Pertama kali di Sungai Sumun, Bagan Datoh.
Anjuran BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama LanteraJiwa
Tarikh : 26 Jun 2009 ( Jumaat )
Masa : 8.30 malam
Tempat :
Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )
Alamat Penuh :
F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.
Masuk : Percuma
* Jamuan makan disediakan.
Para Seniman :
Pyanhabib, Meor, Nik, KulupSakah, Mohammad Hariry, AirMas, Mat Saman Kati, LanteraJiwa & BloggersNetwork@Perak.
Penghargaan kepada Pak Karamu atas budi tajaan tempat, pentas, cahaya, sistem bunyi & makanan.
** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi lanterajiwa@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum 24 Jun 2009. Tema karya adalah bebas
dan pastinya tiada unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.
Nota : Poster dibikin oleh LanteraJiwa.
p/SS:
kalau tema karya adalah BEBAS, kenapa dikata," pastinya tiada unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa?"
Salam... bro.. terima kaseh sebab bagi posting untuk acara ni... ada kesilapan susunan ayat... sepatutnya begini -
ReplyDelete** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi lanterajiwa@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum 24 Jun 2009. Tema karya adalah BEBAS DARI unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.
maaf atas kekhilafan diri hamba...
PASTIKAN LANCAR DAN IANYA LANCAR....
ReplyDeletetunggu abg mat di kajang ajelah....
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletedkt dgn rumah,.insyaallah nnt qhazi pergi..