(saksikan lakonan bersahaja
NUR AMEERA RAMLI, dalam teater Legasi)
Tadi malam bersama Meor, aku pergi menyaksikan Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (atau Dewan Bahana dan Petaka kerana banggunan lamanya yang sebahagian besarnya banyak luas terbiar, harum berbau lipas dan tikus, janganlah ditinggal lama2). Mereka daripada grup Rumah Anak Teater (sila klik
http://rumahanakteater.blogspot.com/):
Mohd Izzuddin Ismail 26 tahun, graduan seni Aswara memilih nama MoizzisR.cong (susah aku nak menyebutnya, panggil Ah Chong dah leeer) sebagai nama pena penghasilan hasil karyanya.
Manakala, nama sebenar
Fared Ayam ialah Mohd
Fared Jamaluddin, anak muda dari kugiran L.S.D. yang juga graduan Aswara.
Produsernya bukan calang2 orang, pengarah filem, pensyarah dan penggiat teater ternama Namron, atau nama sebenarnya Shahili Abdan.
Boleh dikatakan hampir semua yang terlibat dalam teater ini merupakan graduan/ mahasiswa/ mahasiswi Aswara (Akademi Seni Warisan Malaysia, atau dulunya Akademi Seni Kebangsaan, atau pada sekolah filemnya ada yang dicairkan dari Akademi Seni Filem Malaysia, yang telah ditiadakan). pengurusnya, Faisal Mustaffa, yang menyibuk masuk dalam kelompok anak-anak muda seniman Aswara ini (Faisalpun apa kurang seninya, tu cerita lainler)
Teknikal yang mantap. Tatanan cahaya lampu-lampu, biarpun sedikit, tidak rumit mampu menghadirkan suasana, dengan tata rias pentas sederhana. Lantunan suara yang bagus. Bunyi yang hebat. Mestilah lakonannya juga mantap dan bagus2 belaka.
Cuma, dramanya terlalu perlahan, bergerak cukup lambat. dan ceritanya berterabur. logika kewajaran yang mungkin tidak waras, kerana mungkin kenyataan hidup watak-watak di pentas tidak sama dengan kewujudan sebenar cerita kehidupan.
misalnya, kedua-dua cerita membawa kisah perjuangan yang gagal, juga kisah kejantanan yang gagal, yang akhirnya membawa penderitaan. dalam Legasi, si lelaki lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, pemimpin, pejuang era Kesatuan Melayu Muda yang kunun hebat itu, akhirnya menyesal di penghujung usianya kerana rasa cemburu, ketidak yakinan, kerapuhan rasa tidak terjamin lelaki, apabila isteri yang diceraikannya diketahui memilih untuk hidup bersendirian sehingga tua.
begitu juga dalam Naturalisasi, ia membawa tema yang sama, cuma seksualitinya berbeza. kalau dalam Legasi orientasi seksual pelakonnya ditampilkan sebagai hetereoseksual, kecuali watak mahasiswi pengkaji, yang tidak ditunjukkan kecenderungan seksualitinya.
Naturalisasi memilih untuk menunjukkan drama hubungan kesetiaan pasangan gay (atau seorang lagi biseksual), para jantan yang gagal. cerita dua orang jantan gagal ini menempel, di sebalik, sekali lagi kisah perjuangan mahasiswa 1974 yang diperlihatkan gagal, serta berakhir dengan penderitaan. kegagalan jantan dalam menakhluk atau membebaskan rasa kehilangan jaminan atas ghairah ketagihan cinta atau berahi kenikmatan senggama hubungan tubuhnya.
Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG sebenarnya dapat kita taksirkan sebagai sebuah cerita kehidupan yang ganas, selayaknya bertaraf S&M. Teater Kompilas Vol. 2 ini akan berlangsung sehingga 16 Ogos 2009.
dan aku menanti karya teater
snuff porno dari mereka, tidak lama lagi.
Terima kasih atas komentar jujur saudara.
ReplyDeleteFaisal Mustaffa
kurang ke'manohara'an. kurang sebatan hahahahaa!!
ReplyDeletekeganasan minda dan jiwa..ha.ha.ha
ReplyDelete