Friday, July 3, 2009

bercakap dgn puaka 1

dia doktor, tak percaya bomoh, tapi dia drakula.


tun kunun, apa nama gelar yg diagung2kan dirinya, dirinya yg sedang bermenung, menarik nafas dalam2, tapi dia tidak bernafas. buah fikirannya gatal minta digaruk-garuk, yg gugur hanya bulu-bulunya, beruban kerinting, seperti rambutan gading, kuning manis, sedap tapi gagal hasrat tanpa galah tak berjolok, gugusan rambutan itu terlalu tinggi, di dahan pohonnya yg telah tua. terlalu banyak pikirnya. tapi dia masih juga menunggu, mencatur-catur, mengira-ngira untung rugi dan yang paling penting sekali keberaniannya. benar dia seorang atau seekor atau apa2lah penjodoh bilangannya, yg paling penting dia adalah pontianak jantan. untuk merujuk dirinya, kita panggilah dia se'orang' drakula. malah dia bukan calang-calang drakula. suatu waktu dia adalah MAHAkula, kerana terlalu lama duduk di atas kerusi pemerintahan tanah besar Malas.

benar, kini taring kanannya, telah mereput, berlubang. dia tidak sakit, atau dia sudah tidak merasa sakit. kalau sakit dia tahulah ubatnya. dia seorang doktor. pelik, tapi begitulah dia seorg drakula yg percaya pada perkembangan sains. sains, kemajuan teknologi, amat disukainya, dia tidak menciptakan apa2 teknologi atau kemajuanpun, tapi dari sains dia telah menciptakan cara baru untuk menghisap darah, tergantung berbeza-beza mengikut orangnya, ada banyak cara untuk menghisap darah.

tapi dia tahu, dia sering ditipu hantu-hantu, mereka tidak layak dipanggil drakula, katanya dalam ketawa yg sayu, mereka sudah hilang manusianya, tapi mereka boleh juga menyerupai manusia, hujah suaranya sendiri. dia sukakan fikiran, manusia yg terlalu memikirkan misteri fikiran mereka sendiri, ha,ha,ha, nyaring gelaknya, dia ketawa lagi, sendiri. mereka hantu2 ini yg paling penting sekali bukan keturunan drakula, katanya sendiri. hanya ada satu Mahakula, dan kalau mereka mahu menjadi drakula, mereka hanya dapat menjadi drakula, disebabkan belas ehsannya. dia yg mengajar manusia menjadi hantu. dan dia telah kehilangan kerusi, tapi dia tidak bermaksud sebenar-benarnya memberikan kerusinya pada hantu-hantu ini. dia ingat dulu, Dol Minum Kopi Jantan Tapi Masih Tidur, atau terlalu panjang namanya, atau cukuplah kita panggil namanya Dol Kopi Jantan atau Dol KJ cuba nak lawan, akhirnya jatuh dia terduduk, sekarang kerja tanam pokok, Mahakula ketawa lagi, tapi kini gelaknya seperti lalak tangis.

kerusi Malas yg dilepaskan Dol Kopi Jantan tidak kembali kpdnya, satu lagi hantu belaannya, yg diharap2kan dapat menjadi hamba suruhannya, menjadi sama saja seperti Dol Kopi Jantan. dia tak layak, menjadi org, dia tu Najis saja, kata Mahakula pada seorg tauke judi ekor, yg mempersembahkan ufti 100 juta pain darah kepada dirinya, suatu waktu dulu, dia tidak ingat bila, ah itu tidak penting, tarikh, masa, aku telah hidup selama ribuan tahun, dan aku akan hidup lagi untuk ribuan tahun akan datang, begitu katanya yakin. keyakinan para pemujanya, penyembah ampu bodeknya, keyakinan yg didapatkan dgn menipu orang ramai dgn kertas bercap kepala Agong, keyakinan yg didapatkan dgn program kesetiaan di tivi dan radio, gambar dan bunyi. iya keyakinan dirinya, keyakinan mereka juga.

tapi kini dia mula mengerti, susuk ini bukan sembarangan lawan. hantu ini belajar menjadi hantu dari dirinya. hantu ini ciptaan dia. atau bahan buangannya, taik, kencing, Najisnya saja. di sebealik kunun kepandaian sainsnya, Mahakula tidak tahu, tidak ingat atau nyanyuk, Najis disukai lalat, dan Lalat Puaka telah hinggap merasuk Najis, dan kini mereka telah menjadi satu sebagai Puaka Taik Lalat, atau kita panggil Puaka saja.

antara sedar dan tidak sedar, Mahakula mula tahu puaka ini cukup ganas. tapi dia kerana minatnya pada sains dan pemikiran rasional yg tinggi, tidak dapat membezakan bahawa kewujudan dirinya juga kabur, antara bangga keturunannya sbg drakula, obsesnya pada kajian dan bukti, ujian eksperimen, ilmu kedoktoronnya yg bukan diguna untuk menyembuh rawat mencari penawar, tetapi menambah sakit, dan menghisap sedut hirup sebanyak darah yg boleh, juga pada matematik penipuan2 nya, ya tujuan yg berakhir kenyang dgn darah. benar dia telah terlalu kenyang, dan sebelum berehat, biarpun kini telah tak berkerusi, dia tidak mahu kerusi Malas ini diduduki oleh hantu seperti Dol KJ.

dia mahu meletak pengganti kerusi Paling Malas, kepada keturunannya - drakula juga. tapi tak dapat dan terpaksalah dia mengatur strategi lagi. anjing besar sasa gilanya telah menyalak. tapi dia tahu salakan ini tidak bermakna apa-apa kerana Puaka Taik Lalat ada sesuatu yg lebih menyeramkan dari seringai mamai dari anjing gilanya, lebih gila dari kegilaan yg pernah dibuatnya juga, dia jahat, tapi dia mahu dilihat lebih baik dari Mental Mentol.

dia tahu kini Puaka bergabung kekuatan dgn Mental Mentol dari Pulau Pura2. mereka lupa daratan, si tanggang berpuaka, jerit Mahakula, masih lagi sendiri dalam hati, kalau ia punya hati. benar, dia masih antara percaya dan tidak percaya, apakah puaka itu buatan tangan dgn tajam kuku besinya sendiri? puaka itu dari bomoh, serapah, puja, jampi, hantu, semangat, jembalang, mambang, jin, syaitan, iblis, kata tauke judi pemberi ufti kpd Mahakula. ah, aku tak percaya bomoh, katanya, aku tak percaya hantu. tapi bukankah drakula juga hantu, dia bertanya, dia juga menjawab tidak aku bukan hantu, aku drakula.

mulanya dia ketawa, bila Dol Kopi Jantan jatuh terduduk tapi rupa masih selamba, maklum ada bini baru, usik sindirannya sendiri. tapi pelan2 dia mula nampak, tidak pernah dulu waktu dia di atas kerusi Malas, Mental Mentol Pulau Pura2 berani menyeberang pulau datang ke daratan tanah besar Malas, sesuka hati bersiar-siar, bertemu sesiapa, apatah lagi bertemu bininya sendiri. tidak, kalau hari ini si mental itu datang, Mahakula tidak akan membenarkan bininya, menjamu hantu gila seperti Mental Mentol, tidak biarpun utk setitik hancing kencingnya, apatah lagi untuk menjamu hantu gila Mental Mentol dgn sate, kuih muih, baik betul hati, bebelnya. ini sudah lebih, Puaka Taik Lalat telah membakar jambatan, mereka semua ni lupa daratan memuja Pulau Pura-pura, bisiknya halus mencucuk ke telinga.

tapi dia tahu sebelah taringnya telah reput, mulanya dia tidak percaya, dia gagal mencari puncanya, dia seorg doktor dia mesti tahu, katanya seperti nyanyuk yg lupa bahawa dia juga adalah drakula. apakah dia telah dibomoh Puaka Taik Lalat? tiba-tiba muncul soalan itu mencongok dlm fikirannya. tidak nafinya, dia lebih hebat dari Puaka Tahik Lalat, dia seorang MAHAkula, ya, tapi itu dulu, dan tiba-tiba dia ragu2, baik aku tetap seorg drakula, katanya sambil mengetuk-ngetuk karat jemari kuku besinya, masih tajam lagi, kata-kata utk meyakinkan dirinya sendiri saja. dia doktor, tak percaya bomoh, tapi dia drakula.


7 comments:

  1. APA KITA NK BUAT DGN DIA NI..GANTUNG TERBALIK KEPALA KEBAWAH KAKI KEATAS NAK..??EHH ITU MACAM KELELAWAR..BOLEH LA ..

    ReplyDelete
  2. tulisan org tak dak otak..

    ReplyDelete
  3. hekeleh..apasal pulak si anonymous ni??orang takda otak tak menulis orang takda otak jadi macam kau!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tidak ada apa yg hebat pada MAHAkula da..kecuali hidungnya yg semakin membengkak,ini era Vampirella si puaka Tahi lalat....ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  7. Mahadrakula.. jelmaan kitul
    tunggu, kaum werewolf nak rebel

    ReplyDelete