semalam rumahku dimasuki pencuri (sebenarnya belum lagi mencuri, agak tak wajar memanggilnya pencuri). baru menonjol kepalanya di tingkap dapur yg berjaya dipotong grill besi atau dicabutnya. yg mampu kulakukan hanyalah menyergah, hoii. dia lari, menyelinap di celah pagar yg telah robek dan tak jauh kudengar bunyi enjin motorsikal dihidupkan, dia berlalu pergi dan kalau sempat, mungkin akan datang lagi.
rumah ini, hanya ada mimpi, tiap tidurku bermimpi. siapa dia yg dtg itu? dari mana dia? punya rumahkah dia? apa yg mendorongnya sanggup berbuat kerja2 nekad begitu? kenapa?
aku hanya menjangka, dia hidup dalam lingkaran ganas kemiskinan atau ketagihan yang tidak tertahan-tahan, hidupnya di antara rumah-rumah mimpi - yg dipecah masuk, mendapat untung tak seberapa, pecah lagi, tertangkap, di lokap, di penjara, di pusat, keluar dan cuba lagi memecahkan rumah-rumah mimpi.
sampai bila?
semua orang, ingin bermimpi bahagia.
SS: takziah buat keluarga tragedi perkhemahan 1Malaysia, jambatan digantung ketamakan rasuah, inilah jadinya.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
dia mau curi rambut lu!!
ReplyDeletemungkin dia hanya mahu menumpang teduh?
ReplyDeletemat biar betul..haha apa la mamat tu nak agaknya..
ReplyDeleteorang miskin cuba rompak orang miskin...
ReplyDeleteYa Mat, wa sutuju ngan lu.. Patutnye lu ajak mamat2 2 lepak kene sedapor dulu..haha!
ReplyDeleteketamakan dan ketagihan rasuah!!!!!
ReplyDeleterumah ko pon diorang nak rompak? hahaha.
ReplyDeletesedih kalau cerita pasal pencuri, pasal yang berhajat untuk mencuri mahupun terdorong untuk mencuri... tak tau nak salahkan siapa... pencurikah? tuan yang kena curikah? atau keadaan ekonomi itu sendirikah? moga mimpi ngeri berakhir dengan mimpi bahagia buat kita semua...
ReplyDeletebro ayat lu yang ni killer! "rumah ini, hanya ada mimpi, tiap tidurku bermimpi"
ReplyDelete