tadi malam aku menemani Black dan Meor , dua org penyanyi folk yg aku hormati ke Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya. mereka bakal berdendang dgn lagu juang, dan aku tidak sabar2 mahu melihat persembahan mantap mereka, aku peminat mereka - kawan2ku, aku byk minat member2 sendiri jer, jadi kalau penyanyi polular tu, mmg byknya aku tak tahu, atau cuba tak nak tahu pasal mereka.
senja kami bergerak ke taman tasik dari bangsaT(r). melewati lembah tengah mid valley asalnya dulu sebahagian kg. abdullah hukum dan kg. limau purut, kalau tak silaplah. ya, kami menaiki kereta yg dipandu Black melewati mid valley, ke lebuh raya persekutuan.
persimpangan jalan ke taman tasik jaya, ditutup polis. kami terpaksa memusing jauh, membelok keluar dari lebuhraya persekutuan ke sebelah hotel hilton. banyak jalan yg dijaga polis dan ditutup polis. akhirnya kami meletak kereta berhampiran stesen lrt taman jaya. berjalan melalui amcorp mall dan sampailah ke taman tasik, yg mengandung cerita lara duka derita bersedih kecewa, juga cerita bahagia sihat selamat, pasangan memadu kasih, insan bersenam atau tenggelam, dan ratusan polis-polis yg berkeliaran.
khemah di tepi tasik taman jaya terang dengan lampu kalimantang, tetapi kerusinya hampir kosong tak dilabuhi punggung-punggung melihat panggung. banner, kain rentang bertemakan Bebaskan Burma, Bebaskan Aung San Suu Kyi tergantung.
dari arah luar taman tasik, di sebelah kiri khemah, dalam kegelapan berkumpul ramai org ataupun gerombolan polis sebenarnya sedang mengepung segelintir manusia lemah tak bersenjata mesin, jentera, alat dan perkakas. ratusan anggota polis berbagai pangkat dan jabatan, dari balai, ke ibu pejabat polis hinggalah dari bukit aman agaknya sibuk menghadirkan diri, dengan pistol, senapang mesin, gari, fru dgn belantan dan perisai, seragam pelindung kukuh ampuh, ramai juga yg berpakaian biasa (atau disebut preman, asal kata Free Man-org bebas, apakah polis berseragam tidak bebas?).
mereka mengepung, manusia2 yg bebas ruh dan semangatnya, impian dan harapannya, cita-cita dan perjuangannya. manusia2 terkepung ini, mereka sebenarnya mahu merayakan hari lahir Aung San Suu Kyi, tokoh demokrasi, penerima anugerah nobel keamanan yg kini masih disiksa pemenjaraan oleh rejim junta tentera Burma, juga mengenang nasib warga Burma, warga dunia dan seluruh manusia tertindas di alam ini, di wilayah yg lain, dibahagian lain, tetapi sedang dibelenggu kezaliman pemerintah, di mana-mana dunia hari ini dalam penderitaan dan kesakitan, seprti di Selatan Pattani, Yala dan Narathiwat, seperti berita semalam, dan hari2 yg dulu ttg pembunuhan, kekejaman, penindasan, hak kemerdekaan manusia yg dirampas. kekejaman merentas sempadan, menjelma dgn berbagai harkat, cara, perkakas dan bentuk zalimnya.
minta tolong tengok IC? tanya seorg anggota berpakaian preman kepada aku. boleh minta tengok kad kuasa...? belum sempat aku menghabiskan ayatku, anggota berpakaian preman itu lantas menyeluk poket belakang seluarnya, mengambil dompetduit tebalnya, lantas menunjukkan kad kuasanya, seorang sarjan dari ibu pejabat polis daerah petaling jaya, kerana malap taman diwaktu malam, dan samar cahaya hanya dari lampu kalimantang, aku tak dapat melihat lanjut memeriksa kad kuasanya. lantas ku tunjukkan ic aku. kpd Meor dan Black aku katakan, polis minta IC. tak ada apa, kata polis itu, kami cuma mahu melihat kamu warga Malaysia atau Myanmar-istilah junta tentera bagi merujuk Burma merdeka.
minta tengok kad kuasa, saya tak tengok lagi, tegas Black. dan 'tuan sarjan' berpakaian preman itu sekali lagi memperlihatkan kad kuasanya. eh,nanti dulu, kata Black, saya belum habis meneliti. ketika itu tuan sarjan, sebenarnya aku lupa namanya, ya ketika itu tuan sarjan hanya menyuakan sebentar kad kuasanya.
rupa-rupanya kesemua tetamu acara sambutan hari lahir Aung San Suu Kyii, para pelarian politik dari Burma yg diktiraf haknya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, telah ditahan. kami duduk dibangku sebelah khemah, para aktivis hak asasi manusia ada yg duduk dan ada yg berdiri berkumpul sambil dikepung ratusan polis, barisan peguam yg dipimpin Latheefa Koya tidak habis-habis berunding atau berhujah dgn belasan para pegawai atas polis. kelihatan para wartawan, jurukamera, org2 lamo NGO seperti, Irene Ferenandez, Mas, Siew Eng, Eric, Shao Long, juga tenaga-tenaga muda yg berani bersemangat besi seperti Puspa Rosman, Fadhiah dan ramai juga yg aku kenal muka, tapi lupa namanya, tidak ingat atau memang tidak tahu namanya. para Blogger jaringan RPK dan Anak Bangsa Malaysia juga kelihatan hadir memberikan sokongan.
datang yb Ronnie Liu, exco Selangor. kedengaran dia bercakap kuat dari telefon cuba berunding dgn seseorg, mungkin ketua polis selangor. tapi perundingan gagal dan akhirnya datang lori Black Maria, membawa menahan menangkap para tetamu acara, warga pelarian politik Burma yg ingin merdeka dari pemerintahan kejam junta tentera ke ibu pejabat polis daerah petaling jaya.
aku masih duduk di bangku taman bersebelah khemah, dalam kepungan ratusan anggota polis, menyedut tar, nikotin dan 4,ooo jenis bahan kimia, racun yg dihalalkan undang-undang, aku tetap membeli menghisap rokok, menghembuskan asap tebal, dari paru-paru bersarang candu. aku lihat, tiba-tiba ramai org batuk-batuk dan aku mendengar ramai polis ketawa mengejek.
lampu kalimantang khemah ditutup, banner dan kain rentang diturunkan. dalam gelap malam di taman tasik jaya, kira-kira 40 org aktivis perlahan-lahan beredar pergi ke ibu pejabat polis daerah petaling jaya, kami berjalan, dan aku masih mendengar kokol batuk para hadirin yg cuba merayakan kenduri hari jadi Aung San Suu Kyi -yg berJAYA disensasikan polis, menjadi berita dunia dan hilai tawa ejekan anggota polis yg....... rokok masih terkepit dibibir hitamku. bara membakar hampir ke puntung.
aku, Black dan Meor menumpang kereta peguam hak asasi manusia, Puspa Rosman. polis pakai gas pemedih mata, kata Puspa. aku ada asma, katanya. Black mengutuk penggunaan senjata kimia untuk menyakiti manusia-manusia yg cuba mengingati erti penindasan, kezaliman dan kemerdekaan, makna menjadi manusia bebas. begitu Black bersuara, suara seorg penulis blog, penggiat budaya, kini memimpin NGO pemantau pilihanraya NIEI. aku juga tumpang gembira bila mendapat tahu Black menerima anugerah zamalah intelektual awam, Asian Public Intellectual (API) sesi 2009-10.
inilah politik, sebut Meor pada waktu petang sebelum ke tasik, dan malam itu dia berkata, kuat betul polis ya. negara polis, tegas Black. benar, kata mereka, dan aku bertanya dlm hati, sekarang ini; apakah jenis/bentuk senjata racun kimia gas yg digunakan?siapa menjualnya?bagaimana membelinya?duit dari mana? siapa mendapat untung? siapa mendapat mudarat kesihatan? kenapa ia perlu digunakan? untuk kepentingan siapa?bagaimana bentuk perkakas senjata beracun ini? kerana aku tidak melihat seperti selalunya gas pemedih mata ditembak daripada senjata senapang khusus. kali ini tidak terdengar ledakan. yg didengar hanyalah kokol batuk dan tawa ejekan polis.
di depan balai polis ipd pj, kelihatan yb Tian Chua. tiba detiknya, Black memetik gitar menyanyikan beberapa buah lagu, termasuk lagu selamat hari jadi buat Aung San Suu Kyi kemudian kek hari jadi Aung San Suu Kyi dipotong.
tak lama kemudian kami bertiga, aku, Black dan Meor, pulang kerana ada urusan yg perlu diteruskan. perjalanan aku bersama acara kenduri hari jadi ini selesai setelah kek dipotong. kami tak dapat menunggu di luar balai. kami belum tahu nasib para warga Burma, anak semua bangsa yg memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan dari penindasan kekuasaan NEGARA. di luar balai, kami warga tanah air ini, makan kek sedap, sedap menelan derita, kelat nikmat melawan deraan pemerintah. para pelarian politik Burma ini, jika dipaksa hantar pulang, bakal berdepan dgn ancaman penyiksaan junta tentera, malah nyawa mereka juga semudahnya telah kehilangan harga.
jam sebelas malam, langit masih kelam, kusam berejerebu, tak kelihatan bintang-bintang dan panas masih membahang.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
Man, sorry interrupt.. but did u compose a poem for shamsiah fakeh year ago? Heard, it's goood, but forgotten. Can u reproduce it..?
ReplyDelete*aye, u don need to publish this. just comment back! Thanks...
Alamak,
ReplyDeletePatot lah PJ jem lain macam petang tu. Bodoh lah. Aku agak polis trafik pun buat-buat sibuk menyepir kat padang tu.. Celakak!
nasib baik gua tak menarik kat PJ semalam...! balik awal..
ReplyDelete