Friday, May 8, 2009

Hitam Haram

Terbaca berita Mkini - polis rampas pakaian hitam. Malam tadi, 15 laskar demokrasi berbaju hitam ditahan di balai polis Brickfields. Mereka hadir dengan nyalaan lilin bantahan dan solidariti untuk Wong Chin Huat, penyelaras Bersih yang ditahan reman.

Polis mengeluarkan perintah meminta ahli keluarga kepada 15 org tahanan - laskar demokrasi berbaju hitam itu- untuk membawakan pakaian -bukan berwarna hitam- sebelum mereka dibebaskan. Seragam hitam laskar demokrasi dirampas dan kini berbaju hitam nampaknya seolah diharamkan, malah dibenci dan diburu.

siapa tahu kopi 'o'pun nanti kena haram jugak? amacam dengan kempen kopi 'o' brader Pyan?

p/s imej CCD google

7 comments:

  1. salam... bro... aku rasa lepas ni kena warna semua bulu dengan warna selain hitam...

    ReplyDelete
  2. Kalau kempen kopi 'o' subtle sikit. Ha Ha.

    ReplyDelete
  3. nak halau hantu pakai la baju Hijau atau Hitam...depa takut kat kaler2 tu

    ReplyDelete
  4. esok2, seluaq dalam hitam pun kena banned.

    ReplyDelete
  5. ish..ish..ish..susah lah kalo camni..kena tukar kaler rambutlah gayanyer tuhh....

    ReplyDelete