Hak untuk hidup diangkat dalam Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948. Ianya amat selari dengan hak untuk menolak layanan atau hukuman kejam, hina dan tidak berperi kemanusiaan. Perundangan antarabangsa hak asasi manusia melarang hukuman bunuh terhadap pesalah kanak-kanak – mereka yang melakukan jenayah ketika dibawah umur 18 tahun. Ia juga melarang hukuman bunuh terhadap pesakit mental dan sebarang hukuman bunuh yang berlangsung hasil perbicaraan yang tidak adil. Tahun itu di Iran, dua pesalah kanak-kanak – Mohammad Mousavi dan Sa’id Qanbar Zahi – telah mati dihukum bunuh. Di Arab Saudi, Dhahian Rakan al-Sibai’I telah dipancung kepalanya pada 21 Julai 2007 atas kesalahan membunuh yang didakwa dilakukannya ketika berumur 15 tahun. Di Iraq, sejak hukuman bunuh dikembalikan berkuatkuasa pada pertengahan 2004, lebih daripada 270 orang telah dijatuhkan hukuman bunuh dan dilaporkan paling kurang 100 hukuman bunuh telah dilaksanakan. [Termasuklah Saddam Hussein dan para penyokongnya.] Perbicaraan yang berlangsung tidakpun mematuhi piawaian keadilan antarabangsa. Dalam kenyataan bertarikh 15 Januari 2007, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB meluahkan rasa kecewanya atas pelaksanaan hukuman bunuh terhadap Awad Hamad Al-Bandar dan Barzan Ibrahim Al-Hassan di Baghdad. Kenyataan itu menyebut, “penghukuman bunuh selepas perbicaraan dan rayuan undang-undang yang tidak menghormati prinsip-prinsip keadilan yang sewajarnya adalah menyamai pencabulan hak untuk hidup.” Di China, banyak hukuman bunuh dilaksanakan selepas perbicaraan yang tidak adil. Xu Shuangfu, pemimpin tidak rasmi kumpulan agama Protestan yang bergelar “Three Grades of Servants” telah dihukum bunuh bersama 11 orang yang lain pada November 2006 selepas didapati bersalah membunuh 20 orang ahli kumpulan lain bernama, “Eastern Lightning”. Xu Shuangfu dilaporkan mendakwa dirinya membuat pengakuan dalam keadaan didera semasa soal siasat polis. Penderaan termasuklah dipukul dengan rantai berat dan tongkat, renjatan elektrik pada jemari kaki dan tangan serta alat kelamin, selain disumbatkan cili pedas, minyak gas dan halia ke dalam hidung. Mahkamah yang mendengar perbicaraan dan mahkamah rayuan tidak membenarkan para peguamnya untuk membawa dakwaan deraan tersebut sebagai hujah pembelaannya. Di Arab Saudi, selepas perbicaraan tanpa pembelaan wakil guaman, si tertuduh dijatuhkan hukuman bunuh. Misalnya, tiga orang warga asing, Halemma Nissa (Sri Lanka), Naushad (India) dan KMS Bandaranaike (Sri Lanka) dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh mengambil bahagian dalam rompakan bersenjata yang membunuh seorang perempuan. Sepanjang masa, mereka tidak dibenarkan mendapatkan bantuan guaman dan dipercayai membuat pengakuan dalam keadaan tertekan. Pada Julai 2007, kes mereka dilaporkan dibawa ke mahkamah rayuan, tetapi masih tanpa sebarang bantuan guaman. Rayuan didengar secara rahsia dan mereka ini sedang berhadapan risiko ketentuan hukuman bunuh jika mahkamah rayuan memutuskan untuk berpegang pada keputusan asal.
PERJALANAN PENUH PENCABULAN – DARI PENAHANAN KE PEMBUNUHAN
Setiap kali hukuman bunuh digunakan, terdapat risiko besar bahawa seseorang itu dihukum atas jenayah yang tidak dilakukannya. Ramai banduan dihukum bunuh biarpun terdapat keraguan munasabah yang cukup kuat berhubung kesalahan mereka. Ramai juga yang dibebaskan selepas semakan semula kes mereka yang menunjukkan sabitan kesalahan terdahulu terhadap mereka adalah tidak benar. Namun demikian, keputusan hukuman bunuh adalah teramat sukar untuk ditarik balik disebabkan mahkamah rayuan selalunya tidak mengambil kira bukti baru, membataskan penghakiman mereka pada butiran perbicaraan semata-mata. Bilamana negara membunuh, terdapat risiko kemungkinan mereka yang terhukum mati sebenarnya tidak melakukan jenayah. Masalahnya, mereka terpaksa membayar dengan harga paling mahal, iaitu nyawa mereka sendiri. Dalam banyak kes di seluruh dunia, biarpun keraguan yang kuat seringkali dapat ditunjukkan, namun hukuman bunuh tetap juga dilaksanakan. Banduan yang benar-benar bertuah dibebaskan selepas kes mereka disemak semula. Mustahil untuk menentukan berapa ramai manusia tidak berdosa yang telah – dan sedang – dihukum bunuh. Ini kerana jarang berlaku semakan semula kehakiman atau penyiasatan berhubung kemungkinan kesilapan selepas hukuman bunuh dijatuhkan. Pada tahun 1981, Edmary Mpagi ditangkap atas tuduhan merompak dan membunuh di kampung keluarganya di Uganda. Selepas perbicaraan, dia disabitkan kesalahan dan dihukum bunuh. Dia menghabiskan masa selama 18 tahun di penjara Luzira Upper menunggu pelaksanaan hukuman bunuh. Keluarganya melaporkan orang yang didakwa dibunuh Mpagi masih hidup dan mereka berkempen untuk pembebasannya. Pada Julai 2000, setelah 18 tahun menunggu hukuman bunuh, Edmary Mpagi dibebaskan setelah diputuskan Suruhanjaya Presiden. Di Jepun, Menda Sakae dan tiga orang lagi di hukum bunuh terhadap tuduhan berbeza dalam perbicaaraan berasingan. Mereka dibebaskan dalam tahun 1980 an setelah mahkamah dibuktikan bahawa tuduhan ke atas mereka adalah palsu dan “pengakuan” paksa yang dibuat dalam keadaan mereka disiksa telah digunakan sebagai bukti perbicaraan. Menda Sakae dibebaskan pada tahun 1983, setelah menjalani hukuman 34 tahun penjara dalam penantian menunggu hukuman bunuh. Sepanjang tempoh itu, Sakae telah memohon perbicaraan semula sebanyak enam kali, sebelum rayuannya diterima. Di Amerika Syarikat, sejak tahun 1973, 124 orang yang menunggu pelaksanaan hukuman bunuh dibebaskan kerana mereka kemudiannya didapati tidak bersalah. Ramai yang nyaris dijatuhi hukuman mati. Ramai juga yang menunggu terlalu lama.
(p/s-gambar CCD google, Mumia Abu Jamal, aktivis hak org2 Amerika berketurunan Afrika yg menunggu di penjara hampir 30 tahun, dan sehingga kini masih menunggu hukuman bunuhnya di Amerika Syarikat)
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya
No comments:
Post a Comment