Juan de la Cosa, pelukis peta bersama Columbus memetakan America yang kunun ditemukan pada abad ke 15. Columbus tidak menemukan wilayah baru atau dunia baru. dunia itu bersama penghidupan alam dan manusianya telahpun wujud selama ribuan jutaan tahun. dunia baru itu hanyalah pada lukisan khayal Juan de la Cosa tentang dunianya sendiri, dunia ketamakan Columbus kunun seorang peneroka. dia tidak meneroka apa-apa, melainkan memperluas wilayah kekuasaan Sepanyol, dengan teknologi senjata dan tentera mereka menjajah. peta ini tidak menemukan dunia baru. untuk aku pada hari ini, peta itu hanya menemukan luas ketamakan dan nafsu haloba - penjajahan!
Bro aku baca Star tadi,si penjarah2 penternak lembu semakin rakus menjahanamkan Hutan hujan di sana,hati aku semakin sakit..tengok pribuminya sengsara..
Dalam ekologi kehidupan ini, kita akan melihat kitaran makanan dan bahan buangan. Begitu juga dalam kehidupan berkesenian. Akan ada pengguna/pemakan. Akan ada makanan. Dan akan ada bahan buangan - yang disebut sampah, taik ataupun kotoran. Jadi, Sampah Seni adalah rahmat haron. Malah, rahmat haron juga disamping menjadi sampah/kotoran/bahan buangan dalam masa yang sama adalah pelahap pemakan sampah/kotoran/bahan buangan atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, "scaRVenger." (ha,ha,ha, tak reti eja)
Tak kisah, ini hakikat seburuk apapun perlu diakui. dah memang buruk takkan nak jadi cantik pula. Yang cantik molek adalah para pemakan yang melahirkan bahan buangan/sampah/kotoran seperti aku. sampahseni@gmail.com
RM 20.00 termasuk kos penghantaran (Malaysia). Tempah di terataknuromar@gmail.com atau beli di Koperasi Kedai Buku DBP KL. Edisi Terhad.
majalah sentAp kontemporer - seni tanpa prejudis
sebuah penerbitan seniman visual kontemporer Malaysia.rm15.klik pada gambar, jika mahu membelinya.
TAK NAK US-FTA!!!!
mari bersama melawan perjanjian perdagangan -kunun- bebas Malaysia dan Amerika Syarikat. free trade agreement-FTA-ini merupakan penjajahan atau perompakan yg cukup nyata sekali.demi masa depan tanah air dan kelangsungan hidup generasi akan datang, kita semua perlu menentangnya
Bro aku baca Star tadi,si penjarah2 penternak lembu semakin rakus menjahanamkan Hutan hujan di sana,hati aku semakin sakit..tengok pribuminya sengsara..
ReplyDelete