Friday, June 26, 2009

FTA aku mahu tahu

perjanjian - kunun - bebas Amerika Syarikat (A.S) [US FTA] dengan Malaysia, free trade agreement, terakhir beritanya di kesan pada laporan Bernama, 24 mei lalu; rundingan akan diteruskan, bermula pertengahan bulan Jun ini. tapi kini Jun hampir selesai dan akan datang julai. aku mahu tahu apakah rundingan diteruskan, di mana?kalau ada, kenapa sembunyi2, senyap dan diam? kalau tak ada, tak jadi kenapa tak terbaca pengumuman?


umpannya:

kontrak kerajaan A.S bernilai hampir RM 900 bilion. apa kunun semua kontrak2 ni nak bagi pada kontraktor2 gagal Mesia, yg ada mcm yg buat jambatan runtuh, stadium runtuh, jalan pecah, bumbung bocor, banggunan retak, cat yg cepat luntur, kusam. dan A.S yg dah nak miskin menjunam ini nak bagi pulak pd malaysia, bolehleer bagi. misalnya dia bagi 5 bilion, dia ambil balik 5,000 bilion, memang melampaulah contoh aku ni. tapi pikir lar.berdagang, berdagang yg tinggal sehelai sepinggang?


korbannya:

khidmat kesihatan, makanan, tumbuhan, seumber alam, perubatan negara. hak-hak rakyat ke atas kesihatan akan dirampas, hospital boleh diswasta, akhirnya kalau berduit saja dirawat sakitnya, maka merempat dalam derita rakyat yg sarat berat menanggung beban2 hidup.


berikut diturunkan semula memorandum lama - tapi isunya masih belum lapuk lagi - kpd menteri kesihatan, sewaktu rundingan pusingan ke lapan US FTA, Julai tahun lalu:


KERAJAAN HARUS MEMASTIKAN SYARAT-SYARAT FTA US – M'SIA TIDAK MENJEJASKAN KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA

Kami telah difahamkan bahawa semua Kementerian Kerajaan Malaysia telah dikehendaki memberi maklumbalas kepada Kabinet terhadap Persetujuan Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat (US-M'sia FTA). Mengikut sumber kami, Kabinet harus membuat keputusan dalam jangkamasa dua minggu samada Malaysia harus menandatangani perjanjian FTA atau menangguhkannya buat masa ini.

Pada pandangan kami, Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK), wujudnya beberapa syarat dalam FTA Amerika Syarikat dengan negara-negara ketiga yang, jika diterima dalam FTA US – Malaysia akan membawa kesan negatif pada kesihatan rakyat negara ini. Antara perkara yang akan menyusahkan rakyat kita adalah seperti berikut:

1. Syarat-syarat berkaitan Hak Milik Harta Pencipta "Intellectual Property Rights" seperti

· syarat melanjutkan tempoh patent jika proses pendaftaran patent mengambil masa yang panjang;

· syarat melanjutkan tempoh patent jika didapati bahawa ubat itu boleh diguna untuk merawat penyakit lain;

· syarat "data exclusivity " di mana firma yang mengeluarkan ubat generic tidak boleh merujuk pada data yang telahpun dikemukakan oleh pemegang patent untuk ubat itu. Firma generic itu dikehendaki menjalankan semula semua kajian klinikal untuk membuktikan ubat itu adalah berkesan. Syarat ini akan memperlambatkan proses membawa ubat generic ke Malaysia;

· syarat menyekatkan amalan " parallel import ". Mengikut undang-undang perdagangan antarabangsa yang sedia ada, sesebuah kerajaan boleh mengimpot ubat generic demi kepentingan rakyat walaupun syarikat asal telah mendaftarkan patent untuk ubat tersebut. Kami GMPPK mengalu-alukan keputusan KKM memakai kelonggaran ini untuk membawa ubat generic HIV/AIDS ke Malaysia dengan harga yang hanya 20% harga ubat patent. Keputusan yang bijak dan berani itu telah membolehkan kerajaan Malaysia menawarkan rawatan yang berkesan untuk beribu-ribu pesakit AIDS tempatan. Tetapi, wujudnya syarat-syarat dalam FTA US yang menyekatkan hak ini.

Syarat-syarat seperti yang disenaraikan di atas akan menyebabkan kenaikan harga ubat. Walaupun pada takat ini sebahagian besar daripada ubat-ubat yang digunakan oleh hospital-hospital kerajaan adalah ubat generic, perbelanjaan kerajaan untuk membekalkan ubat telah melambung naik. YB Menteri juga pernah membuat kenyataan akhbar bahawa kos ubat sedang melambung tinggi dan adalah susah untuk kerajaan membayar. Masalah kos akan menjadi lebih serius lagi jika kegunaan ubat generic diketatkan lagi oleh syarat-syarat yang terkandung dalam FTA dengan Amerika Syarikat.

Yang Berhormat, sudahkah Kementerian Kesihatan menjalankan tinjauan untuk menentukan kesan syarat-syarat berkaitan patent ubat terhadap badget kesihatan kerajaan dan juga pada kos ubat di klinik swasta? Apakah cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengawal dan mengurangkan kesan buruk terhadap rakyat kita?

2. Membuka pintu pada syarikat Amerika untuk melabur dalam sektor kesihatan negara kita.

Antara syarat-syarat yang dipohon oleh Amerika adalah kebebasan syarikat Amerika melabur di apa sahja sektor ekonomi yang terbuka pada pihak swasta tempatan. Jadi, oleh kerana kerjaan Malaysia telah membenarkan Hospital Swasta, syarikat Amerika yang ingin membuka hospital swasta mesti diberi kebenaran. Oleh kerana kita membenarkan syarikat Managed Care Organisation (MCO) tempatan, menurut syarat-syarat FTA kita juga mesti membenarkan MCO Amerika masuk pasaran Malaysia jika mereka mahu.

Seperti diketahui oleh Yang Berhormat, masalah terbesar yang dihadapi oleh Hospital Kerajaan adalah penghijrahan kakitangan kesihatan yang mahir ke sektor swasta kerana gaji adalah jauh lebih tinggi. Pada takat ini, walaupun 70% daripada jumlah kemasukan ke hospital (admissions) adalah ke hospital kerajaan, hanya 30% daripada semua pakar di negara kita masih bertugas dalam sistem awam. 70% doktor pakar kita berada di sektor swasta. Pada pandangan kami, kedatangan hospital swasta Amerika akan meningkatkan penghijarahan doktor dan juga kakitangan lain ke sektor swasta. Ini akan memperlemahkan lagi sistem kesihatan awam di negara kita dan akhirnya lapisan-lapisan yang miskin tidak akan menerima rawatan yang diperlukan.

Adakah Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan kajian terhadap kemungkinan ini? Bolehkah KKM meneruskan dengan perkhidmatan pakar yang sedia ada sekarang di seluruh negara sekiranya hospital swasta Amerika membuka cawangan di Malaysia?

Malaysia juga mempunyai 10 kolej perubatan. Adakah KKM melakukan suatu tinjauan terhadap masalah kekurangan kakitangan akademik akibat kedatangan hospital swasta Amerika ke Malaysia? Apakah cadangan KKM untuk menangani masalah-masalah ini?

Kami yakin bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan sedar bahawa sistem kesihatan di Amerika adalah suatu sistem yang tidak effisyen. Walaupun perbelanjaan atas kesihatan di Amerika telah sampai 14.5% daripada Keluaran Kasar Dalam Negara (GDP), masih 60 juta rakyat Amerika tidak dilindungi kerana mereka tidak cukup miskin untuk didaftar dalam skim insurans Blue Cross dan Blue Shield (yang menerima subsidi kerajaan), tetapi tidak cukup kaya untuk membeli polisi insurans swasta untuk diri dan keluarga. Di Malaysia kita hanya menggunakan lebih kurang 4% daripada GDP kita untuk menjaga kesihatan rakyat kita. Apakah sebabnya kami mahu mengalu-alukan suatu sistem yang mahal, membazir dan tidak adil ke negara kita?

3. Syarat-syarat yang akan menyekatkan kuasa kerajaan mengawal amalan yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat.

FTA Amerika dengan negara ketiga mengandungi syarat "expropriation clause " dan juga memberi hak pada syarikat menghadapkan kerajaan ke Mahkamah. Syarat-syarat ini bermakna bahawa syarikat Amerika boleh menghadapkan kerajaan Malaysia ke mahkamah jika keputusan kerajaan mengurangkan pendapatan syarikat itu.

Ini telah berlaku apabila Kerajaan Kanada tidak mahu membenarkan syarikat rokok Philip Morris memasarkan sejenis rokok dengan perkataan " Light" di atas kotak kerana pada pandangan kerajaan, perkataan "Light" akan memberi gambaran bahawa rokok itu tidak merbahaya pada kesihatan. Tetapi syarikat Philip Morris telah mengugut ia ingin menghadap kerajaan Kanada ke Mahkamah dengan memakai " expropriation clause". Akhirnya, kerajaan Kanada telah mengundur dan membenarkan pemasaran rokok dengan perkataan "Light".

Yang Berhormat, wujudnya beberapa syarikat gergasi di Amerika yang mendapat hasil dan keuntungan yang jauh lebih besar daripada badjet tahunan kerajaan Malaysia. Syarat seperti "expropriation clause" ini adalah seperti memberi mereka senjata untuk mengugut kita. Adakah KKM telah mengumpulkan semua insiden yang berlaku di negara-negara yang mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika di mana syarat "expropriation clause" telah dipakai oleh syarikat Amerika untuk mengelak kawalan oleh kerajaan tempatan?

Yang Berhormat, perjanjian FTA ini adalah suatu perjanjian yang begitu luas dan yang akan membawa kesan yang besar terhadap pelbagai aspek kesihatan rakyat kita. Pada pandangan kami, isu FTA dengan Amerika harus dikaji secara terperinci sebelum kita menandatanganinya. Meluluskan perjanjian ini secara tergesa-gesa kerana paksaan Amerika Syarikat yang mahu mematuhi tempoh " fast track" ciptaan mereka adalah suatu langkah yang kurang bijak dan yang akan merugikan rakyat kita.

Kami berharap Kementerian Kesihatan Malaysia akan menasihatkan Kabinet menangguhkan Perjanjian FTA dengan Amerika sehingga semua isu (termasuk beberapa yang dihurai dalam memorandum ini) dianalisa, dibincang dengan teliti dan diselesai.

2 comments:

  1. hah. malaysia kilang dadah. boleh fta juga? haha

    ReplyDelete
  2. atau kilang pelacur. mau fta juga? siapa itu genius matematic yang sudah jadi pelacur? minta balik kita, suruh dia melacur dekat malaysia pula.

    ReplyDelete