artikel 5, Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Undang- Undang Bangsa- Bangsa Bersatu menjelaskan: ‘Tiada sebarang pegawai penguatkuasa undang-undang boleh melakukan, menghasut atau membiarkan apa- apa tindakan aniaya atau zalim, sifat tidak berperikemanusiaan atau penghinaan atau hukuman, dan juga tiada pegawai penguatkuasa yang boleh melaksanakan perintah pegawai atasan atau mengisytiharkan keadaan luar biasa seperti ancaman ke atas keselamatan negara, ketidakstabilan politik dalam negeri atau apa- apa darurat awam sebagai alasan untuk penganiayaan atau apa-apa kezaliman, sifat tidak berperikemanusiaan atau penghinaan atau hukuman.’
Amnesty International Malaysia berpendapat bahawa amalan polis di Malaysia mesti mematuhi dan mengikuti tahap kepatuhan yang tinggi dalam pengamalan hak asasi. Semua amalan dan perlaksanaan perintah perlu dengan jelas mencerminkan dan menunjukkan kepatuhan kepada hak asasi. Orang awam perlu diberikan perkhidmatan yang professional, bertanggungjawab dan berdasarkan hak asasi. Kami meminta pihak polis Malaysia untuk menghormati hak asasi rakyat Malaysia dan menghentikan amalan mendapatkan perintah mahkamah unilateral untuk bertindak keras terhadap perhimpunan aman di Malaysia.
K. Shan , Penyelaras Kempen
--
Nora Murat
Executive DirectorAmnesty International MalaysiaTel: 603 7955 2680Fax: 603 7955 2682www.aimalaysia.org
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
memang sepatutnya begitu, perhimpunan aman selalu dicemari oleh polis2 jahanam ni
ReplyDeleteorang yang bermain ni orang2 yang berada dalam ruang lingkung kuasa. merekalah meminda. membuat dan memanipulasi kuasa dan undang2.
ReplyDeletekuasa itu sebenarnya berada diatas undang2. mau tidak mau undang2 menjadi atas kertas. mereka kebal. keballah sangat.
pencabulan ini walaubagaimanapun mampu kita atasi dengan revolusi. sekurang2nya revolusi minda! yang memerlukan keberanian masyarakat untuk mengubah pandangan dan menganggap diri tidak bodoh lagi!