Monday, May 4, 2009

SS No.7:Selsema babi, laba farmasi



Aku kotor jahat bermuslihat

berselimut dalam baik kesihatan

dalam bersih kemuliaan

akulah penyakit

yang akan menjadi wabak

barah merebak

parah

dan nanti

ramailah yang rebah

mati

untuk menghidupkan

aku

dari nafas mereka.

Ha!ha!Ha!

Ketawakanlah aku

sebagai bakteria

sebagai virus

sebagai bangkai

sebagai kuman yang tidak pernah siuman

2 comments:

  1. bro lukih kasi letak tanduk dan bagi dia pegang serampang 3 mata...kaler warna merah..ha..ha..ha(ubi)

    ReplyDelete
  2. Menusuk kalbu.

    ReplyDelete