bertahun-tahun sebenarnya aku memerhatikan, pastilah dari jauh saja, kisah menyayat hati perjuangan rakyat Patani untuk merdeka dari penjajahan Siam. bertahun-tahun juga aku membaca, melihat kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia, khusus di wilayah Yala, Narathiwat dan Patani.
jalan kedamaian terbuka luas sebenarnya, biarpun tidak mudah. pertumpahan darah dapat dielakkan jika Siam (Thailand) betul-betul bersikap demokratik dan menghormati hak asasi manusia.
Siam mahukan Patani kekal sebagai wilayahnya.
Manakala Kerajaan Malaysia dan OIC mencadangkan pemerintahan autonomi, tapi memaksa ketaatan Patani kepada Siam.
sebenarnya biarlah rakyat Patani menentukan nasib negara bangsa yg mereka inginkan.
Seperti barangkali Kanada yg membenarkan perjuangan kemerdekaan Quebec berlangsung dgn jalan demokratik, menghargai hak nyawa untuk hidup, menghormati hak asasi manusia.
tapi dunia ketiga dan dunia pertama terpisah pada batas taraf hidup - kekayaan manusianya. Kanada dan Siam tidak sama.
Referendum untuk rakyat Patani mungkin adalah jalan terbaik. Namun rakyat Patanilah yang lebih berhak menentukan jalan perjuangan mereka melawan penindasan, merebut kebebasan dan kemerdekaan dari penjajahan Siam.
Kekejaman kerajaan rakus zalim, di mana-manapun sama:
(Gambar-gambar di atas, mangsa pembunuhan kejam oleh penjajah Siam di Bechah Airong, bersumberkan: http://patanikini.wordpress.com/)
(gambar As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya)
Di sini Petani kita di dodoi oleh nyanyian irama dusta sang pemerintah,lena tercandu,cuba besuara bantah...siap puaka ISA menyenrigai siong siap mejerkah...
ReplyDeletemat,
ReplyDeletepeciter dgn pewaris, pekida, perkasa dan lain².. hati boleh dibeli dengan air kotak dan nasi bungkus?
aku cadangkan para pembela Melayu ini bersiap sedia melawan penjajahan tentera siam di Patani, kerana yg menjadi korban itu kan org2 Melayu juga, cuma di negara yg lain. apa jadi pada Sekretariat Melayu Sedunia tu? ni Melayu yg kena zalim.
ReplyDeleteinilah jadinya jika tiada isa. di patani tu kerana takada isa le jadi begitu. kalau dibiar demo gmi hari itu lama-lama jadi le macam patani tu. melayu dibodohkan
ReplyDeletekalau ada ISA, lagi la dahsyat en Arif..
ReplyDeleteEntah-entah dah pupus terus masyarakat Patani kene humban dalam kem tahanan.. tak perlu dibicarakan dan tak perlu pertuduhan yang jelas..
Instrumen yang merbahaya.. letak pula di tangan penguasa yang rakus dan berkepentingan..
bencana..
Encik Arif Omar, jangan bodohkan Melayu... Kat Thailand pun ader ISA, yang ditemani dengan undang-undang lese majeste.
ReplyDeleteBetul tu...
ReplyDelete://rspas.anu.edu.au/rmap/newmandala/wp-content/uploads/2007/10/thailandinternalsecurityactdraftof16oct2007inenglish.pdf
Sila lihat sendiri.
ini bukan petaka Patani semata, tapi semua manusia sejagat, atas idealogi syaitan bernama perkauman. dan kalau yg menggelar dirinya kunun-nasionalis masih tidak buka mata, sedialah, sedikit masa lagi petaka ini sampai di tanah air. nauzubillah.
ReplyDelete-wmy
keangkuhan manusia membutakan mata hati.
ReplyDeleteaku ikut tertarik apabila membaca tulisan di sampah seni, dan aku bertambah yakin dan ikut bersimpatisan terhadap sudaraku di Patani yang sedang berjuang untuk menuntut hak ketuanannya dan aku telah lama mengirimkan do'a untuk pejuang-pejuang di patani dan aku berazam bahwa satu hari nanti bukan hanya do'a tapi diriku akan sampai ke medan perang di patani kerana aku tetap insaf aku adalah melayu dan patani adalah melayu. Terima kasih Sampah seni yang menjadi penyambung lidah Melayu.
ReplyDeleteMengapa oic yang memperjuangkan naksib umat islam berdiam diri terhadap kekejaman kerajaan Thai di Patani?
ReplyDeleteMengapa Asian hanya berbincang dan bersidang untuk kepentingan puak kapitalis dan kolumrat sebaliknya rakyat kecil yang tertindas dibiarkan?
Mengapa Thailand tidak dihuku oleh dunia internasional kerana telah bertindak kejam melanggar hak asasi manusia di selatan Thai dan pelarian Rohinya/Burma?...