namun demikian, setahun kemudian surat JANJI itu hanya setaraf kertas tisu tandas nilainya bilamana Menteri Besar pada waktu itu Khir Toyol mengisytiharkan dasar Setinggan Sifar di Selangor, yg merobohkan hancurkan seluruh kampung dgn GELARAN setinggan.
sekali lagi, Adun pada ketika itu Teh Kim Poo bersungguh2 berkempen cuba menyakinkan para penduduk utk menerima ganti rugi RM 7,000 dan meninggalkan kampung. Majlis Perbandaran Klang pula meneruskan tekanan dgn merobohkan rumah2 yg telah menerima tawaran ugutan tersebut, mengancam para penduduk yg tidak bersetuju dgn tawaran ugutan itu.
Dasar Setinggan Sifar membawa malapetaka utk Barisan Nasional. Taktik ganas, cara paksa BN menghalau para penduduk kampung dan meroboh hancurkan rumah serta penghidupan mereka membangkitkan bantahan luas di seluruh Selangor. khususnya para penduduk Kg. Papan berjuang habis-habisan melawan pemerasan ini.
hasilnya, BN kehilangan Selangor dlm pilihanraya umum Mac 08. Kampung Papan dan Kampung Kerayung berkempen dgn sepenuh hati memenangkan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Ronnie Liu utk menang kerusi Dewan Undangan Negeri Pandamaran dgn majoriti selesa.
pada bulan Mei, 2009 yg lalu, para penduduk menerima notis dari peguam pemaju projek yg mengarahkan para penduduk utk mengosongkan rumah mereka.
APA YG TERJADI SEKARANG - KELUH PARA PENDUDUK
kenapa Ronnie Liu dan Majlis Perbandaran Klang mendesak para penduduk utk secepatnya menerima ganti rugi tak berbaloi berjumlah RM 7,000 dan bersetuju mengosongkan rumah kampung dan penghidupan yg telah berlangsung selama 3 generasi.
tanah para penduduk ini telahpun dijual oleh TPPT Sdn. Bhd. kepada pemaju (penghancur) baru, MELATI EHSAN pada tahun 2007.
Melati Ehsan, pemaju yg sama membuat projek kontroversi membina Carrefour di Kota Damansara. para penduduk seksyen 11 Kota Damansara membantah dan cuba menghalang Melati Ehsan daripada membina pasar hyper besar Carrefour yg berdekatan dgn kawasan tempat tinggal mereka.
malang sekali, Ronnie Liu percaya yakin pd hujah Melati Ehsan dan menyokong pembinaan Carrefour di Kota Damansara.
APA JADI RONNNIE LIU? apa hubungan antara Ronnie Liu dan Melati Ehsan, kemudian Carrefour, skrg ini menyokong usaha pengosongan rumah2 tempat tinggal penduduk di kawasan Dewan Undangan Negerinya sendiri.
perampasan tanah hak rakyat ini mesti dihentikan. Dasar Setinggan Sifar adalah contohnya. ia bukan rancangan menyediakan perumahan manusiawi kpd org2 miskin, ia hanyalah konspirasi gelap utk merampas tanah rakyat, menghalau penduduk kampung. agar tanah itu dapat diJUAL kepada kompeni/syarikat SWASTA.
dalam hal ini, kerajaan selalunya menjadi lintah darat org tengah BROKER, kerajaan menjadi corong kepentingan NIAGAWAN, berkata jangan anti pembangunan dan membuat JANJI memberi ganti rugi rumah, yg sesetengahnya kena pula di sewa atau dibeli.
sebenarnya, jarang2 sekali berlaku dimana hak tanah rakyat dirampas misalnya utk membangunkan sekolah2 atau hospital2. yg selalu sangat berlaku, kerajaan memberi menjual tanah2 rakyat itu kepada kompeni2/ syarikat2 swasta utk membina kondominium mewah, kompleks beli terbelah, padang golf, projek udang harimau Pak Arab dan byk lagi.
Bini Najib mmg pro bisnes, UMNO itu mmg kaum BANGSAWAN NIAGAWAN.
J-E-L-A-S
tapi pakatan?
keuntungan hak2 rakyat kepentingan awam kenalah didahulukan, berbanding keuntungan tauke2, tuan2 syed org kaya, korporat keparat, kompeni2 swasta.
(tulisan ini diadaptasi dari laporan Parti Sosialis Malaysia)
p/s aku bukan ahli PSM, tapi aku tgk dorang ni dlm bab2 membela hak2 rakyat tertindas - kaum buruh, petani, peneroka bandar, tanah setinggan dorang ni sangat beristiqamah
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
aduhai......................................
ReplyDeleteentri ini mengingatkan aku kepada kisah sebuah kampung juga di selangor,merbau berdarah (kalau tak silap sudah ditukar nama kepada merbau jaya.waktu itu saya di UM dan kami bersaama-sama dengan CAP serta penduduk kampubg menentang agenda bn/umno ini yang akhirnya,mahkamah memberikan penghakiman yang memihak kepada penduduk kampung disamping tentunya tekanan dan tentangan dari massa/ormas.ini di tahun awal 1990-an!dan sejak itu aku hilang kepercayaan kepada umno/bn.
ReplyDelete