Friday, September 11, 2009

falsafah sampah: kedunguan cara hidupku!

falsafah itu cinta akan kebijaksanaan, kaedah pemikiran yg tersusun, kritikal menyoal tanya dan dengan kewajaran berhujah secara waras.

sayangnya, Malaysia yg dikatakan maju dari segi kemudahan, teknologi dan kecanggihan bangunan, tidak memiliki sekolah/jabatan/fakulti falsafah di universiti2 awamnya.

Universiti2 awam negara2 kaya di Eropah menawarkan fakulti falsafah. Arab Saudi yg dikatakan sebuah negara tertutup juga ada sekolah falsafah. Indonesia di zaman kukubesi kejam rejim Suharto pun ada fakulti falsafah. Malah di Bangladesh, selain diajar di universiti, falsafah juga turut diajarkan di sekolah-sekolah menengah, dengan matapelajaran seperti pemikiran kritikal.

menurut seorg teman yg bekerja di sebuah universiti awam, hal ini kerana dasar dr. mahathir yang tidak suka masyarakat Malaysia amnya, dan khususnya org2 Melayu memiliki cara berfikir kritikal akibat belajar ilmu falsafah. tetapi sebelum dr. M jadi PM pun memang tidak ada sejarah kewujudan sekolah/jabatan/fakulti falsafah di universiti2 awam Malaysia.

dalam erti kata lain Melayu hendaklah didungu bodohkan, sebodoh bodohnya oleh gerombolan United Malays National Organization, baruler betul falsampah Umno!

3 comments:

  1. huh mat patutlah aku kt sekolah dulu tak tau bab falsafah...sieyyy united malay national organisation ni..

    sekarang aku memfatwakan falsafah hidup aku sendiri.

    'berani hidup berani mati'

    "berilah sebahagian dari kepunyaan kamu bila diminta dan jangan sekali kali kamu berikan semua kepunyaanmu sehingga kamu tidak mempunyai apa2"

    ReplyDelete
  2. salam ramadan,
    sampai hati kau kata begitu kepada bangsa sendiri. tapi memang betul pun!!! kahkahkah!!!
    sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  3. Adalah agak ‘KEGANJILAN’ cemuhan2 ulama’, yang mengaku sebagai ahli sunnah dan ahli mazhab2 yang lain, terhadap saudara seIslam yang mengucap ‘Lailaha illallah’. Mereka ini tidak mencari jalan untuk menyatukan umat Islam, tetapi hanya mencari hujah2 untuk memecah belahkan umat Islam.

    Mereka hanya mampu memperkatakan ini salah, ini benar, ini masuk syurga , ini masuk neraka, ini diterima ini batal dan ini harus, ini khurafat ini murtad….. Inilah kosep politik ulama’ ahli mazhab2, yang cenderung kepada kepentingan duniawiyah dan keuntungan2 ukhrowiyah.. Maka tidak heranlah Islam dulu, kini dan sampai sekarang berpihak2, bersuku2, berbalah tanpa henti. hujah2 ulama’ ahli sunnah, mazhab2 materialisma, mencemuh saudara mereka seIslam.

    Jauh menyeleweng daripada 'akal fikiran' yang waras dalam menjalankan pen-carian hidup seharian.

    Mereka tidak lagi melancarkan reformasi masyarakat dan menegakkan keadilan untuk ‘MENYATUKAN UMAT ISLAM’. Mereka merayau di perlembahan khayal. ‘SEOLAH2 mereka telah tetap ‘MASUK SYURGA’. dan saudara mereka yang sama mengucap lailaha ilallah ‘MASUK NERAKA’.

    Tanpa sedar bahawa pemerintah dan ahli2 fatwa juga merayau dalam perlembahan korup. Seolah-olah mereka senang dengan keadaan kedirian sediri ‘seolah benar’. Pemerintah jadi rosak, rakyat hidup dalam impian dan umat Islam menjadi porak-peranda.

    Mazhab Islam yang lain juga akan mencari hujah2 yang mencemumuh saudara2 mereka, maka akan jadilah Islam kini ugama yang dianggap berkecamuk olih orientalis dan penganut2nya sendiri. Dan dengan demikian umat Islam adalah satu2nya umat yang sangat senang dipengaruhi, kerana rapuhnya kesatuan siratur Rahim.. tiada titik pertemuan.

    Ulama’2 kini hanya sebuk mendalilkan bab2 furu’iyah. Penuntut2 digalakan menghafal ilmiah2 yang membawa kesinambungan pecah belah umat Islam. yang menyangkutkan ‘iman’ itu dengan 'hukum ini dan itu', tanpa sedar bahawa iman itu adalah semata2 anugerah Allah.

    Bahkan ulama’ ahli sunnah dan mazhab2 yang lain tidak mahu mengaku kesilapan atau mereka tidak sedar kesilapan2 mereka.Umat2 Islam tidak akan dapat bersatu kalau sekiranya tidak kembali kepada ‘kesyumulan Tauhid’

    Inilah satu juzu’ dari falasafah ‘ULAMA’ yang ‘telah’ menjadi sampah.

    ReplyDelete