Mahasiswa Menggugat, judul buku Muhammad Abu Bakar, kata yg juga mengalirkan air mata kenangan dan menuntut kederat suatu perjuangan cita-cita pelajar selaku seorg anak muda. perjuangan mahasiswa yg penuh liku2 berduri.
ISA 7, adalah contohnya, bila Mahasiswa Menggugat, penguasa akan bertindak menjerat menindas org2 yg lemah. mereka ini terdiri daripada kumpulan mahasiswa yg membantah ISA di masjid negara, 8 tahun yg lalu. 7 org mahasiswa ditangkap, dilokap, didakwa dan dibicarakan. dibebas tuduhan, dirayu dan dihukum lagi, kali ini dgn denda atau penjara. mereka dibuang universiti, dan kini dihukum salah kerana sebenarnya menentang undang2 zalim ISA. Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris didenda RM 3,900 setiap seorang. Herman Shamsudeen dilepaskan, manakala Wan Sanusi Wan Mohd Noor gagal dikesan. mereka terhukum, tapi perjuangan masih panjang lagi dan jalan pembelaan masih belum tertutup.
semalam, aku mendapat berita dari laman Malaysiakini.com suatu babak baru hikayat Mahasiswa Menggugat. MAHASISWA MENGGUGAT dengan menulis "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor. tidak tahu lagi, siapa membuatnya.
apakah benar 2 mahasiswa yg dituduh, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli yg bersalah? belum ada keputusan. mereka ini dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. mereka tidak mengaku salah, dan akan dibicarakan, dengan ikat jamin RM 5,000. dan pagi ini jam 4:24, 1 Julai, mereka masih di lokap Sungai Buloh, menunggu besok selesai ikat jamin dan sementara bebas untuk dibicarakan.
peliknya, mereka juga dituduh dgn tuduhan lain, menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.
Dua pelajar Akademi Pengajian Islam UM itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.
moga kebenaran terserlah. kemarahan telah diluah. penindasan telah bermula. dan pasti akan ada perlawanan Mahasiswa Menggugat!
sihat2, tetap semangat, terus berjuang!
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Wah rahmat. Baru ni aku jumpa blog kau. Mana tak taruk puisi2 ko?
ReplyDeleteKita cuba mana yang boleh marakkan rasa tidak puas hati mahasiswa!
ReplyDeleteViva!
ReplyDeleteknapa tiada hartal dari seluruh organisasi mahasiswa UM..apakah takut smua dibuang dari universiti atau takut kepada rosmah mansur?
ReplyDeleteapakah kesalahan mereka itu sebesar kesalahan rasuah atau perompakan tanah rakyat!
Mat...pelajar otak AF je jadi anak emas kerajaan....ha..ha..ha(UBILEPIH)
ReplyDeletebiasalah..mula2 kenakan satu kesalahan..bila dah kena tangkap..then terus ada bermacam-macam kesalahan..double barrel sungguh.
ReplyDelete