Friday, June 12, 2009

SS no. 11: Sains kelajuan

Lampu jalan mencacak
Di dada emak
Lemak suara tanah dan air yang menanak nasi itu serak
Bunga-bunga mentol mencacak
Menerang malam yang samar dan kantul
Ia ganti pohon-pohon yang ditebang
Akar dicabut mereput
Dahan dicantas panas tenaga
Pucuk ditetas pantas manusia
Tumbanglah pokok menyembah kalah
Menjadi sisa sia-sia
Kejamnya cita-cita berdarah cinta
Ammarah kuasa amanahnya lupa
Petiklah suis
Kita adalah tenaga
Dan akan menjadi tenaga
Dari sia-sia
Suatu sejarah purba
Nanti
Dikemudian hari.

Disember 2006
Dari bilik di bangsaT® utama, keEL.

2 comments:

  1. betul tu bro rahmat...

    bagi gua sampah yang lame bersarang dalam jiwe ni adalah sebesar harapan rakyat malaysia nak tengok national team kite main world cup. tapi gua rase sume tu dah jadi sampah sehinggakan memperosokkan team kite kebawah tangan ratusan lebih dalam ranking FIFA....

    HARUSKAH AKU SETIE.....??

    ReplyDelete
  2. horas bro,
    Ditunggu buku puisinya yang kedua.

    ReplyDelete