Thursday, June 11, 2009

kenyataan NGO isu SIS

kitaran semula dari blog Yunos Ali:
PENYATAAN BERSAMA OLEH ORANG PERORANGAN DAN MASYARAKAT MADANI (CIVIL SOCIETY) MALAYSIA TERHADAP RESOLUSI PAS UNTUK MENGHARAMKAN SISTERS IN ISLAM

Kami penandatangan di bawah amat terganggu dengan usul Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mahu agar Sisters in Islam (SIS) diharamkan dan ahli-ahlinya dipaksa menjalani proses pemulihan jika aktivitinya didapati bertentangan dengan Shariah Islam. Pada hemat kami, dengan membuat usul sebegini, PAS telah pun membuat anggapan bahawa SIS harus diharamkan dan aktivitinya dihentikan.

Kami menghormati kebebasan ahli-ahli PAS untuk berpesatuan dan menyuarakan pandangan mereka. Sedemikian juga, ahli-ahli SIS atau ahli mana-mana pertubuhan lain harus diberikan jaminan atas kebebasan yang sama. Dalam hal-hal kepentingan awam, tiada satu individu atau pertubuhan pun yang boleh memonopoli hak menyuarakan pandangan. Desakan untuk mengharamkan SIS dan memaksa ahli-ahlinya menjalani proses pemulihan adalah suatu tindakan yang mencabul kebebasan-kebebasan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Telah banyak terdapat undang-undang anti-kebebasan bersuara di Malaysia, justeru desakan PAS sebegini akan mengakibatkan ruang perdebatan awam yang sememangnya kecil menjadi terus tertutup.

Bagi menjadikan Malaysia lebih matang dalam mengamalkan demokrasi yang kita aspirasikan, amatlah penting agar konsep kepelbagaian dilindungi dan terus dipupuk, dan ini termasuklah kepelbagaian pandangan. Oleh demikian, adalah sangat penting kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, samada terhadap ahli-ahli PAS atau mana-mana pertubuhan atau individu lain, dihormati.

Desakan untuk mengambil tindakan terhadap SIS yang boleh mengakibatkan pengharamannya adalah tidak sejajar dengan retorik PAS yang mahukan Malaysia yang demokratik dan inklusif untuk semua. Sebaliknya, desakan ini sama sekali tidak demokratik. Kami ingin menekankan bahawa walaupun ahli-ahli PAS berhak menyuarakan pandangan mereka, namun desakan untuk mengharamkan SIS tidak boleh diterima langsung. Secara prinsipnya, tidak harus timbul persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan hanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan pertubuhan tersebut. Kepelbagaian pandangan mestilah dihormati dan sebarang perselisihan pendapat hendaklah diselesaikan dengan perbincangan yang matang dan membina.

Dengan ini, kami mendesak PAS untuk menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menarik semula usul terhadap tindakan ke arah pengharaman SIS.

4 comments:

  1. Walaupun Islam menjamin hak asasi untuk bersuara,namun tidak semua perkara dapat didemokrasikan.sebab itu wujudnya sistem seperti khalifah,Hakim dan Khadi untuk memutus suatu perkara yang khilaf.perlu diingat Demokrasi tidak boleh mengatasi Islam.
    Jelas, terang dan nyata..
    SIS bermotif untuk menghidupkan Feminisme dikalangan wanita-wanita Islam sebagaimana dibarat.
    adakah SIS benar-benar berauthoriti didalam hal ehwal Islam?
    jika lebih banyak percanggahan dan kecelaruan yang boleh memudaratkan oleh SIS, apalah ertinya SIS harus dibiarkan?jangan asyik melaungkan Demokrasi sahaja, dimana etika dan adab kita dalam beragama?

    ReplyDelete
  2. Nak haram tu boleh. Tapi si penuduh atau yang komplain tu kenalah beri bukti.

    Buktikanlah SIS itu sudah sesat atau murtad. Buatlah senarai tuduhan terperinci (charge list).

    Apakah mereka menolak rukun iman? Apakah mereka menentang rukun Islam? Kaji, dapatkan fakta - barulah tuduh dengan buktinya sekali.

    Jangan main fitnah aje!

    Kalau setakat tuduhan feminisme itu belum lagi boleh dikategorikan sesat dan murtad dan mesti diharamkan.

    Kalau macam tu kapitalisme, yang nyata sesat dan murtad di sisi Islam, mesti diharamkan ajarannya di sekolah2 dan universiti2, dan bergitulah juga syarikat2 perniagaan yang ada sekarang - terutama bank2 di Malaysia ini yang mengamalkan riba.

    Sedangkan orang2 Kristian, Yahudi dan Tabiin di antara mereka digolongkan orang2 yang beriman oleh Allah snw; inikan pula ibu2, kakak2 dan adik2 di dalam SIS.

    Wallahulambisssawab.

    ReplyDelete
  3. betul pandangan saudara, PAS perlu menyatakan bukti-bukti untuk dikemukan.itulah kesilapannya bilamana usul dibawa dan diluluskan tanpa ada draf sekurang-kurangnya ia menunjukan SIS (baca Sister Against Islam) telah membawa ideologi bercanggah dengan ISLAM serta boleh memosong akidah umat ISLAM walaupun secara terang-terangan SIS amat menjuarai kes-kes berkaitan hak kebebasan wanita ISLAM.contoh, equaliti,women right' in ISLAM, marital rapes,apa ni?ISLAM still inccomplete lagi kah?malah kalau dilihat, siapa pakar-pakar undang-undang keluarga ISLAM dikalangan SIS?Zainah Anwar,anak kaprawi? mereka-mereka inikah yang berautoriti bercakap soal hukum-hakam ISLAM?

    ReplyDelete
  4. http://rausyanfikir.com/2009/04/majalah-dan-wacana-nusantara.html

    ReplyDelete