Fenomena Hindraf merupakan manifestasi pemberontakan masyarakat miskin tertindas -yang tidak hanya dialami rakyat Hindu berketurunan India, di
Ataupun Uthayakumar hanya setaraf Samy Vellu yang hanya mahu kununnya mewakili kepentingan masyarakat
Tabik buat para pejuang kemerdekaan. Ganapathy kemudiannya dibunuh dengan hukuman gantung sampai mati oleh penjajah Inggeris. Dia mengikut jejak para pahlawan sejati tanah air, dengan susur galur yang berencam ragam perlawanannya. Pahlawan Tanah Melayu serta Pulau Temasik seperti Datuk Sagor, Datuk Maharajalela, Si Puntum, Pandak Indut, Sultan Abdullah (ini benar2 Daulat), Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Naning, Tok Janggut dan ribuan perwira yang gugur tak tercatat namanya untuk memerdekakan ibu pertiwi dari penjajahan Inggeris.
Benar sejarah hasrat untuk merdeka di tanah air ini tidak seratus peratus monopoli gerakan radikal komunis. tidak salah juga kita mengenang orang seperti ,Dato' Abdul Rahman Andak pejuang bahasa ibunda tanah Melayu yang di'pencen'kan Gabernor Anderson, kemudiannya di'buang' ke England, dan mati dalam 'pelarian'. ataupun peranan 'kapitalis Melayu pertama' Ngah Ibrahim. atau perjuangan golongan sasterawan seni budaya dalam gerakan ASAS 50. sedihnya orang2 seperti inipun cuba untuk dilupa lupuskan perjuangan mereka.
Iya, sayu belantara dan desa Gunong Semanggol, Perak. Di Madrasah Maahad El Ehya’ Al Shariff. pemenjaraan Ustaz Abu Bakar Al Baqir serta perjuangan Hizbul Muslimin dalam menentang penjajahan Inggeris.
Berbalik ke permasalahan Hindraf dan kaum India di Malaysia hari ini bukan masalah orang-orang Melayu menindas orang
Begitu juga bila kita melihat seorang Chin Peng. Kita perlu membandingkan dirinya - yang dikutuk hina serang keji oleh Umno - dengan tauke-tauke kapitalis cukong lintah darat yang dipuja puji ampu bodek gerombolan Umno kerana kertas duitnya. Cukong seperti TAN SRI Lim Goh Tong (yang mendapat gunung tanah tinggi Genting) atau TAN SRI Vincent Tan (dengan Pulau Pangkor Laut, miliknya) atau bukit-bukit batu kapur (dimilik niaga untung dikaut TAN SRI DATO' (Dr)Francis Yeoh Sock Ping). Contohnya Chin Peng dilaporkan boleh membaca Jawi, sering membaca akhbar Utusan Melayu, Utusan Zaman - tidak pasti dia masih membacanya lagi kerana penerbitan akhbar ini telah dilupuskan gerombolan United Malay National Organization. Boleh ke tan sri-tan sri atau tan sri dato' dr -IKON hartawan DEB- ini membaca Jawi?
Jika misalnya, setelah Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia-PKM, Rashid Maidin dapat merasa pernah pulang dan bertemu Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad. Atau Pemimpin Rejimen Ke 10, Parti Komunis Malaya (PKM) Abdullah C.D dapat pulang ke tanah air, biarpun sebentar dan dapat pula makan malam khas DiRaja bersama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Perak. Atau seorang Shamsiah Fakeh merasa kembali hidup di tanah air kelahirannya, dan meninggal dikebumikan di sini. Apa salahnya seorang Chin Peng, anak kelahiran Setiawan, negeri Perak pulang ke tanah airnya? Benar, ada sejarah yang gelap dan kabur di belakang kita semua. Tapi ke hadapan boleh saja harapannya cerah cahaya, jika semua kita mahu bersama mengambil yang jernih, membuang yang keruh.
Iya, semua orang-orang gerombolan Umno yang kununnya patriotik telah bersuara dan akan terus melalak garang. Berkata Chin Peng bertanggungjawab atas jenayah kekerasan terhadap tanah air, terutamanya orang-orang Melayu di sini. kenapa tidak terdengar suara mereka mendesak pertanggungjawaban jenayah kekejaman penjajahan kuasa imperialis selama ratusan tahun sejak dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris lagi.
Tapi kita kena melihat pada waktu tersebut sebenarnya berlaku perang saudara di tanah ini. Perang yang kalau menurut Penasihat Ekonomi kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Profesor Jomo Kwame Sundaram, ”perang yang tidak disytiharkan Inggeris kerana mahu terus mengaut untung atas tuntutan insurans,” atas rugi kemusnahan ladang-ladang getah atau lombong bijih milik empayar Great Britain di tanah ini dahulu.
Membaca tulisan RPK pula, membawa kita kepada fakta tentang dokongan negara China atas perjuangan Parti Komunis Malaya. dan dulu kesultanan Melayu Melaka, kemudian kerajaan Malaya, bertukar jadi kerajaan Malaysia hinggalah ke saat pimpinan Najib kini masih menjalin hubungan diplomatik mengiktiraf kekuatan politik ekonomi ketenteraan negara China. Najib disebalik retorik anti Chin Peng anti rakyat Malaysia berketurunan Cina, tunduk pergi mengadap sembah pemimpin tertinggi negara China, Hu Jintao (meski bukan lagi Maharaja dinasti). apakah pergi membayar ufti atau bunga emas atau mahu menjual harga diri maruah ibunda Malaysia yang sakit derita ini?
kenapa pula misalnya ingatan tentang kekejaman tentera pendudukan Jepun dalam perang dunia kedua, tidak diteruskan setelah selesai perang dunia ke 2 - kini ramai yang telah lupa. malah Dr. Mahathir menyeru 'Dasar Pandang Ke Timur' agar mencontohi negara matahari terbit. Madey cuba membawa kita ke sisi baru Jepun selepas perang dunia. sisi santun, maju, industrial, rajin berusaha. bukan sisi ganas, kasar, zalim, pedang memancung kepala. hinggalah sekarang ini -secara senyap dan terbuka- melenyapkan ingatan kekejaman tentera Jepun. kerana kertas yen, Jepun disayangi. atau Eropah disanjungi kerana euronya. dan pastilah rakan niaga Malaysia paling besar, imperialis Amerika Syarikat. kita tunggulah nanti kesannya bila Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan -kunun-bebas (FTA) dengan Amerika.
Dalam konteks keadaan politik hari ini, perlu kita jenguk keadaan selepas perang dunia kedua. waktu itu telah terjadi perang rakyat dunia ketiga melawan kuasa-kuasa penjajah Inggeris, Belanda, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat - perang yang difahami sebagai perang pembebasan nasional bangsa-bangsa yang terjajah selama ratusan tahun.
Jadi bilamana Parti Komunis Malaya, misalnya membunuh perkakas penjajah Inggeris seperti Pesuruhjaya Polis Henry Gurney, ia termasuk dalam garis besar kemenangan perang antara rakyat dunia ketiga yang terjajah menentang kuasa besar dunia kaya yang menjajah.
Henry Gurney yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Negara British di Palestin (1946–1948). Tahun 1946. Inilah tahun mulanya sejarah Israel wujud dengan merampas tanah rakyat Palestin. Zionisme yang didukung kuasa empayar penjajah Inggeris. Peranan besar Henry Gurney dalam merampas tanah Palestin menerima imbuhan besar pingat Ratu Inggeris, Knight Commander (KCMG) of the Order of St Michael and St George.
Benar perang suatu yang ganas. Kedua belah pihak berbunuhan. kedua belah pihak menderita sebenarnya. kedua belah pihak cukup berat berdendam kesumat.sampai bila sesama saudara setanah air perlu jadi seteru bermusuhan.kenapa pula Inggeris yang menjajah menjarah membunuh memeras alam dan manusia tanah ini tidak pula dimusuhi habis-habisan. sekarang telah tahun 2009.
Persoalannya untuk apa? Ini yang penting sekali untuk kita semua jawab. Apakah mati untuk memerdekakan tanah air? Atau mati mempertahankan Pentadbiran Tentera British di semenanjung tanah Melayu dan pulau Singapura pada waktu itu? Mati untuk meneruskan penjajahan tanah air yang terjajah selama ratusan tahun di bawah Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris lagi?
Anak dan isteri Henry Gurney tidak dibunuh dalam serang hendap PKM ke atas rombongan sombong ’tuan’ penjajah orang putih berkereta Rolls Royce di bukit ’Fraser’ pada 6 Oktober 1951 itu. Tahun 1951, di kala rakyat tanah jajahan Inggeris di sini hanyalah berbasikal, bersampan, naik bas, keretapi. dapat pula Henry Gurney merasa diri sebagai TUAN menaiki kereta mewah Rolls Royce. oh, itu duit keuntungan hasil perampasan, pemerasan sumber alam dan manusia di Tanah Melayu dan Singapura.
benar juga PKM tidaklah sepenuhnya benar mutlak betul muktamad - bukankah kita dapat berbeza pendapat untuk mentakrif dan mentafsir sejarah. misalnya dalam kes Parti Rakyat Singapura dan kehancuran gerakan kiri demokratik di sana. Pemenjaraan ratusan pimpinan dan aktivis Barisan Sosialis - Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh oleh diktator Lee Kuan Yew. buku Meniti Lautan Gelora, tulisan kenang-kenangan bekas ketua pengarang akhbar Utusan Melayu, Pak Said Zahari mengungkap kunun kerjasama atau kesefahaman 'taktikal' dan 'strategi' antara PKM dan diktator Singapura, Lee Kuan Yew.
Benar Henry Gurney diangkat sebagai wira atau kunun mangsa 'kekejaman' dan 'keganasan' komunis, malah namanya diangkat menjadi Sekolah Henry Gurney di Melaka, pekan Gurney di Perak, nama jalan Gurney di Melaka, Seremban, Kuala Lumpur, SIngapura. Padang Kota, di Pulau Pinang pula menjadi Gurney Drive. kalau tindakan komunis itu kejam, maka Henry Gurney seribu kali lebih kejam -di Palestin, melandas negara Israel- benar juga kalaulah kekejaman punya harkat dan darjatnya?
Sebagai anak semua bangsa, di bumi hidup sementara ini, kita jangan lupa peranan Henry Gurney dalam perampasan tanah Palestin dan penubuhan negara Israel. Bukankah apa nama Umno kununnya wira dunia ketiga anti Israel?
p/s - gambar Ustaz Abu Bakar Al Baqir diambil dari http://zabidin13.wordpress.com
mereka yang memekik dalam isu chin peng, seperti kononnya pembela kaum melayu itu. mungkin sekali ada sesuatu yang boleh mereka pelajari dari penulisan ini, maklumla. mereka itu bodoh-bodoh semuanya.
ReplyDeleteAlamak,
ReplyDeleteDapat merdeka pun kawtim sama British. Lepas tu pum pam pum pam kata merdeka tanpa pertumpahan darah. Eh, bodoh la..
Tunku Abdul Rahman - golongan feudal, kaya dan mewah. Maka kabal-kabal Inggeris di tanah Melayu pada ketika itu dengan mudah dan senang kawtim dengan dia.
Woit! British roket bijih besi di Bukit Ibam sampai tahun 80an lah. Apecerita?
Tunku Abdul Rahmah - mana rasa susah macam orang2 kampong, pekerja2 ladang, penanam2 padi dan sayor.
Cheers!
Jaga diri
(Lepak nasik kandar di PJ sila rojer. Tq)
Dari Ganapathy ke chin peng ke Rahman andak, satu garapan yang mengupas versi baru 1malaysia (!) dengan garis penamatnya di hujung nyawa kaum (atau parti?)penindas.
ReplyDeleteSuch a masterpiece.. 'Sampah' ni mahal harganya.