maaf aku tak dapat menyenaraikan kesemua nama guru-guruku kerana mereka terlalu ramai, terlalu banyak, terlalu luas belum habis-habis hingga selesai yang tidak diketahui apa, seperti infiniti - atau jangkauan hari lahir dan mati. aku masih belajar. Pelajaranku hanya akan tamat bila sampai kematian - ada pengajarannya untuk yang hidup! aku teringat pada sebuah lagu ciptaan Yayak Kencrit, kalau aku tidak silap namanya.
"SEMUA ORANG ITU GURU, ALAM RAYA SEKOLAHKU, SEJAHTERALAH BANGSAKU!"
terima kasih buat semua guru-guruku atas pengajaran, pembelajaran, pendidikan, maklumat, ilmu pengetahuan, bahasa dan membaca, yang dulu dan yang kini, yang baru dan yang lama, yang sekarang dan akan datang, yang tua dan yang muda, yang kanak-kanak dan yang ber-anak, yang tinggi dan sebaya, yang kawan dan yang dilawan, yang hidup dan yang mati, yang kusayang dan yang kubenci, yang baik dan yang jahat, yang kool dan yang poyo, yang cantik dan yang hodoh, yang pandai dan yang bodoh, yang tekun dan yang malas, yang susah dan yang senang, yang ikhlas dan yang berkira, di sekolah rasmi dan di sekolah alam raya.
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya
Hi, Marisa here. I sent my zines to Ricecooker already, thanks :)
ReplyDeleteyeah. selamat hari cikgu, guru atau apa2 saja yang berkaitan.
ReplyDeleteya.selamat hari guru buat sekalian yang berguru
ReplyDeleteada lg x lagu alam raya sekolahku tu?
ReplyDelete