KDN kata majalah Gedung Kartun pakai permit palsu
klik
http://www.malaysiakini.com/news/111683bukan itu hal duduk perkaranya. Majalah Gedung Kartun (GK) adalah hak bersuara dalam karya. GK adalah hak kebebasan rakyat untuk mencetak yang dirampas KDN.
jika demonstrasi cap arak kepala lembu, dapat berjalan dengan aman dan dibiarkan polis berlangsung. biarpun mesejnya cukup ganas serta jelas mendorong pertelagahan dan perseteruan antara kaum. ia bersambut dengan kewarasan, emosi dapat diketepikan, fakta dibincangkan dan mitos dipecahkan satu demi satu.
kenapa pula demonstrasi puluhan ribu rakyat membantah ISA kemarin, dihujani dengan keganasan polis?
kenapa SPRM perlahan menyiasat pimpinan BN yg korup, tetapi cepat pada Pakatan?
Nah, kenapa pula luahan rasa para seniman dalam bentuk karya kreatif kartun, dihalang, dirampas majalahnya, didakwa pencetak dan penerbit dan mungkin bakal dihukum penguasa?
apabila, yg benar disalahkan dan yang salah dibenarkan,
maka
mengutip kata-kata hikmat penyair 'lagenda' era reformasi Indonesia, Widji Thukul, yang hilang tak bertanda, mati tak berkubur, mangsa penculikan tentera di hari-hari rusuhan tahun-tahun akhir kejatuhan rejim kukubesi Jenderal Suharto:
HANYA ADA SATU KATA LAWAN!!!!
LAWAN TETAP LAWAN!
ReplyDeleteElegi untuk seorang mangsa kezaliman.
ReplyDeleteKawan, nanti daripada dadamu
Sebatang pokok akan tumbuh, lalu
di bawah pokok itu ramai yang akan berteduh.
Tidak ada kematian yang sia – sia kerana
Semua kematian melahirkan harapan baru,
Dan dalam penentangan, ia bukanlah penutup
Tapi adalah permulaan…
Damailah kau di sisi tuhan.
jika mereka terus memaksa kau diam
ReplyDeletehanya satu harus kau siapkan
pemberontakan!!