-62 peratus pendapatan keluarga Melayu berada dibawah RM 3ribu.
-RM 47 bilion dirompak daripada wang rakyat setiap tahun melalui sebutharga yang tinggi – umpamanya 257 kereta perisai yang dicadang dibeli dengan sebut harga RM 31 juta sebuah manakala harga pasaran hanya RM 10 juta!
-dasar bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, akan membantu orang Melayu Marhaen yg amat besar jumlahnya.
Struktur sosio-ekonomi masyarakat Melayu:
Pendapatan Bulanan Se Keluarga | Peratusan |
Lebih daripada RM 20,000 (Golongan Korporat dan Perniaga Besar) |
0.5% |
RM 10,000 – 20,000 | 2.8% |
RM 3,000 - 10,000 (Kakitangan Kerajaan, GLC dan Peniaga Kecil) | 34.6%
|
RM 3,000 dan bawah (Melayu Marhein – Pekerja, Petani, Nelayan, Penianga kecil)
| 62.1% |
Sumber: Jawapan Di Parlimen, oleh Jabatan Perdana Menteri
Adanya sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang sangat mengharapkan PRU Ke 13 akan membawa penukaran kuasa di peringkat Nasional – bahawa Putrajaya akan diambilalih oleh Pakatan Rakyat. Mereka percaya bahawa politik perkauman dan rompakan wang rakyat melalui korupsi dan kronisme hanya akan dapat diatasi jika pihak BN diturunkan dari kuasa.
Oleh itu, keputusan tiap pilihanraya kecil harus dikaji dan dibahas secara terperinci oleh para penganalisa politik untuk membuat ramalan samada hasrat rakyat yang mengharapkan perubahan kuasa akan ditunaikan. Dari segi itu keputusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan Galas adalah sesuatu yang mengecewakan. Di Batu Sapi, perbezaan undi antara calon BN dan calon-calon pembangkang telah meningkat dari 3700 dalam PRU 12 pada 2008 ke 6,359 sekarang. Manakala di Galas pula, PAS yang menang dengan 646 undi dalam tahun 2008, kali ini telah kalah dengan perbezaan undi sebanyak 1190. Ini merupakan kemerosotan sokongan sebanyak 9.6%.
Wujudnya tendesi dikalangan kita, pembangkang, untuk mencari pelbagai alasan untuk melegakan hati penyokong antaranya adalah BN telah pakai banyak wang; ini kerana ini pilihanraya kecil; ini kerana undi pos dan sebagainya. Tetapi, jika kita benar-benar mahu mengambilalih Putrajaya dalam PRU 13, kita mesti cuba memahami mengapa pengundi, terutamanya pengundi Melayu, sedang mengalih balik ke BN dalam tempoh masa 18 bulan yang lalu. Tren ini telah bermula di Bukit Gantang (7/4/09) di mana YB Nizar telah mengalami penurunan undi Melayu sebanyak 3% dan bertambah pula di Manek Urai Kelantan di mana majority PAS jatuh dari 1352 dalam PRU 2008 ke hanya 65 dalam pilihan kecil pada 14/7/09. Di kedua-dua pilihanraya kecil ini, PR dapat mengekalkan kerusi walaupun mengalami kemerosotan sokongan Melayu. Tetapi kita tidak begitu bernasib baik dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25/4/2010 di mana walaupun sokongan pengundi Cina melambung naik, penurunan undi Melayu sebanyak 12% telah mengalahkan calon PKR, Dato Zaid Ibrahim di satu kerusi yang sebelum ini pernah dimenangi oleh PR dalam PRU 12.
Adalah penting pada kita yang mahu PR menang dalam PRU ke 13, untuk memahami mengapa tren ini sedang berlaku supaya kita dapat mengaturkan langkah untuk mengawal tren ini dan untuk kita memenangi semula keyakinan pengundi Melayu. Pada pandangan saya, isunya bukan kerana pengundi Melayu tidak tahu bahawa amalan rasuah dan penyalahgunaan wang di kalangan BN (terutamanya UMNO) adalah di paras kritikal. Melayu Marhein memang tahu, kerana mereka sendiri tertekan dan dianiayi oleh kerakusan pemimpin UMNO/BN merompak kekayaan Negara. Masalahnya adalah sebahagian besar daripada Melayu Marhein khuatir bahawa bantuan-bantuan yang mereka sedang terima daripada agensi kerajaan akan dikurangkan sekiranya kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
Pada masa ini 62% daripada keluarga Melayu berpendapatan bulanan di bawah RM 3000 sekeluarga. Peratus untuk masyarakat India adalah 56% dan untuk masyarakat Cina yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan adalah 27%. Jadi walaupun program NEP telah berterusan sejak tahun 1970an, masih wujudnya pendapatan rendah di ramai keluarga Melayu. Selain daripada itu, antara keluarga-keluarga Melayu yang berpendapatan antara RM 5000 dan RM 10,000, hampir 40% merupakan peniaga kecil yang pada tahap ini tidak dapat bersaing di pasaran terbuka tanpa bantuan yang sedang mereka dapat daripada kerajaan, agensi dan GLC. Kedua-dua kumpulan ini takut kepentingan mereka akan dipinggirkan jikalau PR mengambilalih Putrajaya. Inilah sebabnya , walaupun mereka memang benci kerakusan dan ketamakan pihak pemimpin UMNO, mereka takut menurunkan UMNO yang telah merupakan pelindung masyarakat Melayu selama ini.
Jika pihak PR, benar-benar mahu ambil alih Putrajaya dalam PRU 13, kita mesti menangani persepsi kekhawatiran di kalangan pengundi Melayu. Kita harus meyakinkan mereka bahawa semua bantuan yang sedang dinikmati oleh Melayu Marhein dan kategori peniaga kecil akan diteruskan di bawah PR, malah akan ditingkatkan lagi. Negara ini cukup kaya – tidak perlu kita mengurangkan bantuan bagi kaum Melayu miskin supaya membantu yang miskin di kaum-kaum lain. Pada hitungan saya, lebih kurang RM 47 bilion dirompak daripada wang rakyat setiap tahun melalui sebutharga yang tinggi – umpamanya 257 kereta perisai yang dicadang dibeli dengan sebut harga RM 31 juta sebuah manakala harga pasaran hanya RM 10 juta!
Jika kita boleh mengawal rompakan wang rakyat seperti ini, kerajaan PR memiliki dana yang mencukupi untuk membantu yang berpendapatan rendah di semua kaum sambil meningkatan bantuan pada Melayu Marhein dan kaum peniaga kecil di kalangan Melayu. Kita di sini tidak mengatakan kita memerlukan kuota perkauman tetapi kuota untuk rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum akan membantu majoriti orang Melayu dan kita mesti meyakinkan orang Melayu tentang ini.
Parti-parti PR yang sekarang mendapat sokongan kaum bukan Melayu juga ada suatu peranan yang penting dalam menerangkan pada penyokong mereka strategi PR untuk memenangi balik kepercayaan Melayu Marhein. Strategi kita adalah untuk menghentikan perompakan wang rakyat oleh pihak korup dan rakus dan memakai dana ini untuk mengkekalkan semua bantuan dan subsidi yang sedang dinikmati oleh rakyat; meningkatkan bantuan dan subsidi untuk semua keluarga yang berpendapatan rendah; memastikan kemudahan asas – kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam – dapat diperolehi oleh keluarga-keluarga berpendapatan rendah. Inilah formula yang boleh membawa kita ke Putrajaya. Tetapi parti komponen PR mesti bertindak secara matang dan mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang hanya dapat sokongan sebahagian daripada rakyat kita tetapi menakutkan sebahagian besar yang lain umpamanya laungan “meritokrasi” dan “Negara Islam”.Kita di Malaysia memerlukan pertukaran kerajaan pada peringkat pusat – ini amat perlu untuk mengawal politik perkauman dan perompakan wang rakyat. Rakyat Malaysia juga hampir sedia untuk memberi PR peluang untuk memegang pentadbiran Negara. Bolehkah kepimpinan parti-parti komponen PR mengakui masalah politik sebenarnya (kekhawatiran Melayu Marhein), duduk dan berbincang bersama dan seterusnya bertindak secara yang matang untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa PR dapat mentadbir secara yang adil dan ikhlas? Inilah persoalannya.
sumber:
http://parti-sosialis.org
ISLAM itu indah
ReplyDeleteulasan yang baik...melayu takut amalan demokrasi yang keterlaluan...akan meranapkan servival bangsa itu....jelas pemilihan barisan kepimpinan PKR menjadi kecoh dan boleh melumpuhkan parti itu...perkara ini perlu dilihat secara forensik....
ReplyDelete