Wednesday, June 3, 2009

Nyanyuk Sejarah

aku kira semua orang tahu negara-tentera-senjata-korporat-keparat Amerika Syarikat (A.S) itu jahat. menurut intelektual aktivis, ahli bahasa, pengkritik dari A.S, noam chomsky, penyiksaan merupakan amalan rutin republik itu semenjak zaman awal penubuhannya lagi.

dulu, terutamanya di zaman Mahafiraun selalu kedengaran kecamannya pada pentadbiran A.S.
kecaman yang tidaklah jujur sebenarnya. melainkan untuk mempermainkan sentimen rakyat Malaysia, atau menipu rakyat dunia ketiga, terutamanya orang2 Melayu/ org2 Islam. lebih2 lagi kalau melihat kezaliman A.S di Iraq, Palestin, Afghanistan.
Asia, Afrika, Amerika Latin selalunya tak berapa dipedulikan sgt rakyat Malaysia. terlalu byk sebenarnya kezaliman, PENYEMBELIHAN, pembunuhan, kekejaman A.S. aku cuba google U.S cruelty, hasilnya aku menemui sebanyak 9,880,000 carian tentang kekejaman- US cruelty. atau United States of America+Cruelty, aku menemui 831,000 carian.

aneh dan menghairankan, perhubungan dagang Malaysia-AS telah mencecah USD66 billion. hebat2 Melayu Ameno ni. cakap kunun benci. tetapi sayang. macam kunun menentang. namun yg ditatangnya, tetaplah kertas cap DOLAR itu juga.

aku dapat rasakan, tak lama lagi.
rundingan pusingan kesepuluh Perjanjian Perdagangan -kunun-Bebas (FTA dengan A.S) akan berlangsung pertengahan bulan Jun ini.

"United States Ambassador to Malaysia, James R.Keith, on Thursday that Malaysia was now on the right track to proceed with a new round of negotiations on the FTA with the US following the implementation of the liberalisation policy announced by the Malaysian government recently.
"

aku teringat pd istilah "kemusnahan kreatif"- creative destruction.
PADAN MUKA, SOKONG SEMBAH SUJUD PUJA AMENO LAGI!!!
masalahnya yg tak sokong Amenopun akan kena akibatnya.
ABIS TU???
penjajahan belum abis lagi.

p/s CCD imej google-tahanan Abu Gharib dan tahanan ISA Malaysia

4 comments:

  1. Abang Mat Yang Baek,

    Sewaktu saya bersekolah dahulu - ramai yang suka menconteng dinding bilek ayer dengan perkataan : BENCI TAPI RINDU - Pada waktu itu saya gagal menafsir apa yang dibenci dan apa yang dirindu - Kini saya sudah paham.

    Terima Kaseh

    ReplyDelete
  2. apa yg kita harus lakukan mat?berdemo lg atau.........%$#@*&^%$%^%

    ReplyDelete
  3. saya baca semua yang bro tulis pasal fta.dan memang nampak sangat point untuk menjaja negara.cuma apa yang pelik,adakah sebab duit semua kabinet tengok saja apa yang pemimpin buat?

    ReplyDelete
  4. ada satu cerita iblis perempuan tua. katanya manusia ini mudah digelapkan dgn meletak duit emas menutup pandangan matanya.

    ReplyDelete