benar kalau diperhatikan parti-parti politik dlm Pakatan Rakyat tidak dapat lari daripada pertelagahan. di zaman maklumat bebas mengalir ini, tak ada lagi perkara yang perlu hendak ditipu disembunyikan. pilihan bukan didapatkan dengan pengaruh paksaan hasutan penipuan, tetapi keputusan berasaskan fakta kejadian dan taksiran kebenaran sejarah.
Dalam Pas ada puak pro kerajaan perpaduan dan ada pula puak yang menentangnya. contohnya, garis yg dibawa Hassan Ali, pasti tidak sama dgn Khalid Samad. Dalam DAP Selangor misalnya, ada kem Teng Chang Kim dan ada kem Ronnie Liu. dalam Keadilan ada garis kekuatan 'rakyat' dan ada garis kekuatan 'modal' dalam menentukan perubahan - ada pula kelompok NGO2-JIM, Abim, Suaram, dan ada juga kelompok bekas2 BN, MIC, MCA, UMNO atau ada Tian Chua dan Khalid Jaafar.
tapi itu tidak bermakna parti-parti dalam Barisan Nasional kukuh dalam persatuan yang jitu.
ada persengketaan sengit sedang berlangsung, persaingan (atau perang) merebut harta tanah kekayaan dan sumber alam yg cukup banyak. ada garis pro-pemodal asing (puluhan/ratusan ramainya dari Singapura, Amerika Syarikat, China, Zionis pro Israel dll). ada pula garis pro pemodal nasional (org2 kaya Malaysia berbilang kaum, seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan, waris Lim Goh Tong, Syed Al-Bukhary, Lee Shin Cheng, Francis Yeoh, Mokhzani Mahathir dll).
ada KJ dan Mukhriz. ada liberal dan konservatif. ada maju dan mundur. ada sosialis dan kapitalis. ada buruh dan pemodal. ada penindas dan yang tertindas. ada Kg. Berembang dan Kg. Kerayung. ada Pro dan Anti ISA.
ada Kugan, Beng Hock dan Memali!
ada Palestin, ada Kashimir, ada Mindanoa, ada Patani, ada Iraq, ada Afghanistan, ada Chehnya, ada Tibet, ada Uighur Xinjiang, ada Republik Basque, ada Quebec, ada Afrika lara dan kitalah dunia ketiga itu.
bilionan garis2 bersilang atau jutaan bayang2 pedang bertempur. angka kehancuran terlalu banyak.
kira-kira matematik politik, tidak semudah Anwar Ibrahim melawan Najib Razak atau selisih persaingan Rosmah Mansor dan Mahathir Mohamad semata-mata.
begitu banyak garis-garis liar berselirat. bersimpul, serabut mengikat, menguat, pejal mewaja, mengurung selubung, memenjara jiwa dan raga.
dalam rencam berbagai ragam kekejaman ini, ada tembok besar yg mahu dirobohkan.
kemerdekaan di musim jerebu, menghirup habuk, perubahan bergerak dalam goyah rabak terkoyak, di mana-mana struktur sedang mereput, runtuh dan keretakan, di mana-mana berpecah belah, perang berlawan, pertentangan bertembung, kita berada di titik sejarah pergolakan, di situlah kita membuat pilihan, jangan menangis, senyumlah, kalau ada, dengan tawa 'lara ria', kita mengharap munculnya sinar cahaya:
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
No comments:
Post a Comment