Tuesday, June 30, 2009

Mahfuz: BN=Bini Najib

akhirnya dapat ditemukan kata utk menjelaskan keadaan, corak, gaya dan kerakusan kerajaan Barisan Nasional hari ini. jika dulu BN=Barang Naik, kini semua barang telah naik harga, dan akan terus naik lagi. jadi barang naik sudah jadi hal biasa, biarpun tidak biasa utk org2 biasa.

Naib Presiden Pas yg baru, Mahfuz Omar telah dengan bijaknya menyimpulkan makna BN sesuai dgn suasana zaman dan pemerintahan Najib hari ini.

BN = Bini Najib

Grafiti di UM: ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’

Salut buat mahasiswa berani,
sebenarnya, dalam perjalanan hidup kita. banyak hal yg terjadi. ada yg kita tahu. ada yg kita tidak tahu. dan ada juga yg kita pilih2 utk tahu. begitulah sebenarnya pada hari Rabu, minggu lalu aku terlepas mendapat tahu tentang berita penangkapan dua org mahasiswa Universiti Malaya (UM),
Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun.
Dua org mahasiswa berani ini, sehingga ke hari ini masih dalam tahanan polis dan dikhabarkan pihak polis sedang mengesan tiga orang lagi rakan mereka, sepertimana yg dilaporkan laman www.um-today.com ,tidak dapat dipastikan apakah dakwaan yg dikenakan terhadap mereka.

Penahanan Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin dikisah tuduhkan kerana luahan marah contengan di dinding bangunan UM, sehari sebelum lawatan Rosmah Mansor ke UM. contengan itu bagaimanapun telah dipadamkan pihak universiti. ia bertulis:


Altantuya, C4, puaka, pembunuh



Saturday, June 27, 2009

Tambak Johor, Tanjung Puteri, Selat Tebrau, airnya biru...ker hijau pekat cokelat??

"Tambak Johor,
Tanjung Puteri, Selat Tebrau, airnya biru," kalau tak silap inilah lirik lagu gubahan Syed Haron, nyanyian Sudirman. hikayat jambatan bengkok, seperti tubuh luka Si Bongkok Tanjung Puteri yg jatuh terduduk, terjelepuk dan tersembab, makin tak larat utk memperpanjang hayatnya. kini, jambatan ketiga dtg merebut pasir tanah air yg sesuka hati dijual. lebar selat tebrau tambah sempit ditambak pasir. jangan nanti selat tebrau hanya jadi longkang memisah pulau dan hujung semenanjung, daratan benua asia. selat tambah sendat mengecil dan wilayah negarapun membesar memakan lautan dengan senjata wang hilanglah perkongsian, menangislah bagi yang tidak punya apa-apa, atau ketawa kerana sedih sudah tidak pedih lagi, ia jadi lawak yg menyeramkan, lucu kengerian kuasa.
dulu, singapura melalui wakil kepentingannya, seorg menteri di malaysia pernah bersuara, Tambak Johor dimilik bersama oleh kerajaan Singapura dan Malaysia. Tapi pendedahan dokumen Tun Kunun Dr. M menyatakan sebaliknya. mujurlah skrg ini, Tun Kunun bukan lagi Mahafiraun, tetapi kunun menjadi pembantah - yg masih berkuasa dan berpengaruh, biarpun tidak semutlak waktu jd PM. mujur juga projek jambatan bengkok tidak jadi, dan yg timbul jambatan ke3, maka dapatlah kita rakyat jelata - yg dulu byk tak tahu apa - melihat dokumen2 spt ini. dedahkan byk lagi ler. aku nak tahu butir2 Perjanjian Malaysia-Singapura Points of Agreement yg ditandatangani diperakui cukup dgn hanya seorg Daim Zainuddin, menteri kewangan tahun 1990 dulu.

Video Perempuan Puaka: respon (RM) Rosmah Mansor


menurut Rosmah Mansor, rakan setugas/sepasukan dgn Najib Razak, seperti yg difahami Lee Kuan Yew, video Rosmah Perempuan Puaka yg kini tersebar luas dan ditonton ramai orang amat mengecewakan dirinya. Rosmah dipetik sebuah laman web Malaysia Instict berkata Rosmanuddin - yg membuat pengakuan keterlibatan Rosmah dlm pembunuhan Altantuya - hanyalah adik angkat, anak angkat ibubapanya, dan bukanlah adik kandungnya. Rosmah juga mengaku tidak kenal watak2 dlm video tersebut. katanya, dia tidak ada sepupu bernama Mohd Arshat atau emak sedara bernama Induk Leha. berikut laporan temuramah malaysia-instict dgn RM (bukan ringgit malaysia, tetapi rosmah mansor):

Malaysia-Instinct: “Datin, can you confirm that that there is one, Rosmanuddin Mansor who is a subject in the video accusing you of murder?”

Rosmah: ‘Yes, Rosmanuddin is my brother. I have not seen the video, and am disappointed that these baseless accusations have been hurled to me.’

Can you describe your ties with the subjects in the video, namely Mohd Arshat – Your cousin, Induk Leha – An aunt, Datin Che Mah – Adopted Family and Neighbour and Ikmal Hisham – Datin Che Mah’s son?

I do not have any cousin named Mohd Arshat, or an aunt Induk Leha, Datin Che Mah or even Ikmal Hisham. They could be my mother’s neighbours, but if indeed they were, I wouldn’t know them as I never grew up in my mother’s kampong in Seri Menanti. From a very young age, I was taken to Rembau by my father’

We traced Rosmanuddin’s address to your house address in Langgak Duta. Can you elaborate on this?

‘As he is my adopted brother (adopted by my parents since he was 12 days old, as he was a baby handed to my parents in the estate clad in a batik cloth), I took it on myself to help him as much as I could. I loved him. My husband even loves his children as his own, so much so that we extended our home to him and his family due to his inability to offer the same to his family. In fact I even gave him an apartment behind the mall. I cannot explain these accusations, and I am deeply hurt that this has come from someone whom I consider very close to me’

Has Rosmanuddin profited from your name or Datuk Seri Najib’s position and why did he claim that he had to leave the country fearing your backlash?

‘I have never got myself involved in whatever accusations these people continue to hurl at me. And finding out that Rosmanuddin had in fact used our names, I continued to try to help him, but by manipulating our reputation, he has crossed the line. In his endeavours, he has also crossed many people and these people now know that my name as well as Datuk Seri’s has been made used off. I cannot help him now and have told him so.’

In the video, you have been accused of abandoning your children from your previous marriage, what do you have to say to this?

‘(Heavy sigh) Rosmanuddin is responsible for spreading these lies, and this has caused a wedge between my daughter and I. I do not wish to elaborate on this as it involves the very people I love and respect. All I can say is that it is untrue (about my abandoning my children). A mother never leaves her own. I am sorry, but I think I have tried very much to help you do your job (in answering these questions) and I hope you respect that these are very personal matters, and very disturbing developments to me. Thank you.’

- Janie G / PJ Moorthy – Malaysia-Instinct

Sumber: http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=8338:when-news-reporting-gets-sensational&catid=35:national-news&Itemid=82

ada dan tak ada

Ada:

Hidup. Kejujuran, kesetiaan pada nilai – anutan, kepercayaan yg diyakini. Yakin, hanya keyakinan, hanya rasa dan semangat, kata-kata dan tindakan. Sebenarnya utk aku tak ada maknanya org besar dan org kecil itu, atau makna pada pemahaman –atau kesalahfahaman yg disengaja imankan – oleh fikiranku itu berencam ragam, bercambah beranak pinak, berbagai-bagai pengertiannya. Makna yg tentunya juga bukan satu. Kemutlakan kebenaran muktamad itu bukan aku.

Besar dan kecil itu pada pengaruh, paksaan dan kuasa. Tapi diri juga mesti diduga keyakinannya apabila berdepan menghadapi pengaruh, paksaan dan kuasa. Pengaruh, paksaan dan kuasa apa2pun; politik – perkakas senjata, hukum, undang-undang, penjara, media, teknologi; ekonomi – duit dan harta dan tanah dan rumah dan makan dan makanan dan makan dan minuman dan minum.

Manusia hidup dgn makan dan seks dan minum dan seks. Seks dan makan minum sering terpendam jauh ke dalam litar serabut alam fikiran, di selubung bungkus oleh macam2 hal yg lain kununnya, tamadun, peradaban, kemasyarakatan, politik, ekonomi, kesenian, budaya, penerokaan alam fikiran manusia itu sendiri yg belum habis lagi. Ibarat bangsat kedurjanaan perang, timbul kenyang dan kelaparan, bahagia dan penderitaan.

Hubungan antara orang besar dan kecil itu, jika ada perlu diketahui apakah besar dan kebesarannya, dan jikalau kecil apakah kekerdilan kecilnya itu?

dalam kefahaman aku tak ada org besar dan org kecil itu, biarpun dalam bentuk saiz, ukuran, panjang dan lebar, tinggi dan pendek, banyak dan sikit, gemuk dan kurus, molek dan buruk. Oleh kerana tubuh itu hakikatnya sementara, maka tidak adalah maknanya hal, perkara, sifat, watak besar atau kecil itu semuanya serupa tidak abadi, berubah-ubah. Atau mungkin ada, tetapi aku tidak mahu mengakui dan memilih untuk cuba2 tidak tahu; atau besar kecil tak ada nilainya; atau hasrat, niat, cita-cita, khayalan, harapan, matlamat, objektif, angan2, mimpi2 kesetaraan, keadilan, kemerdekaan, kesaksamaan, kenikmatan hak itu terlalu jauh untuk dirasai. cuma dalam kepala saja.

Kadang-kadang, pengalaman merasai kesetaraan, keadilan, kesaksamaan, kenikmatan hak itu - seperti yang diingin hasratkan diri sudah jadi tidak penting lagi. Peduli apa aku org kecil, kau org besar. Peduli apa aku org miskin kau org kaya. Peduli apa aku org sengkek kau org banyak harta berduit. Peduli apa aku org bodoh kau org pandai. Peduli apa aku org busuk kau org wangi. Peduli apa aku sampah kau org berguna. Peduli apa aku org jahat kau org baik. Peduli apa aku kau ‘kaum bawah mewah’ dan aku kaum ‘kaya kemesraan.’ Peduli itu hanyalah masalah keyakinan saja. Keyakinan kita itu pada apa?

Maharaja, Maharani, permaisuri, raja, sultan, presiden, perdana menteri, bendahara, temenggong, laksamana, demang, penghulu, ahli parlimen, adun, pegawai, ketua, pengarah, encik, tuan, puan, datuk2, tan sri2, tun2, datuk seri2, oo ni orang besar – tapi sikit, kecil jumlahnya.

Pekerja, buruh, peladang, nelayan, petani, penganggur, orang kampung, orang miskin, orang asli, orang gila, banduan, saudara-sedari, kawan2, member2, ooo itu org kecil – tapi ramai, besar jumlahnya.

Kebesaran pada NAMA gelar, pangkat, darjat, kelas, pakaian, kedudukan, status – pada perkakas, guna, simpan dan KERJA nya juga.

Ya pada perkakas, guna, simpan dan kerjanya utk membuat dan menghasil banyak mana makannya, bagus mana seksnya, macam mana pulak beraknya, banyak mana sampahnya menimbun; setinggi menara mencacak tanah mencucuk langit, sebesar kemusnahan bom atau selaju roket mencanak terjah ke angkasa raya.

Selalu dilihat besar dan kecilnya pada mewah dan dhaifnya, pada atas dan bawahnya. Pada TUAN dan HAMBANYA atau pada TUHAN dan HAMBANYA.

Wujud kita apa, di mana dan ke mana? Org besar dan org kecil, sama saja saat berak, kencing dan memancut, juga pada kematian. Akhirnya tinggal keyakinan pada kewujudan kebesaran dan kekerdilan kecil itu. Hilang:

Tak ada.

2:34 pagi
24 jun 2009
tmn rasa sayang, pj

Friday, June 26, 2009

FTA aku mahu tahu

perjanjian - kunun - bebas Amerika Syarikat (A.S) [US FTA] dengan Malaysia, free trade agreement, terakhir beritanya di kesan pada laporan Bernama, 24 mei lalu; rundingan akan diteruskan, bermula pertengahan bulan Jun ini. tapi kini Jun hampir selesai dan akan datang julai. aku mahu tahu apakah rundingan diteruskan, di mana?kalau ada, kenapa sembunyi2, senyap dan diam? kalau tak ada, tak jadi kenapa tak terbaca pengumuman?


umpannya:

kontrak kerajaan A.S bernilai hampir RM 900 bilion. apa kunun semua kontrak2 ni nak bagi pada kontraktor2 gagal Mesia, yg ada mcm yg buat jambatan runtuh, stadium runtuh, jalan pecah, bumbung bocor, banggunan retak, cat yg cepat luntur, kusam. dan A.S yg dah nak miskin menjunam ini nak bagi pulak pd malaysia, bolehleer bagi. misalnya dia bagi 5 bilion, dia ambil balik 5,000 bilion, memang melampaulah contoh aku ni. tapi pikir lar.berdagang, berdagang yg tinggal sehelai sepinggang?


korbannya:

khidmat kesihatan, makanan, tumbuhan, seumber alam, perubatan negara. hak-hak rakyat ke atas kesihatan akan dirampas, hospital boleh diswasta, akhirnya kalau berduit saja dirawat sakitnya, maka merempat dalam derita rakyat yg sarat berat menanggung beban2 hidup.


berikut diturunkan semula memorandum lama - tapi isunya masih belum lapuk lagi - kpd menteri kesihatan, sewaktu rundingan pusingan ke lapan US FTA, Julai tahun lalu:


KERAJAAN HARUS MEMASTIKAN SYARAT-SYARAT FTA US – M'SIA TIDAK MENJEJASKAN KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA

Kami telah difahamkan bahawa semua Kementerian Kerajaan Malaysia telah dikehendaki memberi maklumbalas kepada Kabinet terhadap Persetujuan Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat (US-M'sia FTA). Mengikut sumber kami, Kabinet harus membuat keputusan dalam jangkamasa dua minggu samada Malaysia harus menandatangani perjanjian FTA atau menangguhkannya buat masa ini.

Pada pandangan kami, Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK), wujudnya beberapa syarat dalam FTA Amerika Syarikat dengan negara-negara ketiga yang, jika diterima dalam FTA US – Malaysia akan membawa kesan negatif pada kesihatan rakyat negara ini. Antara perkara yang akan menyusahkan rakyat kita adalah seperti berikut:

1. Syarat-syarat berkaitan Hak Milik Harta Pencipta "Intellectual Property Rights" seperti

· syarat melanjutkan tempoh patent jika proses pendaftaran patent mengambil masa yang panjang;

· syarat melanjutkan tempoh patent jika didapati bahawa ubat itu boleh diguna untuk merawat penyakit lain;

· syarat "data exclusivity " di mana firma yang mengeluarkan ubat generic tidak boleh merujuk pada data yang telahpun dikemukakan oleh pemegang patent untuk ubat itu. Firma generic itu dikehendaki menjalankan semula semua kajian klinikal untuk membuktikan ubat itu adalah berkesan. Syarat ini akan memperlambatkan proses membawa ubat generic ke Malaysia;

· syarat menyekatkan amalan " parallel import ". Mengikut undang-undang perdagangan antarabangsa yang sedia ada, sesebuah kerajaan boleh mengimpot ubat generic demi kepentingan rakyat walaupun syarikat asal telah mendaftarkan patent untuk ubat tersebut. Kami GMPPK mengalu-alukan keputusan KKM memakai kelonggaran ini untuk membawa ubat generic HIV/AIDS ke Malaysia dengan harga yang hanya 20% harga ubat patent. Keputusan yang bijak dan berani itu telah membolehkan kerajaan Malaysia menawarkan rawatan yang berkesan untuk beribu-ribu pesakit AIDS tempatan. Tetapi, wujudnya syarat-syarat dalam FTA US yang menyekatkan hak ini.

Syarat-syarat seperti yang disenaraikan di atas akan menyebabkan kenaikan harga ubat. Walaupun pada takat ini sebahagian besar daripada ubat-ubat yang digunakan oleh hospital-hospital kerajaan adalah ubat generic, perbelanjaan kerajaan untuk membekalkan ubat telah melambung naik. YB Menteri juga pernah membuat kenyataan akhbar bahawa kos ubat sedang melambung tinggi dan adalah susah untuk kerajaan membayar. Masalah kos akan menjadi lebih serius lagi jika kegunaan ubat generic diketatkan lagi oleh syarat-syarat yang terkandung dalam FTA dengan Amerika Syarikat.

Yang Berhormat, sudahkah Kementerian Kesihatan menjalankan tinjauan untuk menentukan kesan syarat-syarat berkaitan patent ubat terhadap badget kesihatan kerajaan dan juga pada kos ubat di klinik swasta? Apakah cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengawal dan mengurangkan kesan buruk terhadap rakyat kita?

2. Membuka pintu pada syarikat Amerika untuk melabur dalam sektor kesihatan negara kita.

Antara syarat-syarat yang dipohon oleh Amerika adalah kebebasan syarikat Amerika melabur di apa sahja sektor ekonomi yang terbuka pada pihak swasta tempatan. Jadi, oleh kerana kerjaan Malaysia telah membenarkan Hospital Swasta, syarikat Amerika yang ingin membuka hospital swasta mesti diberi kebenaran. Oleh kerana kita membenarkan syarikat Managed Care Organisation (MCO) tempatan, menurut syarat-syarat FTA kita juga mesti membenarkan MCO Amerika masuk pasaran Malaysia jika mereka mahu.

Seperti diketahui oleh Yang Berhormat, masalah terbesar yang dihadapi oleh Hospital Kerajaan adalah penghijrahan kakitangan kesihatan yang mahir ke sektor swasta kerana gaji adalah jauh lebih tinggi. Pada takat ini, walaupun 70% daripada jumlah kemasukan ke hospital (admissions) adalah ke hospital kerajaan, hanya 30% daripada semua pakar di negara kita masih bertugas dalam sistem awam. 70% doktor pakar kita berada di sektor swasta. Pada pandangan kami, kedatangan hospital swasta Amerika akan meningkatkan penghijarahan doktor dan juga kakitangan lain ke sektor swasta. Ini akan memperlemahkan lagi sistem kesihatan awam di negara kita dan akhirnya lapisan-lapisan yang miskin tidak akan menerima rawatan yang diperlukan.

Adakah Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan kajian terhadap kemungkinan ini? Bolehkah KKM meneruskan dengan perkhidmatan pakar yang sedia ada sekarang di seluruh negara sekiranya hospital swasta Amerika membuka cawangan di Malaysia?

Malaysia juga mempunyai 10 kolej perubatan. Adakah KKM melakukan suatu tinjauan terhadap masalah kekurangan kakitangan akademik akibat kedatangan hospital swasta Amerika ke Malaysia? Apakah cadangan KKM untuk menangani masalah-masalah ini?

Kami yakin bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan sedar bahawa sistem kesihatan di Amerika adalah suatu sistem yang tidak effisyen. Walaupun perbelanjaan atas kesihatan di Amerika telah sampai 14.5% daripada Keluaran Kasar Dalam Negara (GDP), masih 60 juta rakyat Amerika tidak dilindungi kerana mereka tidak cukup miskin untuk didaftar dalam skim insurans Blue Cross dan Blue Shield (yang menerima subsidi kerajaan), tetapi tidak cukup kaya untuk membeli polisi insurans swasta untuk diri dan keluarga. Di Malaysia kita hanya menggunakan lebih kurang 4% daripada GDP kita untuk menjaga kesihatan rakyat kita. Apakah sebabnya kami mahu mengalu-alukan suatu sistem yang mahal, membazir dan tidak adil ke negara kita?

3. Syarat-syarat yang akan menyekatkan kuasa kerajaan mengawal amalan yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat.

FTA Amerika dengan negara ketiga mengandungi syarat "expropriation clause " dan juga memberi hak pada syarikat menghadapkan kerajaan ke Mahkamah. Syarat-syarat ini bermakna bahawa syarikat Amerika boleh menghadapkan kerajaan Malaysia ke mahkamah jika keputusan kerajaan mengurangkan pendapatan syarikat itu.

Ini telah berlaku apabila Kerajaan Kanada tidak mahu membenarkan syarikat rokok Philip Morris memasarkan sejenis rokok dengan perkataan " Light" di atas kotak kerana pada pandangan kerajaan, perkataan "Light" akan memberi gambaran bahawa rokok itu tidak merbahaya pada kesihatan. Tetapi syarikat Philip Morris telah mengugut ia ingin menghadap kerajaan Kanada ke Mahkamah dengan memakai " expropriation clause". Akhirnya, kerajaan Kanada telah mengundur dan membenarkan pemasaran rokok dengan perkataan "Light".

Yang Berhormat, wujudnya beberapa syarikat gergasi di Amerika yang mendapat hasil dan keuntungan yang jauh lebih besar daripada badjet tahunan kerajaan Malaysia. Syarat seperti "expropriation clause" ini adalah seperti memberi mereka senjata untuk mengugut kita. Adakah KKM telah mengumpulkan semua insiden yang berlaku di negara-negara yang mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika di mana syarat "expropriation clause" telah dipakai oleh syarikat Amerika untuk mengelak kawalan oleh kerajaan tempatan?

Yang Berhormat, perjanjian FTA ini adalah suatu perjanjian yang begitu luas dan yang akan membawa kesan yang besar terhadap pelbagai aspek kesihatan rakyat kita. Pada pandangan kami, isu FTA dengan Amerika harus dikaji secara terperinci sebelum kita menandatanganinya. Meluluskan perjanjian ini secara tergesa-gesa kerana paksaan Amerika Syarikat yang mahu mematuhi tempoh " fast track" ciptaan mereka adalah suatu langkah yang kurang bijak dan yang akan merugikan rakyat kita.

Kami berharap Kementerian Kesihatan Malaysia akan menasihatkan Kabinet menangguhkan Perjanjian FTA dengan Amerika sehingga semua isu (termasuk beberapa yang dihurai dalam memorandum ini) dianalisa, dibincang dengan teliti dan diselesai.

Rosmah dan Fathi Aris Omar

Fathi Aris, seorang wartawan dan pengarang telah mengulas isu video Rosmah Perempuan Puaka. Di laman blognya, (klik Patah Balek) , Fathi mengimbas pengalamannya sewaktu menjadi wartawan di MStar, dan bagaimana berita perkahwinan Azrene Soraya, anak perempuan Rosmah dengan Dr. Fadzly telah ditenggelam-pendam-padam-sensorkan, atas arahan pihak atasan. siapa memberi arahan? kalau rajin, tak ada buat kerja lain, ada plak minatnya, bacalah ===++==> http://patahbalek.blogspot.com/

Thursday, June 25, 2009

TINGGALKAN SEGALANYA, SEKALI LAGI

Manifesto pertama gerakan infrarrealismo

“Empat jam cahaya ke penghujung sistem solar; ke bintang terdekat, empat tahun cahaya. Lopong ketidakseimbangan lautan kekosongan. Tapi apakah kita benar-benar yakin yang ianya cuma kekosongan? Kita hanya tahu dalam ruang itu tiada bintang terang; jika ia wujud, apakah ia nampak? Dan jika ia wujud, bentuknya cerah atau gelap? Bolehkah ia tidak terjadi pada peta cakrawala, hanya di bumi, bahawa kota-kota berbintang ditunjuk tandakan dan bintang desa kampung-kampung diabaikan?”

-Penulis fiksi Soviet menggaruk mukanya di tengah malam.

- Infra matahari (Drummond akan berkata, budak-budak proletariat yang gembira).

-Peguero dan Boris sendiri di bilik darjah bawah meramalkan keajaiban di balik pintu.

- Duit Percuma

*

Siapa yang menjelajah kota dan untuk musik akan hanya mendengarkan siulan kawannya sendiri, kata-kata kekaguman dan kemarahan dirinya sendiri?

Jantan kacak yang tidak tahu
Kemuncak orgasme gadis pada kelentitnya

(Tengok, bukan saja dalam muzium ada taik) (Proses memuziumkan diri sendiri itu juga) (Tentunya semua itu telah disebut dedahkan).

*

Adik beradik kita:


para penembak tersembunyi (sniper), orang-orang biasa yang sunyi sendiri di warung-warung Cina di Latin Amerika, pelapah daging di pasar, dalam dilema diri dan masyarakat yang dasyat; kemandulan tindakan dan penyiasatan (pada tahap diri atau muram kemendungan pertentangan estetika) tindak persajakan.


*

Bintang-bintang cerah kecil abadi berkerlip pada kita dari tempat di alam semesta bernama rangkaian lorong serabut dan berselirat – suatu labirin.

-Kelab-Joget kesedihan.

-Pepito Tequila meratap dalam esak sendu untuk cintanya Lisa Underground.

-Dia isap, kau isap, kita isap.

-Dan Seram

*

Tabir-tabir air, simen, atau tin memisahkan mekanisme budaya, yang mana ia menyediakan kesedaran dan bontot kelas penguasa, dari peristiwa budaya yang hidup, digosok gilap bersih, dalam hidup dan mati yang tidak henti-henti, kedunguan sejarah dan seni halus (pencipta tiap hari mencipta sejarah gilanya sendiri dan seni halusnya yang menakjubkan), tubuh yang tiba-tiba menguji sensasi kehebatan dirinya, produk zaman yang sedang membawa kita mendekati jamban dan revolusi pada kelajuan 200 km sejam.

“Bentuk baru, bentuk aneh, jarang ditemukan”, seperti kata Bertolt yang telah tua, separuh ingin tahu dan setengah senyuman.

*

Sensasi tidak muncul tanpa sebab (kenyataan ketara kenyataan-kenyataan), namun daripada realiti yang ditetap kurungkan, dengan seribu cara, terus mengalir.

-Realiti yang rumit menjadikan kita mabuk laut!

Justeru, boleh jadi sebahagiannya adalah kelahiran dan sebahagiannya lagi kita yang di barisan hadapan (vanguard) untuk merasai sakit kematian yang amat sangat. Bentuk-bentuk kehidupan dan bentuk-bentuk kematian melewati retina mata kita setiap hari. Pergeseran antara bentuk-bentuk ini melahirkan bentuk-bentuk infrarrealis : MATA PERALIHAN

*

Masukkan seluruh kota ke dalam hospital permai sakit jiwa. Adik manis, lolongan kereta kebal, lagu-lagu khunsa, gurun berlian, kita hanya hidup sekali dan setiap hari penglihatan tambah besar memukal ruang dan licin menggelincir. Adik manis, ditumpangkan ke kota purba Monte Albán. Pasang tali pinggang keledar sebab bangkai-bangkai telah disiram. Adegan pengurangan.

*

Dan kebaikan budaya borjuis? Dan ahli akademik dan gerombolan penjenayah? Dan barisan hadapan (vanguards) dan pasukan belakang (rearguards)? Dan beberapa gagasan tentang cinta, pemandangan indah, ketepatan dan persenjataan multinasional Colt?

Seperti yang kukatakan pada Wali-Keadilan dalam mimpi yang aku alami sekali: Malahan kepala-kepala para bangsawan tidak dapat menggunakan kita sebagai senjatanya.

*

-Bahagian baik dalam dunia ini adalah dilahirkan dan bahagian baik yang lainnya adalah kematian, dan kita semua tahu yang kita semua mesti hidup atau kita semua mesti mati: tidak ada jalan tengah.

Chirico berkata: fikiran perlu menjarak pergi daripada semua hal yang dipanggil logika atau kewarasan yang wajar, perlu pergi jauh daripada semua masalah manusia, namun demikian perkara-perkara muncul di bawah ciri rupa wajah dan segi yang baru, ibarat dicerahkan oleh buruj bintang yang muncul buat pertama kalinya.

Infrarrealis berkata: Kita akan memenuhkan kepala kita dengan semua masalah-masalah manusia, dengan yang demikian segala hal dan perkara akan bergerak dalam diri kita sendiri, suatu wawasan luar biasa manusia.


-Buruj bintang Burung Cantik.

-Infrarrealis mencadangkan pengaslian asal kepada dunia: orang asli Indian yang segan, pemalu dan tergila-gila.

-Lirisme baru, yang mula membangkitkan Amerika Latin, mendokong dirinya dengan cara-cara yang tanpa gagal mengkagumkan kita. Jalan untuk masuk ke dalam perkara, merupakan jalan pengembaraan penuh debar dan berbahaya: sajak adalah perjalanan dan penyajak adalah wira yang mendedahkan wira-wira. Kelembutan adalah seperti senaman dalam kelajuan. Pernafasan dan bahang haba. Pengalaman tergesa-gesa, struktur yang melahap bentuknya sendiri, pertentangan-pertentangan yang sasau.

Jika penyajak berserabut, pembaca juga mesti menyerabutkan dirinya juga.

“buku-buku erotik tanpa ejaan


*

RIBUAN PENERAJU BARISAN HADAPAN (VANGUARD) TAHUN 60 AN YANG DIPENGGAL telah mendahuli kita

kembang 99 kuntum bunga-bunga umpama kepala lopong – yang dipecahkan

Pembunuhan beramai-ramai, kem-kem tahanan baru

Sungai-sungai Putih bawah tanah, angin ungu

Ini masa-masa susah untuk sajak, kata sesetengah orang, minum teh, mendengar musik di pangsapuri-pangsapuri mereka, bercakap (mendengar) guru-guru tua. Ini waktu sukar buat manusia, kata kita, berpaling pada benteng-benteng setelah seharian penuh memburuh taik dan gas pemedih mata, meneroka/ mencipta musik malah di rumah pangsa kita, menghadap saujana pemandangan kuburan-yang-luas, di mana mereka [sic] dalam putus asa meneguk secangkir teh atau mabuk dengan kemarahan yang meluap-luap atau lembap kelumpuhan guru-guru tua.

SAAT-SAAT YANG DINANTI-NANTIKAN telah mendahuli kami

((Belalah beruk-beruk dan beruk-beruk itu akan menggigit kamu))

[bhs Sepanyol: Cría zambos y te picarán los callos]


Kita masih di zaman manusia (era quaternary, zaman geologi termuda). Apa kita masih di dalam zaman manusia?

Pepito Tequila mengucup puting Lisa Underground yang bersinar cahaya pendar dan melihat dia pergi ke pantai yang mana piramid-piramid hitam tumbuh.


*
Aku ulangi:

penyajak ialah wira yang mendedahkan wira-wira, seperti tumbangnya pohon merah yang mengisytiharkan permulaan hutan.

-Ketekunan istiqamah usaha-usaha etika dan estetika membuka jalan perubahan dengan pengkhianatan-pengkhianatan atau kelangsungan hidup yang menyedihkan.

-Dan seorang individu akan mampu melangkah seribu kilometer tetapi akhirnya jalan yang dipijak itu akan memakan dirinya.

-Etika kita adalah Revolusi, estetika kita adalah Hidup: seperkara tunggal.

*

Bagi kaum borjuis dan borjuis kecil hidup adalah parti. Setiap minggu mereka berpesta. Proletariat tidak ada pesta keramaian berseronok. Hanya pengkebumian berirama. Ini akan berubah. Yang diperas akan mengadakan parti besar-besaran. Ingatan dan kacip gergasi pemenggal kepala. Merasainya, mengalaminya pada malam-malam tertentu, menciptakan mata-mata parang dan sudut-sudut lembap melengas, ibarat mengusap mata-mata tajam semangat yang baru.

*

Pengembaraan sebuah sajak melalui musim-musim rusuhan: sajak menghasilkan penyajak menghasilkan puisi menghasilkan sajak. Bukan lembah eletrik/ penyajak dengan lengan-lengan terpisah dari tubuh/ puisi perlahan-lahan mengambil alih Wawasan dirinya tentang Revolusi. Lembah ini adalah titik berencam rumit. “Kita akan terus mencipta agar dapat meneroka pertentangannya, bentuk-bentuk keengganan tak terlihat, hinggalah diperjelaskan.” Perjalanan tindakan menulis melalui zon-zon yang tidak langsung menolong tindakan penulisan itu.

Rimbaud, baliklah ke rumah!


Menggulingkan kenyataan sehari-hari tentang sajak moden. Pengurungan-pengurungan yang mendorong putaran kenyataan sebuah puisi. Rujukan yang baik: si sasau Kurt Schwitters. Lanke trr gll, o, upa kupa arggg, siaran saluran rasmi, para penyiasat tutur bunyi kata mengkanunkan lolongan itu. Jambatan-jambatan Noba Express adalah anti-pengkanunan: biarkan dia menjerit, biarkan dia melaung (tolong jangan ambil pensil atau kertas, jangan merekod dirinya, jerit bersama-samanya jika kamu mahu ikut serta), jadi biarkan dia menjerit, agar dapat melihat apakah wajahnya bila dia selesai, apakah hal-hal tidak masuk akal yang kita alami.

Jambatan-jambatan kami untuk mengabaikan stesen-stesen., puisi menghubung kaitkan kenyataan dan khayalan.

*

Dengan getaran

*

Apa yang dapat ku pinta dengan lukisan Amerika Latin sekarang? Apa yang dapat kupinta daripada teaternya?

Lebih terdedah dan ekspresif, lalu berhenti dalam taman yang dirobohkan kerana kabus tebal dan melihat orang melintas lebuh-lebuh dalam kumpulan (yang mana berjangkit dan mewabak), apabila terlalu banyak kenderaan, seperti para pejalan kaki, terdesak cepat-cepat sampai ke pondok-pondoknya, dan inilah waktunya bila mana pembunuh-pembunuh keluar dan para mangsanya mengekori mereka.

Apakah kisah-kisah sebenarnya yang hendak diceritakan para pelukis kepadaku?

Petak yang menarik, warna dan bentuk tetap, paling baik ia hanyalah sindiran buat gerakan. Kanvas-kanvas yang hanya menjadi poster-poster terang di dalam kamar-kamar para doktor dan jurutera yang mengumpulnya.

Seorang pelukis dijadikan selesa dalam masyarakat yang semakin hari menjadi lebih “pelukis” dari pelukis itu sendiri, dan di sinilah si pelukis ditemukan tanpa senjata dan didaftarkan sebagai seorang badut pelawak.

Jika suatu lukisan bikinan X ditemukan di sesetengah jalan oleh Mara [Oddete], lukisan ini akan dapat memiliki suatu penghormatan bermaklumat yang cukup menghiburkan hati; [dalam] sempit ruang tamu yang secantik hiasan kerusi besi borjuis/ persoalan retina mata?/ya atau tidak/ tetapi lebih baik untuk mencari (dan malangnya untuk menyusun dalam suatu sistem pada suatu waktu) faktor-faktor peledak, kesedaran kelas, seratus peratus keprihatinan pada kerja, dalam persandingan terhadap suatu nilai “kerja” yang mendahuluinya dan menentukan syarat-syaratnya.

-Seorang pelukis meninggalkan studio dan APA SAJA status quo dan memenuhkan kepalanya dengan pertanyaan-pertanyaan pada diri sendiri/ atau siap untuk bermain catur seperti [Marcel] Duchamp/ Sebuah lukisan yang menunjukkan bagaimana untuk melukis lagi/ Dan sebuah lukisan dari kemiskinan, percuma atau terlalu murah, tidak siap, dari penyertaan, dari mempertanyakan penyertaannya, daripada pemanjangan rohani dan jasmani yang tidak terbatas.

Lukisan terbaik Latin Amerika ialah lukisan yang memiliki tahap-tahap ketidaksedarannya, permainannya, pesta keseronokannya, eksperimen yang memberikan kita wawasan nyata tentang siapakah kita dan mendedahkan kita apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikan lukisan terbaik Amerika Latin yang kita lukiskan dengan hijau dan merah dan biru pada rupa-rupa kita, untuk mengenal diri kita sendiri dalam penciptaan terus menerus dari puak suku kaumnya.

*

Cubalah mengabaikan segalanya setiap hari

Arkitek, mengabaikan pembinaan daripada tahap-tahap dalaman dan menghulurkan tangan-tangan (atau menggengamnya, tergantung pada tempatnya) ke arah ruang ini pada luarannya. Tembok dinding dan siling menjadi berguna bila ia tidak hanya digunakan untuk tidur atau melindung dari hujan tetapi apabila ianya mendirikan, memulakan, misalnya, pada setiap tingkah perlakuan tidur setiap hari, kesedaran yang menghubungkan manusia dan ciptaannya, atau hanya kemustahilan sementara darinya.


Bagi seni bina dan arca, infrarrealis bermula daripada dua titik: benteng dan katil.

*

Khayalan yang benar adalah imaginasi yang berkesan, menjelaskan, menyuntik kuman paling bernilai ke dalam khayalan orang lain. Dalam sajak dan dalam apa saja yang sepatutnya, jalan kepada sesuatu perkara itu masih perlu melalui jalan pengembaraan penuh debar dan berbahaya. Menciptakan perkakas untuk kegiatan subversif sehari-hari. Musim-musim subjektif menjadi manusia, dengan keindahan pepohonnya, meraksasa dan lucah, seperti makmal uji kaji. Membuktikan, melihat tanda-tanda daripada keadaan-keadaan yang bergerak seiring dan membajak seumpama garukan berdarah ke atas dada, pada wajah. Perumpamaan-perumpamaan tentang rupa yang tidak habis-habis. Mereka terlalu ramai. Apabila muncul muka-muka baru kita tidak mengambil kira mereka, biarpun kitalah yang menciptakan mereka/ melihat ke dalam cermin. Malam-malam menyiksakan. Tanggapan dikangkang bukakan oleh cara-cara daripada anutan etika estetika yang paling melampau.


*

Cakrawala cinta muncul di atas kedua belah tapak tangan kita.

-Para penyajak, biarkan rambut engkau terhurai (kalau ada)

-Bakar sampahmu dan mulakan menyintai sehinggalah engkau mendapat puisi-puisi tak ternilai harganya.

-Kita tidak mahu lukisan-lukisan dengan bahan tiruan, tetapi fajar besar sintetik matahari menyinsing terbenam.

- Kelajuan kuasa kuda 500 kilometer sejam.

- Tupai-tupai api melompat ke pokok-pokok api

- Suatu pertaruhan untuk melihat siapakah yang pertama sekali mengerdip, di antara saraf dan pil tidur


*

Risiko senantiada ada di tempat lain. Penyajak sebenar ialah seorang yang selalu menyingkirkan dirinya sendiri. Jangan terlalu lama di satu-satu tempat, seperti para gerilya, seperti UFO, seperti putih mata-mata banduan digari rantai-rantai tak berkesudahan.

*

Paduan dan letupan dari dua tebing: penciptaan seperti grafiti lancang berani dan pembukaannya dirasmikan oleh seorang budak sasau.

Tak ada yang mekanikal. Skala-skala ketakjuban. Seseorang itu, mungkin Hieronymus Bosch, memecahkan akuarium cinta. Duit percuma. Adik manis.

Menikmati wawasan-wawasan hawa nafsu seperti bangkai-bangkai. Budak kecil memotong daging dari kucup ciuman sehingga Disember.

*

Jam dua pagi, setelah dapat hadir ke rumah Mara, kami mendengar (Mario Santiago dan sebahagian dari kami) tawa yang datangnya dari mewah rumah penthouse banggunan 9 tingkat. Mereka tidak berhenti, mereka ketawa dan ketawa manakala kami tidur bertopang bumbung pondok-pondok telefon. Cukuplah buat masa ini kalau hanya Mario saja yang masih cuba memberi perhatian pada tawa itu (penthouse itu merupakan bar golongan gay atau suatu yang lebih kurang sama dengannya dan Dario Galicia pernah memberitahu kami bahawa polis selalu waspada menjaga bar itu). Kami cuba membuat panggilan telefon tetapi duit syilingnya dibuat daripada air. Tawa itu berterusan. Setelah kami beredar meninggalkan daerah itu, Mario memberitahu aku sebenarnya tidak ada orang yang ketawa, ia hanyalah rakaman ketawa dan di atas sana, di dalam penthouse itu, sekumpulan kecil, atau mungkin hanya ada seorang homoseksual, mendengar dalam sunyi rakaman tawanya itu dan membiarkan kami mendengarnya.

-Matinya seekor angsa, lagu terakhir angsa itu, lagu terakhir angsa hitam, BUKAN di dalam Bolshoi tetapi dalam kesakitan dan kecantikan jalan-jalan yang tidak tertahan lagi.

-Pelangi yang bermula dalam wayang kematian yang ngeri dan berakhir dalam kilang permogokan.

-Kenyanyukan itu tidak pernah mengucup cium mulut kita. Ia tidak pernah mencium kita.

-Kita mengimpikan utopia dan tersentak bangun, lalu menjerit.

- Seorang pengembala lembu yang gagal sunyi miskin pulang ke rumahnya, itulah ketakjubannya.

*

Membuat sensasi-sensai baru tumbuh – kegiatan subversif penggulingan sehari-hari.

O.K.

TINGGALKAN SEGALANYA, SEKALI LAGI AYUH BERJALANLAH.

MULAKAN PERJALANAN



Roberto Bolaño, México, 1976

(terjemahan sembarang aku,2009)

Manifesto pertama Infrarrealismo

akupun tak reti bhs Sepanyol ni, carian di google akhirnya menemukan aku pada satu blog, yg telah membuat terjemahan manifesto ini dalam bhs Inggeris, dan aku sdg mengusahakan terjemahan manifesto ini ke dlm bhs Malaysia.

manifesto bhs Ing (klik sini)

laman Infrarrealismo, manifesto dlm bhs Sepanyol (klik sini)

Wednesday, June 24, 2009

S'pura-M'sia: nampak makin baik; amacam Tun Kunun?

bulan Mei 09 lalu, isteri kpd perdana menteri Malaysia, Najib Razak membuat lawatan ke Temasik.

Jun 09 ini pula Malaysia dikejutkan (atau kurang terkejut kerana isu kerajaan perpaduan) dgn lawatan luar biasa Mental Mentol (MM) Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) ke Malaysia.

semalam, hubungan ukhuwah pemerintah dua negara ini diperkukuhkan lagi (klik utk berita). menteri luar Singapura George Yeo datang ke kuala lumpur bertemu rakan sejawatnya Anifah Aman.

mereka berbincang tentang memperbaharui perjanjian dua hala Point Of Agreement (POA) yg ditandatangani pd 1990 oleh menteri kewangan pd waktu itu Daim Zainuddin. kita mahu tahu apakah butir2 perjanjian ini? menjadi cara amalan apa2 perjanjian antarabangsa di negara2 demokratik di dunia ini untuk perjanjian sebegini disah, diperakui dan dipersetujui bukan saja oleh kabinet atau perdana menteri tetapi oleh Parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara, termasuklah Yang Dipertuan Agong juga.

terdengar isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura menjadi topik perbincangan. dan mungkin dlm tahun ini juga, perdana menteri Malaysia, Rosmah dan Najib akan ke Singapura, utk bertemu berbincang tenang2 dengan Lee Hsien Loong (anak Lee Kuan Yew) bersama bapanya MM LKY.

kata Najib, tak ada apa istimewanya lawatan MM LKY ke sini tempohari.

dulu di Filipina, Imelda Marcos mmg rakus.

p/ss: Pakatan Rakyat tak ada ker org yg memantau perkembangan perjanjian2 antarabangsa sebegini?

Tuesday, June 23, 2009

Infrarrealismo-selepas kematian para pengarangnya


Infrarrealismo yg ini, bukan infrarealismo yg digerakkan Roberto Matta dr Chile setelah dipecat Andre Breton daripada gerakan surrealisme, di tahun2 1950 an. Infrarealismo ini adalah gerakan puisi tahun2 70 an di Mexico dan Amerika Selatan. gerakan yg makin malap mengecil di tahun2 80 an, dan menjadi tidak penting serta tidak langsung dikenali. hinggalah penghujung 90an.

sayang tak byk yg kita tahu ttg dunia sastera Amerika Latin, apatah lagi dunia sastera selepas Gabriel Garcia Marquez, Octavia Paz atau Mario Vargas Llosa. aku menemukan gerakan puisi Infrarealismo, hanya setelah membaca novel Savage Detective, karya Roberto Bolano, dlm terjemahan bhs Inggerisnya. itupun setelah dia mati, baru dunia sastera bhs Inggeris tahu akan kehebatan gempak mamat ni dan kwn2nya. membaca Roberto Bolano, barulah aku tahu ttg kewujudan Mario Santiago, yg telah mati juga serta kwn2nya yg byk juga telah mati.

dua gambar di atas: Mario Santiago Papasquiaro

Suicide is painless

filem M.A.S.H, terbitan 1970, arahan Robert Altman mengadaptasikan novel karangan Richard Hooker ttg 3 org doktor tentera Amerika Syarikat yg bertugas dlm perang saudara Korea. MASH kemudiannya menjadi siri drama tivi. biarpun ceritanya ttg perang Korea, tetapi ia menjadi kiasan terhadap perang Vietnam.

menariknya dlm filem MASH ini bagi aku adalah lagu temanya, "Suicide is painless", lagu ciptaan Johny Mandel dan liriknya oleh Mike Altman (anak Robert Altman yg pd ketika menulis lirik itu berumur 14 tahun). askar A.S yg pergi berperang -utk kunun nak menjajah - ke Vietnam pd waktu itu, umpama pergi membunuh diri:



Pekan Frinjan

Hos: Pekan Frinjan
Tarikh: 27 June 2009
Masa: 17:00 - 23:00
Lokasi: Laman Menara Jam (belakang Plaza Alam Sentral), Dataran Shah Alam


Pekan Frinjan Edisi Jun akan diadakan macam biasa sebagai alternatif bagi jiwa resah yang tak cukup tambang untuk ke Urbanscapes. Kini! Dengan lebih perisa dan zat asli!

Pertanyaan gerai sila hubungi Zulhabri di 019-389 3804 atau Ruhayat di 017-223 0058 kalau Zulhabri tak angkat , tak jawab atau tiada nada.


Facebook: http://www.facebook.com/home.php?ref=ho ... 317&ref=mf

Forum Mansuh PPSMI-jemputlah dtg beramai-ramai


Sebar&hadirkan diri beramai-ramai






Tajuk Forum:

Dasar ppsmi(pembelajaran dan pendidikan sains dan matematik dlm bahasa inggeris) dari segi falsafah pendidikan

Para pembicara:
1. Dr. Hassan Ahmad, pengerusi GMP dan bekas Ketua Pengarah DBP.
2. Chong Fah Hing, pensyarah kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
3. K. Arumugam, pengamat kajian bahasa.

Tempat:
Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Tarikh:
26 Jun 2009

Masa:
8.30 malam

Monday, June 22, 2009

SS No.14: Memali Merdeka melawan ISA

sajak ini kutujukan buat para tahanan ISA dulu, kini dan akan dtg selagi akta ini wujud. pertama kali aku baca pd Ogos 2008 Majlis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), anjuran pejabat Adun Hulu Kelang, Hj. Shaari Sungip dan GMI, di gerai makan Melawati,KL. syabas puat para penganjur acara Syed Ibrahim Syed Noh. hormat buat isteri tahanan tanpa bicara Puan Noorlaila Othman.

(gambar di atas, diambil oleh Fendi Kulup Sakah, pd acara tersebut, Black turut menyanyikan lagu khas anti ISA bersama2 dgn keluarga tahanan dan bekas tahanan ISA Shaari Sungip.)


[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang, hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap, panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari,
negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan
enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia
penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah.
merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba,
tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung;
para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah
tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional
mereka - Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - I SA
ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras
penguasa pujanya Iblis kuasa
penguasa sembahnya Syaitan rasuah
penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa


BN membunuh kemerdekaan
BN membunuh hak asasi manusia
BN membunuh kebebasan
BN membunuh kesetaraan
BN membunuh kesaksamaan

BN telah membunuh:
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. [1]

Sunday, June 21, 2009

Rosmah Dotie versus Madey Kutty

terbaca tulisan blogger dlm perlarian, Raja Petra Kamarudin (klik sini), betul ker ni? sengketa pasir dan jambatan. Singapura mahu menambak pasir meluas pulaunya, kenapa tidak ditambak disambung terus ke semenanjung? :)
jambatan bengkok, tinggal habuk. kini dtg jambatan ke3 menyibuk, dgn syarat jual pasir ke Singapura. apapun kita semua sdg dibawa utk berbincang ttg gosip pusingan perlawanan politik selanjutnya:

Tun Dr. Mahathir Mohamad
versus
Datin Seri Rosmah Mansor
=
siapa yg akan menang?

(gambar sebelah kiri, Dr.M bersalaman dgn 'dermawan' George Soros)








(gambar sebelah kanan, Rosmah bersalaman dgn 'negarawan' Lee Kuan Yew)

aku+politik=sampah

dua puluh satu haribulan 6 tahun dua ribu sembilan, jalan ke hadapan masih kabur tak diketahui apa. dalam sunyi atas kertas membaca janji dan harapan, semuanya cantik molek, tetapi untuk memilih perlu dinilai amalannya. aku suka parti dalam ertikata pesta, keramaian, kenduri kendara beraya sakan, bahagia jalan bersama, berarak bergembira, tetapi aku tak suka parti politik. aku tak ada parti politik. aku tak berminat dgn politik dgn niat semata-mata hanya utk mendpt undi, menang pilihanraya - dan politik berhenti di atas kerusi kuasa. kita semua kena tahu apa yg diamal buat dgn jawatan kerusi kuasa itu.

politik itu ttg bagaimana kejadian aturan cara-cara hidup bermasyarakat itu disusun - apakah dgn memberi hak-hak asasi manusia dan kemerdekaan sejati; atau dgn merampas hak-hak rakyat jelata yg diperintah, menindas mereka dan memonopolikan kebenaran, memilikpunyakan HAK KE ATAS NYAWA rakyatnya ke pusat pemerintahan di tangan PENGUASA!

aku tak pernah menyokong seorg manusia bernama Anwar Ibrahim hanya kerana dia Anwar Ibrahim, yg dinilai amalan dan pengalamannya. tetapi aku menyokong dan bersimpati pd Anwar Ibrahim kerana walaupun dia dulu TPM, tapi akhirnya pusat Kekuasaan tetap juga merampas hak-hak asasnya sbg manusia, berulang2 kali, dan mungkin tidak lama lagi akan terjadi lagi; bayangkan pula nasib jutaan manusia di tanah air ini, yg bukan pernah jd TPM, yg pendapatan penghasilan hidupnya lebih rendah? org setinggi itu pun kena, org serendah kita dah mmg terhina. nasib org2 tak berkuasa spt aku, engkau, mereka dan kita semua.

spt yg pernah terjadi kpd dua bekas perdana menteri, Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman, mati sebagai ahli jawatankuasa penaja Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM), yang menunggu selama 10 tahun utk didaftarkan sbg pertubuhan, berjuang di luar Pusat Kekuasaan Umno, biarpun suatu waktu PERNAH berada memerintah di sana, dgn sifat2 yg sama juga, akhirnya ditindas oleh sifat2, perkakas, alat2 dan cara yg sama dalam diri org lain pula.

samalah juga, aku membenci Dr.Mahathir, bukanlah kerana dia seorg MAMAK, darah keturunan India. Mamak dan darah keturunan India - tidak bermakna apa2 dalam menilai harkat kemanusiannya. Firaun, dibenci bukan kerana dia org Mesir tapi kerana sifat2 kezalimannya. kemuliaan dan kehinaan seseorg itu bukan pd keturunannya, kalau seorg peranakan Harry Lee Kuan Yew itu kejam bukan sbb dia seorg Cina. kekejaman tidak sama dgn keturunan.

jadi bila kita berckp ttg hak2 yg dirampas ini, sebenarnya kita semua merasainya. kita boleh seiring dgn Pakatan Rakyat, kerana gagasan molek Ketuanan Rakyat - mengangkat apa yg dialami dan diimpikan rakyat, keadilan dan hak-hak asas politik, ekonomi, sosial dan budaya. tapi kalau moleknya hanya pd manifesto, para pengundi akan terpaksa memikir dgn lebih dalam lagi. mujur kita ada parti pemerintah yg mengamalkan pemerintahan NEGARA POLIS alah Bodoh Nasional. sikap kukubesi dan kebodohan kerajaan cuba membudayakan kebodohan dalam masyarakat yg makin kurang kedunguannya, makin cerdik, makin bijak, makin banyak maklumat, ilmu dan pengetahuan tempatan dan sejagat (bhs Ing. global dan local, tak tahu pulak glokal tu apa?) akan senantiasa memberi talian hayat buat Pakatan Rakyat atau parti-parti bukan Umno-BN utk hidup bersama rakyat. kerana pilihan akhirnya dipusatkan kpd kuasa parti2 politik dan kerajaan.

simpati dokongan akhirnya akan disuakan buat golongan tertindas - bukan penindas, golongan yg lemah bukan yg kuat, tidak sokong kpd golongan berKUASA dan berpengaruh!

jadi parti2 dlm Pakatan, jgnlah sekali2 beramal utk menindas org lain. kerana semua org tahu, dah naik jelak meluat dgn kesetanan gerombolan umno, 52 tahun dah tak larat dah. tapi org belum tahu lg dgn kesetanan pemegang2 jawatan dlm Pakatan? kalau ada dlm Pakatan. tapi mustahil juga kalau dikatakan tak ada.

dulu, Pas meninggalkan Barisan Alternatif, terbarai sekejap cita2 reformasi. kehangatan tahun 1998-99 tinggal bara pd tahun 2004, tak padam cuma terpendam, org menjd ragu2, tak tentu arah, rinsa runsing mcm lekit mlengas peluh dan bahang cuaca yg panas. kemudian lepas Anwar Ibrahim dr penjara, entah macam mana bersatu balik parti2 yg dulu Barisan ALternatif. pilihanraya 2008, tak ada lawan 3-4 penjuru. satu lawan satu. masih terasa hangat semangat mac08, apakah Pakatan Rakyat juga akan mengalami nasib yg sama?

krisis2 sebegini mematangkan kefahaman aku ttg politik dan mungkin juga semua kita, org2 di luar lingkaran KUASA dan PENGARUH politik parti2 politik.

di tanah air ini, di mana2 di dunia juga, manusia, hak2 dan kepentingannya bukan hanya WUJUD di dalam parti2 politik sahaja. di tanah air ini, di mana2 jua di dunia hari ini, bukan hanya ada wujud sejenis organisasi kuasa bernama parti politik dan kerajaan semata-mata, WUJUD juga alam (termasuk hidupan tumbuhan, galian batu-batuan, haiwan, bintang2, komet, gunung berapi, laut, hutan, manusia dan jutaan cambah buah fikirannya) yg cukup luas, rumit, saling bertentangan, saling bergantungan, bermusuh bersaing memangsa atau hidup berkongsi bersama dalam berencam keragaman, kepelbagaian dan dlm masa yg sama cantum penyatuan. benar, kita belum pernah dapat WUJUD utk memilikpunyakan KETENTUAN.

tapi aku mengerti kemaafan itu lebih mulia dari dendam. biarpun disiksa, ditindas, dimusuhi, ditekan,disekat,dirampas hak-haknya, jika PAS memaafkan UMNO, itu lebih mulia dari PAS membunuh UMNO atas dosa2 masa lalunya pd PAS. kerana Pas tidak mengulang perlakuan yg ditentangnya selama ini. bagaimana pula dgn mereka yg mahu membunuh UMNO dan tidak dpt memaafkan kesalahan, kezaliman Umno atas dasar keadilan bukan dendam, mahu melihat keadilan dilaksanakan?

apakah dgn tidak menghukum bunuh kewujudan UMNO itu, PAS kena pulak menghukum haram, menghancurkan yg lain-lain, yg tidak disukai UMNO. kerana UMNO boleh jadi hanya suka pd PAS, tidak pada yg lain-lain yg bukan PAS - terlalu panjang senarainya. atau PAS bersma UMNO dan bersama dgn yg lain-lain juga - macam mana, apa akan jadi?

tidak, aku bukan KEBENARAN, apa engkau mahu mengaku diri sbg KEBENARAN?



Friday, June 19, 2009

Pelarian politik Burma ditangkap di Taman Tasik Jaya

tadi malam aku menemani Black dan Meor , dua org penyanyi folk yg aku hormati ke Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya. mereka bakal berdendang dgn lagu juang, dan aku tidak sabar2 mahu melihat persembahan mantap mereka, aku peminat mereka - kawan2ku, aku byk minat member2 sendiri jer, jadi kalau penyanyi polular tu, mmg byknya aku tak tahu, atau cuba tak nak tahu pasal mereka.

senja kami bergerak ke taman tasik dari bangsaT(r). melewati lembah tengah mid valley asalnya dulu sebahagian kg. abdullah hukum dan kg. limau purut, kalau tak silaplah. ya, kami menaiki kereta yg dipandu Black melewati mid valley, ke lebuh raya persekutuan.

persimpangan jalan ke taman tasik jaya, ditutup polis. kami terpaksa memusing jauh, membelok keluar dari lebuhraya persekutuan ke sebelah hotel hilton. banyak jalan yg dijaga polis dan ditutup polis. akhirnya kami meletak kereta berhampiran stesen lrt taman jaya. berjalan melalui amcorp mall dan sampailah ke taman tasik, yg mengandung cerita lara duka derita bersedih kecewa, juga cerita bahagia sihat selamat, pasangan memadu kasih, insan bersenam atau tenggelam, dan ratusan polis-polis yg berkeliaran.

khemah di tepi tasik taman jaya terang dengan lampu kalimantang, tetapi kerusinya hampir kosong tak dilabuhi punggung-punggung melihat panggung. banner, kain rentang bertemakan Bebaskan Burma, Bebaskan Aung San Suu Kyi tergantung.

dari arah luar taman tasik, di sebelah kiri khemah, dalam kegelapan berkumpul ramai org ataupun gerombolan polis sebenarnya sedang mengepung segelintir manusia lemah tak bersenjata mesin, jentera, alat dan perkakas. ratusan anggota polis berbagai pangkat dan jabatan, dari balai, ke ibu pejabat polis hinggalah dari bukit aman agaknya sibuk menghadirkan diri, dengan pistol, senapang mesin, gari, fru dgn belantan dan perisai, seragam pelindung kukuh ampuh, ramai juga yg berpakaian biasa (atau disebut preman, asal kata Free Man-org bebas, apakah polis berseragam tidak bebas?).

mereka mengepung, manusia2 yg bebas ruh dan semangatnya, impian dan harapannya, cita-cita dan perjuangannya. manusia2 terkepung ini, mereka sebenarnya mahu merayakan hari lahir Aung San Suu Kyi, tokoh demokrasi, penerima anugerah nobel keamanan yg kini masih disiksa pemenjaraan oleh rejim junta tentera Burma, juga mengenang nasib warga Burma, warga dunia dan seluruh manusia tertindas di alam ini, di wilayah yg lain, dibahagian lain, tetapi sedang dibelenggu kezaliman pemerintah, di mana-mana dunia hari ini dalam penderitaan dan kesakitan, seprti di Selatan Pattani, Yala dan Narathiwat, seperti berita semalam, dan hari2 yg dulu ttg pembunuhan, kekejaman, penindasan, hak kemerdekaan manusia yg dirampas. kekejaman merentas sempadan, menjelma dgn berbagai harkat, cara, perkakas dan bentuk zalimnya.

minta tolong tengok IC? tanya seorg anggota berpakaian preman kepada aku. boleh minta tengok kad kuasa...? belum sempat aku menghabiskan ayatku, anggota berpakaian preman itu lantas menyeluk poket belakang seluarnya, mengambil dompetduit tebalnya, lantas menunjukkan kad kuasanya, seorang sarjan dari ibu pejabat polis daerah petaling jaya, kerana malap taman diwaktu malam, dan samar cahaya hanya dari lampu kalimantang, aku tak dapat melihat lanjut memeriksa kad kuasanya. lantas ku tunjukkan ic aku. kpd Meor dan Black aku katakan, polis minta IC. tak ada apa, kata polis itu, kami cuma mahu melihat kamu warga Malaysia atau Myanmar-istilah junta tentera bagi merujuk Burma merdeka.

minta tengok kad kuasa, saya tak tengok lagi, tegas Black. dan 'tuan sarjan' berpakaian preman itu sekali lagi memperlihatkan kad kuasanya. eh,nanti dulu, kata Black, saya belum habis meneliti. ketika itu tuan sarjan, sebenarnya aku lupa namanya, ya ketika itu tuan sarjan hanya menyuakan sebentar kad kuasanya.

rupa-rupanya kesemua tetamu acara sambutan hari lahir Aung San Suu Kyii, para pelarian politik dari Burma yg diktiraf haknya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, telah ditahan. kami duduk dibangku sebelah khemah, para aktivis hak asasi manusia ada yg duduk dan ada yg berdiri berkumpul sambil dikepung ratusan polis, barisan peguam yg dipimpin Latheefa Koya tidak habis-habis berunding atau berhujah dgn belasan para pegawai atas polis. kelihatan para wartawan, jurukamera, org2 lamo NGO seperti, Irene Ferenandez, Mas, Siew Eng, Eric, Shao Long, juga tenaga-tenaga muda yg berani bersemangat besi seperti Puspa Rosman, Fadhiah dan ramai juga yg aku kenal muka, tapi lupa namanya, tidak ingat atau memang tidak tahu namanya. para Blogger jaringan RPK dan Anak Bangsa Malaysia juga kelihatan hadir memberikan sokongan.

datang yb Ronnie Liu, exco Selangor. kedengaran dia bercakap kuat dari telefon cuba berunding dgn seseorg, mungkin ketua polis selangor. tapi perundingan gagal dan akhirnya datang lori Black Maria, membawa menahan menangkap para tetamu acara, warga pelarian politik Burma yg ingin merdeka dari pemerintahan kejam junta tentera ke ibu pejabat polis daerah petaling jaya.

aku masih duduk di bangku taman bersebelah khemah, dalam kepungan ratusan anggota polis, menyedut tar, nikotin dan 4,ooo jenis bahan kimia, racun yg dihalalkan undang-undang, aku tetap membeli menghisap rokok, menghembuskan asap tebal, dari paru-paru bersarang candu. aku lihat, tiba-tiba ramai org batuk-batuk dan aku mendengar ramai polis ketawa mengejek.

lampu kalimantang khemah ditutup, banner dan kain rentang diturunkan. dalam gelap malam di taman tasik jaya, kira-kira 40 org aktivis perlahan-lahan beredar pergi ke ibu pejabat polis daerah petaling jaya, kami berjalan, dan aku masih mendengar kokol batuk para hadirin yg cuba merayakan kenduri hari jadi Aung San Suu Kyi -yg berJAYA disensasikan polis, menjadi berita dunia dan hilai tawa ejekan anggota polis yg....... rokok masih terkepit dibibir hitamku. bara membakar hampir ke puntung.

aku, Black dan Meor menumpang kereta peguam hak asasi manusia, Puspa Rosman. polis pakai gas pemedih mata, kata Puspa. aku ada asma, katanya. Black mengutuk penggunaan senjata kimia untuk menyakiti manusia-manusia yg cuba mengingati erti penindasan, kezaliman dan kemerdekaan, makna menjadi manusia bebas. begitu Black bersuara, suara seorg penulis blog, penggiat budaya, kini memimpin NGO pemantau pilihanraya NIEI. aku juga tumpang gembira bila mendapat tahu Black menerima anugerah zamalah intelektual awam, Asian Public Intellectual (API) sesi 2009-10.

inilah politik, sebut Meor pada waktu petang sebelum ke tasik, dan malam itu dia berkata, kuat betul polis ya. negara polis, tegas Black. benar, kata mereka, dan aku bertanya dlm hati, sekarang ini; apakah jenis/bentuk senjata racun kimia gas yg digunakan?siapa menjualnya?bagaimana membelinya?duit dari mana? siapa mendapat untung? siapa mendapat mudarat kesihatan? kenapa ia perlu digunakan? untuk kepentingan siapa?bagaimana bentuk perkakas senjata beracun ini? kerana aku tidak melihat seperti selalunya gas pemedih mata ditembak daripada senjata senapang khusus. kali ini tidak terdengar ledakan. yg didengar hanyalah kokol batuk dan tawa ejekan polis.

di depan balai polis ipd pj, kelihatan yb Tian Chua. tiba detiknya, Black memetik gitar menyanyikan beberapa buah lagu, termasuk lagu selamat hari jadi buat Aung San Suu Kyi kemudian kek hari jadi Aung San Suu Kyi dipotong.

tak lama kemudian kami bertiga, aku, Black dan Meor, pulang kerana ada urusan yg perlu diteruskan. perjalanan aku bersama acara kenduri hari jadi ini selesai setelah kek dipotong. kami tak dapat menunggu di luar balai. kami belum tahu nasib para warga Burma, anak semua bangsa yg memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan dari penindasan kekuasaan NEGARA. di luar balai, kami warga tanah air ini, makan kek sedap, sedap menelan derita, kelat nikmat melawan deraan pemerintah. para pelarian politik Burma ini, jika dipaksa hantar pulang, bakal berdepan dgn ancaman penyiksaan junta tentera, malah nyawa mereka juga semudahnya telah kehilangan harga.

jam sebelas malam, langit masih kelam, kusam berejerebu, tak kelihatan bintang-bintang dan panas masih membahang.