Friday, July 31, 2009

ISA Hitam


kibarkan bendera
hitam
hancurkan senjata penguasa
.
tak ada lagi
tahanan tanpa bicara
:
ini bukan mimpi!


Tuesday, July 28, 2009

Buat dia

kekasih, kita tak dapat hidup bersama,
terang bulan sebentar sebelum gelap merapat lelap mata
bayang-bayang dan bau nafas kita tertinggal pada tapak-tapak terhapus.

kenangan, sebelum kehilangan melupuskan pandangan
simpanlah manis madu, pahitnya hempedu membumi akarnya
dan lagu itu, asmara kita yang terlupa, hasrat kita yang terkujat,

cukup dalam ingatan, tak ada kelam yang seram,
malam bintang-bintang cerah, berahi keindahan mimpi-mimpi,
harapan menanti dan mencari, merangkak, tercegat, lalu berlari,

aku menyelam makna pada ribuan kucupan:

"A Thousand Kisses Deep"


The ponies run, the girls are young,
The odds are there to beat.
You win a while, and then it’s done –
Your little winning streak.
And summoned now to deal
With your invincible defeat,
You live your life as if it’s real,
A Thousand Kisses Deep.

I’m turning tricks, I’m getting fixed,
I’m back on Boogie Street.
You lose your grip, and then you slip
Into the Masterpiece.
And maybe I had miles to drive,
And promises to keep:
You ditch it all to stay alive,
A Thousand Kisses Deep.

And sometimes when the night is slow,
The wretched and the meek,
We gather up our hearts and go,
A Thousand Kisses Deep.

Confined to sex, we pressed against
The limits of the sea:
I saw there were no oceans left
For scavengers like me.
I made it to the forward deck.
I blessed our remnant fleet –
And then consented to be wrecked,
A Thousand Kisses Deep.

I’m turning tricks, I’m getting fixed,
I’m back on Boogie Street.
I guess they won’t exchange the gifts
That you were meant to keep.
And quiet is the thought of you,
The file on you complete,
Except what we forgot to do,
A Thousand Kisses Deep.

And sometimes when the night is slow,
The wretched and the meek,
We gather up our hearts and go,
A Thousand Kisses Deep.

The ponies run, the girls are young,
The odds are there to beat . . .

Monday, July 27, 2009

Patani merdeka

benar, aku tak mampu utk menjadi seorg. Che Guevara, warga Argentina, anak semua bangsa yg berjuang utk revolusi di Kuba, Kongo dan akhirnya terkorban di Bolivia. Atau aku tak akan dapat menjadi seperti seorg Kamal Bamadhaj, anak kelahiran Malaysia yang terkorban dalam perjuangan kemerdekaan Timor Leste, ditembak peluru tentera Indonesia, pada suatu tragedi
demonstrasi berdarah di Santa Cruz, awal tahun 90an.
(gambar kecil di atas, arwah Kamal Bamadhaj)

aku hanya mencatat. dengan kata-kata yg kuharap dapat membawa makna, paling tidak utk diriku sendiri saja.

di mana-mana di dunia, dulu, sekarang dan akan datang, perjuangan kemerdekaan dan kebebasan masih belum berhenti, biarpun nafas para pejuang terdahulu telahpun selamat tamat dalam bahagia pengorbanan. Iraq dari penjajahan Amerika Syarikat, Palestin dari penjajahan Zionis Israel, Chehnya dari Rusia, Kashmir dari India dan Pakistan, Republik Basque dari Sepanyol, Quebac dari Kanada, Mindanoa dari Filipina dan Patani dari Thailand.

tapi bukankah, kemerdekaan itu melepaskan diri dari penjara sempadan penjajahan? penjajahan, penindasan dan kekejaman yang tidak bersempadan, seperti juga perjuangan kemerdekaan Patani yang masih berterusan, dengan korban jiwa raga yang bukan sedikit:


Wednesday, July 22, 2009

Neo Situationist dalam MACC Downfall Parody

zaman sekarang, wayang menjadi sekecil You Tube, mudah dan percuma. cuma pandangan mata tidak lagi melihat gambar besar bergerak dari pancaran cahaya putaran filem ke layar lebar di panggung wayang. tapi itu bukanlah hal yang hendak aku ceritakan. sebenarnya aku amat tertarik dengan video MACC Downfall Parody, yang sedang hangat ditayangkan di Internet sekarang ini:


MACC Downfall Parody (MDP) merupakan video yang diposkan atas nama CHONGZHEMIN. dialog dalam video ini penuh dengan sindiran - persendaan politik serta memberikan hipotesis terhadap apa yang terjadi kepada Mendiang Teo Beng Hock yang terkorban semasa dalam jagaan SPRM (bhs inggerisnya dipanggil MACC). Video MDP ini mendekonstruk atau menyimpangkan pengucapan dialog-dialognya daripada filem asalnya Runtuh atau Downfall (German: Der Untergang). Ia filem Jerman-Austria, arahan Oliver Hirschbiegel terbitan tahun 2004 , menggambarkan 12 hari terakhir seorang fasis Adolf Hitler di Berlin bunker pada tahun 1945.

MDP mengingatkan aku pada filem Bolehkah Dialektik Memecahkan Batu-bata atau judul dlm bhs perancis, La Dialectique Peut-Elle Casser Des Briques?, dlm bhs inggeris disebut, "Can Dialectics Break Bricks?", filem kaum Situationist yang dihasilkan pengarah filem perancis, René Viénet pada tahun 1973:

Sama seperti MDP, filem ini menggunakan filem siap, cereka kungfu Hongkong yang telah diterbit tayangkan berjudul"The Crush" arahan Doo Kwang Gee. Visual The Crush telah dialih suarakan sesuai dengan jalan cerita yang diinginkan René Viénet. Ia mengisahkan konflik antara kaum proletariat dan kaum birokrat dalam 'negara komunis' yg sebenarnya mengamalkan kapitalisme negara. Filem ini, sama seperti MDP dikenal kerana pendekatan kelakar seram hitamnya terhadap perkara yang cukup serius sekali.


"Can Dialectics Break Bricks?" boleh didapatkan sepenuhnya di pautan: http://www.ubu.com/film/vienet_dialectics.html

Monday, July 20, 2009

Pertemuan Zahid Hamidi - Netanyahu: Malaysia iktiraf Israel?

terkejut, marah, resah, berat kepala memikirkannya. dulu kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional, kemudian Barang Naik, memang bersimpati dengan Yahudi Zionis Israel. cuma dulu simpati itu tidaklah ditunjukkan secara terbuka, caranya seperti membeli khidmat nasihat kompeni sarang pelobi Zionis Israel seperti kompeni Mckinsey & Company, Solomon Barney, Saatchi & Saatchi atau dgn mengundang kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia.

Tapi kini, kerajaan BN (skrg dikenali sbg Bini Najib) telah berani secara terang-terangan mengiktiraf Israel. Malaysia tidak memiliki hubungan diplomatik dgn Israel. jadi jika Menteri Pertahanan Malaysia pergi mengadap Perdana Menteri Israel, maksudnya kerajaan BN hari ini telah mengiktiraf negara Israel, hasil penakhlukan ke atas tanah rakyat Palestin.

sila baca berita (klik di sini)

sementara itu, Yunos Ali atau mesra dgn panggilan Pak Ya ada menulis analisa yg wajib kita semua fikirkan bersama (klik di sini) :

Zahid Agen Zionis?

Zahid, Menteri Pertahanan Malaysia, mengaku bertemu dengan Natanyahu Perdana Menteri rejim Zionis Israel di Paris.

Tetapi kemudiannya pula, setiausaha akhbarnya mengatakan bukannya Natanyahu, tetapi Ehud Barak, Menteri Perperangan rejim Zionis Israel.

Takkan Zahid tak kenal untuk bezakan Natanyahu dengan Barak? Atau tak ingat siapa yang dia jumpa dari rejim Zionis itu?

Namun siapa pun yang dia jumpa dari kepimpinan negara Zionis Israel itu, ada beberapa persoalan yang perlu dia jawab dan jelaskan kepada rakyat Malaysia:
  1. Pertemuan antara kepimpinan negara/kerajaan merupakan pengiktirafan negara/kerajaan tersebut, sedangkan Malaysia secara rasminya tidak mengiktiraf negara/kerajaan rejim Zionis Israel. Apakah Zahid sudah secara peribadi dan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sudah mengiktiraf negara/kerajaan Zionis Israel? Atau apakah Zahid merupakan orang perantaraan atau agen Zionis untuk melobi Malaysia mengiktiraf negara haram dan zalim itu?
  2. Kata Zahid, Natanyahu nak jumpa dengan dia. Apabila jumpa, maka Zahid lekturlah dia tentang kesalahan Israel terutama pendudukan haram Yahudi di Tebing Barat Palestin. Apakah Natanyahu nak berjumpa dengan Zahid untuk mendengar Zahid berleter?
  3. Tentulah ada sesuatu yang penting yang nak disampaikan kepada, atau untuk diterima daripada Zahid oleh si Natanyahu. Dan pastinya Zahid sudah tahu terlebih dahulu dan dirancang akan pertemuan itu. Apakah sesuatu itu, apakah rancangan mereka itu?
Aku mengenali Zahid semenjak di Universiti Malaya lagi dalam tahun 1970'n. Walaupun dia junior daripada aku, dia kawan dan sahabat ketika itu. Kami sama2 meronda dengan motorsikal dengan kawan2 yang lain.

Zahid zaman itu baru mula menceburkan diri sebagai aktivis mahasiswa. Tetapi tak berkesempatan dia untuk berputik, Operasi Mayang 1974 telah mencantas gerakan mahasiswa.

Salah satu sifat Zahid yang sangat aku cam dari dulu lagi ialah ia takkan membuat sesuatu secara spontan. Ia akan mengambil masa yang panjang untuk memikirkan kos-rugi-untung akan sesuatu keputusan.

Jadi, pertemuan Zahid dengan kepala rejim Zionis Israel itu, pada hemat aku sebagaimana yang aku kenali Zahid, sememangnya pun sudah dirancang.

Persoalannya, apakah rancangan mereka itu?

promosi Zunar dan konco2nya

Zunar, kartunis REFORMASI, seniman lagenda yg masih hidup lagi, seharusnya perlu dihargai, seperti biasa janganlah sampai menunggu org itu mati, untuk kita ingati. 4-5 tahun kebelakangan ini, selain melukis karikatur, Zunar sebenarnya agak sibuk sebagai ketua pengarang akhbar Suara Keadilan. sekarang, dia tidak lagi sibuk mengerjakan akhbar Suara Keadilan.

kini, Zunar bersama rakan-rakan kartunisnya seperti Ronasina, Jonos dan lain-lain lagi telah memulakan langkah baru dengan projek kolektif - suatu persekutuan usahasama - para kartunis yang menumpukan pada kegiatan budaya berteraskan lukisan kartun.

langkah awal telah digerakkan mereka dengan mengadakan bengkel melukis kartun di sekolah-sekolah. selain itu, sebuah blog baru diwujudkan dengan judul Zunar dan Konco-konco, silalah melawat (klik sini).

Sunday, July 19, 2009

APA ITU KERAJAAN?

diperintah KERAJAAN bermaksud akan sentiasa diawasi, dipantau, dirisik, diarahkan, dipandu undang-undang, diaturkan, didaftarkan, dipaksa anutan, dikhutbahkan, dikawal, diperiksa, dianggarkan, dinilai, dicela, dikuasai, OLEH makhluk yang tidak memiliki samada hak atau kebijaksanaan atau kemurniaan untuk berbuat demikian.

diperintah KERAJAAN bermakna berada pada setiap operasi, pada setiap urusniaga yang dicatatkan, didaftar, dikira, dicukai, ditanda copkan, diukur, dibilang jumlahkan, ditaksir, dilesenkan, disahkan, diherdik, dihalang, dilarang, dipulihkan, diubah, diHUKUM. atas dalih alasan untuk faedah orang ramai, atas nama kepentingan umum, maka diletakkanlah dibawah sumbangan pengorbanan bagi disiksa, ditipu, ditindas, dimonopolikan, diperas ugut, diperah, diperdayakan, dirompak;
kemudian, pada penentangan paling kecil, ucap kata pertama rintihan, maka akan dibalas dengan ditekan, didenda, dihina, diganggu, diburu, didera, dibelasah dengan belantan, dilucutkan SENJATA, dibatas sempadankan, dicekik, dipenjara, dihakimi, dikutuk, ditembak, dibuang negeri, dikorbankan, dijual, dikhianati:
kemuncaknya, diolok-olok bodohkan, dicemuh, dicabul hak, diaibkan maruah. Inilah kerajaan; inilah keadilan; inilah tatasusila.

[terjemahan sembarang SS daripada mutiara kata popular, petikan daripada buku karangan Pierre Joseph Proudhon berjudul General Idea of the Revolution in the Nineteenth Century, diterjemahkan ke dlm bhs inggeris oleh John Beverly Robinson dari bhs Perancis]





Friday, July 17, 2009

di bunuh, terjatuh atau terjun?



di antara tahun 2003 ke 2007 terdapat 1, 535 org mati dalam tahanan pihak berkuasa negara.

semalam, seorang lagi warga Anak Bangsa Malaysia, Teo Beng Hock, 30 mati dalam tahanan pihak berkuasa, kali ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

sepatutnya hari ini, dia bakal melangsungkan perkahwinannya. tapi ajalnya telah datang terlebih dahulu, menjelang hari bahagianya.

Teo merupakan setiausaha kepada Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Dia ditahan, kunun utk disoalsiasat, dan akhirnya ditemui mati.

SPRM memberi dalih alasan Teo, terjatuh atau bunuh diri?

(berita lanjut, bacalah http://malaysiakini.com/news/108639)

Mckinsey, penasihat bijak BN

Dari corong suara, tulisan di blog-blog penyokong kem Madey, terdengar cakap-cakap liar, percubaan menolak Omar Mustaffa daripada menjadi sebahagian pasukan penasihat kpd pentadbiran kerajaan BN (Bini Najib) hari ini.

Justeru kemasukan Omar Mustaffa ditolak dengan berbagai dalil, alasan dan sebab musababnya. Antara sebabnya adalah Omar pernah berkhidmat dengan kompeni perunding Mckinsey & Company, sarang simpatisan pelobi Yahudi Zionis Israel.

Mckinsey berpusat di kota New York, Amerika Syarikat (A.S), dengan jaringan niaga nasihat di seluruh dunia. Di Malaysia, pada tahun 1997, Mckinsey membuka ibu pejabatnya di tingkat 57, Menara Berkembar Petronas KL si si, Kuala Lumpur. Sejak pertengahan 1980 an lagi, Mckinsey telah menasihati kerajaan dalam pembentukan dasar awam dan pembangunan ekonomi Malaysia.

[Aku ingatkan dasar awam dan pembangunan ekonomi dibuat dibentuk dinasihat didebat di parlimen, oleh wakil-wakil rakyat dan kemudian ada jemaah menteri kabinet, perdana menteri, para pengarah, majlis-majlis, kakitangan, jabatan-jabatan kerajaan, rupa-rupanya korporat keparat Mckinsey saja.]

Jangan lupa, Mckinsey lah yang menolong memberi khidmat nasihat membuat gagasan Koridor Raya Multimedia. Pastilah khidmat nasihat Mckinsey amat-amat diperlukan pentadbiran kerajaan BN hari ini. Lebih-lebih lagi Najib Razak berada dalam keadaan yang cukup terdesak. Tapi untunglah Mckinsey ada membantu.

Apatah lagi kini Liza Farrel telah menjadi Timbalan Pengarah Majlis Ekonomi A.S. lantikan pentadbiran Obama. Liza Farrel terkait dengan Mckinsey yang kunun pernah membuat kajian dan memberi nasihat bernas bahawa melebarkan penguasaan bisnes kompeni-kompeni A.S. di seluruh dunia merupakan situasi menang-menang. Maksud misalannya buruh kanak-kanak dan wanita yang menerima upah murah di kilang-kilang Nike di negara-negara dunia ketiga, seperti di Amerika Selatan, mendapat manfaat kemenangan yang sama dengan kompeni Nike A.S.

Ini bukan menang-menang. Ini bermaksud Nike menang, dan buruh kanak-kanak, buruh lelaki dan perempuan kalah ditindas dengan upah murah. Lagi murah upah, lagi untunglah pemodal kapitalis ini.

Aku dapat mengkhayalkan, melihat betapa cerahnya masa depan Satu Malaysia atas khidmat nasihat bijaksana Mckinsey & Company. Syabas BN.

Wednesday, July 15, 2009

Laungan Kampung Kerayung 2

namun demikian, setahun kemudian surat JANJI itu hanya setaraf kertas tisu tandas nilainya bilamana Menteri Besar pada waktu itu Khir Toyol mengisytiharkan dasar Setinggan Sifar di Selangor, yg merobohkan hancurkan seluruh kampung dgn GELARAN setinggan.

sekali lagi, Adun pada ketika itu Teh Kim Poo bersungguh2 berkempen cuba menyakinkan para penduduk utk menerima ganti rugi RM 7,000 dan meninggalkan kampung. Majlis Perbandaran Klang pula meneruskan tekanan dgn merobohkan rumah2 yg telah menerima tawaran ugutan tersebut, mengancam para penduduk yg tidak bersetuju dgn tawaran ugutan itu.

Dasar Setinggan Sifar membawa malapetaka utk Barisan Nasional. Taktik ganas, cara paksa BN menghalau para penduduk kampung dan meroboh hancurkan rumah serta penghidupan mereka membangkitkan bantahan luas di seluruh Selangor. khususnya para penduduk Kg. Papan berjuang habis-habisan melawan pemerasan ini.

hasilnya, BN kehilangan Selangor dlm pilihanraya umum Mac 08. Kampung Papan dan Kampung Kerayung berkempen dgn sepenuh hati memenangkan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Ronnie Liu utk menang kerusi Dewan Undangan Negeri Pandamaran dgn majoriti selesa.

pada bulan Mei, 2009 yg lalu, para penduduk menerima notis dari peguam pemaju projek yg mengarahkan para penduduk utk mengosongkan rumah mereka.

APA YG TERJADI SEKARANG - KELUH PARA PENDUDUK

kenapa Ronnie Liu dan Majlis Perbandaran Klang mendesak para penduduk utk secepatnya menerima ganti rugi tak berbaloi berjumlah RM 7,000 dan bersetuju mengosongkan rumah kampung dan penghidupan yg telah berlangsung selama 3 generasi.

tanah para penduduk ini telahpun dijual oleh TPPT Sdn. Bhd. kepada pemaju (penghancur) baru, MELATI EHSAN pada tahun 2007.

Melati Ehsan, pemaju yg sama membuat projek kontroversi membina Carrefour di Kota Damansara. para penduduk seksyen 11 Kota Damansara membantah dan cuba menghalang Melati Ehsan daripada membina pasar hyper besar Carrefour yg berdekatan dgn kawasan tempat tinggal mereka.

malang sekali, Ronnie Liu percaya yakin pd hujah Melati Ehsan dan menyokong pembinaan Carrefour di Kota Damansara.

APA JADI RONNNIE LIU? apa hubungan antara Ronnie Liu dan Melati Ehsan, kemudian Carrefour, skrg ini menyokong usaha pengosongan rumah2 tempat tinggal penduduk di kawasan Dewan Undangan Negerinya sendiri.

perampasan tanah hak rakyat ini mesti dihentikan. Dasar Setinggan Sifar adalah contohnya. ia bukan rancangan menyediakan perumahan manusiawi kpd org2 miskin, ia hanyalah konspirasi gelap utk merampas tanah rakyat, menghalau penduduk kampung. agar tanah itu dapat diJUAL kepada kompeni/syarikat SWASTA.

dalam hal ini, kerajaan selalunya menjadi lintah darat org tengah BROKER, kerajaan menjadi corong kepentingan NIAGAWAN, berkata jangan anti pembangunan dan membuat JANJI memberi ganti rugi rumah, yg sesetengahnya kena pula di sewa atau dibeli.

sebenarnya, jarang2 sekali berlaku dimana hak tanah rakyat dirampas misalnya utk membangunkan sekolah2 atau hospital2. yg selalu sangat berlaku, kerajaan memberi menjual tanah2 rakyat itu kepada kompeni2/ syarikat2 swasta utk membina kondominium mewah, kompleks beli terbelah, padang golf, projek udang harimau Pak Arab dan byk lagi.

Bini Najib mmg pro bisnes, UMNO itu mmg kaum BANGSAWAN NIAGAWAN.
J-E-L-A-S
tapi pakatan?

keuntungan hak2 rakyat kepentingan awam kenalah didahulukan, berbanding keuntungan tauke2, tuan2 syed org kaya, korporat keparat, kompeni2 swasta.

(tulisan ini diadaptasi dari laporan Parti Sosialis Malaysia)

p/s aku bukan ahli PSM, tapi aku tgk dorang ni dlm bab2 membela hak2 rakyat tertindas - kaum buruh, petani, peneroka bandar, tanah setinggan dorang ni sangat beristiqamah

Tuesday, July 14, 2009

Laungan Kampung Kerayung 1

hak tanah rakyat dirampas paksa, di mana2, di Palestin tanah dirampas Zionis,di Kerpan sayup kuning padi berisi tak dipedulikan kerakusan haloba kerajaan BN, perampasan paksa terus dibuat, tanpa mengira paling kurangpun, biarlah selesai musim menuai padi, kali ini cerita perampasan tanah rakyat di wilayah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pandamaran, Klang pula.

begini ceritanya, para penduduk Kg. Kerayung adalah peneroka bandar, mereka meneroka tanah berpaya dekat dgn laut Selat Melaka itu kira2 60 tahun yg lalu. penduduk Kg. Kerayung sekarang adalah dari generasi ketiga. tanah kampung itu asalnya kepunyaan kerajaan, dan mereka membayar sewa TOL sejak tahun 1970 an lagi. Tahun 1980an pula menyaksikan Kg. Kerayung tumbuh membesar dgn kira2 300 buah rumah, rumah kedai dan bengkel kecil.

Pada awal tahun 1990an, Pejabat Tanah mengumumkan bahawa para penduduk tidak lagi perlu membayar sewa TOL. para penduduk kemudiannya meminta Kerajaan Negeri memberi mereka geran tanah, kerana mereka telah mengusahakan hidup di atas tanah tersebut selama 3 generasi. pada tahun 1993, desakan para penduduk dipersetujui Adun MCA, Teh Chang Eng yg berJANJI bahawa mereka akan diberikan geran tanah, sejurus dgn itu mengarahkan Pejabat Tanah untuk mengukur lot tanah kawasan perumahan mereka. malahan para penduduk telahpun membayar yuran yg diminta sebanyak RM 70 bagi menjalankan kerja2 ukur ini. mereka memiliki bukti resip pembayaran dan keratan akhbar berita Adun berJANJI.

Pada tahun 1995 semasa Pilihanraya Umum, Menteri Besar Muhd Taib terus berJANJI bahawa para penduduk Kg. Kerayung akan diberikan geran tanah dalam masa yg tidak berapa lagi dan para penduduk mestilah berpegang pada JANJI komitmen kerajaan Barisan Nasional kpd rakyat, katanya.

namun, pada tahun 2000 para penduduk terkejut mendengar tanah tempat tinggal penghidupan mereka telah dijual kepada Tabung Projek Perumahan Terbengkalai Sdn.Bhd ( TPPT Sdn.Bhd.).

Jangan tipu, TPPT sepatutnya hanya berperanan mengambil alih dan meneruskan projek2 perumahan rakyat yg terbengkalai dan terbiar, tapi telah bertindak seperti kompeni penjajah yg hanya bermatlamatkan keUNTUNGan.

para penduduk menerima notis perintah untuk mengosongkan rumah2 mereka, dgn ganti rugi semurah RM 7,000. Adun MCA ketika itu memberi tekanan kpd para penduduk utk menerima tawaran tidak adil, penuh penghinaan itu dan berambus dari tanah tempat tinggal penghidupan mereka.

Kg. Kerayung bertuah kerana menerima sokongan jiran kampung sebelahnya, Kg. Papan. Para penduduk Kg. Papan juga menerima notis menghalau yg serupa, tetapi mereka punya jawatankuasa penduduk yg kuat, dan mereka berlawan habis2an untuk melawan perobohan paksa rumah tempat tinggal mereka. Kg. Papan menuntut ganti rumah dan perumahan mereka.

Pada tahun 2004, tahun pilihanraya umum, Exco Kerajaan Negeri ketika itu Dato' Chang Tong Eng mengeluarkan surat kpd para penduduk Kg. Papan dan Kg. Kerayung mengesahkan JANJI bahawa pihak pemaju akan membina rumah-rumah bernilai RM 100,000 setiap sebuah kpd kesemua para penduduk yg diambil tanahnya.

bersambung..........

Monday, July 13, 2009

Kg Kerayung, ada apa Ronnie Liu?

di mana2 di dunia hari ini, tanah bukan milik semua orang. maksudnya ramai org tak bertanah. seperti di Malaysia, ada org yg mendapat anugerah puluhan ribu hektar tanah. ada org memiliki ratusan ribu hektar tanah. tapi kesimpulannya pemilik tanah yg luas berjumlah sedikit, berbanding ramai manusia yg tidak bertanah.

kenapa ini terjadi? sebab penguasa/ kerajaan bukan dari rakyat untuk rakyat. hanya pada masa pilihanraya dapat undi dari rakyat tetapi untuk kepentingan segelintir org yg telahpun sedia ada kaya raya.

sejak dulu lagi tanah rakyat direbut, dirampas, dijarah dan dijajah. dari zaman Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris lagi ke zaman Parti Perikatan hinggalah bertukar nama menjadi Barisan Nasional.

kerajaan Bini Najib (BN) memang telah berat dan banyak beban sejarahnya dalam hal2 merampas hak tanah rakyat.

dari Sungai Sireh ke Teluk Gong, Lubuk Merbau dan Kerpan, Kg Sungai Nipah dan Kg. Berembang. kini terdengar lagi cerita yg lebih kurang sama bertahun-tahun lamanya, kali ini di Kg. Kerayung, Pandamaran, Selangor pula.

Cuma bezanya, dalam kes Kg. Kerayung ini kelihatannya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor atau mungkin exconya, Ronnie Liu seperti menyebelahi kepentingan niagawan kaya kunun namanya pemaju (penghancur kot)dan bukannya kepentingan awam penduduk Kg yg bakal kehilangan penghidupan mereka.

Melati Ehsan. sedap namanya, harum indah bunga melati dan sifat ehsan kebaikan.namanya saja yg sedap, baik dan harum. perbuatannya cukup meloyakan, busuk dan jahat. Melati Ehsan adalah kompeni pemaju (atau penghancur)yg sedang mencuba merampas tanah Kg. Kerayung.

Wednesday, July 8, 2009

SS No. 15: Petroleum

(buat seorang kawan yang mungkin terjadi dengan sendirinya, tanpa pengaruh luaran)

“Ekonomi adalah bagaimana manusia memenuhi kehendak-kehendaknya yang tidak terbatas berasaskan sumber-sumber semulajadi yang terhad dan terbatas.”

-sepotong ingatan dari buku ekonomi stpm

Kawan, sekarang kita di persimpangan jalannya sejarah tak terduga. Di mana saja, jika engkau sedang memandu, hentikanlah keretamu. Harimau jaguar bagak dan mewah harta berlagak atau si kancil kecil dan parak terhenyak perit hutang keliling pinggang membelit.

Berkhayal lah tentang dagang, niaga dan perang, resah tak berdaya.

Berkhayal lah tentang kematian, cukai, keranda, nesan dan insurans, lemah tak bermaya.

Berkhayal lah tentang kelaparan, undang-undang, saman, simpanan dan pelaburan, kebulur tanah, marah merekah, lecurnya merah, payah tak bercara.

Berkhayal lah tentang pelan-pelan genetik, rimas kosmetik plastik, lemas kecantikan bedah dan segera makanan sampah, puas nafsu meramas lesu.

Berkhayal lah tentang wabak, bencana, bil dan invois, rangkaian kitar semula berita tangis.

Berkhayal lah tentang kemiskinan melata, hak asasi, mata wang, syiling, kertas, ringgit, dolar, yen, dinar dan rupiah, demokrasi duka kemerdekaan nestapa. Pembunuhan melimpah-ruah dan sumpah bernanah. Darahpun tumpah dengan rebahnya ribuan tugu batu logam legam berhala kota.

Berkhayal lah tentang kiamat itu janji terpadamnya api. Gelap kehilangan cahaya mencari.

Berkhayal lah, bagaimana mata dapat melihat tanpa cahaya – teleskop atau mikroskop terkatup jadi buta dan rabun diserkup kegelapan, hitam cukup pekat menyekat pandangan, hitam cukup lebat menyebat kerlingan dan renungan, hitam lobang-lobang tergali cukup dalam, lompong luka-luka menganga kosong, di sana sini hitam, tertikam cedera tak terawat tanpa ubat. Inilah erti sebuah hidup hitam, kota data dari telaga minyak, kerajaan digital dari industri dainasti, bangunan statistik dari jual-beli matematik yang retak; muzium fakta salah benar, galeri salasilah berantai dan menggari, rumah-rumah bunyi, kamar maniak karbon dioksida, kedai-kedai – kimia – seks, gedung-gedung gas pengap menggagal, gudang-gudang gambar taik merayap dan pasaraya – toksik – teks bersarang dari untung rugi yang berkerak, orgi berahi dari dadu judi kesesakan haru-biru, kelam kalibut pesta benda, sangap kabut tanda dan bengap kabus reka - yang akhirnya meledak dan pecah. Kekeringan, rahim ibu yang gering dikeruk - kerakusan menggerudi – zalim – tajam menggaruk kedut kulit yang telah kehilangan gebu, burit berdebu seorang perempuan, berdarah.

Kawan, berhentilah sejenak, jalan petang kota berlumpur hitam sedang sesak, masing-masing orang berdedai, beramai-ramai berasak, peluh, daki dan hangit bau hapak, memecut mengejar arah pulang dan tuju yang kononnya sudah tentu.

Keluarlah dari kenderaanmu.

Hiruplah segelas teh tarik kaki lima.

Bermenunglah soal muram kemurungan, soal sendu kesedihan dan soal keterasingan sendiri.

Fikirkan soal derita, penakhlukan, penghinaan dan penjajahan.

Fikirkan masalah dunia yang bertimbun banyaknya, fikirkan penyelesaiannya biarpun ia sekadar;

kata-kata tanpa formula, ucap tanpa diagram, bisik tanpa kerangka, tawa tanpa strategik, tangis tanpa kawal, senyum tanpa tadbir, jerit tak bermarkah, laung tak berpolitik, keluh tak berjadual dan rintih yang tak dapat diprogram jadi hologram.

Lihat dan

berkhayal lah tentang gerak-gerak jentera menggodam, laju jahanam yang menderu itu. Besi-besi bising terbang membelah awan dan roda-rodapun mencarut berpusing membuat jutaan jalan – darat, udara dan laut bersimpul, bertaut dan tercerut.

Jutaan siaran kerja dan upah hancing dari curah peluh memburuh atau jutaan saluran kaya dan laba pahing dari redah modal berhimpun. Penglihatan, suara dan dengar hingar-bingar tersangkut dalam jaringan korporat dan jala-jemala keparat.

Meriam dan bom, senapang dan peluru, atom dan nuklear dan bala tentera mesin mara mendekat, mengikat gunung-ganang, bukit bukau, rimba, belukar, semak, padang, paya, tasik, sungai dan laut.

Senjata dan penguasa menjerat bulan, bintang, matahari dan cakerawala, menghambatnya ke dalam kawat berduri, tersimpan dalam CD dan terkurung bersama faks, telefon dan e-mel; semuanya hanya jadi senarai dan fail– nama, idea, konsep, subjek dan objek, kategori, sistem, fungsi dan struktur berselirat, kandungan dan zat, vitamin dan virus, penawar pahit dan bisa tawar; manusia fikirannya mesin, sains beli belah yang menjalar, melingkar, bersaing dan berlomba untuk segera menang, lalu meratah yang kalah, melauk lunyai hingga rebah terbarai.

Kawan matikan enjin keretamu, keluar dari keretamu, berjalanlah perlahan-lahan.

Melangkahlah dengan kaki, kita jejak tapak-tapak tak bersepatu, kita selak jari-jari berkematu.

Melompatlah, jatuhkan tubuhmu atas pasir pantai putih buih ombak di bawah pohon-pohon kelapa menghijau segar desir angin mendayu dan merayu, berkhayal kekasihmu lembayung indah langit petang dan dengarkan senja bersenandung lagu syahdu.

Berkhayal lah tentang pagar, daerah dan wilayah, benua, musim dan cuaca, berkhayal lah tentang bunga dan pohon-pohon tua, yang bernafas sebelum adanya kita.

Bertanyalah, bumi hari ini berpeta dari apa? Dari tenaga. Ya, tenaga bangkai, mayat dan sisa alam reput tertanam, jutaan tahun mengeram terpendam, kemajuan membangunkannya, perubahan menebuknya, teknologi membukanya, perkembangan menyedutnya, lalu tamadunpun mendapat nyawa dan inilah katakuncinya – inilah ruhnya – rusuh yang hitam.

Kegelapan bangkai purba mengalir memberi makan. Pandir mayat lama mencair memberi minum.

Kita jadi terlampau sasau badi dari semadian zaman lampau, anomie – melampau - kita iri, terlalu kemarukkan masa depan, terlalu elok dan sibuk mempromosi esok masih ada, tapi masa-masa mendatang bukan milik kita semata, kita dirasuk busuk semangat hitam konsumerisme, iklan-iklan berkentalan menyerang, mengetuk, menyeluk dan merangsang, hasad menebal membusung – lekit hanyir membonyer, sombong pangkat dan pingat, tiap saat dengki mahu diingat berputar alatnya menunggu waktu memburuk, bahang panas terbakar – abu, arang, bara – mengaruk dan mengamuk.

Ketamakan pantas memintas, bercambah tak bercantas, berkembang luas membiak biang dan gatal bertindak.

Ganas membaham hutan yang tersisa, buas melahap lautan gelora, manusia mesin sintetik berkuku besi mengikis tulang-tulang tak bergizi, menitik urat-urat tak berisi, melapah organ-organ badan, mengunyah tubuh dan daging tak berdosa. Menindas dan memeras semua yang lemah tanpa senjata. Melenjan dan menekan semua yang melawan tanpa sempadan.

Kawan, matikanlah enjin kenderaanmu itu, engkau memegang kuncinya. Hendak ke mana kita, cepat atau lambat, senja telahpun tiba.

Begitu tebal asap cemar di atas jalannya racun.

Kita jadi bebal, kesal dan lupa. Mantul, tolol dan kantul, berat, kita sesat dan bangsat.

Berkhayal lah tentang seribu kesakitan jiwa – paranoya, skizofrenia dan phobia.

Ketakutan berbagai pola dan bentuk; jenama, cap, tajuk, harga, nilai dan guna; geli, cinta, puja, loya, suka, selera dan benci.

Makmal maya, perisian kelamayar, permainan-permainan empayar, mampat dan padat dengan seragam hubungan dari layar kaca, butang dan suis dan kais kekunci plastik.

Kita berperan dalam opera yang teknik dan drama multi-media yang mekanik.

Di panggung-panggung interaktif saham dan bon, wang begitu cepat menimbun dan kita lemas tenggelam terkaut ke dalam karungnya harta.

Angka dan abjad melalak, mengira dan mengeja. Bahasa dan maklumat merebak, lumat merencat dan terkujat. Ilmu, ragu-ragu dan tak tahu, licik andai semu menilik dan pandai licin menipu.

Ruang jadi tambah sempit di tambak masa terhimpit dan pulau ditambak dari bukit ditarah dan waktu di tembak dari tanah ditebak rabak.

Ini serabut yang kehilangan punca, dawai merawai, wayar dan kabel dan komputer dan elektronika dan pencawang dan kawah-kawah parabola dan radio dan robot dan cip dan tivi dan internet dan satelit dan gelombang di udara dan tiang-tiang bersimpang siur, layu dilayur api membakar tiap penjuru, alam lusuh dan keruh.

Jentera mesin motor kilang sia-sia tenaga-tenaga-tenaga-tenaga-kehidupan yang kendur tanpanya. Mundur dan mundur dan mundur ke belakang. Ukur dan ukur dan ukur. Sepanjang ini, sependek itu.

Kawan, ku ulang lagi hentikanlah enjin keretamu dulu. Tak kiralah kancil atau rimau jaguar, wira atau waja, kenari atau kelisa, tiara atau saga, perdana atau putra, rusa atau juwara. Berehatlah dengan rasa.

Berkhayal lah tentang duka, tentang nestapa, tentang sengsara, tentang laranya dunia.

Berkhayal lah tentang alam mekar tanpa peniaga liar, tanpa diktator mengatur perintah, tanpa belot mencalar merebut kuasa, tanpa daulah lapar mencabut nyawa.

Berkhayal lah tentang manusia khianat, liat dan terkuat itu kununnya hebat. Argh, palat.

Berkhayal lah tentang bingainya monopoli – bacin bancai – ekonomi teknologi.

Berhentilah memandu dan keluar dari kenderaanmu, sebelum minyaknya habis, sebelum tangkinya kontang, sebelum stesennya lapang dengan putus asa.

Berkhayal lah tentang kuasa, tentang had, tentang kesempurnaan, tentang keabadian, tentang sebuah kenyataan menjadi manusia.

Berkhayal lah tentang karat, tentang kopak, tentang luntur, tentang rosak, tentang kokak dan tentang reput.

Berkhayal lah tentang parah, tentang kudis, tentang parut, tentang barah dan rasuah. Senjata yang berkarat tersadai, penjara yang runtuh terabai, negara yang mamai tak tercapai. Apakah ertinya lagi sebuah negara tanpa senjata dan penjara, apakah ertinya kuasa tanpa darjat sempadan membeza, tanpa tenaga menggerak nyawa?

Kawan, tinggalkan saja kenderaanmu di jalan peradaban lelah, yang dah tak larat ini.

Berkhayal lah tentang minyak yang akan habis dimamah dahaga pembangunan membina banggunan.

Saat itu pasti datang. Saat kemajuan haus meradang, saat teknologi lapar terkejang. Tanpa semah, tanpa sembah berjamu, tugu-tugu batu tinggi bakal menggelepar, mencakar-cakar langit, menggelitik, tumbang dan runtuh terbongkang.

Berkhayal lah tentang kemusnahan dendam dan cita-cita terkangkang. Kelas-kelas atas mengeras, kebas diam membatu, status-status terputus. lantas revolusi, kreativiti, reformasi, madani, hadhari, evolusi, resolusi, konvensi, transformasi, inovasi, teori dan motivasipun jadi basi, terburai, mengasam dan berkacai.

Jutaan mulut melopong menelan payau liur, menggagau mengidam pahit, resam berencah jadam, lidah kelu, kaku menjilat lebatnya bulu dan tegak kepala menegang kacau, hujah segan kehilangan maruah, arus ini terlalu deras, keras ia menghempas, seperti tsunami tiba-tiba menyergah, merampas mimpi dan angan-angan yang melangit tingginya – gugur, hancur dalam seribu derai air mata kecewa. Dan segalanya kembali reput – jika ada – jutaan tahun lagi tinggal fosil, tinggal tinggalan yang tertinggal.

Ayuh berkhayal lah, keangkuhan pura-pura bergoyang, kesombongan tipu daya bergewang, bangga meraga meleweh– masuk lif naik sendiri,

berkhayal lah setinggi yang mungkin, jauh ralitnya ke langit ketujuh,

ayuh berkhayal lah sedalam perut bumi bergoncang.

Sementara akal masih tergamak merabak dan keinginan galak mencanak,

sementara kimia menggelegak meradak,

menebak dada dan otak,

sementara itu berkhayal lah

untuk jadi kekal.

Sebelum segala kemungkinan terpadam,

berkhayal lah kerana itu saja yang tertinggal (bagi yang tak punya apa-apa).

Jun 2005, bu kl

Tuesday, July 7, 2009

Air

dahaga kuteguk
mata air Gunung Pulai, kolam air Pontian,
sungai Tebrau, sungai Skudai
sungai Linggiu,

kuingat Gunung Lambak, ku renung Gunung Payung
dulu pada setiap senja dan indah lembayung petang
di tenggara Gelanggi kota purba, antara Sungai Lebak dan Kachur sering kuseru cinta
pada tanah dan air daratan hujung benua berbelulang banjaran Titiwangsa,
bukan dari pulau pura-pura
tidak pula haloba gerombolan rakus ketamakan kuasa!

Johor bina pusat rawatan air bersih sendiri

disebalik sifat air yg dingin menyejuk segarkan kita, isu bekalan air Johor ke Singapura menjadi isu yg panas sebenarnya. Malaysia dengan perjanjian bodohnya (siapa punya kerja ni???) menjual air ke Singapura dgn harga semurah 3 sen utk 1,000 gelen air. dan air yg kununnya dirawat itu dijual balik ke Malaysia (Johor) dgn harga 50 sen untuk seribu gelen.

kenapa ini terjadi?
dikatakan kununnya ia bermula dengan perjanjian antara kerajaan Umno Perikatan dgn kerajaan PAP Singapura pada tahun 1961, kemudian diteruskan lagi dengan misalnya apa nama empangan Linggiu (tanah seluas 25,000 ekar yg telah dijual ke Singapura) itu dibuat dgn kos ditanggung kerajaan Singapura. maka sebab itulah air dari Malaysia dijual semurah itu kpd Singapura.

ini berita hairan sebenarnya. Apakah Malaysia dgn segala kekayaannya tidak mampu membina empangan tadahan air atau teknologi pemprosesan airnya sendiri.
jika rumah para menteri boleh bernilai ratusan juta ringgit,
jika berbilion2 ringgit dibazirkan utk membuat projek2 super mega, membeli senjata (dgn komisen yg mahal), disonglap sapu kroni, kaum kerabat, proxi gerombolan,
kenapa pula Malaysia tidak mampu untuk membuat pusat pemprosesan merawat air bersih utk bekalan warga Johor?

kenapa kita tidak boleh berhenti membeli air bersih dirawat Singapura?
kenapa kita tidak boleh menaikkan harga jualan air ke Singapura?
kenapa Malaysia tidak boleh merawat airnya sendiri?
sebabnya gerombolan Umno hanya minat nak swasta nikmat hidup air, jadi dorang takder mende lain nak buat, JUAL tanah air ini!

kalau selama ini gerombolan Umno-BN selalu memungkiri janji pada rakyat Malaysia - berbilang keturunan dan agama,
kenapa takut mungkir janji dgn Singapura atau desak buat perjanjian baru dgn Singapura???
kenapa???
dah tak larat mendengar drama bodoh Tun Kunun, 22 tahun tak boleh buat apa, cakap semua org boleh, cakap Malaysia boleh, amalannya macam mana pulak?

kata Doktor Madey, True, I did not negotiate successfully the increase of the 3 sen per 1000 gallons of raw water. You know why? If we demand an increase to 6 sen (100%), Singapore would increase the treated water price to RM1.00 (100%). Of course if we increase to RM6.00 Singapore would demand an increase to 50 x 2000% = RM100.00.

aku cukup ingin tahu, apa isi Memorandum Persefahaman antara Dr. Mahathir Mohamed Kutty (peranakan Kalinga nak jadi Melayu) dengan Harry Lee Kuan Yew (peranakan Tionghua nak jadi Cina) pada 28 Jun 1988????

dalam hal air ini, jelaslah Malaysia Boleh jadi hamba Singapura - Israel Asia Tenggara, sebab Madey cakap tak serupa bikin (CATAKSERUKIN). tapi kalau Satu Malaysia boleh jadi hamba Singapura, di mana pula Ketuanan Melayunya?



Sunday, July 5, 2009

Ketuanan Kapitalis Tentera Amerika di Malaysia

tak larat telinga aku nak mendengar nyaring sepesen, robot-robot diprogram tak berotak menyalak-nyalak galak. robot-robot diprogram kuasa harta ini tak habis2, selagi bateri duit ada, mereka tak penat2 melalakkan lagu layu Ketuanan Melayu. (seperti ayat2 khianat Awang Selamat, yg dilaporkan Mkini)

peliknya robot-robot diprogram ini, tidak dapat menjadi global ataupun glokal. pandangan mereka terkurung dibalik tembok2 penjara kuasa, senjata tembolok kekenyangan para penguasa. yg penting, mereka cukup marah dgn rakyat berketurunan Cina di tanah air ini.

yg tidak disebutkan robot2 diprogram ini tentang ketuanan Melayu itu adalah penipuan:

1. FELDA nak kena jual, bila diniagakan dlm bursa saham. Katakan kapitalis Amerika Syarikat (A.S) membeli saham dgn banyak dan jadi pemilik saham terbanyak, maka tergadailah tanah-tanah/ harta/aset Ketuanan Melayu FELDA itu.

2. robot2 Ketuanan Melayu ini menipu org2 Melayu tanah air ini, kerana mereka cakap tak serupa bikin. cakap tuan Melayu, jual TANAH dan AIR pada Singapura, dan kini nak buat jambatan ke 3 pula.

3. perjanjian perdagangan - kunun - bebas dgn Amerika Syarikat (US FTA) yg telah terhenti rundingannya dulu, setelah demonstrasi bantahan pada tahun 2008, kini mahu diteruskan lagi. US FTA adalah penjajahan bentuk baru yang memaksa LIBERALISASI (buka kangkang) pasaran ekonomi - makan minum, harta, sumber alam, hutan, pokok2, buah2an - untuk dimiliki oleh kapitalis rakus A.S. bersedialah nanti utk projek penswastaan hak-hak kesihatan rakyat - hospital, ubat2. dan nanti semua biaya perubatan akan terpaksa ditanggung rakyat, rakyat akan dipaksa/ terpaksa membeli INSURANS kesihatan, pemilik kompeni insurans ini adalah kapitalis A.S dan antarabangsa. kalau tak ada insurans, mati tepi jalanler, mcm di Amerika Syarikat juga - bapak kapitalis dunia.

4. Beberapa lagi bank-bank luar negara akan masuk membuka cawangannya di tanah air ini. Bank ini bertujuan utk menyedut harta, tanah, air sumber alam, kekayaan tanah air ini dan dibawa pulang ke negara Penjajah. A.S dan Eropah sekarang sudah hampir bankrup, jadi utk menyelamatkan ekonomi mereka yg sakit itu, negara2 dunia ketiga spt Malaysia akan diperah peras segala hasil kekayaannya.

5. HAK PATEN. ini nama baru utk kapitalis asing (kebanyakan mat2 saleh A.S) merampas hak manusia utk hidup bersama alam - terutamanya makanan dan perubatan. segala tumbuh2an, benih, pokok, hasil, buah2an akan dicukai jika mahu dikeluarkan rakyat tempatan. kapitalis antarabangsa ini boleh terus mendaftarkan apa saja yg dikatakan kunun penemuan, dan diberikan hak paten utk memonopoli menguasai hak ke atas satu2 tumbuhan. misalnya tumbuhan Kachip Fathimah, Pepsi Cola, kapitalis a/bangsa kunun menemui bahan kimia dlm Kachip Fathimah yg memberi manfaat perubatan. bahan kimia dlm Kachip Fathimah itu diberikan nama dan didaftarkan, maka hak org ramai ke atas pengeluaran hasil tumbuhan Kachip Fathimah beralih ke tangan satu org saja, pemilik Hak Paten itu.

6. Sebenarnya tak ada Ketuanan Melayu, yang ada hanyalah KETUANAN KAPITALIS TENTERA Amerika Syarikat. pelik rasa loya, muntah dan pening, apa tidaknya, Ketuanan Melayu hanyalah nama sedap cantik utk menipu dan terus membodoh-bodohkan org2 Melayu. takkan kita dah lupa, Kapal USS Enterprise, berkuasa nuklear yg berlabuh di Pelabuhan Klang, tak lama dulu. kita masih ingat, jet pejuang yg dibeli Malaysia dari Amerika Syarikat, kod pelancar peluru berpandunya, dipegang Pentagon-tentera A.S. jangan lupa, kena ingat ruang udara kita telah beberapa kali diceroboh tentera udara Singapura, dan mereka telahpun menempatkan pasukan keselamatan Singapura di atas tanah2 berpagar di Malaysia, yg telah dijual oleh Ketuanan Melayu!

p/s - tapi aku heran jugak, bila diumum dasar baru LIBERALISASI ini, tak terdengar suara bantahan penentangan keras dari parti2 Pakatan Rakyat. Gerombolan Umno-BN memang aku dah tak kisah sbb mmg sifatnya menipu nak jual org2 Melayu dan tanah air tercinta ini.

Saturday, July 4, 2009

Ke Kajang Kita

datanglah kalau mahu, tidak ada paksaan, hanya pemberitahuan, kehadiran - bagi yg mahu - amatlah dialu-alukan:


Friday, July 3, 2009

bercakap dgn puaka 1

dia doktor, tak percaya bomoh, tapi dia drakula.


tun kunun, apa nama gelar yg diagung2kan dirinya, dirinya yg sedang bermenung, menarik nafas dalam2, tapi dia tidak bernafas. buah fikirannya gatal minta digaruk-garuk, yg gugur hanya bulu-bulunya, beruban kerinting, seperti rambutan gading, kuning manis, sedap tapi gagal hasrat tanpa galah tak berjolok, gugusan rambutan itu terlalu tinggi, di dahan pohonnya yg telah tua. terlalu banyak pikirnya. tapi dia masih juga menunggu, mencatur-catur, mengira-ngira untung rugi dan yang paling penting sekali keberaniannya. benar dia seorang atau seekor atau apa2lah penjodoh bilangannya, yg paling penting dia adalah pontianak jantan. untuk merujuk dirinya, kita panggilah dia se'orang' drakula. malah dia bukan calang-calang drakula. suatu waktu dia adalah MAHAkula, kerana terlalu lama duduk di atas kerusi pemerintahan tanah besar Malas.

benar, kini taring kanannya, telah mereput, berlubang. dia tidak sakit, atau dia sudah tidak merasa sakit. kalau sakit dia tahulah ubatnya. dia seorang doktor. pelik, tapi begitulah dia seorg drakula yg percaya pada perkembangan sains. sains, kemajuan teknologi, amat disukainya, dia tidak menciptakan apa2 teknologi atau kemajuanpun, tapi dari sains dia telah menciptakan cara baru untuk menghisap darah, tergantung berbeza-beza mengikut orangnya, ada banyak cara untuk menghisap darah.

tapi dia tahu, dia sering ditipu hantu-hantu, mereka tidak layak dipanggil drakula, katanya dalam ketawa yg sayu, mereka sudah hilang manusianya, tapi mereka boleh juga menyerupai manusia, hujah suaranya sendiri. dia sukakan fikiran, manusia yg terlalu memikirkan misteri fikiran mereka sendiri, ha,ha,ha, nyaring gelaknya, dia ketawa lagi, sendiri. mereka hantu2 ini yg paling penting sekali bukan keturunan drakula, katanya sendiri. hanya ada satu Mahakula, dan kalau mereka mahu menjadi drakula, mereka hanya dapat menjadi drakula, disebabkan belas ehsannya. dia yg mengajar manusia menjadi hantu. dan dia telah kehilangan kerusi, tapi dia tidak bermaksud sebenar-benarnya memberikan kerusinya pada hantu-hantu ini. dia ingat dulu, Dol Minum Kopi Jantan Tapi Masih Tidur, atau terlalu panjang namanya, atau cukuplah kita panggil namanya Dol Kopi Jantan atau Dol KJ cuba nak lawan, akhirnya jatuh dia terduduk, sekarang kerja tanam pokok, Mahakula ketawa lagi, tapi kini gelaknya seperti lalak tangis.

kerusi Malas yg dilepaskan Dol Kopi Jantan tidak kembali kpdnya, satu lagi hantu belaannya, yg diharap2kan dapat menjadi hamba suruhannya, menjadi sama saja seperti Dol Kopi Jantan. dia tak layak, menjadi org, dia tu Najis saja, kata Mahakula pada seorg tauke judi ekor, yg mempersembahkan ufti 100 juta pain darah kepada dirinya, suatu waktu dulu, dia tidak ingat bila, ah itu tidak penting, tarikh, masa, aku telah hidup selama ribuan tahun, dan aku akan hidup lagi untuk ribuan tahun akan datang, begitu katanya yakin. keyakinan para pemujanya, penyembah ampu bodeknya, keyakinan yg didapatkan dgn menipu orang ramai dgn kertas bercap kepala Agong, keyakinan yg didapatkan dgn program kesetiaan di tivi dan radio, gambar dan bunyi. iya keyakinan dirinya, keyakinan mereka juga.

tapi kini dia mula mengerti, susuk ini bukan sembarangan lawan. hantu ini belajar menjadi hantu dari dirinya. hantu ini ciptaan dia. atau bahan buangannya, taik, kencing, Najisnya saja. di sebealik kunun kepandaian sainsnya, Mahakula tidak tahu, tidak ingat atau nyanyuk, Najis disukai lalat, dan Lalat Puaka telah hinggap merasuk Najis, dan kini mereka telah menjadi satu sebagai Puaka Taik Lalat, atau kita panggil Puaka saja.

antara sedar dan tidak sedar, Mahakula mula tahu puaka ini cukup ganas. tapi dia kerana minatnya pada sains dan pemikiran rasional yg tinggi, tidak dapat membezakan bahawa kewujudan dirinya juga kabur, antara bangga keturunannya sbg drakula, obsesnya pada kajian dan bukti, ujian eksperimen, ilmu kedoktoronnya yg bukan diguna untuk menyembuh rawat mencari penawar, tetapi menambah sakit, dan menghisap sedut hirup sebanyak darah yg boleh, juga pada matematik penipuan2 nya, ya tujuan yg berakhir kenyang dgn darah. benar dia telah terlalu kenyang, dan sebelum berehat, biarpun kini telah tak berkerusi, dia tidak mahu kerusi Malas ini diduduki oleh hantu seperti Dol KJ.

dia mahu meletak pengganti kerusi Paling Malas, kepada keturunannya - drakula juga. tapi tak dapat dan terpaksalah dia mengatur strategi lagi. anjing besar sasa gilanya telah menyalak. tapi dia tahu salakan ini tidak bermakna apa-apa kerana Puaka Taik Lalat ada sesuatu yg lebih menyeramkan dari seringai mamai dari anjing gilanya, lebih gila dari kegilaan yg pernah dibuatnya juga, dia jahat, tapi dia mahu dilihat lebih baik dari Mental Mentol.

dia tahu kini Puaka bergabung kekuatan dgn Mental Mentol dari Pulau Pura2. mereka lupa daratan, si tanggang berpuaka, jerit Mahakula, masih lagi sendiri dalam hati, kalau ia punya hati. benar, dia masih antara percaya dan tidak percaya, apakah puaka itu buatan tangan dgn tajam kuku besinya sendiri? puaka itu dari bomoh, serapah, puja, jampi, hantu, semangat, jembalang, mambang, jin, syaitan, iblis, kata tauke judi pemberi ufti kpd Mahakula. ah, aku tak percaya bomoh, katanya, aku tak percaya hantu. tapi bukankah drakula juga hantu, dia bertanya, dia juga menjawab tidak aku bukan hantu, aku drakula.

mulanya dia ketawa, bila Dol Kopi Jantan jatuh terduduk tapi rupa masih selamba, maklum ada bini baru, usik sindirannya sendiri. tapi pelan2 dia mula nampak, tidak pernah dulu waktu dia di atas kerusi Malas, Mental Mentol Pulau Pura2 berani menyeberang pulau datang ke daratan tanah besar Malas, sesuka hati bersiar-siar, bertemu sesiapa, apatah lagi bertemu bininya sendiri. tidak, kalau hari ini si mental itu datang, Mahakula tidak akan membenarkan bininya, menjamu hantu gila seperti Mental Mentol, tidak biarpun utk setitik hancing kencingnya, apatah lagi untuk menjamu hantu gila Mental Mentol dgn sate, kuih muih, baik betul hati, bebelnya. ini sudah lebih, Puaka Taik Lalat telah membakar jambatan, mereka semua ni lupa daratan memuja Pulau Pura-pura, bisiknya halus mencucuk ke telinga.

tapi dia tahu sebelah taringnya telah reput, mulanya dia tidak percaya, dia gagal mencari puncanya, dia seorg doktor dia mesti tahu, katanya seperti nyanyuk yg lupa bahawa dia juga adalah drakula. apakah dia telah dibomoh Puaka Taik Lalat? tiba-tiba muncul soalan itu mencongok dlm fikirannya. tidak nafinya, dia lebih hebat dari Puaka Tahik Lalat, dia seorang MAHAkula, ya, tapi itu dulu, dan tiba-tiba dia ragu2, baik aku tetap seorg drakula, katanya sambil mengetuk-ngetuk karat jemari kuku besinya, masih tajam lagi, kata-kata utk meyakinkan dirinya sendiri saja. dia doktor, tak percaya bomoh, tapi dia drakula.


Thursday, July 2, 2009

Mahasiswa: Kuasa besar yg sering terbiar

gerakan mahasiswa yg kuat, bebas dan merdeka merupakan suara hati nurani rakyat tertindas. mahasiswa berani bersuara adalah berita buruk buat pemerintah kejam. kerana suara mereka jernih, jauh daripada hasrat kotor kekuasaan politik, niat menimbunkan harta kekayaan dgn jalan rasuah dan penindasan. bila mahasiswa berani bersuara, inilah tandanya kehidupan politik kita masih punya harapan.

di mana2 di dunia, mahasiswa berbaris di barisan hadapan, menjadi benteng pertama melawan penindasan. gerakan2 kemerdekaan negara2 dunia ketiga , dulu gerakan anti perang Vietnam di seluruh dunia, atau kini gerakan anti globalisasi modal dan gerakan membantah penjajahan Amerika Syarikat dipelopori kaum muda mahasiswa. kaum mahasiswa bergelut dengan ilmu, pengetahuan dan maklumat, mereka bertentangan dgn kenyataan hidup sehari-hari, mereka membaca, melihat dan merasai penderitaan rakyat tertindas. mereka belum ada kepentingan utk jadi tamak, haloba dan sombong angkuh dalam hidup ini. suara mereka adalah suara murni. mahasiswa sedar hak dan kebenaran bukan hanya pada cakap tulis janji manis tapi pada AMALAN.

sajak ini aku tujukan buat para mahasiswa berani di UM. 2 mahasiswa yg didakwa dan 3 org lagi mahasiswa yg kununnya menjadi 'buruan' polis. bukan sajak akupun, ini sajak penyair rakyat Usman Awang, Mahasiswa:


Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

September 1961


Wednesday, July 1, 2009

Kes Grafiti UM: mahasiswa menggugat

Mahasiswa Menggugat, judul buku Muhammad Abu Bakar, kata yg juga mengalirkan air mata kenangan dan menuntut kederat suatu perjuangan cita-cita pelajar selaku seorg anak muda. perjuangan mahasiswa yg penuh liku2 berduri.

ISA 7, adalah contohnya, bila Mahasiswa Menggugat, penguasa akan bertindak menjerat menindas org2 yg lemah. mereka ini terdiri daripada kumpulan mahasiswa yg membantah ISA di masjid negara, 8 tahun yg lalu. 7 org mahasiswa ditangkap, dilokap, didakwa dan dibicarakan. dibebas tuduhan, dirayu dan dihukum lagi, kali ini dgn denda atau penjara. mereka dibuang universiti, dan kini dihukum salah kerana sebenarnya menentang undang2 zalim ISA. Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris didenda RM 3,900 setiap seorang. Herman Shamsudeen dilepaskan, manakala Wan Sanusi Wan Mohd Noor gagal dikesan. mereka terhukum, tapi perjuangan masih panjang lagi dan jalan pembelaan masih belum tertutup.

semalam, aku mendapat berita dari laman Malaysiakini.com suatu babak baru hikayat Mahasiswa Menggugat. MAHASISWA MENGGUGAT dengan menulis "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor. tidak tahu lagi, siapa membuatnya.

apakah benar 2 mahasiswa yg dituduh, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli yg bersalah? belum ada keputusan. mereka ini dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. mereka tidak mengaku salah, dan akan dibicarakan, dengan ikat jamin RM 5,000. dan pagi ini jam 4:24, 1 Julai, mereka masih di lokap Sungai Buloh, menunggu besok selesai ikat jamin dan sementara bebas untuk dibicarakan.

peliknya, mereka juga dituduh dgn tuduhan lain, menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam UM itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

moga kebenaran terserlah. kemarahan telah diluah. penindasan telah bermula. dan pasti akan ada perlawanan Mahasiswa Menggugat!

sihat2, tetap semangat, terus berjuang!