Wednesday, August 12, 2009

Kunjungi http://matamin02.blogspot.com

Mat Amin said...

Salam semua,

Terima kasih kepada Saudara Rahmat kerana memaparkan maklumat berkenaan blog saya. - Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam di http://matamin.blogspot.com.

Saya harap ini akan menjadi pengalaman kepada bloger-bloger lain.

Walau apapun perjuangan akan diteruskan. Atas bantuan kawan-kawan bloger, saya membuka blog baru untuk meneruskannya. Saya menjemput semua berkunjung ke http://matamin02.blogspot.com

Sebagai pengalaman untuk semua saya ceritakan sedikit proses bagaimana blog saya disabotase:

Pada petang 9hb, saya tak dapat log masuk ke blog. Sesudah beberapa jam mencuba, saya meminjam komputer kawan lain, hasilnya tetap negatif. Walau bagaimanapun blog itu masih boleh dibaca.

Beberapa jam kemudian, bahagian site meter sudah terputus. Dari gejala ini saya mengesyaki blog itu telah diceroboh. Saya copy ulasan ulasan dari bulan Julai hingga Ogos. (Ulasan dari April - Jun telah pun dicopy dan disimpan dengan selamat)

Sehingga pagi keesokannya blog itu sudah tak dapat dibuka lagi, yang tertulis ialah "hanya untuk pembaca yang diundang sahaja".

Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan bloger yang telah membantu saya membina blog baru.

terima kasih

Mat Amin

1 comment:

  1. Untuk kungsi dengan semua saya paparkan ulasan Pokteh Zul:

    Pak amin saya dah jumpa cara nak remove flag tu. saya dah cuba kat blog saya. Masuk kat sini dia ada ajar http://www.thewwwblog.com/blogger-trick-remove-navbar-in-blogspot-blog.html

    ReplyDelete