9 oktober lalu, merupakan Hari Menentang Hukuman Bunuh Sedunia, memandangkan aku agak lama tidak on9, maka hari ini barulah dapat aku letakkan kenyataan media Amnesty International:
Sempena Hari Menentang Hukuman Bunuh Sedunia, Amnesty International Malaysia menyeru kerajaan Malaysia untuk mengisytiharkan Penangguhan (Moratorium) ke atas semua hukuman bunuh seperti yang ternyata dalam Resolusi A/RES/62/149 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2007.
Pada 2007, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan resolusi penangguhan hukuman bunuh. Resolusi ini menyeru Negara yang masih mengekalkan hukuman bunuh untuk menangguhkan dengan rasmi semua perlaksanaan hukuman dengan niat akan memansuhkannya pada masa hadapan dan menyediakan perlindungan bagi menjamin keselamatan hak-hak mereka yang berdepan dengan hukuman bunuh dan secara progresifnya mengurangkan penggunaan hukuman bunuh terhadap kesalahan yang boleh dikenakan.
Amnesty International Malaysia (AIM) berpendapat bahawa keputusan yang disokong oleh Setiausaha Agung PBB dan diakui oleh badan tertinggi politik PBB yang mempunyai keanggotaan sejagat ini, sebagai satu perakuan jelas terhadap pemansuhan hukuman bunuh untuk dunia.
Maklumat terbaru kami menunjukkan sebanyak 139 negara telah memansuhkan hukuman bunuh samada melalui perundangan atau amalan, dan angka ini terus meningkat. Negara yang tidak melaksanakan hukuman dalam masa 10 tahun dan adalah dipercayai mempunyai polisi atau amalan untuk tidak melaksanakan hukuman bunuh, adalah dianggap sebagai pemansuh. Statistiks menunjukkan bahawa dunia sedang menuju ke arah pemansuhan dan ini dapat dilihat di semua pelusuk dunia.
AIM menegaskan bahawa adalah penting bagi Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menurut seruan dunia ini dan menunjukkan komitmen kepada hak untuk hidup yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Sedunia (DHAS) dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
DHAS mengakui hak individu terhadap nyawa dan menyatakan ‘Tiada sesiapa boleh dikenakan perlakuan atau hukuman yang zalim, aib dan tidak berperikemanusiaan’ Hukuman bunuh mencabul hak ini.
DHAS sebagai asas kebebasan, keadilan dan hak, mengumumkan bahawa hak ke atas nyawa adalah tunggak utama kewujudan insan. Hak ini bukan suatu keistimewaan yang boleh ditarik atau diberi oleh kerajaan. Walauapapun alasan yang diberi oleh kerajaan untuk membunuh tahanan dan cara pembunuhan, AIM menegaskan bahawa hukuman bunuh tidak boleh diasingkan dari isu hak asasi manusia.
Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan – Kebebasan Diri, dengan jelasnya menyatakan bahawa ‘Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya’. Ia dengan jelasnya mengakui dan menetapkan hak ke atas nyawa sebagai hak asasi rakyat Malaysia walaupun Perkara ini perlu menurut batasan ayat yang terturut yang tidak menurut semangat dan niat sebenar Perlembagaan. AIM berpendapat bahawa niat sebenar Artikel 5(1) perlu dihormati dan hak ke atas nyawa tidak boleh ditundukkan oleh apa-apa batasan.
Hukuman bunuh adalah hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mengaibkan. Ia mencabul hak untuk hidup. Hukuman ini tidak lagi mempunyai tempat dalam sistem pengadilan Malaysia.
Menurut kajian terbaru mengenai hubungan diantara hukuman bunuh dan kadar jenayah pembunuhan yang dikendalikan oleh PBB pada 1988 dan diperbaharui pada 1996 dan 2002, ‘..kajian telah gagal memberi bukti saintifik bahawa hukuman bunuh memberi kesan mencegah jenayah yang lebih besar berbanding dengan penjara seumur hidup’ Bukti yang ada tidak memberikan sokongan positif bagi andaian yang menyokong hukuman bunuh.
Sempena Hari Menentang Hukuman Bunuh Sedunia, Amnesty International Malaysia menyeru kerajaan Malaysia untuk:
1. Mengisytiharkan penangguhan rasmi ke atas semua perlaksanaan hukuman bunuh dan menyemak semua undang-undang yang mengenakan hukuman bunuh dengan niat untuk mengurangkan secara progresif penggunaan hukuman bunuh di Malaysia menurut Penangguhan Hukuman Bunuh 2007; dan
2. Meminda Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dengan meminda klausa batasan ‘kecuali mengikut undang-undang’ dan memberikan komitmen yang tegas dan utuh kepada hak untuk hidup di Malaysia.
K.Shan
Campaign Coordinator
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
why kill people who killed people, to prove that killing people is wrong
ReplyDeleteNi statement member aku tentang hukuman bunuh.Agak menarik dan sarkastik terhadap pencinta hukuman bunuh.
ReplyDelete"Kalau engkau main bola,engkau kena tackle dengan pihak lawan,ada tak engkau suruh reffree tackle balik pihak lawan engkau?Mestilah engkau suruh bagi kad kuning ke,kad merah ke,penalti ke,free kick ke".
Walaupun dia perempuan,dia berjaya menutup mulut seorang geng serban yang asyik bercerita tentang hudud.
Ini macam sudah bagus….Bolehlah gi lepak kat London….Lepak ngn geng Majid Nawaz kat Kolej Tower Hamlets & Newham….Bincang pasal idea-idea Taqiuddin al-Nabhani….
ReplyDeleteSembang pasal “bangsa Islam”, pasal satu Ummah...satu bangsa, di bawah satu Tuhan…bla..bla..bla…Kemudian..main kutuk-mengutuk…Kutuk Jamaatul Islami yang port diorg kat Masjid London Timur, Hina plk geng Tabligh yang tengah dok bayan kat masjid Christian Street…kutuk geng ni pasai abis serabai…janggut lebat macam kambing…tak campur politiklah…Islam Shaolin lah..….Cakap dak2 Sufi ni sesat….Naqshbandiiyyahlah..Ahmaddiyyahlah…Muhhammadiyyahlah…Pastu pancung plk geng2 Wahabi yang dok pakai janggut panjang…Jubah singkat atas buku lali…Solat Subuh tak baca qunut ……
Pastu rekrut dak2 muda Islam yang tinggal kat sana…Buat tawaran murah2…Cakap Islam ini mudah jer…tak payah sembahyang…tak payah puasa….Jihad sahaja…pasti syurga…
Kebetulan plk Hizbut Tahrir ni pula dapat lessen besar dari kerajaan Britain…Buatlah apa yang ko suka buat…Si Tony Blair ni pun satu…bukannya nak haramkan geng ni…walaupun dia tahu yang geng nilah yang gi bom stesen Aldgate kat London pada 7 Julai 2005 dulu…Kerajaan Britain siap bagi suaka politik lagi pada pemimpin2 geng ni yang dah kena buang dari negara asal diorg…memang pemurah…
Bila dah dapat tarik dak2 muda ni join Hizbut Tahrir, basuh lah otak mereka…supaya benci orang bukan Islam dan juga orang Islam yang tak sama line ngn diorg…Cakap lah orang kafir tu masuk neraka…orang kafir celaka..orang kafir tu tak layak hidup…bla…bbla…
Pastu, suruh diorg pasang bom kat segala macam jalan2, jambatan2, bangunan2, sekolah2, pejabat2, shopping mall2, masjid2, kuil2, tokong2, gurudwara2, gereja2, kebun2 sayur, tandas2, pam2 minyak dan segala macam tempat dan benda yang leh pasang bom, pasanglah….apa nak takut…kalau kantoi…bukannya kena hokum bunuh pun…paling kuat pun masuk penjara seumur hidup…( oh ya, Eropah kan dah mansuhkan hukuman bunuh)….
Masuk penjara seumur hidup pun sudah kira orait….Nanti geng2 Hizbut Tahrir yang lain kat luar…boleh pasang bom kat penjara dan lepaskan geng2 yang dah kena tangkap…Pastu, yang masih dalam penjara, leh lah rekrut ahli2 baru kat dalam penjara…terlepas dari penjara…pasang bom lagi kat Enfiel Tower plk.…kantoi..masuk penjara…bom penjara plk…terlepas…pastu pasang bom lagi kat KLCC plk…bla…bla..bla…