"Tambak Johor,
Tanjung Puteri, Selat Tebrau, airnya biru," kalau tak silap inilah lirik lagu gubahan Syed Haron, nyanyian Sudirman. hikayat jambatan bengkok, seperti tubuh luka Si Bongkok Tanjung Puteri yg jatuh terduduk, terjelepuk dan tersembab, makin tak larat utk memperpanjang hayatnya. kini, jambatan ketiga dtg merebut pasir tanah air yg sesuka hati dijual. lebar selat tebrau tambah sempit ditambak pasir. jangan nanti selat tebrau hanya jadi longkang memisah pulau dan hujung semenanjung, daratan benua asia. selat tambah sendat mengecil dan wilayah negarapun membesar memakan lautan dengan senjata wang hilanglah perkongsian, menangislah bagi yang tidak punya apa-apa, atau ketawa kerana sedih sudah tidak pedih lagi, ia jadi lawak yg menyeramkan, lucu kengerian kuasa.
dulu, singapura melalui wakil kepentingannya, seorg menteri di malaysia pernah bersuara, Tambak Johor dimilik bersama oleh kerajaan Singapura dan Malaysia. Tapi pendedahan dokumen Tun Kunun Dr. M menyatakan sebaliknya. mujurlah skrg ini, Tun Kunun bukan lagi Mahafiraun, tetapi kunun menjadi pembantah - yg masih berkuasa dan berpengaruh, biarpun tidak semutlak waktu jd PM. mujur juga projek jambatan bengkok tidak jadi, dan yg timbul jambatan ke3, maka dapatlah kita rakyat jelata - yg dulu byk tak tahu apa - melihat dokumen2 spt ini. dedahkan byk lagi ler. aku nak tahu butir2 Perjanjian Malaysia-Singapura Points of Agreement yg ditandatangani diperakui cukup dgn hanya seorg Daim Zainuddin, menteri kewangan tahun 1990 dulu.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Kalau tak silap gua lagu Tanjung Puteri juga pernah dinyanyikan oleh sebuah band rock Loving Born berasal dari Singapura pd tahun 1987.
ReplyDeletefrom-korawk..
Bro Rahmat,thn 2006 kawe lepak situ.Yatie (girl yang selalu lepak kat C.M Busker) tunjuk buku Utopia Trauma kat kawe.masa tu kawe nak beli,tapi xdok sen. Kmudian senyap jah.Kawe mahu buku Utopia Trauma.Maaf terlewat!Bila mahu lepak C.M lagi,tlg bawa,nanti kawe bayar. boleh,bro?
ReplyDelete