Saturday, August 8, 2009

SS No 16: Ketagih Arak Cap ISA

Arak ini mengalir dalam darah penguasa kejam
meleleh liur laparkan tanah untuk dijual
hauskan air untuk dijual
kegersangan hutan untuk dijual
kesunyian bukit gunung ganang untuk dijual
kemurungan laut dan langit untuk dijual
pendidikan untuk dijual
hospital untuk dijual
pengangkutan untuk dijual
sakit untuk dijual
nyawa untuk dijual
kebebasan untuk dijual
kemerdekaan untuk dijual
alam untuk dijual
sayang untuk dijual
binatang untuk dijual
kaum untuk dijual
agama untuk dijual
ubat untuk dijual
mati untuk dijual
hidup untuk dijual
makanan untuk dijual
minuman untuk dijual
khidmat untuk dijual
buruh dan keringat untuk dijual
sial, ketamakan melelong semua yang dinilaikan dengan harga,

kerakusan membelinya, mencanak haloba bertakhta, degup jantung nafas pura-pura
alkoholnya bernama rasuah
enak syahwat memecahkan amanah, sedap penguasa memenjara tanpa bicara
dibaliknya tuan-tuan dengan wang menimbun
meneguk gelas-gelas gemerlapan berisi penderitaan
menonggengkan pekik hilai tawa,
memuntahkan arahan perintah dalam kemabukan kuasa
merampas hak manusia
terhoyong hayang bergoyang,
sementara botol-botol seleweng masih tersedia
bergewang mengangankan
masa depan mutlak milik mereka semata.

Haramkan Rasuah!!!

6 comments:

  1. Looks like the morons in UMNO/BN never learns!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Once again a Umno idiot trying to screw up a silly hole. When a brainless guy doesn't has anymore idea then the bark is worse than the bite. It is much better to hide oneself then to expose all the shit out.

    ReplyDelete
  4. coolooc, ha.ha.ha.celaka kau!haramjadah!

    ReplyDelete
  5. ASKUM. PG LIHAT DI ATAS SEKALI BLOG ANDA MASIH ADA PERKATAAN / IKON FLAG BLOG. SILA BUANGKAN KERENA JIKA SESIAPA MENEKANNYA MAKA GOOGLE AKAN DELETENYA SECARA OTOMATIK. BUANG SEGERA. PERGI KE BLOG PG DAN TULIS FLAG BLOG DI RUANGAN SEARH DAN IKUTI LANGKAHNYA. SEGERAKAN.

    ReplyDelete