November 28 • 5:00pm - 11:00pm
Gudang Noisy, First Floor (Upstairs)
178 Jalan Besar Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Ampang, Malaysia
PERSEMBAHAN:1. The Pips
Folk-Pop
2. Tshiung Han See
Sajak & something special
3. Luke Vitale
Tentang Australia
4. Rahmat Haron
Sajak/Tunjak
5. Ayisha Rahman
Sajak/Sunjak
6. Tukar Tiub/Hishamuddin Rais
Lawak/ Berdiri.Stand-up Comic
7. Wolf
Folk-punk
8. Yuen Kok Leong
Zine-talk/review + pole dance!
nota:minuman/makanan vegan/tempeh/bee hoon – ada percuma – selamatkan hidupan
jadilah mayur
semua percuma – semua derma dipersilakan
kalau ada buku lama bawa bersama – untuk di dermakan
TENTANG:Pustaka Semesta merupai manifestasi ruang Infoshop. Satu inisiatif bersama oleh Kudeta Collective dan sahabat handai lain, ianya bertujuan menyedia dan menyampai maklumat, bahan bacaan serta pengumpulan hasil kerja tangan-diy komuniti ataupun individu. Buat masa ini, kami masih merangka rencana dan aktiviti pengisian dan masih jelas di peringkat permulaan. Sila turuti perkembangannya nanti.
PADA SUATU MASA TIDAK LAMA DULU:Bermula dari kesaksian infoshop I.R.A. di Tokyo, Jepun pada 2008 oleh seorang dari kami, timbul percakapan untuk membuka sebuah di sini. Namun pada tahap lokal, Pustaka Semesta bukanlah infoshop pertama dibuka di Malaysia. Kedai Hitam Putih telah beberapa lama dibuka di Kuala Trengganu sebelum ini. Pustaka Semesta jelasnya tidaklah terjadi serta-merta.
Tidak ada dari kami yang begitu pasti seharusnya bagaimana atau jikalau kami benar-benar berkemampuan mengelola sebuah Infoshop. Percakapan kami semakin menjadi kenyataan beberapa bulan lalu dengan perbincangan lebih teliti serta penentuan lokasi. Seterusnya, niat bagi membantu komuniti Gudang Noisy di Ampang dalam masalah kewangan mereka, membuat kami berputus membukanya di tempat mereka. Tanggal 1 September 2010 lepas menandakan harinya perpindahan kami ke Gudang Noisy.
Lalu, beransurlah menjelma Pustaka Semesta yang ini.
INFOSHOP: SEKILAS PANDANGInfoshop adalah ia paling utamanya dibuka untuk menjadi satu pusat sosial, baharu kemudian berfungsi sebagai sebuah kedai buku. Jika sesuai dengan keadaan, infoshop membuka peluang kepada pelbagai hal-hal lainnya.
Menjadi pusat distribusi maklumat, tempat mesyuarat, ruang kesenian dan muzik, tempat pertemuan umum dan diskusi. Juga sebagai pusat komputer, perpustakaan, kedai yang menawarkan buku-buku dan bahan bacaan radikal, zines dan pelbagai barang diy serta hasil buatan komuniti lainnya. Ringkasnya, sebagai pusat sumber informasi, infoshop adalah tempatnya untuk perkongsian, pertemuan, dan pendidikan.
Selalunya sebuah infoshop dikendali sukarela juga sebagai pusat usaha-daya komuniti bagi aktiviti atau aksi.
Infoshop banyak terdapat di Eropah terutama di negara Jerman di mana terdapat lebih kurang 60 puluh buah dibuka di sana. Di benua Asia, walau masih agak baru diusahakan telah tumbuh beberapa buah seperti di negara Jepun, Indonesia dan di Filipina.
No comments:
Post a Comment