Saturday, August 22, 2009

cuba yer, sahaja aku berpuasa

katakan matahari adalah lambang usia manusia. dari terbit fajar, usia muda hinggalah senja penghujung umur, terbenamnya fajar.

dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari
katakan kita berpuasa seumur hidup kita,
menahan diri dari kelaparan kuasa rakus, kehausan haloba tamak dan kezaliman yang membatalkan keadilan.

dari terbit fajar hidup hinggalah datang senja kematian,
kita menahan diri dari RASUAH!
pasti nikmat, santapan berbukanya nanti.

6 comments:

  1. Kalau benar begitu,sampai kan salam pada kebenaran.:)

    ReplyDelete
  2. tulah pasal...
    waktu lahir kita diazan/qamatkan waktu meninggal disolatkan..usia hidup adalah di tengah2 antara azan/qamat dan solat..pendek je..

    ReplyDelete
  3. kalau benda haram lain selaian rasuah pon best

    ReplyDelete