Wednesday, July 22, 2009

Neo Situationist dalam MACC Downfall Parody

zaman sekarang, wayang menjadi sekecil You Tube, mudah dan percuma. cuma pandangan mata tidak lagi melihat gambar besar bergerak dari pancaran cahaya putaran filem ke layar lebar di panggung wayang. tapi itu bukanlah hal yang hendak aku ceritakan. sebenarnya aku amat tertarik dengan video MACC Downfall Parody, yang sedang hangat ditayangkan di Internet sekarang ini:


MACC Downfall Parody (MDP) merupakan video yang diposkan atas nama CHONGZHEMIN. dialog dalam video ini penuh dengan sindiran - persendaan politik serta memberikan hipotesis terhadap apa yang terjadi kepada Mendiang Teo Beng Hock yang terkorban semasa dalam jagaan SPRM (bhs inggerisnya dipanggil MACC). Video MDP ini mendekonstruk atau menyimpangkan pengucapan dialog-dialognya daripada filem asalnya Runtuh atau Downfall (German: Der Untergang). Ia filem Jerman-Austria, arahan Oliver Hirschbiegel terbitan tahun 2004 , menggambarkan 12 hari terakhir seorang fasis Adolf Hitler di Berlin bunker pada tahun 1945.

MDP mengingatkan aku pada filem Bolehkah Dialektik Memecahkan Batu-bata atau judul dlm bhs perancis, La Dialectique Peut-Elle Casser Des Briques?, dlm bhs inggeris disebut, "Can Dialectics Break Bricks?", filem kaum Situationist yang dihasilkan pengarah filem perancis, René Viénet pada tahun 1973:

Sama seperti MDP, filem ini menggunakan filem siap, cereka kungfu Hongkong yang telah diterbit tayangkan berjudul"The Crush" arahan Doo Kwang Gee. Visual The Crush telah dialih suarakan sesuai dengan jalan cerita yang diinginkan René Viénet. Ia mengisahkan konflik antara kaum proletariat dan kaum birokrat dalam 'negara komunis' yg sebenarnya mengamalkan kapitalisme negara. Filem ini, sama seperti MDP dikenal kerana pendekatan kelakar seram hitamnya terhadap perkara yang cukup serius sekali.


"Can Dialectics Break Bricks?" boleh didapatkan sepenuhnya di pautan: http://www.ubu.com/film/vienet_dialectics.html

3 comments:

  1. Bro lu punya projek Memali apa kabar?...bro kasi bikin dokumentari isu alamsekitar lah pulak...kalau perlu apa2 bantuan inform je wa..ha..ha..ha

    Wa sudah sangat bosan dengan pilem biul onemalaya ni...terutama si prof razak celak tu bikin..ha..ha

    ReplyDelete
  2. btul tuh..filem skang nih xde bg ape2 kesan pn kat kite nih..arap2 org2 seni halus macam bro2 sekalian dapat bangkit utk gegarkan filem negara..

    ReplyDelete
  3. bro- teruskan perjuangan..

    kasi revolusi ini negara..dah sakit dah ni...siap tumpah2 darah..

    salam ziarah..

    ReplyDelete