dua puluh satu haribulan 6 tahun dua ribu sembilan, jalan ke hadapan masih kabur tak diketahui apa. dalam sunyi atas kertas membaca janji dan harapan, semuanya cantik molek, tetapi untuk memilih perlu dinilai amalannya. aku suka parti dalam ertikata pesta, keramaian, kenduri kendara beraya sakan, bahagia jalan bersama, berarak bergembira, tetapi aku tak suka parti politik. aku tak ada parti politik. aku tak berminat dgn politik dgn niat semata-mata hanya utk mendpt undi, menang pilihanraya - dan politik berhenti di atas kerusi kuasa. kita semua kena tahu apa yg diamal buat dgn jawatan kerusi kuasa itu.
politik itu ttg bagaimana kejadian aturan cara-cara hidup bermasyarakat itu disusun - apakah dgn memberi hak-hak asasi manusia dan kemerdekaan sejati; atau dgn merampas hak-hak rakyat jelata yg diperintah, menindas mereka dan memonopolikan kebenaran, memilikpunyakan HAK KE ATAS NYAWA rakyatnya ke pusat pemerintahan di tangan PENGUASA!
aku tak pernah menyokong seorg manusia bernama Anwar Ibrahim hanya kerana dia Anwar Ibrahim, yg dinilai amalan dan pengalamannya. tetapi aku menyokong dan bersimpati pd Anwar Ibrahim kerana walaupun dia dulu TPM, tapi akhirnya pusat Kekuasaan tetap juga merampas hak-hak asasnya sbg manusia, berulang2 kali, dan mungkin tidak lama lagi akan terjadi lagi; bayangkan pula nasib jutaan manusia di tanah air ini, yg bukan pernah jd TPM, yg pendapatan penghasilan hidupnya lebih rendah? org setinggi itu pun kena, org serendah kita dah mmg terhina. nasib org2 tak berkuasa spt aku, engkau, mereka dan kita semua.
spt yg pernah terjadi kpd dua bekas perdana menteri, Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman, mati sebagai ahli jawatankuasa penaja Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM), yang menunggu selama 10 tahun utk didaftarkan sbg pertubuhan, berjuang di luar Pusat Kekuasaan Umno, biarpun suatu waktu PERNAH berada memerintah di sana, dgn sifat2 yg sama juga, akhirnya ditindas oleh sifat2, perkakas, alat2 dan cara yg sama dalam diri org lain pula.
samalah juga, aku membenci Dr.Mahathir, bukanlah kerana dia seorg MAMAK, darah keturunan India. Mamak dan darah keturunan India - tidak bermakna apa2 dalam menilai harkat kemanusiannya. Firaun, dibenci bukan kerana dia org Mesir tapi kerana sifat2 kezalimannya. kemuliaan dan kehinaan seseorg itu bukan pd keturunannya, kalau seorg peranakan Harry Lee Kuan Yew itu kejam bukan sbb dia seorg Cina. kekejaman tidak sama dgn keturunan.
jadi bila kita berckp ttg hak2 yg dirampas ini, sebenarnya kita semua merasainya. kita boleh seiring dgn Pakatan Rakyat, kerana gagasan molek Ketuanan Rakyat - mengangkat apa yg dialami dan diimpikan rakyat, keadilan dan hak-hak asas politik, ekonomi, sosial dan budaya. tapi kalau moleknya hanya pd manifesto, para pengundi akan terpaksa memikir dgn lebih dalam lagi. mujur kita ada parti pemerintah yg mengamalkan pemerintahan NEGARA POLIS alah Bodoh Nasional. sikap kukubesi dan kebodohan kerajaan cuba membudayakan kebodohan dalam masyarakat yg makin kurang kedunguannya, makin cerdik, makin bijak, makin banyak maklumat, ilmu dan pengetahuan tempatan dan sejagat (bhs Ing. global dan local, tak tahu pulak glokal tu apa?) akan senantiasa memberi talian hayat buat Pakatan Rakyat atau parti-parti bukan Umno-BN utk hidup bersama rakyat. kerana pilihan akhirnya dipusatkan kpd kuasa parti2 politik dan kerajaan.
simpati dokongan akhirnya akan disuakan buat golongan tertindas - bukan penindas, golongan yg lemah bukan yg kuat, tidak sokong kpd golongan berKUASA dan berpengaruh!
jadi parti2 dlm Pakatan, jgnlah sekali2 beramal utk menindas org lain. kerana semua org tahu, dah naik jelak meluat dgn kesetanan gerombolan umno, 52 tahun dah tak larat dah. tapi org belum tahu lg dgn kesetanan pemegang2 jawatan dlm Pakatan? kalau ada dlm Pakatan. tapi mustahil juga kalau dikatakan tak ada.
dulu, Pas meninggalkan Barisan Alternatif, terbarai sekejap cita2 reformasi. kehangatan tahun 1998-99 tinggal bara pd tahun 2004, tak padam cuma terpendam, org menjd ragu2, tak tentu arah, rinsa runsing mcm lekit mlengas peluh dan bahang cuaca yg panas. kemudian lepas Anwar Ibrahim dr penjara, entah macam mana bersatu balik parti2 yg dulu Barisan ALternatif. pilihanraya 2008, tak ada lawan 3-4 penjuru. satu lawan satu. masih terasa hangat semangat mac08, apakah Pakatan Rakyat juga akan mengalami nasib yg sama?
krisis2 sebegini mematangkan kefahaman aku ttg politik dan mungkin juga semua kita, org2 di luar lingkaran KUASA dan PENGARUH politik parti2 politik.
di tanah air ini, di mana2 di dunia juga, manusia, hak2 dan kepentingannya bukan hanya WUJUD di dalam parti2 politik sahaja. di tanah air ini, di mana2 jua di dunia hari ini, bukan hanya ada wujud sejenis organisasi kuasa bernama parti politik dan kerajaan semata-mata, WUJUD juga alam (termasuk hidupan tumbuhan, galian batu-batuan, haiwan, bintang2, komet, gunung berapi, laut, hutan, manusia dan jutaan cambah buah fikirannya) yg cukup luas, rumit, saling bertentangan, saling bergantungan, bermusuh bersaing memangsa atau hidup berkongsi bersama dalam berencam keragaman, kepelbagaian dan dlm masa yg sama cantum penyatuan. benar, kita belum pernah dapat WUJUD utk memilikpunyakan KETENTUAN.
tapi aku mengerti kemaafan itu lebih mulia dari dendam. biarpun disiksa, ditindas, dimusuhi, ditekan,disekat,dirampas hak-haknya, jika PAS memaafkan UMNO, itu lebih mulia dari PAS membunuh UMNO atas dosa2 masa lalunya pd PAS. kerana Pas tidak mengulang perlakuan yg ditentangnya selama ini. bagaimana pula dgn mereka yg mahu membunuh UMNO dan tidak dpt memaafkan kesalahan, kezaliman Umno atas dasar keadilan bukan dendam, mahu melihat keadilan dilaksanakan?
apakah dgn tidak menghukum bunuh kewujudan UMNO itu, PAS kena pulak menghukum haram, menghancurkan yg lain-lain, yg tidak disukai UMNO. kerana UMNO boleh jadi hanya suka pd PAS, tidak pada yg lain-lain yg bukan PAS - terlalu panjang senarainya. atau PAS bersma UMNO dan bersama dgn yg lain-lain juga - macam mana, apa akan jadi?
tidak, aku bukan KEBENARAN, apa engkau mahu mengaku diri sbg KEBENARAN?
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Salam sore Bung Rahmat,
ReplyDeleteKebenaran kini bukan kebenaran yang batil, berbagai picisan serta 'faktap' dibukukan dan aku sebagai bekas pelajar di sekolah kerajaan telah dibutakan.
hurm..
Walau kita dalil kebenaran dalam helaian pepohon papyrus dari syurga juga mereka boleh bakar la bung.
Walhal andai sampai waktu besok, manusia gugusan Malaysia ini kesemuanya kebongokan umpama 'burung kakak-tua' yang telah disumpah lidahnya.
erm..
Aku hanya berpihak pada 'HAK MASYARAKAT' PUT PEOPLE FIRST! bukan pada UMNO atau PAKATAN atau PAS atau Parti Buku dan memilih ideologi dari berparti.
Aku cuma berharap menjadi manusia yang senang dengan apa yang aku buat tanpa khianat dari tangga pertama hierarki kasta masyarakat Malaya.
-Warga Batu Pahat-
mat,ko byk ilmu mat...aku tak masuk universiti pun takpe janji menuntut ngn ko.respect gile kat otak yang ko ada tu...arap2 bile ko takde nanti,ada manusia yang lahir macam ko lagi.(amir-yang jumpe ko kat pekan frinjan 2.0 shah alam dulu)ingat lagi ke mat kat aku...sejarah2 umno ko leyh ingat takkan yang baru ni tak ingat..hahaha...
ReplyDeletemaner boleh lupa ko amir...ha.ha.teruk ko ni..jgn minat aku..minat idea takper..dan idea nipun bukan aku punya.
ReplyDeleteaku tak bagus manapun..betul...