Justeru kemasukan Omar Mustaffa ditolak dengan berbagai dalil, alasan dan sebab musababnya. Antara sebabnya adalah Omar pernah berkhidmat dengan kompeni perunding Mckinsey & Company, sarang simpatisan pelobi Yahudi Zionis Israel.
Mckinsey berpusat di kota New York, Amerika Syarikat (A.S), dengan jaringan niaga nasihat di seluruh dunia. Di Malaysia, pada tahun 1997, Mckinsey membuka ibu pejabatnya di tingkat 57, Menara Berkembar Petronas KL si si, Kuala Lumpur. Sejak pertengahan 1980 an lagi, Mckinsey telah menasihati kerajaan dalam pembentukan dasar awam dan pembangunan ekonomi Malaysia.
[Aku ingatkan dasar awam dan pembangunan ekonomi dibuat dibentuk dinasihat didebat di parlimen, oleh wakil-wakil rakyat dan kemudian ada jemaah menteri kabinet, perdana menteri, para pengarah, majlis-majlis, kakitangan, jabatan-jabatan kerajaan, rupa-rupanya korporat keparat Mckinsey saja.]
Jangan lupa, Mckinsey lah yang menolong memberi khidmat nasihat membuat gagasan Koridor Raya Multimedia. Pastilah khidmat nasihat Mckinsey amat-amat diperlukan pentadbiran kerajaan BN hari ini. Lebih-lebih lagi Najib Razak berada dalam keadaan yang cukup terdesak. Tapi untunglah Mckinsey ada membantu.
Apatah lagi kini Liza Farrel telah menjadi Timbalan Pengarah Majlis Ekonomi A.S. lantikan pentadbiran Obama. Liza Farrel terkait dengan Mckinsey yang kunun pernah membuat kajian dan memberi nasihat bernas bahawa melebarkan penguasaan bisnes kompeni-kompeni A.S. di seluruh dunia merupakan situasi menang-menang. Maksud misalannya buruh kanak-kanak dan wanita yang menerima upah murah di kilang-kilang Nike di negara-negara dunia ketiga, seperti di Amerika Selatan, mendapat manfaat kemenangan yang sama dengan kompeni Nike A.S.
Ini bukan menang-menang. Ini bermaksud Nike menang, dan buruh kanak-kanak, buruh lelaki dan perempuan kalah ditindas dengan upah murah. Lagi murah upah, lagi untunglah pemodal kapitalis ini.
Aku dapat mengkhayalkan, melihat betapa cerahnya masa depan Satu Malaysia atas khidmat nasihat bijaksana Mckinsey & Company. Syabas BN.
Pandai sungguh mereka dikandangnya kita di dalam sangkar onemalaya..dasyummmmm
ReplyDeletebila dan di mana rakyat berjaya membuat polisi sendiri? tak pernah ada!! yang ada duit boleh buat polisi sesuka abah mereka.
ReplyDeleteSyarikat ubat-ubatan di belakang polisi kesihatan terutama di negara dunia ketiga. Syarikat bedil dan meriam di belakang perang-perang besar.