Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
apakah hukumnya jika menteri Malaysia, sebuah negara Islam - dgn. perlembagaan Lord Reid dan Dasar Penerapan Nilai2 Islam berserta Islam Madani, juga Islam Hadhari, juga parti Melayu Islam dan parti Islam for all, juga ahli OIC - bertemu dengan menteri zionis Israel?
Walhal Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
Malaysia tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel. Menurut kefahaman saya ini adalah penderhakaan pada rakyat dan tanah air ini yang membantah kekejaman rejim zionis israel, yang merampas hak dan tanah Palestin.
Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
kalau jenayah yang sebegini berapa kali nak kena sebat?
Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama,
tapi mungkin nasihat sahaja sudah mencukupi, atau mungkin telah di tegur bantah - cuma saya tidak mendengarnya, berprasangka yang bukan2, kerana HUKUM itu telah dibuat di dalam hati Ya Mufti, Ya Ustaz, Ya Alim, Ya Ulama.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Beb kalau macam tu,kita tak boleh la berbaik dengan kerajaan Bangkok sebab Thailand rampas tanah Pattani jugak.
ReplyDeleteKalau macam tu kita tak boleh la berbaik dengan Beijing sebab China rampas tanah orang Xinjiang jugak.
Kalau camtu tak boleh la berbaik dengan Moscow sebab Russia rampas tanah orang Chechnya.
Abang Rahmat,abang kena tau satu perkara.Kita sering diperbodohkan oleh media,oleh surat khabar.Kita rasa orang Islamlah sahaja kena tindas.
Cuba tengok Sudan,orang Islam rampas tanah orang asli Afrika kat Darfur.Idi Amin diktator Uganda satu masa dulu bunuh ramai orang sebab dia Islam yang lain Kristian.Al-Qaeda,berapa ramai yang dia bunuh sebab orang tak nak ikut cakap dia.
Zionis ke,Nazi ke,Klu Klux Klan ke,apa kejadah ke,abang kena ingat,bila perang peluru tak kenal bangsa,bom tak kenal agama.Cuba abang fikir berapa ramai orang Yahudi yang tak bersalah mati sebab kena letup dengan Hamas?
Bang,saya straight forward aje lah.Semuanya ni sebab kita ada negara.Tak kisah la negara apa - negara sekular ke,negara Islam ke,negara Kristian ke,negara Zionis ke,negara Buddha ke - bila ada negara pasti ada perang.Tak mungkin takde.
Nak tau macam mana nak aman?Bila semua manusia ni sedar yang negara ni takde keja lain selain nak pecahbelahkan manusia dan bergaduh antara satu sama lain.Korea terbelah dua sebab ideologi,India-Pakistan terpecah sebab agama dan Pakistan-Bangladesh berpecah sebab bangsa dan bahasa.Negara Arab lagilah berpecah-pecah.Malaysia dengan Indonesia berpecah sebab penjajah.Tu belum cerita negara bangsa lagi.Itu fasis,racist dan macam-macam lagi la.
Sebab tu kita kena sedar yang kita ni semua duduk di satu bumi yang sama.Satu bangsa manusia.Bukan susah nak faham - cuma ideologi dan pemikiran ortodox yang terus sekat kita dari terus berfikir.
Macam masa zaman Nicolas Copernicus nak buktikan bumi ni bulat - bukan main seksa sampai kena bunuh-bunuh.Sebab ada sekelompok manusia - tak nak orang lain untuk berfikir.
bagus pikiran kau ni?
ReplyDeleteni baru satu jawapan dari Ulama Anarko. ha ha ha
Maki - Maki buat Unta - Unta
ReplyDelete1.
Kamu menyanyikan lagu rindu buat tuhanmu
yang tidak kamu kenal. Kamu pengampu!
Tuhan hanya ada di lidahmu dan kerana itu
Kamu mudah menggunakan ayat – ayat tuhan
untuk mencapai hasratmu...
2.
Kamu masih lagi menghabiskan hari – hari
dengan mengumpul dan membahagi
seolah kamu mahu hidup seribu tahun lagi,
sedangkan kamu selalu berceramah tentang mati.
Kamu hipokrit! Yang terlupa
Mati juga sedang menunggu di belakang bahumu,
Sedia untuk menepuk dan menyapa dari belakang
“Hai kawan!” seperti seorang pemungut hutang.
Dan ketika itu jika kamu merasa hidupmu juga belum penuh
bolehkah kamu mengelak atau minta tangguh?
3.
Kamu penipu! Kamu dayus!
Penipu! kerana kamu hanya mengatakan separuh kebenaran
(bahagian yang menguntungkanmu) sedang kamu selindungkan
separuh lagi bahagian yang merugikanmu.
Dan dayus!
Kerana kamu menggunakan agama untuk mengongkong kami,
sedangkan agama bukanlah gari besi, tapi adalah
sayap suci.
"existence precedes essence" therefore becoming a Necessary Being.
ReplyDeletekalau tidak, kita jadi Catakserukin (cakap tak serupa bikin)