Ada:
Hidup. Kejujuran, kesetiaan pada nilai – anutan, kepercayaan yg diyakini. Yakin, hanya keyakinan, hanya rasa dan semangat, kata-kata dan tindakan. Sebenarnya utk aku tak ada maknanya org besar dan org kecil itu, atau makna pada pemahaman –atau kesalahfahaman yg disengaja imankan – oleh fikiranku itu berencam ragam, bercambah beranak pinak, berbagai-bagai pengertiannya. Makna yg tentunya juga bukan satu. Kemutlakan kebenaran muktamad itu bukan aku.
Besar dan kecil itu pada pengaruh, paksaan dan kuasa. Tapi diri juga mesti diduga keyakinannya apabila berdepan menghadapi pengaruh, paksaan dan kuasa. Pengaruh, paksaan dan kuasa apa2pun; politik – perkakas senjata, hukum, undang-undang, penjara, media, teknologi; ekonomi – duit dan harta dan tanah dan rumah dan makan dan makanan dan makan dan minuman dan minum.
Manusia hidup dgn makan dan seks dan minum dan seks. Seks dan makan minum sering terpendam jauh ke dalam litar serabut alam fikiran, di selubung bungkus oleh macam2 hal yg lain kununnya, tamadun, peradaban, kemasyarakatan, politik, ekonomi, kesenian, budaya, penerokaan alam fikiran manusia itu sendiri yg belum habis lagi. Ibarat bangsat kedurjanaan perang, timbul kenyang dan kelaparan, bahagia dan penderitaan.
Hubungan antara orang besar dan kecil itu, jika ada perlu diketahui apakah besar dan kebesarannya, dan jikalau kecil apakah kekerdilan kecilnya itu?
dalam kefahaman aku tak ada org besar dan org kecil itu, biarpun dalam bentuk saiz, ukuran, panjang dan lebar, tinggi dan pendek, banyak dan sikit, gemuk dan kurus, molek dan buruk. Oleh kerana tubuh itu hakikatnya sementara, maka tidak adalah maknanya hal, perkara, sifat, watak besar atau kecil itu semuanya serupa tidak abadi, berubah-ubah. Atau mungkin ada, tetapi aku tidak mahu mengakui dan memilih untuk cuba2 tidak tahu; atau besar kecil tak ada nilainya; atau hasrat, niat, cita-cita, khayalan, harapan, matlamat, objektif, angan2, mimpi2 kesetaraan, keadilan, kemerdekaan, kesaksamaan, kenikmatan hak itu terlalu jauh untuk dirasai. cuma dalam kepala saja.
Kadang-kadang, pengalaman merasai kesetaraan, keadilan, kesaksamaan, kenikmatan hak itu - seperti yang diingin hasratkan diri sudah jadi tidak penting lagi. Peduli apa aku org kecil, kau org besar. Peduli apa aku org miskin kau org kaya. Peduli apa aku org sengkek kau org banyak harta berduit. Peduli apa aku org bodoh kau org pandai. Peduli apa aku org busuk kau org wangi. Peduli apa aku sampah kau org berguna. Peduli apa aku org jahat kau org baik. Peduli apa aku kau ‘kaum bawah mewah’ dan aku kaum ‘kaya kemesraan.’ Peduli itu hanyalah masalah keyakinan saja. Keyakinan kita itu pada apa?
Maharaja, Maharani, permaisuri, raja, sultan, presiden, perdana menteri, bendahara, temenggong, laksamana, demang, penghulu, ahli parlimen, adun, pegawai, ketua, pengarah, encik, tuan, puan, datuk2, tan sri2, tun2, datuk seri2, oo ni orang besar – tapi sikit, kecil jumlahnya.
Pekerja, buruh, peladang, nelayan, petani, penganggur, orang kampung, orang miskin, orang asli, orang gila, banduan, saudara-sedari, kawan2, member2, ooo itu org kecil – tapi ramai, besar jumlahnya.
Kebesaran pada NAMA gelar, pangkat, darjat, kelas, pakaian, kedudukan, status – pada perkakas, guna, simpan dan KERJA nya juga.
Ya pada perkakas, guna, simpan dan kerjanya utk membuat dan menghasil banyak mana makannya, bagus mana seksnya, macam mana pulak beraknya, banyak mana sampahnya menimbun; setinggi menara mencacak tanah mencucuk langit, sebesar kemusnahan bom atau selaju roket mencanak terjah ke angkasa raya.
Selalu dilihat besar dan kecilnya pada mewah dan dhaifnya, pada atas dan bawahnya. Pada TUAN dan HAMBANYA atau pada TUHAN dan HAMBANYA.
Wujud kita apa, di mana dan ke mana? Org besar dan org kecil, sama saja saat berak, kencing dan memancut, juga pada kematian. Akhirnya tinggal keyakinan pada kewujudan kebesaran dan kekerdilan kecil itu. Hilang:
Tak ada.
2:34 pagi
24 jun 2009
tmn rasa sayang, pj
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
ada dalam tiada
ReplyDeletebenar lah kata seorang sahabat bahawa akhirya tiada...
ReplyDeleteantara ada dan tiada,akhirnya.....
ReplyDelete