Tuesday, November 30, 2010

Lagu Buat Chegu Badrul, Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR



Oh sumbangsih jiwa kecewa
Nada kasih lagu bahgia
Nan kurindu masa ke masa
Tapi kecewa dilanda derita

Oh rembulan tempat mengadu
Kami insan dahaga rindu
Ingin bersatu hidup bersama
Mengenang cinta mu yang mulia

( korus )
Kini semua hancur dan musnah
Niat bercantum badan berpisah
Kembang mawar beri pada mu
Lambang kita pasti bersatu

Oh sumbangsih hati ke hati
Nada rindu luhur sejati
Kami insan rindu percantuman
Kami rindu kan keadilan

Saturday, November 27, 2010

Pelancaran Kedai Maklumat Pustaka Semesta, Gudang Noisy, ahad28nov,ptg



November 28 • 5:00pm - 11:00pm
Gudang Noisy, First Floor (Upstairs)
178 Jalan Besar Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Ampang, Malaysia


PERSEMBAHAN:


1. The Pips
Folk-Pop

2. Tshiung Han See
Sajak & something special

3. Luke Vitale
Tentang Australia

4. Rahmat Haron
Sajak/Tunjak

5. Ayisha Rahman
Sajak/Sunjak

6. Tukar Tiub/Hishamuddin Rais
Lawak/ Berdiri.Stand-up Comic

7. Wolf
Folk-punk

8. Yuen Kok Leong
Zine-talk/review + pole dance!

nota:
minuman/makanan vegan/tempeh/bee hoon – ada percuma – selamatkan hidupan
jadilah mayur

semua percuma – semua derma dipersilakan
kalau ada buku lama bawa bersama – untuk di dermakan


TENTANG:
Pustaka Semesta merupai manifestasi ruang Infoshop. Satu inisiatif bersama oleh Kudeta Collective dan sahabat handai lain, ianya bertujuan menyedia dan menyampai maklumat, bahan bacaan serta pengumpulan hasil kerja tangan-diy komuniti ataupun individu. Buat masa ini, kami masih merangka rencana dan aktiviti pengisian dan masih jelas di peringkat permulaan. Sila turuti perkembangannya nanti.


PADA SUATU MASA TIDAK LAMA DULU:
Bermula dari kesaksian infoshop I.R.A. di Tokyo, Jepun pada 2008 oleh seorang dari kami, timbul percakapan untuk membuka sebuah di sini. Namun pada tahap lokal, Pustaka Semesta bukanlah infoshop pertama dibuka di Malaysia. Kedai Hitam Putih telah beberapa lama dibuka di Kuala Trengganu sebelum ini. Pustaka Semesta jelasnya tidaklah terjadi serta-merta.

Tidak ada dari kami yang begitu pasti seharusnya bagaimana atau jikalau kami benar-benar berkemampuan mengelola sebuah Infoshop. Percakapan kami semakin menjadi kenyataan beberapa bulan lalu dengan perbincangan lebih teliti serta penentuan lokasi. Seterusnya, niat bagi membantu komuniti Gudang Noisy di Ampang dalam masalah kewangan mereka, membuat kami berputus membukanya di tempat mereka. Tanggal 1 September 2010 lepas menandakan harinya perpindahan kami ke Gudang Noisy.

Lalu, beransurlah menjelma Pustaka Semesta yang ini.

INFOSHOP: SEKILAS PANDANG
Infoshop adalah ia paling utamanya dibuka untuk menjadi satu pusat sosial, baharu kemudian berfungsi sebagai sebuah kedai buku. Jika sesuai dengan keadaan, infoshop membuka peluang kepada pelbagai hal-hal lainnya.

Menjadi pusat distribusi maklumat, tempat mesyuarat, ruang kesenian dan muzik, tempat pertemuan umum dan diskusi. Juga sebagai pusat komputer, perpustakaan, kedai yang menawarkan buku-buku dan bahan bacaan radikal, zines dan pelbagai barang diy serta hasil buatan komuniti lainnya. Ringkasnya, sebagai pusat sumber informasi, infoshop adalah tempatnya untuk perkongsian, pertemuan, dan pendidikan.

Selalunya sebuah infoshop dikendali sukarela juga sebagai pusat usaha-daya komuniti bagi aktiviti atau aksi.

Infoshop banyak terdapat di Eropah terutama di negara Jerman di mana terdapat lebih kurang 60 puluh buah dibuka di sana. Di benua Asia, walau masih agak baru diusahakan telah tumbuh beberapa buah seperti di negara Jepun, Indonesia dan di Filipina.


Friday, November 26, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 107:Hati yang tanpa cinta akan di pajakkan dikeluarkan dari lingkaran percantuman.


Hafiz
حافظ

Semoga kebaikanmu selalu bertambahan
dan senyuman di wajahmu berterusan
dalam kepala kami memikirkan cintamu
tiap hari semakin berlaku peningkatan.
Setiap pepohon fir dan cemara
dari ketinggianmu, moga hati mendengar rayuan yang mereka pohonkan.
Mata ini, padamu tidak ia menginginkan
titis tangisnya adalah wabak maut berdarahan.
Matamu yang memukau hati
adalah seorang guru menyakat dan seorang ahli kesaktian.
Di manapun, padamu sekeping hati merindukan
tergesa-gesa bulu biri-birinya sendiri diketamkan.
Keindahan buat semua pencinta
di sisi angsamu itu, si hodoh burung undan
Hati yang tanpa cinta akan di pajakkan
dikeluarkan dari lingkaran percantuman.
Jiwa Hafiz, dipermudah bibirmu delima gemerlapan
Jauh dari alas bibirmu, kalau kau mempersilakan.

terima kasih sumber:
http://www.hafizonlove.com/divan/03/107.htm

May your goodness always increase
And your smiling face never cease
In our head the thought of your love
Every day is on the increase.
Every cedar and every spruce
From your height may you hear their pleas
The eye not intrigued by thee
Its tear drops a bloody disease.
Your eye for mesmerizing hearts
Is a magician and master-tease.
Wherever a heart is longing for thee
Impatiently shears its own fleece.
The beauty of all the lovers
Beside your swan is ugly geese.
The heart that is out of love’s lease
From the circle of union release.
Hafiz’s soul, your ruby lips ease
Away from base lips, if you please.

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
April 8, 1999

Thursday, November 18, 2010

12th ASIATOPIA international performance art festival 2010


"Give art a chance" begitulah temanya kali ini. festival ini telah berlangsung selama 12 tahun. berikut hanyalah laporan bergambar. terima kasih kpd Aor Nopawan atas ikhsan foto2nya.maklum aku tak berkamera (kunun atas sebab2 membuat seni bukan objek secara langsung, dokumen hanya dlm bentuk ingatan rasa yang dialami).

Ma Ei (Myanmar):


Nopawan Sirivejkul (Thailand):


Rommel Espinosa (Filipina):


Alice De Visscher (Belgium):


Mongkol Plienbangchang (Thailand):





Chakkrit Chimnok (Thailand):





sampahseni rahmat haron (Malaysia):





Vita Au (Hong Kong):


Vichukorn Tangpaiboon (Thailand):


Maria Victoria (Columbia):
foto Maria oleh Chakkrit Chimnok.

Paisan Plienbangchang (Thailand):


Kaori Haba (Jepun):


Padungsak Khochasumrong (Thailand):


Jittima Pholsawek (Thailand):




Eric Scott Nelson (Amerika Syarikat):

Berbicara dengan dia-siri cerpen Dr. Nasir Hashim

Aku keseorangan. Dihimpit oleh kegelapan yang memusuhi ku. Persis menunding bahawa aku mencerobohi medan jajahannya itu. Namun aku dan segala makhluk di tepian unggunan api ini, menyangkal dakwaannya itu. Kerana semua bebas memilih tempat. Lagi pun, aku sudah pun menghimpunkan dahan-dahan dan ranting-ranting kering bersebelahan khemah ku ini. Bersedia menangkis serangan yang menggelap dan mendinginkan malam. Amatlah malang, apabila serangga-serangga merempuh unggunan api ini. Memikirkan hari sudah pun siang.

Sang Api pula tidak memilih kasih. Membaham semua termasuklah segala dahan dan ranting kering yang disajikan kepadanya. Maka api pun menjulang tinggi, menjilat udara dingin, dengan cahayanya yang melebarkan lagi gelanggang khemah ku yang sekangkang kera ini. Namun Sang Kegelapan terus cemburu dan memburu. Ingin merampas kembali jajahan asalnya. Gigih melahap apa jua cahaya yang melepasi ruang khemah ku ini.

Aku berundur sejenak. Cuba mengelak terkaman bahang api. Berjaya memisah-misahkan gumpalan bara dari induknya. Namun bara yang merah kelabu ini meletup-letup, tanda protes. Serpihannya terpelanting jauh dan terus menyala. Bak deruan aneka bunga-bunga api yang memburu bumi. Aku terpukau dengan kerenah percikan api-api kenit ini, bagaikan kunang-kunang berdansa pada malam hari. Dapatlah aku membayangkan betapa meriahnya Hari Raya, semasa di kampung, nun jauh di hujung Utara.

Demi kesinambungan hidup (survival), aku membekalkan diri dengan tiga botol air bergas, roti satu bantal, tuna dalam tin, tiga biji telor rebus, pembuka tin, biskut kering, lampu picit, tali, beberapa bungkus kacang goreng, spray nyamuk dan satu termos kopi panas. Lagi ape ye ? Oh ya !!. Aku bawak selimut, tikar, khemah pinjam, belerang, dan plaster band-aid. Wah !! Macam nak berpesta aje. Macam nak bertapa sebulan suntuk. Begitulah persiapan ku.

Kedudukan khemah ku tidaklah sejauh mana dan tidaklah berpuluh-puluh kilometer jauh ke pendalaman rimba ini. Cuma jauh sedikit dari jalan raya. Cuba kau bayangkan. Betapa seronoknya, jika aku kelentong habis-habisan tentang kegigihan ku berkhemah jauh di ceruk hutan belantara ini. Tentang kelincahan ku menghadapi binatang-binatang buas, dengan berbagai-bagai pasangan mata yang bersinar gemerlapan. Tentang ketabahan hati ku berselisih dengan kejadian yang pelek dan aneh. Dan bagaimana aku menangani keadaan senyap-sunyi mutlak yang bingitkan telinga dan melalikan otak. Mereka pasti kagum dengan kewibawaan ku itu. Semoga kelentung ku ini dianugerahkan dengan status legenda. Aku tersenyum sumbang. Tersengih panjang.

Ceritanya begini. Aku ditawarkan RM200 ringgit jika aku berani bermalam dalam hutan simpan ini. Mereka di ofis berlumba-lumba menawarkan diri, sebagai saksi-saksi ketika aku menyusuri hutan rimba ini. Hati kecil ku sudah berkata-kata, perihal satu komplot besar yang ingin melumpuhkan ego ku dan mematahkan semangat ku. Dari kaca mata orang luar, kumpulan ini (termasuklah aku !!) seharusnya disumbat aje ke dalam wad-wad sakit jiwa kerana bengap sangat mencadangkan satu projek gila-babi yang mampu memudaratkan atau membawa maut pada peserta-pesertanya. Ada menakutkan aku dengan peristiwa-peristiwa ngeri dan menasihati aku supaya menandatangani surat wasiat. Ada pula yang percaya penuh bahawasanya aku akan berjaya. Sebenarnya, aku tidak pasti sama ada mereka ini bersama aku atau pun hendak perkenakan aku. Baguslah tu. Semua sudah gila.

Namun begitu, aku tidak ada pilihan. Kalaulah aku berpaling tadah dan membatalkan cabaran ini pada saat-saat yang terakhir, maka sudah tentu aku menjadi bahan cemuhan sepanjang hayat. Sebatang ranting hidup telah pun dipacakkan di pinggir jalan dan tuala tangan menjadi benderanya. Mudah mengesan dan mengangkut aku pada keesokan hari nanti. Itu pun kalau aku masih hidup lagi.

Aku sedar mereka jaki sangat dengan aku. Kerana aku gah mendabik dada, mengisytiharkan pada seluruh dunia bahawasanya aku tidak gentar pada hantu jembalang, perkara-perkara karut dan penghuni-penghuni hutan rimba. Nak kata bodoh ... memanglah bodoh. Nak kata takut, tidaklah begitu kerana aku pernah memasuki hutan belukar semasa sekolah rendah dulu. Ha ..ha ... ha !!! Mampuslah aku.

Jam tangan mengisyaratkan 9:30 malam. Aku jentik-jentik permukaannya. Dalam perhitungan aku, jam ini terlalu lambat. Agaknya, kesejukan malam membuat spring-springnya menjadi lembap dan tidak bermaya. Sepatutnya, sudah melepasi 12 malam dan sudah mula mengintai-intai ketibaan subuh. Begitulah tanggapan ku yang ikhlas itu.

Aku menyambut cabaran ini bukanlah ingin mengipaskan lagi ego ku dan bukanlah kerana gilakan wang yang berjumlah RM 200 itu. Sebaliknya aku memang ada tujuan lain. Satu strategi yang lebih murni lagi. Iaitu aku benar-benar ingin mencari ketenangan diri di dalam hutan belantara ini.

Aku menerima nasihat kawan di sebelah rumah. Dia mengesyorkan, ketenangan akan meresapi diri sekiranya aku duduk bersendirian dan bertafakur pada tempat yang gelap. Dengan cara ini dapatlah aku mengupas sejarah hidup ku dan mencedok ilham serta pedoman darinya. Aku terima bulat-bulat logik kawan di sebelah rumah.

Mereka di ofis akan ketawakan aku sekiranya aku meluahkan alasan ini, hasrat ini. Tetap beranggapan bahawa aku adalah insan happy-go-lucky, loyar buruk, mudah meremehkan keadaan, ego besar tempayan dan tidak mempunyai masalah peribadi. Maka itulah, aku terus berfoya-foya dan merahsiakan tujuan asal ku itu.

Derauan anak sungai di kaki bukit ini menenangkan diri ku. Aku sudah sembahyang dan mengulangi bacaan Surah Yasin. Sengaja membaca kuat-kuat supaya semangat ku tidak luntur. Aku mengulangi Surah Al-Fatihah sebanyak seratus kali. Sekarang aku sudah bersedia, untuk bertafakur hingga menyambut fajar. Ingin sangat menjelajahi sejarah hidup ku ini.

Aku berjaya menziarahi zaman belia ku. Malangnya sekali, otak ku, benak ku ini, semakin liar, lelan dan melilau panjang. Semangat tafakur yang ku belai manja itu semakin rapuh. Berani membelakangkan aku. Sudah melayang jauh, meredah ofis, rumah, pasar raya, singgah ke kedai makan dan entah ke mana lagi. Kembali ke hutan, menjenguk diri ku yang malang ini dan lesap lagi. Aku merayu padanya supaya kembali ke pangkal jalan. Balik ke pangkuan ku ini. Tidak berjaya. Begitulah. Tak ada disiplin langsung. Melilau ke sana sini. Ikut suka emak bapak dia aje. Nampaknya hasrat ku mencedok ilham dan ingin menjadi orang yang baik-baik tidak kesampaian. Aku keliru dan bersedih.

‘ Assallamu’aliakum. ‘

Wah ... ape pulak tu !!! Badan ku tersentak. Degupan jantung ku terhenti seketika. Suara lembut bergema membelah kesunyian dan kedinginan malam. Pada orang yang lemah semangat dan longgar lutut, ranting yang patah atau bunyi-bunyi liar sudah mencukupi untuk lari lintang-pukang hingga kaki tak jejak tanah atau sampai tak cukup tanah. Lagi pun aku memang tidak mengundang sesiapa pun ke sini. Jangan harap kawan-kawan ofis nak melawat ku di sini. Aku cuba bertenang, sungguh pun bulu roma sudah menegak tajam. Seram sejuk dibuatnya. Aku terpaku sudah. Tak sempat nak menyambut salam. Maka aku toleh perlahan-lahan ala slow-motion.

Seorang tua tersenyum pada ku. Berketayap putih melepak. Tinggi orangnya. Sudah beruban dan rambutnya disanggulkan ke belakang. Janggutnya panjang dan lebat. Wajahnya bersih dan mudah menenangkan sesiapa saja yang menghampirinya. Berpakaian baju gelap ala sifu kungfu. Aku disambar keharuman yang semerbak wangi. Seperti adunan bunga-bunga duniawi yang dikhususkan untuk orang-orang yang terpilih dan teristimewa saje. Aku menghidu wangian ini sepuas-puas hati. Aku tidak gentar. Tidak pulak takut. Hairan aje. Makin gundah gulana kerana tidak mampu merumuskan keadaan.

‘ Maaf cucu ku .... Atuk mengganggu.... ‘

Suara lembut melafazkan kata-kata. Cuba membatalkan kegelisahan ku ini. Dia tunduk dan menghulurkan tangannya. Aku berjaya bangun, mencorakkan senyuman pasrah lalu menyambut tangannya yang sesejuk salju itu. Mungkin kedinginan malam membuatnya begitu. Dia berpaut pada tongkat kayu yang berukiran kasar. Aku menjemputnya ke unggunan api ku yang tak seperti ini. Dia tidak membantah lantas bersila di atas tikar plastik, berdepan dengan ku. Tongkat dipangku. Aku mempelawanya secawan kopi panas dan timbunan biskut kering. Dia menolak secara baik dengan alasan dia baru habis makan. Aku cuba menenangkan diri dengan meneguk kopi dan meratah biskut-biskut yang telah ku hidangkan itu. Dia memerhatikan saja telatah ku seolah-olah sudah lama mengenali diri ku ini. Aku makan dan minum bagi pihaknya. Buruk siku !!

‘ .... Sebenarnya cucu ... Atuk nampak api, dari jauh tadi. Ingatkan ada api liar. Atuk nak padamkanlah. Takut-takut terbakar hangus satu hutan nanti. Matilah semua makhluk Allah di dalamnya. ‘

Aku membalas senyuman. Masih scanning tetamu ku ini. Siapa sebenarnya orang tua ini. Timbul dengan mengejut dan tidak membawa bekalan. Tidak sesiapa pun menemaninya. Soalnya, apa yang dia buat di sini. Tempat jin bertendang ini. Apatah lagi, pada malam-malam buta yang sejuk membeku seperti ini. Kehadiran ku, aku sudah tahu, kerana aku memang gila. Aku nak tanya dia nanti. Dia adalah tetamu aku. Pada perkiraan ku, dia sudah tua dan tidak akan membahayakan sesiapa pun. Namun begitu, aku tertarik dengan rupa orang tua ini. Seiras wajah aku. Ada lesung pipit di pipi kiri dan tahi lalat di tepi hidung. Mungkin kesemuanya ini wujud secara kebetulan aje. Cuma, aku terlalu rugged dan selekeh baginya. Dan pada ku, dia ni terlalu bersih, sopan dan sudah tua. Dua manusia yang sungguh berbeza.

Cucu, boleh Atuk tumpang tanya ....cucu ni, buat apa di sini ?’

Pulak !! Dia tanya dulu. Itu adalah soalan ku. Soalan cepu emas ku. Jawapan pada soalan ini akan menentukan pendirian ku terhadapnya. Aku menggelabah, mencari jawapan. Terpaksa memberi jawapan.

‘Nak cari ilham .... Tok. ‘

Aku menjawab secara selamba aje. Mudah-mudahan dia tak melepaskan senyuman sinis atau kata-kata yang melecehkan aku. Aku tidak berseloka dan tidak pulak berdusta. Tersengih macam kerang busuk. Nak jawab macam mana lagi !! Hendak katakan aku ketagihan wang sebanyak RM 200, terlalu murah; nak katakan aku melayan ego, terasa malu. Tiada alasan yang lebih kukuh dan lebih afdal selain dari mencari ilham.

‘ Kenapa cucu tak baca buku saja. Kan senang. Tak payahlah nak masuk hutan ... tak susah-payah berdepan dengan binatang-binatang garang, tak kena sengat dan entah apa lagi. ’

Soalan yang sukar nak ku jawab. Ada logiknya. Aku tak mempunyai alasan yang kukuh untuk membentes komennya yang lantang dan berterus terang itu. Kerana kehadiran ku adalah di atas nasihat kawan sebelah rumah.

‘ Maaf Atuk, nama saya Mohammad. Kawan panggil Mamat. Kita dah pun berjumpa, tapi saya tak tahu nama penuh Atuk. ‘

Aku tukar tajuk, lalu menghulurkan tangan ku. Dia menyambut dengan kedua-dua belah tangannya. Tangannya masih sejuk. Maklum sajalah dicengkam sisa-sisa malam yang sungguh dingin ini. Nasib baik ada unggun api untuk menghangatkan badan.

‘ Nama Atuk, Ahmad. Orang panggil Tok Mat aje. Kampung Atuk di seberang sungai (menunjuk arah dengan tongkatnya). Baru habis melawat kampung di sebelah sana (menunjuk ke arah belakang ku).’

Setahu aku, tidak ada kampung di depan atau belakang ku. Ini kawasan hutan simpan. Tidak dibenarkan apa jua jenis perkampungan di dalam hutan ini. Kalaulah benar begitu, susahlah aku nanti. Kerana ramai akan lalu lalang khemah ku ini. Sudah pasti ilham-ilham yang ingin berjinak dengan aku, akan cabut lari. Walau bagaimana pun aku berasa tenang dengan kehadirannya itu. Tidak tahu mengapa. Wajahnya tidak bengis. Bahasanya lembut dan teratur. Membawa ketenangan pada diri ku ini. Bermesra dengan Tok Mat tidaklah susah. Kejujurannya terserlah apabila tersenyum. Maka ku curahkan keluhan yang terpendam di kalbu.

Tok Mat mendengar. Tekun mendengar. Mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia meraba-raba kocek bajunya dan mengeluarkan cerut kontot yang sudah separuh hisap. Menjentik-jentik bekas yang terbakar, menyiat secebis darinya lalu memasukkan ke dalam mulut !!!. Mengunyah dan menyunyutnya macam gula-gula Hacks. Giginya sudah jarang. Jarang-jarang nampak. Aku mulalah mencari ranting yang berbara api supaya mudah dia menghisap cerut lebihannya itu. Aku terkejut beruk apabila dia memasukkan cerutnya itu ke dalam kocek asal. Aku buat derk aje ... buat tak perasan aje. Tidak ingin mendedahkan kejahilan ku. Mungkin rasanya macam sentil tembakau yang dinyunyut oleh nenek-nenek tua di kampung ku, nun di hujung Utara.

‘ Maaf cucu ku ... Atuk percaya fikiran cucu sudah tidak menentu. Ada kena-mengena dengan jiwa cucu yang senantiasa gelisah. ’

Soalnya, ape kena mengena dengan jiwa ku. Macam memasuki dunia misteri atau mistik aje. Walhal keluhan ku ini bersabit dengan nasib ku yang malang.

‘ ..... Atuk percaya cucu terikut-ikut sangat dengan kehendak hati, kehendak duniawi. Makin ketepikan hidup yang sopan. Tidak pula pasrah dalam kesyukuran. Hidup cucu masih samar-samar lagi. Nampaknya cucu tidak membelai roh mu itu .... Jiwa cucu itu memerlukan layanan mu .... sentuhan mu. Tetap liar. Tidak bertuan dan tak bersatu dengan jasad mu. ‘

Wah !! Bahasanya teratur dan padat. Tok Mat berterus terang dan aku terus-terusan keliru. Langsung tak faham sepatah haram. Rangkaian bahasanya menjurus ke alam mistik. Atuk sedar dilema ku itu, lalu menyambung lagi.

‘ ...... kalaulah seseorang itu ghairah sangat mengejar gaji yang lebih dan nak cepat kaya, maka dia akan melakukan apa-apa saja. Sanggup menonjolkan diri, berjinak-jinak dengan fitnah, mengampu bos. Sanggup korbankan prinsip hidup dan ketepikan hak orang lain. ’

Aku semakin gelisah kerana Atuk ini menceritakan tingkah laku ku yang lalu. Aku tidak cerita pun perkara ini. Mungkin juga ceritanya itu secara kebetulan aje. Dia juga menyebut tentang putus kasih. Pendek kata dia sedang menegur hidup ku yang melilau panjang itu.

‘ Hidup samar-samar .... macam mana tu, Tok. Saya tahu ape yang saya mahu dan ape saya nak buat. ‘

Aku memetik ungkapannya tadi kerana tegurannya itu berkisar kepada ayat-ayat ini. Aku ingin mempertahankan diri. Ingin memberitahu bahawasanya aku masih menguasai keadaan. Masih in control. Tok Mat mengambil masa untuk menjawab. Terlalu berjaga-jaga. Ataupun tengah mengatur bahasa yang sesuai bagi ku.

‘ Cucu masih tidak mengenali diri sendiri. Sebab itulah hidup cucu terumbang-ambing, tidak ada pegangan, tidak ada hala tuju. ’

Aku berfikir panjang. Mustahil aku tak mengenali diri sendiri. Tiap-tiap hari aku membelek muka ku di depan cermin panjang. Muka itu jugak. Wajah ku tak berubah, tak lari jauh kecuali style rambut dan jerawat di sana sini.

‘ Maksud Atuk. ‘

‘ Maksud Atuk .... sekiranya cucu mengenali seluruh ufuk dunia ini dan pada diri sendiri, iaitu sifat zahir dan batinnya, maka sudah tentu cucu dapat menyelesaikan masalah-masalah yang menimpa kehidupan cucu ini. Maka itulah hidup cucu seperti lalang yang terikat pada rentak tiupan bayu. Tiup ke kiri, ke kirilah cucu berbuai. Bila bayu tiup ke kanan, cucu lari ke kanan. Cucu sendiri tidak jelas. Ada kalanya kita kena lawan arus ... menentang arus. Itu pun kalau cucu sudah ada pendirian hidup. ’

‘ Pendirian hidup ? Agaknya itulah yang cucu mencari-cari selama ini. Sebab itulah nak bertapa dalam hutan ini. Nak cari ilham. ’

Aku mengisytiharkan niat ku. Nawaitu ku. Tok Mat sudah tersenyum lebar. Membelek-belek tongkatnya dan menghidupkan api dengan menolak serpihan bara ke tengah unggun. Aku malu alah. Makin gelisah. Cuba melawan senyumannya dengan senyuman resah. Atuk batuk satu dua round, tunduk dan tersenyum lebar. Meludahkan lagi air cerut yang makin bertakung di dalam mulutnya. Atuk sedar aku mencari sesuatu yang tidak ada. Mungkin juga pada dirinya orang bertapa bukanlah satu atau dua malam, tapi berbulan-tahun lamanya. Aku cuba mengandaikan senyumannya itu. Mungkin bukan itu yang difikirkannya. Bukan itu tumpuannya.

‘ Sedarlah cucu ku. Pada mereka yang beriman, setiap yang berlaku di dunia dan langit ini menjadi kiasan atau iktibar yang menegur dan mengajar kita tentang liku-liku kehidupan. Sedarlah cucu ku, kita ini wujud di antara langit dan bumi. ‘

Itu aku tahu. Semua orang tahu. Sudah lama aku tahu. Apa kaitannya dengan pendirian hidup. Cerita orang tua ini berbunga-bungalah. Macam teka-teki yang digantung tak bertali. Mungkin fikiran ku yang cetek. Mungkin juga dia ingat aku orang sastera moden, mudah faham lenggok bahasa yang berbunga-bunga itu. Aku terpegun, cuba menghayati kehadiran langit dan bumi. Terkelip-kelip mata ku ibarat cicak termakan kapur. Habis begitu aje. Tetap kabur. Aku menunggu penjelasannya.

‘ ... maka sudah terjalin dalam diri kita ini, sifat langit dan bumi. Sifat langit (dia mendongak ke atas) adalah cahaya dan kebaikan. Sifat bumi (menunduk ke bawah) adalah gelap dan kejahatan. Kita kekal di tengah-tengah. Tetap tersepit, di antara kedua-dua dunia ini. Macam alam barzakh. Macam .... macam roti sandwic (dia tersenyum dan memandang pada ku dan aku turut tersenyum). Maka itulah kita ini mempunyai sifat-sifat yang baik dan juga yang jahat. Iaitu sifat Malaikat dan Syaitan. Kita kena pilih....’

‘Pastilah saya pilih Malaikat .... Tok !!! ‘

Aku menyampuk. Sudah tersengih lebar. Berbangga dengan diri ku ini. Merasakan, Atuk sendiri tidak boleh menafikan hasrat suci ku itu. Masa kan aku hendak jadi Syaitan. Aku hendak yang baik-baik aje !! Amin.

‘ Tidak semudah itu cucu ku (Atuk menegur aku). Manusia ini memang lalai, gelojoh dan bodoh. Apabila Allah menawarkan rahsiaNya kepada seluruh alam, semua makhluk Tuhan menolaknya kerana tidak sanggup memikul bebanan, tanggung jawab terhadap amanat itu. Tapi manusia dan jin yang gelojoh ini sanggup menerimanya. Diri Allah mempunyai segala sifat kebalikan atau sifat yang bertentangan bagi mentadbir dan mengimbangkan alam sejagat ini. Di atas penghormatan terhadap kesanggupan manusialah, maka Allah menganugerahkan sifat kebalikan, atau sifat yang bertentangan itu kepada diri manusia dan jin supaya dia boleh membuat pilihan yang wajar. Dia akan diuji sepanjang hayat. Malangnya, manusia gigih memilih kejahatan dan kehancuran. ’

‘ Senang aje Tok. Kita hapuskan segala kejahatan yang ada pada diri kita. Beres. ‘

Aku memuji kepintaran ku itu. Sudah jumpa jalan pintas. Menunggu persetujuan Atuk tentang logik ku itu. Pasti Atuk setuju !!

‘ Bukan semudah itu cucu ku (Atuk membangkang). Kita sudah pun di anugerahkan atau diistimewakan dengan dua sifat yang bertentangan atau bercanggah di dalam diri kita ini. Seperti sifat baik-buruk; sayang-benci; suka-duka; dan sebagainya. Malahan alam ini ditadbirkan dengan mengambil kira sifat-sifat kebalikan ini. Kedua-duanya saling memerlukan ... dalam semua jenis hubungan dan juga tindakan. Saling mengenali. Kalaulah di buang satu di antaranya, kita bukan manusia lagi. Kita sudah menjadi Malaikat atau pun Syaitan. Tugas kita di dunia ini adalah untuk mengimbangkan sifat-sifat ini supaya yang baik dapat mengimbangkan yang jahat agar hidup kita sentiasa berharmoni, adil dan saksama. Menjadi khalifah dunia yang membimbing ke jalan yang benar. ’

Wah !! Tok Mat ni bercakap macam orang intelek kelulusan universiti aje. Mana dia dapat ilmu ini. Logiknya ada. Penuh misteri. Penuh kejujuran. Aku tak berani nak tanya tentang sifat-sifat jin yang setaraf dengan manusia. Takut keliru habis. Tidak mahu terbenam dalam kekeliruan dan terjebak dalam dunia mistik. Namun tetap merasakan diri ku ini sedang mengikuti kuliah yang merangkumi segala aspek agama, logika, kepimpinan, etika kehidupan, falsafah hidup dan hala tuju.

‘ Setahu saya, apabila kita hendak membuat keputusan kita terpaksa pilih satu dari segala kemungkinan. Bukankah begitu Tok. ’

Tok Mat mengangguk-angguk. Aku mula seronok. Akhirnya orang tua ini bersetuju dengan aku.

‘ Benar ... benar kita kena pilih, kena buat keputusan. Tapi kalaulah kita terus tidak fikirkan tentang sifat-sifat yang bercanggah dengannya, maka sudah tentu tindakan kita itu tidak sempurna, seperti berjalan tempang. Kita mempunyai dua kaki yang berupaya dan sihat. Namun kita lebih selesa berjalan tempang. Mengapa begitu. ’

‘ Kalau benda yang tak bagus kenapa kita kena ikut. Kan peningkan kepala aje. ’

‘ Bukan soal bagus tak bagus, ikut tak ikut .... cucu ku. Setiap sesuatu itu mempunyai sifat kebaikan dan keburukannya. Ianya berbentuk relatif. Tidak mutlak. Benda yang manis menjadi pahit apabila melampaui batas kemanisannya. Penindasan dan kekejaman melahirkan penentangan. Sebenarnya cucu ku, kejahatan itu adalah sejenis kebaikan yang sudah menyimpang jauh dari asalnya .... dari kebenaran. Maka itu perimbangan dalam segala hubungan amatlah penting. Lagi pun, (Tok Mat menarik nafas panjang) sifat-sifat yang bercanggah dalam diri kita ini adalah seperti hubungan seorang Penunggang Kuda atau Joki dengan seekor kuda liar. Joki itu melambangkan kebaikan. Walhal kuda itu melambangkan kejahatan, liar, ganas, angkuh dan bertindak sesuka hatinya. Si Joki ingin pergi ke tempat tertentu. Dia tidak berdaya dan akan mengambil masa yang lama jika berjalan kaki ke destinasinya. Si kuda pula bertenaga dan tidak mempunyai hala tuju. Soalnya, bagaimanakah Si Joki ini dapat menjinakkan kuda liar ini dan menggembleng tenaganya supaya kedua-duanya sampai ke destinasi tersebut. Pendek kata tujuan atau pendirian kita bukanlah saja “ini” ataupun “itu” tetapi bersama, iaitu “ini dan juga itu”, mengikut keadaan, ruang dan masa. Maka sifat negatif telah di jadikan positif. Justeru itu sifat kebaikan haruslah mengatasi sifat kejahatan. Sedarlah cucu ku, selain daripada dunia fizikal ini, kita juga didedah dan dilengkapkan dengan simbol-simbol atau kiasan kehidupan.‘

Aku sudah pasti. Sudah confirm. Tok Mat ini adalah bekas pensyarah atau intelek kelulusan tinggi. Aku percaya dia melepaskan segala-galanya kerana ingin hidup sederhana dan berharmoni dengan alam. Cita-citanya sudah tercapai. Bagaimana pula dengan hasrat ku ini ?

‘ Tok Mat dulu kerja ape.’

Aku cuba mencungkil sejarah hidupnya. Hendak mengolah biodatanya. Dia tersenyum saja.

‘ Sebenarnya tidak ada beza di antara Atuk dengan cucu. Atuk adalah cucu dan cucu adalah Atuk. Cucu akan sampai ke tahap yang diharapkan itu. Dan pengalaman menjadi guru mu. Insyallah. ’

Dia tidak menyambung lagi. Tidak menjawab soalan ku. Hanya tersenyum saja. Aku termenung seketika. Cuba menghayati kata-katanya yang sungguh pelek itu. Mungkin aku perlukan masa untuk menghadamkannya.

‘ ... ingat tak. Kalaulah kita kaji segala di ufuk dunia dan pada diri kita ini, maka kita benar-benar menghargai erti tindakan, pengalaman, kebenaran dan keadilan. Pada jiwa-jiwa yang bersih, inti sari pada kebenaran ini adalah seperti kita mengenali diri Allah termasuklah sebahagian dari rahsiaNya. Sifat ego, mementingkan diri, ketagihan kuasa dan gila pangkat tidak wujud lagi di dalam hati sanubari sekiranya kita terus berjuang menegakkan kebenaran dan membela hak mereka yang teraniaya. Sebenarnya cucu ku, Ar-Rahman dalam Bismillah ....... itu ditujukan kepada segala hubungan makhluk sejagat dan haruslah dilayani dengan penuh kasih sayang, tidak kira haiwan, tumbuhan, gunung-ganang, serangga, masyarakat, warna, kaum, agama dan tempat asal. Dan Ar-Rahim pula adalah untuk mereka yang sudah pun mengenali diri, beriman, berjuang menegakkan keadilan dan senantiasa dirahmati dengan hidayat. ‘

Aku terpegun sepi, memikirkan nasib ku ini. Bertuahnya aku dapat berbicara dengan Tok Mat yang penuh ilmu, misteri dan mistik. Aku ingin berguru dengannya.

‘ Tok Mat, makanlah juadah saya yang tak seperti ini. Lama kita berbual tapi Tok Mat masih tak menjamah makanan dan minuman. Tak adillah. Rasalah Tok Mat .... Tok Mat.’

Aku bersendirian. Tok Mat tidak ada di sini. Ghaib sudah. Datang begitu dan pergi pun begitu. Suaranya berkumandang ‘ Innalillahi Wainna Illa Hiraji’un (aku datang dari Allah dan aku kembali kepada Allah).’ Bergema, tenggelam timbul menembusi dedaun dan pepohon yang menebal dan menggelap ini. Aku menyeru namanya lagi. Namun panggilan ku tidak berbalas. Wangian bunga mula beredar mencari tuannya. Sisa sepeninggalannya adalah bauan air cerut di sekitar unggunan api yang semakin malap ini. Aku kehilangan seorang guru. Tidak pula merasa takut. Tetap tenang dalam kerinduan.

Aku sedar, aku masih terpaku di atas tikar sembahyang. Makanan dan minuman belum berhidang lagi. Belum diusik lagi. Masih tersimpul ketat dalam kelongsong dan beg-beg plastik. Bara api makin mengecil dan berselaput dengan abu yang kelabu merah. Jam di tangan, sudah pun 5:00 pagi. Hutan rimba semakin riuh kerana penghuni-penghuninya ingin menyambut ketibaan fajar. Aku cuba bertenang. Cuba mengulang tayang pengalaman ku bersama Tok Mat. Banyak perkara terlepas begitu saja kerana aku belum faham dan tak cukup pengalaman lagi. Kalaulah aku ada perakam suara, kan ku ulanginya bicara ini sepanjang masa. Begitulah penghargaan ku pada Tok Mat. Aku mengambil air sembahyang. Tetap terkilan.

Tok Mat pernah berkata, aku adalah dia dan dia adalah aku. Apakah maksud Tok Mat itu ? Adakah Tok Mat ini, roh ku yang menegur jiwa ku ini. Atau seorang wali Allah yang datang untuk menegur dan membimbing aku. Ataupun kesemuanya ini adalah gugusan ilham atau pengajaran yang berakar umbi dari ranjau-ranjau yang pernah menusuk kehidupan ku ini. Kalaulah begitu, hasrat ku mencari ilham sudah pun tercapai.

Kawan-kawan ku pasti mempersendakan peristiwa ini. Maka ku lunakkan penemuan ini, perbicaraan ini, hingga aku benar-benar mengenali siapa diri ku ini dan memahami tugas ku di dalam alam yang pancaroba ini. Amin.

Nasir

31 Oktober 2010

http://parti-sosialis.org

Wednesday, November 17, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 47:Pinta hatiku bukan panjangnya usia keindahan kerana yang sedihnya, inilah caranya waktu berdetak

Barangsiapa yang bertemu sekatan pada jalannya ke kedai arak
semestinya akan menjadi gila jika pada pintu lain diketuk hentak.
Takdir tidak pernah memahkotakan siapapun dengan kemabukan, kecuali
orang yang menganggap itulah tuah paling kemuncak.
Barangsiapa bertemu jalannya ke kedai arak usang ini
dari kurnia wain yang melimpah ruah, rahsia candi dibuka terkuak.
Dia yang membaca rahsia wain ini,
menemukan rahsia dalam debu atas mana kita berjalan memijak.
Hanya mencari kepatuhan dari kegilaan
dalam pegangan kita, logika dan kewarasan, kita cemuhkan.
Pinta hatiku bukan panjangnya usia keindahan
kerana yang sedihnya, inilah caranya waktu berdetak.
Dari kesakitan pada pudarnya bintang pagi saat terbitnya fajar hari
ku tangiskan sebanyaknya, aku telah melihat bulan,
biarpun pada bintang Kejora mataku takjub tersentak.
Siapa yang bercakap tentang kisah Hafiz dan cawannya?
Kenapa pula raja tahu di mana kawanan polis terletak?
Pujalah Raja yang mempertimbangkan sembilan syurga
pada istanaNya, syurga hanyalah di celahan retak.

http://www.hafizonlove.com/divan/01/047.htm

Whoever had found his way to the tavern’s block
Would have to be insane if on another door knock
Fate never crowned any with drunkenness, except
The one who considered this the highest luck.
Whoever finds his way into the tavern
From the bounty of the wine, temple’s secrets unlock.
He who read the secrets of this wine,
Found the secrets in the dust upon which we walk.
Only seek the obedience of the insane
In our creed, logic and sanity we mock.
My heart asked not for longevity of beauty
Because sadly this is the way of the clock.
From the pain of the fading morning star at dawn
I cried so much that I saw the moon, though Venus my eyes struck.
Who talks about the story of Hafiz and his cup?
Why would the king know where the policemen flock?
Praise the King who considers the nine heavens
A mere crevice in His courtly block.

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
April 2, 1999

Wednesday, November 10, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 177:Iman dan ketaatan itu baik, jika dapat padamu pengajaran jika tidak kau mesti menanggung badai ribut kezaliman.



Tak semua wajah yang bersolek itu mempesonakan
tak semua pembuat cermin, dapat Iskandar lucutkan.
Tak semua orang di atas takhta yang mahkotanya dipakaikan
tahu cara berkuasa pada ladang dan pekan.
Seperti pengemis berkhidmat bukan untuk sedekah
Tuan Guru mengurus hambanya dengan kemuliaan.
Aku tunduk pada kehendak pencipta kesejahteraan,
pengemis Al-kimiawis, timah menjadi emas boleh ditukarkan.
Iman dan ketaatan itu baik, jika dapat padamu pengajaran
jika tidak kau mesti menanggung badai ribut kezaliman.
Aku patah hati dan masih belum menyedari;
buat anak-anak manusia, malaikat itu adat kebiasaan.
Satu titik, lebih halus dari sehelai rambut
bukanlah seragam Darwis, rambut yang tak bercukuran.
Seluruh dunia berputar di sekitar tahi lalatmu
hanya permata mengenal permata, ulat, pada ulatlah ia mengenalkan.
Barangsiapa atas karismanya menjadi raja
akan memerintah dunia jika dengan keadilan dijauhi kerosakan.
Puisi Hafiz hanya boleh memberitahukan
dia yang hati dan bicaranya baik serta penuh kehangatan.

terima kasih sumber:
http://www.hafizonlove.com/divan/04/177.htm

Not every painted face has charm
Not every mirror maker, Alexander can disarm
Not everyone upon a throne who puts on a crown
Knows the ways of ruling over farm and town.
Like beggars serve not for the alms
Master keeps his servants in good form.
I submit to the will of the weal maker,
Alchemist beggar, lead into gold can transform.
Faith and loyalty are good, if you can learn
Else you must weather tyranny’s storm.
I was brokenhearted and still unaware;
For children of men, angel is the norm.
A point much finer than a strand of hair,
The unshaven hair is not a Dervish’s uniform.
All the world revolves around your mole
It takes a gem to know a gem, a worm, a worm.
Whoever charismatically becomes the king
Will rule the world if with fairness keep away harm.
The poetry of Hafiz can only inform
He whose heart and speech is kind and warm.

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
April 8, 1999

Monday, November 8, 2010

Jalan Berlopak ke Putrajaya: Malangnya Melayu Marhaen

tulisan "Jalan Berlopak ke Putrajaya" di bawah merupakan analisa Dr.Jeyakumar, ahli parlimen Sg.Siput, yg menewaskan Samy Vellu, pd Mac08 lalu. ada beberapa fakta menarik
-62 peratus pendapatan keluarga Melayu berada dibawah RM 3ribu.
-RM 47 bilion dirompak daripada wang rakyat setiap tahun melalui sebutharga yang tinggi – umpamanya 257 kereta perisai yang dicadang dibeli dengan sebut harga RM 31 juta sebuah manakala harga pasaran hanya RM 10 juta!
-dasar bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, akan membantu orang Melayu Marhaen yg amat besar jumlahnya.

Struktur sosio-ekonomi masyarakat Melayu:

Pendapatan Bulanan Se Keluarga

Peratusan

Lebih daripada RM 20,000

(Golongan Korporat dan Perniaga Besar)

0.5%

RM 10,000 – 20,000

2.8%

RM 3,000 - 10,000

(Kakitangan Kerajaan, GLC dan Peniaga Kecil)

34.6%

RM 3,000 dan bawah

(Melayu Marhein – Pekerja, Petani, Nelayan, Penianga kecil)

62.1%

Sumber: Jawapan Di Parlimen, oleh Jabatan Perdana Menteri

Adanya sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang sangat mengharapkan PRU Ke 13 akan membawa penukaran kuasa di peringkat Nasional – bahawa Putrajaya akan diambilalih oleh Pakatan Rakyat. Mereka percaya bahawa politik perkauman dan rompakan wang rakyat melalui korupsi dan kronisme hanya akan dapat diatasi jika pihak BN diturunkan dari kuasa.

Oleh itu, keputusan tiap pilihanraya kecil harus dikaji dan dibahas secara terperinci oleh para penganalisa politik untuk membuat ramalan samada hasrat rakyat yang mengharapkan perubahan kuasa akan ditunaikan. Dari segi itu keputusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan Galas adalah sesuatu yang mengecewakan. Di Batu Sapi, perbezaan undi antara calon BN dan calon-calon pembangkang telah meningkat dari 3700 dalam PRU 12 pada 2008 ke 6,359 sekarang. Manakala di Galas pula, PAS yang menang dengan 646 undi dalam tahun 2008, kali ini telah kalah dengan perbezaan undi sebanyak 1190. Ini merupakan kemerosotan sokongan sebanyak 9.6%.

Wujudnya tendesi dikalangan kita, pembangkang, untuk mencari pelbagai alasan untuk melegakan hati penyokong antaranya adalah BN telah pakai banyak wang; ini kerana ini pilihanraya kecil; ini kerana undi pos dan sebagainya. Tetapi, jika kita benar-benar mahu mengambilalih Putrajaya dalam PRU 13, kita mesti cuba memahami mengapa pengundi, terutamanya pengundi Melayu, sedang mengalih balik ke BN dalam tempoh masa 18 bulan yang lalu. Tren ini telah bermula di Bukit Gantang (7/4/09) di mana YB Nizar telah mengalami penurunan undi Melayu sebanyak 3% dan bertambah pula di Manek Urai Kelantan di mana majority PAS jatuh dari 1352 dalam PRU 2008 ke hanya 65 dalam pilihan kecil pada 14/7/09. Di kedua-dua pilihanraya kecil ini, PR dapat mengekalkan kerusi walaupun mengalami kemerosotan sokongan Melayu. Tetapi kita tidak begitu bernasib baik dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25/4/2010 di mana walaupun sokongan pengundi Cina melambung naik, penurunan undi Melayu sebanyak 12% telah mengalahkan calon PKR, Dato Zaid Ibrahim di satu kerusi yang sebelum ini pernah dimenangi oleh PR dalam PRU 12.

Adalah penting pada kita yang mahu PR menang dalam PRU ke 13, untuk memahami mengapa tren ini sedang berlaku supaya kita dapat mengaturkan langkah untuk mengawal tren ini dan untuk kita memenangi semula keyakinan pengundi Melayu. Pada pandangan saya, isunya bukan kerana pengundi Melayu tidak tahu bahawa amalan rasuah dan penyalahgunaan wang di kalangan BN (terutamanya UMNO) adalah di paras kritikal. Melayu Marhein memang tahu, kerana mereka sendiri tertekan dan dianiayi oleh kerakusan pemimpin UMNO/BN merompak kekayaan Negara. Masalahnya adalah sebahagian besar daripada Melayu Marhein khuatir bahawa bantuan-bantuan yang mereka sedang terima daripada agensi kerajaan akan dikurangkan sekiranya kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

Pada masa ini 62% daripada keluarga Melayu berpendapatan bulanan di bawah RM 3000 sekeluarga. Peratus untuk masyarakat India adalah 56% dan untuk masyarakat Cina yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan adalah 27%. Jadi walaupun program NEP telah berterusan sejak tahun 1970an, masih wujudnya pendapatan rendah di ramai keluarga Melayu. Selain daripada itu, antara keluarga-keluarga Melayu yang berpendapatan antara RM 5000 dan RM 10,000, hampir 40% merupakan peniaga kecil yang pada tahap ini tidak dapat bersaing di pasaran terbuka tanpa bantuan yang sedang mereka dapat daripada kerajaan, agensi dan GLC. Kedua-dua kumpulan ini takut kepentingan mereka akan dipinggirkan jikalau PR mengambilalih Putrajaya. Inilah sebabnya , walaupun mereka memang benci kerakusan dan ketamakan pihak pemimpin UMNO, mereka takut menurunkan UMNO yang telah merupakan pelindung masyarakat Melayu selama ini.

Jika pihak PR, benar-benar mahu ambil alih Putrajaya dalam PRU 13, kita mesti menangani persepsi kekhawatiran di kalangan pengundi Melayu. Kita harus meyakinkan mereka bahawa semua bantuan yang sedang dinikmati oleh Melayu Marhein dan kategori peniaga kecil akan diteruskan di bawah PR, malah akan ditingkatkan lagi. Negara ini cukup kaya – tidak perlu kita mengurangkan bantuan bagi kaum Melayu miskin supaya membantu yang miskin di kaum-kaum lain. Pada hitungan saya, lebih kurang RM 47 bilion dirompak daripada wang rakyat setiap tahun melalui sebutharga yang tinggi – umpamanya 257 kereta perisai yang dicadang dibeli dengan sebut harga RM 31 juta sebuah manakala harga pasaran hanya RM 10 juta!

Jika kita boleh mengawal rompakan wang rakyat seperti ini, kerajaan PR memiliki dana yang mencukupi untuk membantu yang berpendapatan rendah di semua kaum sambil meningkatan bantuan pada Melayu Marhein dan kaum peniaga kecil di kalangan Melayu. Kita di sini tidak mengatakan kita memerlukan kuota perkauman tetapi kuota untuk rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum akan membantu majoriti orang Melayu dan kita mesti meyakinkan orang Melayu tentang ini.

Parti-parti PR yang sekarang mendapat sokongan kaum bukan Melayu juga ada suatu peranan yang penting dalam menerangkan pada penyokong mereka strategi PR untuk memenangi balik kepercayaan Melayu Marhein. Strategi kita adalah untuk menghentikan perompakan wang rakyat oleh pihak korup dan rakus dan memakai dana ini untuk mengkekalkan semua bantuan dan subsidi yang sedang dinikmati oleh rakyat; meningkatkan bantuan dan subsidi untuk semua keluarga yang berpendapatan rendah; memastikan kemudahan asas – kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam – dapat diperolehi oleh keluarga-keluarga berpendapatan rendah. Inilah formula yang boleh membawa kita ke Putrajaya. Tetapi parti komponen PR mesti bertindak secara matang dan mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang hanya dapat sokongan sebahagian daripada rakyat kita tetapi menakutkan sebahagian besar yang lain umpamanya laungan “meritokrasi” dan “Negara Islam”.

Kita di Malaysia memerlukan pertukaran kerajaan pada peringkat pusat – ini amat perlu untuk mengawal politik perkauman dan perompakan wang rakyat. Rakyat Malaysia juga hampir sedia untuk memberi PR peluang untuk memegang pentadbiran Negara. Bolehkah kepimpinan parti-parti komponen PR mengakui masalah politik sebenarnya (kekhawatiran Melayu Marhein), duduk dan berbincang bersama dan seterusnya bertindak secara yang matang untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa PR dapat mentadbir secara yang adil dan ikhlas? Inilah persoalannya.


sumber:
http://parti-sosialis.org

Video perjuangan hak tanah adat Sarawak

Video sekatan rakyat menghalang Sabah Sarawak Gas Pipeline yg merampas hak tanah adat mereka di Lawas, Sarawak:


TV Sarawak Bebas-SaluranYoutube membawa berita derita rakyat Sarawak:

Sunday, November 7, 2010

SS No.29: Jangan Marah

tak usah terlalu cepat menyerah
pada lara kecewa dan duka
biarkan luka bertambah parah
berdarah sehingga kering tulang-tulang
sampai hancur dan mereput
saat itu baru akan datang kebahagiaan
seronok kegembiraan yang tersuruk
disebalik pahit kebusukan
pada senyuman manis bukan dari wajah
tapi hati yang tertawa
di langit dan bumi menangis
atas setiap degup nafasmu.

Friday, November 5, 2010

Syabas atas liberalisasi Petronas

KUALA LUMPUR -- Malaysian state energy firm Petronas is to list its chemicals arm in a sale that could raise US$4.0 billion in Southeast Asia's biggest ever share offering, reports said Wednesday.

Petronas Chemicals Group is expected to list on the Malaysian stock exchange in November, Dow Jones Newswires said, citing a term sheet outlining the sale plan.

The offering would exceed the listing of Malaysia's top mobile operator, Maxis, which made a strong start on the bourse last November with a US$3.3 billion IPO that was then the region's largest.

Petronas' petrochemicals business includes 22 companies that produce chemical compounds, fertilizers, and industrial and specialty chemicals.

Petronas Chemicals' indicative institutional price is 5.20 ringgit (1.67 dollars) a share, Dow Jones said, citing sources familiar with the deal.

It said that some proceeds would be used to set up a fertilizer plant in eastern Malaysia on Borneo island.

The offering is part of Prime Minister Najib Razak's ambitious Economic Transformation Program (ETP), a blueprint to revitalize the economy over the next decade and achieve developed-nation status by 2020.

----------------------------------------------------------------

Govt must consider liberalising M’sia’s oil, gas sector: Dr Chua

By NG SI HOOI and TEH ENG HOCK

KUALA LUMPUR: The Government should consider liberalising the Malaysia’s oil and gas sector for the country to achieve accelerated growth, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek on Saturday.

He said the Government should also allow more of non-Bumiputra investors to be joint-venture partners, contractors and sub-contractors in areas such as exploration, platform constructions, logistics, deep-sea operations and others.

“Our oil and gas sector has reached a stage in which we are already an established player in the global stage. Yet the opportunities for the SMEs are still small compared to other countries including non-oil producing nations like Singapore.

“Therefore, given the maturity of the sector, the opening up of the sector will boost the country’s GDP by many folds,” he said at MCA’s Chinese Economic Congress at the Prince Hotel here on Saturday.

He said the telecommunication sector also needed to be fully liberalised as increased competition benefitted operators and consumers.

Dr Chua encouraged more GLCs to open their Board of Directors to include more non-Bumiputras as well as international expertise.

“It is important that GLCs open up their procurement system to include competitive SMEs based on the quality of service and products offered. Rather than based on race or equity requirement,” he said.

Dr Chua also called for greater transparency in the tendering process as closed tender systems had always been associated with corruption and kickbacks.

“We hope all public procurement is open to all local SMEs and they are provided with equal access and opportunities,” he said.

He said the party also called for the execution of a minimum wage policy on a sectoral and regional basis to accelerate the process of reducing the reliance on foreign labour.

cahaya InSAF:selamatlah tentera Malaysia di Afghanistan

mcm biasa...aku yang perlahan, terlambat mengucapkan selamat kepada pasukan tentera Malaysia yang sedang bertugas di Afghanistan di bawah International Security Assistance Force (InSAF) di bawah kelolaan tuan uncle sam.

barangkali sebagai permulaannya, Malaysia menghantar pasukan perubatan.

dan lama aku menunggu, sejak pertemuan Obama-Najib lagi (Klik sini) tak ada komen dari sesiapapun, sebagai rakyat pastilah aku mengharapkan para pemimpin memberikan pandangan/pendapat/kritikan/ulasan bernas mereka.

menteri pertahanan Zahid Hamidi berkata misi ini atas dasar keprihatinan Malaysia dengan masalah kesihatan rakyat Afghanistan. kesihatan rakyat sendiripun tak terjaga. kata kita negara-negara berkecuali. ini bukan misi PBB. atau mungkin nak merawat tentera US yg sentiasa dibaham Taliban. baguslah sesiapapun, waima musuh sekalipun kita kena berlaku baik menunjukkan kemanusiaan. betapa berperi kemanusiaannya kita, syukur. Al Fatihah dan tafakurku. lihatlah peristiwa arwah Aminurashid, Teoh Beng Hock, R.Gunasegaran. lengkaplah 'Ali', 'Muthu' dan 'Ah Chong'.

apa kata wira dunia ketiga kita????creation of the US
dah lupa? takkan wira dunia ketiga mcm aku, sampah&pelupa orgnya.

Wednesday, November 3, 2010

Hafiz حافظ Ghazal 380:biarpun aku bergerak di jalan ini, tetap terjaga jalanku yang satu lagi,


Telah banyak kali kukatakan, dan kusuarakan sekali lagi
biarpun aku bergerak di jalan ini, tetap terjaga jalanku yang satu lagi.
Aku dilatih dan menghibur, begitulah di sebalik tabir seperti burung nuri
ku pertahan dan ku ulangi, apa yang telah Guruku ajari.
Jika aku duri atau mawar, menghiasi rerumputan, sia-sia tak bererti
jika berfikir aku boleh tumbuh tanpa hujan dan tangan yang mengasuhi.
Wahai kawan-kawan, jangan kau fikir aku gila, tiada berperasaan tak berhati
dalam mencari si jauhari, akulah permata tiada terperi.
Meski wain dengan jubah warna warniku, punca banyak kesakitan
aku tak akan menyalahkan penawar mujarab ini, tiap noda dicuci.
Tawa dan tangis para pencinta banyak lapisan yang dikandungi
malam hari aku menulis, dan aku beroleh manfaatnya di pagi hari.
Bicara Hafiz, jangan menghirup debu dari kedai arak itu, tahanlah diri
jangan salahkan aku, beginilah caranya keharuman ini kudapatkan kembali.

terima kasih sumber:
http://www.hafizonlove.com/divan/08/380.htm


I have said many a time, and I’ll say it once again
Though I move upon this path, another my path maintain.
Behind the veil parrot-like, I am trained and entertain
I repeat what the Master has taught me and had me retain.
If I am a thorn or rose, adorn the grass, it is vain
To think I can grow without the nurturing hand and rain.
O friends, do not think I am heartless and insane
In search of a connoisseur, I am a gem of unique grain.
Though wine with my colorful robe causes many pain
I will not fault the elixir that washes every stain.
The lovers’ laughter and cry many layers do contain
At night I compose, and in the morn cry out my gain.
Hafiz said, from breathing in dust of the tavern do refrain
Fault me not, this is the way that this aroma I regain.

© Shahriar Shahriari
Los Angeles, Ca
April 2, 1999

Monday, November 1, 2010

Selvasanthiran dipukul dalam tahanan.

Suaram: Selva beaten in police custody

Human rights group Suaram has claimed today that detainee K Selvasanthiran was "beaten, kicked and punched" by police officers since he was arrested last Monday on a drug charge.In a statement faxed to the press this afternoon, Suaram coordinator E Nalini said Selvasanthiran , told his wife Saraswathy who visited him this morning, that he was having hearing problems after being allegedly badly assaulted during his first two days in detention.

She had visited him at the Kuala Lumpur contingent police headquarters at 10.30am, accompanied by Suaram representatives and lawyer Adlan Hadi."During his one week of detention, he was brought to the hospital once, but didn't get proper medical attention," said Nalini.She added that the detainee was not "fully conscious" for the first two days of detention, and was taken to hospital only after his cell-mate alerted police officers.Lawyers, she said further, are currently preparing a habeas corpus application over Selvasanthiran's detention.

Complaint to be lodged

The family, meanwhile, will be lodging a complaint against the police for the alleged assault against Selvasanthiran.Police were initially reluctant to allow the family to see the detainee, but later relented after "much noise" was made.Selvasathiran is currently detained under the Dangerous Drugs Act (DDA- Special Preventive Measures), which provides for 60 days detention without trial.

Following that, the Home Minister can issue a detention order which entitles the detainee to appear before a court to argue his or her release. Without the court's release, the suspect can be held for successive two-year intervals.Less than 12 hours before his arrest under the Act, the coroner's court had delivered an open verdict for the inquest into the death of R Gunasegaran who had died in police custody in 2009.
At the inquest, Selvasanthiran had testified that he saw a police officer kick the deceased in the chest.His wife claims that Selvasanthiran was handcuffed and then beaten up in front of her and their children when the police arrested him at his home on Monday night.

Source : http://www.malaysiakini.com/news/147022

Memo kpd Ketua Polis Negara, harap aku belum terlambat

tanggal 16 Julai 2009. tarikh yang tak boleh dilupakan. hari kejam yang menjadi saksi terbunuhnya Teoh Beng Hock. ya. pada hari yang sama juga R. Gunasegaran bertumpahan darahnya, meninggalkan dunia dalam tahanan polis. atas nama apapun, di tanahair inilah dia hidup dan bersemadi. tapi hidup kita diatur nilai-nilai manusiawi. kematian ngeri sebegini menuntut pembelaan dan keadilan.

wahai negara, segalanya boleh kalau engkau yang membuatnya, dan saat mereka melakukan hal yang sama dengan mudah kau hukum mereka sebagai penjenayah! R. Gunasegaran, Teoh Beng Hock dan Aminurasyid, sebanyak mana lagi nama-nama korban keangkuhan ini. begitulah, mungkin seperti lirik lagu ini, "when they kill it's a crime, when you kill it is justice:"


berikut memorandum, diambil dari laman pertubuhan para peguam yang berjuang untuk hak kemerdekaan rakyat, Lawyers for Liberty (LFL), klik sini.

Memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara oleh Lawyers for Liberty (LFL) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak keluarga K. Selvach Santhiran, berhubung penangkapan dan penahanan saksi inkues K.Selvach Santhiran Bukit Aman.

30 Oktober 2010

Oleh LFL

Pengenalan

Penurunan prestasi PDRM secara berterusan ke arah tidak memperdulikan undang-undang dapat dilihat dengan jelas dalam peristiwa penangkapan dan pemukulan K. Selvach Sathiran pada 25 Oktober lalu. Dia dipukul dan ditangkap oleh sekumpulan lelaki berpakaian biasa yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis yang tidak memperkenalkan diri mereka secara jelas. Selvach merupakan salah seorang saksi utama yang membuat kenyataan terhadap polis dalam inkues kes kematian R. Gunasegaran dalam tahanan pihak polis yang diputuskan baru-baru ini.

Pada hari keputusan itu disampaikan dalam inkues tersebut, polis bertindak ke atas Selvach dan datang ke rumahnya untuk menangkapnya. Ketika anak-anak Selvach bertanya kepada polis mengapa ayah mereka, diseret pergi, polis menjawab dengan memukul Selvach di hadapan anak-anaknya sendiri. Pihak polis dalam memutarbelit kasih sayang suami isteri, cuba membuat S.Saraswathy, isteri kepada Selvach untuk mencium suaminya, sebelum memukul Selvach di hadapan isterinya.

Selvach telah melaksanakan tugasnya sebagai warga yang bertanggungjawab dengan memaklumkan kebenaran berkenaan kematian R.Gunasegaran dalam inkues kematian di dalam tahanan polis. Selvach kini ditahan di suatu tempat yang tidak diketahui tanpa dibenarkan untuk dihubungi oleh keluarga dan peguam, biarpun banyak usaha telah dibuat untuk menemuinya atau mengetahui kedudukannya.

Difahamkan dia kini ditahan tanpa bicara dibawah undang-undang menindas Ordinan (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Darurat 1969 ataupun Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membenarkan polis menahan seseorang itu bagi tempoh 60 hari tanpa sebarang perlindungan kehakiman dan kemudiannya perintah penahanan selama 2 tahun oleh Menteri Dalam Negeri.

Bantahan Kami

Sementara kami memahami bahawa pihak polis mempunyai tugas penting dan berat untuk mencegah dan membanteras jenayah, namun polis juga perlu memahami bidang kuasa luas penangkapan dan penahanan tidak boleh disalahgunakan dan digunakan sewenang-wenangnya. Sebagai pasukan polis yang profesional, mereka harus dipandu oleh undang-undang dan proses undang-undang di negara ini dan tidak boleh bertindak dengan kebebasan atau sesuka hati dan tidak mengendahkan perlindungan perlembagaan dan kehakiman.

Hal ini malangnya menunjukkan gejala ketidakmampuan pihak polis untuk bertindak profesional sebagai pasukan polis yang boleh bekerja dalam sistem kehakiman jenayah moden dan tidak menggunakan langkah-langkah pencegahan yang tidak memerlukan ketekunan dan kerja-kerja polis yang sebenar. Pasukan polis seharusnya bekerja keras untuk menjadi sebuah pasukan moden dan profesional yang sesuai dengan piawaian antarabangsa serta dengan amalan terbaik dan tidak mundur dengan amalan salah yang menyebabkan masyarakat banyak hilang kepercayaan terhadap pasukan polis.

Tindak balas ganas dan tidak sah di sisi undang-undang oleh pihak polis mencerminkan keangkuhan dan kurangnya rasa hormat terhadap Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan prosedur perundangan. Ini bukan kejadian terpencil tetapi kelanjutan daripada serangkaian panjang tindakan pihak polis yang menunjukkan kebencian mereka terhadap hak-hak rakyat, yang telah mengakibatkan penyalahgunaan kuasa polis yang mengarah kepada keganasan, penyiksaan, penangkapan sewenang-wenangnya, penahanan berpanjangan, penembakan, keganasan dalam tahanan dan kematian.

Kes penangkapan dan penahanan Selvach bertambah parah apabila dia ditangkap pada hari yang sama – selepas “keputusan terbuka (open verdict)” yang memalukan dan mengundang skandal itu disampaikan oleh Koroner Kehakiman Siti Shakirah Mohtarudin, dalam inkues mencari punca kematian R.Gunasegaran dalam tahanan polis. Selvach merupakan salah seorang daripada tiga orang yang berada dalam tahanan polis bersama-sama dengan R.Gunasegaran dan mereka secara konsisten mengenal pasti Lans Kopral Mohd Faizal secara fizikalnya menyerang mendiang si mati. Mereka memberi keterangan walaupun terdapat ancaman terhadap keselamatan mereka oleh pihak polis dan biarpun terdapat pujukan bahawa kerjasama mereka akan menjamin mereka dibebaskan segera.

Hal ini bukanlah suatu kebetulan yang menyaksikan Selvach ditangkap begitu cepat dan tambahan lagi beliau ditahan di bawah tuduhan yang tidak jelas dan dibawah peruntukan perundangan menindas yang membenarkan pihak polis menahan seseorang tanpa bicara, selama dua tahun. Pelapor kesalahan seharusnya diberi jaminan perlindungan oleh sistem perundangan dan bukannya dihukum oleh para penguatkuasa undang-undang. Kes ini telah dengan terang menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan suatu kesalahan yang serius dan boleh didakwa menurut Kanun Keseksaan dan juga boleh dikenakan tindakan hina Mahkamah. Selanjutnya, tindakan ini menunjukan pihak polis bertindak balas dengan dendam dan jelas bertujuan untuk menakutkan sesiapa saja yang bersuara melawan ketidakadilan atau kesalahan yang dilakukan oleh para anggota polis.

Perundangan tidak adil dan tidak bertamadun semacam Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Darurat tidak patut wujud dalam sebuah negara moden dan demokratik seperti Malaysia. Undang-undang dan pendekatan menindas ini melanggar hak-hak asasi manusia setiap rakyat yang dijamin perlembagaan serta meremehkan kuasa kehakiman dan proses perundangan. Majlis Peguam Malaysia dan masyarakat sivil secara tegasnya telah berkali-kali menyeru pemansuhan semua undang-undang tahanan pencegahan serta untuk berhenti melakukan penangkapan dan tangkapan berulang kali yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Polis tidak boleh dibenarkan untuk terus beroperasi dalam persekitaran yang bebas dan kebal daripada proses undang-undang dan kehakiman. Namun seperti apa yang jelas digambarkan dalam episod menyayat hati ini, pihak polis baru saja menyampaikan mesej mereka yang kuat, bahawa mereka boleh bertindak sesuka hati tanpa mengambil peduli undang-undang, profesionalisme pasukan polis serta undang-undang dan prosedur yang mengatur tata cara perilaku mereka.

Tuntutan Kami

Ketua Polis Negara mesti:

a) melepaskan Selvach serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya dan keluarganya;

b) mengambil tindakan tegas, termasuklah pendakwaan jenayah dan tindakan disiplin terhadap anggota polis yang menyerang dan menangkap Selvach;

c) menyokong penubuhan Suruhanhaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang akan berfungsi secara bebas, sebagai lembaga luar yang akan menyiasat aduan terhadap anggota polis dan akan membuatkan pihak polis bertanggungjawab terhadap perilaku mereka;

d) menghentikan amalan menangkap dan tangkapan semula dibawah undang-undang tahanan pencegahan;

e) berjanji untuk menghormati hak rakyat untuk mendapat akses yang luas dan bebas terhadap khidmat peguam pada bila-bila masa;

f) mewajibkan pihak polis berpakaian biasa untuk memperkenalkan diri mereka dan memaparkan kad kuasa mereka apabila melaksanakan penguatkuasaan;

g) menyokong pendidikan hak asasi manusia dan program latihan, dengan maksud untuk mengubah sikap dan kaedah penguatkuasaan undang-undang.

Diserahkan oleh Lawyers for Liberty (LFL) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak keluarga K. Selvach Santhiran.